tudung merdeka & raya sale!!


tudung awning ekpress
harga asal RM16-RM20
harga cantas RM11.00
visit http://hijabparlour.blogspot.com

dah buat ke bajet raya?


gegirls, raya dah dekat nih
macam mana persiapan? baju semua dah lengkap?
biskut raya dah bayar?
rumah dah plan nak hias apa?

macam mana dengan financial korang?
dah buat bajet raya ke?
nak bagi berapa duit raya tahun ni?
dah buat bajet belanja kat kampung, tol minyak semua?


bajet kena buat..takut terbabas
jangan lupa masukkan belanja susu pampers anak yer
ina dah buat estimation..malam nanti nak bentang kepada 'perdana menteri'
tak de la belanja sakan sangat, kena spare untuk lepas raya juga
sementara nak tunggu gaji seterusnya
jangan nanti makan biskut raya ja..hiihi



















aisy kena infection oral thrush

petang semalam masa fetch aisy, nanny dia bagitau dalam mulut dia ada putih-putih
bila ina tengok, nampak cam white patches kat bibir dan depan lidah
at the same time dia ada biji-biji kat badan
risau..

white patches tu macam pic baby tersebut

huby terus ajak pergi klinik paed
tapi masa tu dah pukul 6pm
paed mana ada dah..semua doktor on call je
lastly dapat hosp pantai cheras, dr lai
dia ada paed night clinic 6.30pm-9pm
call member, dia pulak suruh datang klinik dia
klinik pakar kanak2 doktor hoh, dia tu pun ada paed clinik kat hosp pantai cheras

we decided to visit dr hoh tu, klinik dekat ampang
sampai je depan klinik masuk time berbuka
so berbuka dulu dalam keta

doktor bagitau yang putih-putih tu namanya oral thrush
yang biji-biji bengkak tu sebab kena insect bites sebab ada mata
so doktor tu bagi ubat oral untuk disapu dalam mulut aisy
alhamdulillah..takde pape..

oral thrush tu disebabkan  yeast fungus yang boleh merebak ke kawasan diaper so kena careful
tempat tu tak sakit tapi boleh menyebabkan rasa tak selesa dan anak tak nak makan atau menyusu
for 1 week kena sapu ubat oral tu twice a day
lepas tu kena rajin lap mulut dia dengan kain
*ina guna tooth brush utk baby
tapi doktor tu suruh stop sebab dia kata tooth brush utk baby tu tak elok, boleh merosakkan gigi susu

pastu doktor tu suruh spray umah dan bilik dengan shieldtox
ia bukan saja boleh matikan nyamuk bahkan bugs yang kita tak nampak dekat katil, sofa, karpet dan di lantai

******

hrm itulah dia kisah first timer parents ni
sebenarnya simple je kan..
tapi apa pun tak tau dan cepat gelabah bila anak tak sihat

pesanan buat golongan sederhana macam ina ni, kita sentiasa kena prepare cash
biarlah ina tak shopping asalkan ada duit untuk bawa anak gi jumpa specialist
sebab dah agak serik pergi klinik kat putrajaya tu
dia kata tak de pape tapi lepas 2 3 hari pun tak sihat2 lagi
pergi specialist, doktor tu marah lak kenapa lambat datang,dalam hidung dah bengkak2

pastu tingat kejadian anak kawan yang meninggal beberapa bulan lepas
sebaya ngan aisy je..
arwah tak sihat, tak lalu makan, tak bermaya tapi p klinik kerajaan,
doktor kata takde pape..lepas tu arwah pergi dengan tenang..
katanya sebab denggi tapi jenis yang tak demam panas..

.
.
.
.
.
.
.
.
tapi ianya pendapat peribadi ina sendiri..
mungkin ada yang tak setuju kot,,
ramadan ni dah nak masuk ke 10 terakhir kan..
sedih sebab 10 terakhir ni adalah untuk mendapat pengampunan dariNya
tapi ina tak leh posa la pulak..

lirik lagu kanda dinda


semalam on the way nak p klinik
dengar lagu ni
hehe tergelak ngan huby
boleh tahan lirik dia..
easy and catchy



 LIRIK LAGU KANDA DINDA
by atilia & monolog

P) Oh Kekanda jangan irihati,
Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki,
malah Kanda support bini..

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga,
lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati,
tak rela dikongsi,

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!


*****

lirik yang font merah tu khas untuk NUZUL 
lirik yang font pink tu khas untuk semua suami isteri di Malaysia
chill ^_^

'bersama' di bulan puasa

25 Ogos 2010
Hukum 'bersama' di bulan puasa

Balik daripada kem PLKN, saya terima lebih drpd 10 sms yg dipanjangkan oleh PA sy; persoalan tentang hukum suami isteri bersetubuh di siang hari tika bulan puasa atau di malam hari tetapi berlanjutan hingga masuk waktu imsak.

Seingat saya; tika kursus pra perkahwinan telah pun diterangkan mengenai perkara ini. Mungkin terlupa atau tak mengambil berat. Tak pe lah; saya jelaskan semula sebagai peringatan dan makluman bersama.

Sebenarnya; hukum bersetubuh di siang tika bulan puasa adalah haram biarpun dilakukan oleh pasangan suami isteri yang sah nikahnya menurut syarak. Jika melakukannya juga, puasa anda dikira batal. SUAMI dikenakan kaffarah iaitu denda.

Perlu diingat!! Hanya suami sebab isteri diambil kira sebagai melaksanakan kewajipannya walau hakikat sebenar; isteri berhak menolak permintaan suami jika ingin bersetubuh tika siang hari di bulan Ramadhan.

Suami dikenakan kaffarah dengan melakukan perkara berikut mengikut tertib; tak boleh pilih ikut suka hati. Pertama: Memerdekakan seorang hamba – malangnya di zaman ini sudah tidak ada lagi hamba yang boleh dimerdekakan maka tertib pertama ini terbatal dengan sendirinya.

Bererti; suami tadi perlu lakukan kehendak kaffarah yang kedua iaitu berpuasa dua bulan berturut-turut, tak boleh selang walaupun sehari. Jika terputus sehari; perlu diulang semula sebagai hari pertama dan diusahakan hingga genap 60 hari.

PENTING!! Hukum berpuasa berturut-turut ini perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang rukhsah atau hukum keringanan kecuali tidak berdaya disebabkan mudharat syarie. Mudharat syarie seperti sakit yang sukar sembuh hingga menghalang daripada melaksanakan tuntutan puasa berturut-turut tersebut.

Bila keadaan ini berlaku; maka perlu tunaikan tuntutan kaffarah yang ketiga iaitu memberi makanan asasi sebanyak satu cupak timbangan kepada 60 orang miskin dan ada ulama yang berpendapat; boleh berikan kepada 60 orang miskin ini makanan seperti yang biasa orang (pesalah) tersebut makan hingga mereka semua betul-betul kenyang.

Di samping berusaha melaksanakan tuntutan kaffarah itu, si suami dan si isteri tadi tetap wajib menggantikan puasa yang terbatal itu.

Berkaitan hubungan yang dilakukan hingga melepasi waktu imsak; hukumnya tetap sama iaitu puasa terbatal dan perlu laksanakan kaffarah seperti yang telah dijelaskan. Termasuk juga berhenti tika belum waktu imsak tetapi tidak melakukan mandi hadas hingga tibanya waktu imsak.

Kes yang sama bagi wanita yang telah habis darah haid tetapi melewatkan mandi hingga tiba waktu imsak. Puasa anda untuk hari itu dikira batal sebab syarat sah puasa ialah suci daripada hadas besar termasuk haid dan nifas.

Jika melakukan hubungan suami isteri; pastikan anda dan pasangan anda telah suci yakni telah mandi hadas sebelum tibanya waktu imsak. Jika anda wanita yang telah kehabisan haid; segerakan mandi sebelum tiba waktu imsak juga.

Ada yang berpendapat; boleh lambatkan mandi asalkan tidak melepasi waktu Subuh. Itu pendapat yang salah sebab puasa ertinya menahan diri daripada makan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Terbit fajar itu dikira sebagai bermulanya waktu imsak.

Moga bermanfaat! Wallahua’lam!!
Nukilan Suzana Ghazali

hiasan rumah - bajet gubahan bunga

its a cheap and wise idea to arrange flower
uhuk uhuk alih bahasa

korang tengok la caranya
mudah je..






mudah jerrr kan ^_^
source : team - t- adventures

hias rumah - cara susun frame gambar di dinding


source: internet

cara susun frame-fram gambar ni sesuai di laluan tangga
kalau nak warna warni boleh ganti gambar yang colorful
sangat kreatif bagi ina yang tak reti nak menghias rumah ^_^


ye ye dapat duit raya!



perhatian kepada semua pekerja kerajaan!!

duit raya sorang RM500 yer

dari gred 1 hingga 54 dapat

bayaran sebelum 1 syawal

alhamdulillah..janji ada ^_^

terima kasih kerajaan yer!! 

leh buat belanja duit minyak tol balik kampung


hias rumah - hair bow/clip hanger


source: sumosweetstuff

bestkan kalau ada anak perempuan, beli headband, clip rambut, hair bows banyak2 ikut kaler baju..nanti kalau adik aisy perempuan nak siapkan macam barbie..ceeewah

ni tutorial cara nak buat sendiri hanger hair clip/hair bow ni
so simple and boleh jadi penyeri ruang bilik










taraaa siap dah..comeykan ^_^

perut posa lawan perut xposa



ok, yang ni tau dah
perut orang berpuasa















hat ni tak yah habaq pun dah tau posa ke dak

victoria's secret make up kit woohhooo!


pergh!ultimate make up kit fresh from USA
RM200 include postage fees

eyeshadow
eyeliner
mascara
blusher
face powder
lipstick
lipgloss
mini brushes


1st layer


2nd layer


3 layer



hitam itu menawan




cantik kan??
memang kalau time touch up kat public toilet ni mesti orang lain jeling2 punya lahhh














*huhuhu bukan ina punya...ayu yang punya daaaaaaa


mengemis dapat RM16,000,00.00!!

Mymetro,KUALA LUMPUR: RM16,000 sebulan. Itulah pendapatan lumayan pengemis berikutan sikap terlalu pemurah masyarakat negara ini yang mudah terpedaya dengan ‘lakonan’ golongan itu.
Oleh Suraya Roslan surayaroslan@hmetro.com.my Ini terbukti dengan penahanan 14 warga China menjadi pengemis dalam satu serbuan di rumah flat di Jalan Sultan Abdul Samad Brickfields, tengah malam kelmarin.


Seramai 10 lelaki dan empat wanita China berusia 40 hingga 80 tahun ditahan dalam Ops Sapu itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti mengemis lebih setahun lalu. Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, Mohd Sufian Omar berkata, serbuan itu dilakukan atas maklumat awam mengenai satu sindiket pengemis warga asing menghuni kawasan berkenaan. “Dalam serbuan kira-kira jam 12.25 tengah malam itu, sepasukan penguat kuasa menjalankan intipan terlebih dahulu sebelum menyerbu penginapan pengemis berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemui wang RM16,000 dalam pelbagai not dan wang syiling yang diletakkan di dalam karung disyaki hasil kegiatan mengemis.


“Ini tangkapan terbesar tahun ini. Pemeriksaan lanjut mendapati 10 orang daripada mereka didapati memiliki dokumen perjalanan yang tamat, manakala empat lagi masih mempunyai pas lawatan yang sah,” katanya. Mohd Sufian berkata, pihaknya mengenal pasti seorang lelaki dikenali Mr Chan menjadi dalang mengarahkan semua warga China terbabit menjalankan kegiatan mengemis di sekitar ibu kota. Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai masih belum diperoleh.


“Kami anggarkan mereka mampu mengaut keuntungan RM800 hingga RM1,000 sehari bagi seorang pengemis dengan mencari kawasan tumpuan pelancong seperti di Jalan Petaling dan Pasar Seni,” katanya.


Beliau berkata, hasil temubual dengan seorang pengemis terbabit, pihaknya mendapati mereka mungkin ditipu rakan senegara yang menjanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan di negara ini. “Akhirnya mereka mengemis apabila tiada sumber kewangan untuk menampung hidup masing-masing.


“Mereka mampu memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan kerana sikap masyarakat kita yang terlalu pemurah memberi wang kepada mereka. Sikap masyarakat yang mudah tersentuh dengan kesusahan pengemis menyebabkan mereka berani mengemis walaupun pelbagai tindakan diambil pihak berkuasa,” katanya. Menurutnya, keadaan itu juga mengakibatkan wujudnya pengemis warga asing yang menggunakan pelbagai taktik mengemis seperti berlagak orang cacat dan menjual barangan seperti tisu atau kalendar padahal pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit.

***

hah tudia..kalah gaji officer grad m52 sebulan
bila kita tengok kita rasa kesian dan tentu sekali kita bagi kat dia
tapi tak sangka la dia tikam kita dari belakang
menipu kita macam tu

satu lagi yang bawa bekas2 duit katanya untuk pembinaan rumah anak2 yatim
kerap sangat jumpa
pastu yang bawa surat hospital kata tak sihat tapi tak mampu nak berubat sebab takde duit

apa kata, kita bersedekah mengikut saluran yang mudah
kita potong je gaji kita
masuk kat yayasan pembangunan ekonomi islam malaysia (yapeim)
badan pemegang amanah dan mencari golongan miskin beragama ISLAM di malaysia untuk dibantu
potong sebulan RM10 pun dah cukup bagi golongan berpendapatan sederhana macam ina ni

pergi website dia dan pilih potongan gaji
isi maklumat kat situ
nanti potongan gaji tu akan appear dalam payslip kita
semoga amal jariah ni menjadi saham kita di akhirat kelak

MELABUR DI DUNIA UNTUK DIVIDEN AKHIRAT

SOGO + Jalan TAR = frustrated

Ina pergi sogo & jalan tar semalam
*ambil annual leave ye..

hasilnya: MENGECEWAKAN!
memang sangat tidak digalakkan untuk berbelanja di SOGO sebab salenya tak seberapa pun..
mungkin better pergi JJ or other shopping complex
sale 50%-70% sangatlah kurang..pulak tu yang dah outdated giler and size pun tak banyak
kebanyakannya 20% dan new arrival

kat bahagian budak-budak pun sama..
takde beza ngan sale-sale sebelum ini
stok yang sama
barang yang sama 
kalau nak yang baru sikit kena pilih yang 10%-20% diskaun or new arrival
bahagian kasut nike dan adidas kids langsung takde le less
bahagian baby 10% sahaja
kalau nak beli buat baju harian, boleh pilih yang 50%-70%
tapi matlamat yang p sogo tu nak beli baju raya kan..

baju ladies? erm..yang sale kebanyakannya baju nampak ketiak
kalau bernasib baik dapat sleeve 3/4
blouse lengan panjang mostly 10%-20% jer diskaunnye..
huhu sangat frust..


****


pi jalan tar cari baju melayu aisy dan huby
erm..mahal dari tahun lepas
harga sepasang min RM70  dan ke atas
sangat bertuah kalau berjaya jumpa RM70 tu kain yang elok dan berkualiti
tapi ina tak jumpa pun..
baju melayu budak-budak banyak tapi nak cari yang match dengan bapaknye susah dapat 

ina tak prefer tempah baju melayu sebab nak pakai pagi raya tu dengan p ambil gambar kat kedai je
second day pakai tshirt or kemeja je
so sgt membazir beli memahal *ini my own opinion eaa



*bagi ina, megasale ialah masa untuk ina shopping kat tempat yang offer banyak diskaun.tapi pendapat ini boleh disangkal kerana ianya terpulang kepada citarasa masing2 dan ketebalan poket masing2 
=_=



tips bersihkan hidung bayi jika selsema

dah lama nak buat entry pasal product ni tapi asyik terlupa tapi lepas blog walking tadi, tengok ada anak kawan yang tak sihat, selsema batuk-batuk dan demam.

aisy alhamdulillah sihat sejahtera
tapi stok ubat dan segala apa yang perlu like ubat bontot, ubat batuk dan nose cleaner memang sentiasa ada..

ina nak berkongsi tips jika anak terutama bayi yang susah bernafas bila selsema.kesiankan sebab tak reti nak hembus buang hingus tu.

atas saranan paed aisy, dr asmuni kpj kajang, ina sentiasa pastikan sterimar ada di rumah
rupa dia macam ni:


yang ni sesuai untuk bayi 0 - 3 tahun
kandungannya isotonic - mengandungi air laut yang ditapis
bagus untuk membersihkan hidung
lepas spray, anak akan bersin dan automatik hingus pun keluar dan dia dapat bernafas dengan selesa



yang ini pula untuk kanak-kanak dan orang dewasa
elok sekali sekala guna bagi membersihkan hidung

*tapi kita ni alhadulillah, ajaran islam lengkap. senang je nak bersihkan hidung.bila kita mengambil wuduk kita masukkan air sedikit dalam hidung dan hembus kan..sterimar ni tiru cara kita berwuduk tu lah..tapi dengan berwuduk dapat pahala dan percuma!

berbalik kepada sterimar tu, memang sangat disarankan kepada ibu bapa yang ada anak kecil sebab diorang kan fragile dan mudah selsema jadi sedikit sebanyak bantu untuk mudahkan diorang bernafas dan minum susu

sterimar ni kat farmasi ada ^_^

Necessary tips for a long lasting marriage

Necessary tips for a long lasting marriage
by DCCK blog

* Continue to build intimacy — both sexually and emotionally — throughout your marriage.

* Create passion for life and for one another.

* Forgive one another. Don’t hang on to past baggage and past hurts. Be willing to let go and to move forward with your lives.

* Continue to be committed to each other and celebrate your sense of commitment.

* Like one another and be friends with each other.

* Have fun together, laugh together, and use humor in healthy ways.

* Comfort, encourage, and affirm one another.

* Be able to stand on your own feet as a couple and not be dependent either financially or emotionally on either of your parents.

* Respect one another’s need for privacy and space.

* Parent together.

* Deal with a crisis and adversity together.

* Fight fair.

* Accept your differences and don’t try to change your spouse.

* Keep romance alive in your marriage.

hias ruang tamu


ni contoh nak hias ruang tamu
maklumlah..nak raya katanya..
ina ambik gambar ni dalam metro

*ina suka theme warna yang dipilih cuma ina tak berapa minat dengan wallpaper tersebut

nak menderma? tunggu la ramadan..bulan lain tak payah..

bila bulan ramadan, rezeki anak-anak yatim dan miskin serta penghuni rumah-rumah orang tua islam murah betul..
ada sahaja syarikat dan orang persendirian yang nak sponsor berbuka puasa..
nanti dekat nak raya ada pula yangsponsor barang-barang keperluan raya..
tak kurang pula tu, dapat beramah mesra makan semeja ngan artis-artis negara..

tetapi..
lepas ramadan dan syawal
kenapa dah tak de perkara seumpama..
kenapa tunggu ramadan je?
rejab?
syaban?
rabiul awal?

bulan-bulan yang lain kenapa tak de yang bermurah hati nak sponsor diorang ni?
terutama hujung tahun, untuk persiapan sekolah, beli buku-buku sekolah,baju sekolah
terutama bila dekat dengan peperiksaan utama
kenapa takde yang nak sponsor tuisyen dan buku-buku rujukan?

yang tu lagiiiiiiiii penting
buat menjamin masa depan diorang
bila berjaya, dapat ubah nasib keluarga
dapat turunkan peratus rakyat miskin di negara..

memang la ramadan ni bulan mulia
pahala berlipat ganda
tapi amalan baik macam tu harus diteruskan dan diamalkan sepanjang tahun..

sedarlah wahai penderma budiman
bukan sekadar promosi dan nama yang perlu korang cari
untuk menaikkan reputasi
tapi bila dan banyak rezeki
apa kata tiap2 bulan berkongsi..
semoga terus diberkati..

baru 12 tahun dah pandai threesome!


apa nak jadi laa nih
kecik-kecik dah bernafsu gajah
sekali hadap 2 terus
nanti mengandung
satu negara susah!

*berita budak tu kat SINI

Ada DNA data bank, penzina fikir banyak kali sebelum buat projek

cadangan ketua polis selangor untuk diwujudkan tabung dna tu memang sangat ina setuju..
bila tengok cerita CSI miami tu, pergh memang efisien sangat bila diorang nak cari detail mangsa atau suspek..
tak tahu la betul ke tidak sistem diorang tu tapi kalau negara kita boleh wujudkan data bank dna setiap penduduk di malaysia ini termasuklah pekerja asing, insya allah kadar jenayah boleh berkurangan..



tiap-tiap hari ada saja kes buang bayi tu..dan tidak banyak tangkapan pun berjaya dilakukan..mesti major factor sebab tiada cukup bukti untuk cari suspek..
tapi bila ada je bank dna ni..boleh terus dapat siapa mak bapak baby malang yang menjadi mangsa tu.

Pangkalan data DNA sedia diwujud
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2010/08/23

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mewujudkan pangkalan data ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai salah satu inisiatif baru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tidak ada sebab kerajaan tidak meneliti cadangan mewujudkan pangkalan data itu walaupun 55 inisiatif di bawah NKRA itu sudah dikenal pasti kerana ia bukan sesuatu yang eksklusif dan boleh sentiasa ditambah baik.

Apa juga inisiatif baru, kalau ia membantu (mengurangkan jenayah) kita akan tambah kerana kita tidak berkisar kepada satu pendekatan saja. Apa yang penting, kita akan laksanakan sebanyak mungkin inisiatif dengan penggemblengan kepakaran agensi dan kementerian bagi mencapai sasaran NKRA berkenaan, katanya selepas majlis 30-Hour Famine 2010 Countdown, di Stadium Tertutup Bukit Jalil, di sini semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, negara memerlukan sebuah pangkalan data yang mencatatkan butiran lengkap setiap kelahiran bayi dan ibu bapa, termasuk rekod ujian DNA, yang bukan hanya mampu membendung gejala pembuangan bayi, malah membantu polis melakukan siasatan dengan lebih pantas serta memudahkan proses pendakwaan ibu bapa terbabit di mahkamah.

Hishammuddin berkata, sebahagian besar inisiatif NKRA di bawah kementeriannya sudah dilaksanakan dan pihaknya komited sasaran mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang hujung tahun ini dan lima peratus keseluruhan setiap tiga tahun dapat dicapai.

Selain itu, Hishammuddin berkata, sistem biometrik bagi merekodkan data warga asing termasuk pekerja, pelajar dan pelancong yang datang ke negara ini akan siap menjelang Oktober ini.
Katanya, dengan sistem yang akan dilaksanakan secara kekal itu, semua data warga asing termasuk cap jari dan pangkalan data mereka boleh dicapai, sekali gus mengelakkan mereka menyalahgunakan Visa Sewaktu Ketibaan (VOA) dan program pengampunan.

Sementara itu, seramai 8,000 peserta menyertai program 30-Hour Famine 2010 yang memerlukan mereka berpuasa selama 30 jam bermula tengah hari kelmarin bagi menunjukkan keprihatinan terhadap golongan miskin dan kelaparan, selain mengutip dana untuk tabung berkenaan. -Berita harian online

***

Sudah tiba masanya untuk negara wujudkan bank dna ini..
tentu banyak perkara perlu difikirkan
antaranya:
-agensi mana yang perlu bertanggungjawab ke atas data tersebut
-bagaimana nak collect data
-kos dll

Tapi negara kita boleh refer negara-negara lain yang dah ada kemajuan tersebut dan boleh diaplikasikan di negara kita dengan membuat penambahbaikan. contohnya DNA Data Bank of Japan.

*semoga usaha ke arah pewujudan dna bank data ini dipermudahkanNya..amin..

azam 22 : bubur jagung


Bubur jagung

Bahan2:
1 tin jagung krim
santan 
daun pandan
esen vanila
gula merah

masak gula merah + daun pandan + 2 titik esen vanila (jika suka)
masukkan jagung krim
biar mendidih
masukkan santan
kacau seketika
siap


azam 21 : sambal sotong tin





Sambal sotong tin


1 tin sotong
Bawang putih + bawang merah
Bawang besar potong bulat
Cili boh / cili kering yang direndam air panas dan dikisar dengan bawang merah
Air asam jawa
garam dan gula secukup rasa


panaskan minyak -tumis bawang putih bawang merah hingga naik bau dan masukkan cili dan tumis hingga garing
masukkan air asam jawa
kalau suka boleh masukkan kicap sotong tin tersebut *kena kurangkan garam sebab dah masin
masukkan gula secukup rasa

masukkan sotong
biar sekejap
siap

*makan dengan nasi lomak pon sodap

azam 20 : sunny side up in french beans


we had juz a simple home meal for iftar yesterday..
this is french beans with sunny side up
ezy pzy recipe

hah tetiba tukar bahasa ibunda pulak 
silap2...

tumis bawang merah ngan bawang putih
buh minyak bijan 2  titik
buh kicap manis
buh sos tiram
buh ayaq sket
pastu letak french beans tu
buka api kuat, pecahkan telur kat tengah2
pastu pandai2 la adjust bagi telur tu tak pecah kuningnya
nampak cam dah half cook telur tersebut, tutup api
siap!

HADA LABO mai opis




Hada Labo Super Hyluronic Acid Moisturizing Lotion


Hada Labo Super Hyluronic Acid Moisturizing Cream


tudia tajuk tak leh blah

ina dah tau lama pasal hada labo ni..masa dia mula2 masuk malaysia dulu tapi masa tu macam tak kisah sangat

tapi sejak clients manjadiri ada bertanya pasal produk ni jadi ina rasa macam kena hunting for sample so nak cuba then rasa sendiri keberkesanannya

yang ina dapat tu ialah Hada Labo Super Hyluronic Acid Moisturizing Lotion
ish acid2 ni buat aku tingat plak pasal isteri ngan anak kena simbah asid ngan laki dayus aka laki dia tu..

yang ni katanya No.1* Face Lotion kat Jepun sebab setiap 4 saat 1 botol terjual..wahhh ngko! kiranya macam dalam sehari 24jam = 86,400 botol terjual sehari
ish betui ka aku kira ni..

satu lagi tu ina dapat Hada Labo Super Hyluronic Acid Moisturizing Cream. yang ni produk baru diorang. ada lagi product line yang lain seperti moisturizing mist dan lip moisturizer. cream ni pakai lepas pakai toner dalam botol tadi tu

so malam ni lepas cuci muka, bermulalah pengujian ke atas HADA LABO. kulit ina sensitif, so kalau ada apa tak kena la tu jugak nampak reaction. currently ina pakai MIRACLE FLUID giffarine.
So far alhamdulillah, toner yang  tak pedihkan kulit ina, tak nipiskan dan membuat pengelupasan secara halus so muka bersih secara mendalam dan alami.kalau nak tau pasal miracle fluid tu click SINI

lepas ni ina akan review pasal HADA LABO ni pulak k..

tudia, orang kata jangan p tapi nak p jugak sale kiko tu

korang ingat tak entry last pasal sale kiko tu
kalau tak ingat click sini

penat betui p ngan opismet ina, mommy nurul.dia drive, ina tgk peta
ceewah print peta gitew takut sesat
kawasan kilang dekat puchong perdana

sampai je tengok alahai keciknya tempat
dia bukak kantin kilang tu buat sale

tak banyak baju untuk toddler
especially boy
gegirl banyak lah
tapi utk kids memang banyak tapi kena pilih
tengok tadi suar jeans banyak
tshirt2 kids pun banyak but agak outdated
besa la warehouse sale ni slalunya nak perabih stok

so end up ina beli:





yang tu je yang ada untuk aisy
tshirt lengan panjang dengan lengan pendek tu RM8 each
kaler memang takde yang lain dah

jaket tu RM15 
jaket gegirl comel, ada kaler kuning ngan hijau lumut, pattern dia macam blazer ina gi opis hihi..

erm..
nampaknya kena p sogo lah jugak..

Kebaikan kurma, kismis dan madu



Khasiat Kurma, Kismis &; Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."




KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN


Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.


Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.


Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.


Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".


Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".


Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".


Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".


Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


3) MADU


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".


Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".


Wallahu a'lam.


kredit kepada owner artikel, 

debunga kurma membantu kehamilan


Sebelum itu, ina merujuk kembali entry ina sebelum ini tentang memakan debunga kurma sebagai salah satu usaha untuk hamil

Ini antara blog-blog yang boleh kalian rujuk:





***

kalau ada lagi nanti ina tambah, insya allah..


tips mudah hamil di bulan ramadhan



tengok gambar tu tingat masa 1st test nak check pregnant si aisy hafiy ^_^

tips ini ina dapati daripada email, semoga dapat memberi info yang berguna kepada yang memerlukannya.



1) DOA MUSTAJAB WAKTU BERBUKA


Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah sebelum berbuka puasa. Tapi saat
ini sering diabaikan oleh kebanyakan orang kerana ghairah menghadap menu berbuka
yang menyelerakan. Luangkanlah masa beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk
berdoa dan memohon apa-apa sahaja yang kita hajatkan. Ingat, Allah swt Maha
Pemurah. Setiap doa yang kita panjatkan, pasti didengar.



2) PELUANG TURUNKAN BERAT BADAN


Berat badan adalah antara faktor sukar hamil. 50% Pesakit PCOS didapati juga mengalami gejala berat badan berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa dengan setiap 5% penurunan berat badan, dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak 30%. Sebab itulah, antara cadangan yang diberikan oleh doktor adalah supaya menurunkan berat badan terlebih dahulu

Sekarang kita di bulan Ramadan, peluang ini harus diambil untuk menurunkan
sedikit berat badan dengan mengawal makan, terutamanya waktu berbuka.



3) BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT


Bulan Ramadan ini hati manusia lembut, Syaitan dirantai. Kalau anda perasan, pengunjung-pengunjung masjid semakin bertambah di bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan untuk beramal.

Nabi saw pernah anjurkan seorang sahabat supaya banyakkan sedekah dan
beristighfar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat.

Berikut kami berikan petikan hadis tersebut

"Abu Hanifah Rah. meriwayatkan di dalam musnadnya dari Jabir Bin Abdullah R.A
bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya;

Ya Rasulullah, sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi oleh seorang anak
pun.

Nabi s.a.w pun menjawab dengan sabdanya;

Di mana(keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati(anak)"


4) KURMA DAN KESUBURAN?


Kurma adalah sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Khasiatnya memang terkenal.
Dari segi kesuburan, maklumat yang kami dapati adalah 'DEBUNGA KURMA'
(ada juga orang panggil 'serbuk kurma') yang dipercayai dapat membantu memulihkan
masalah kesuburan wanita dan lelaki.

Kami masih membuat kajian tentang perkara ini. So, no komen.
Sebenarnya di negara Arab, serbuk Debunga Kurma ini ada dijual di sana yang
memang dipercayai baik untuk kesuburan. Tak lama lagi musim haji, mungkin anda
boleh kirim dengan rakan-rakan @ ahli keluarga yang akan menunaikan haji.
Kalau kat Malaysia, kami tak pasti jika ada sesiapa yang ada jual Serbuk Debunga Kurma ini. 

Jika ada antara anda yang tahu dan pernah beli produk
ini di Malaysia, harap dapat maklumkan kami kerana rasanya ramai rakan-rakan kita
yang berminat nak beli jugak. Insyallahkami akan buat satu penulisan khas tentang 'debunga kurma' ini dalam blog.

kami tu merujuk kepada penulis email tersebut. boleh tengok website dia kat sini >> mudah hamil

 ***

ina nak berkongsi sedikit pasal cerita ina mengandungkan aisy dulu..

kalau tengok pada tempoh perkahwinan kami dengan usia aisy, korang boleh nampak yang dekat 2 tahun kahwin baru kami dapat aisy.

masa sebelum pregnant tu, mak mertua risau
sebab katanya, dalam adik beradik sebelah FIL ina tu ramai anak-menantu yang tak mengadung atau lambat dapat zuriat. so bila kitorang lambat ni, diorang risau sgt2

tapi sebenarnya, dari 1st night lagi ina suami isteri memohon kepada allah supaya tidak mengurniakan anak selagi dirasakan kami tidak mampu dari semua segi..kami berserah padaNya, kurniakanlah kami zuriat bila Dia tahu kami sudah mampu dalam semua segi untuk hidup bertiga dan alhamdulillah doa itu termakbul..

jadi, kepada pasangan yang belum lagi conceive tu, jangan terlalu tertekan yer..ni nak raya, confirm soalan2 wajib "bila nak bertiga?" tu muncul

kuatkan semangat dan senyum selalu yer..kita ni sebagai perempuan sangat sensitif bukan hanya pada perasaan dan jiwa yang halus tetapi badan kita, terutama organ dalaman kita pun sensitif juga. hormon kita mempengaruhi badan kita so cuba hepy2 selalu yer, sebarkan semua ion ceria dan positif tu dalam badan kita. Insya allah kita akan beroleh jua permata hati bukti cinta kita suami isteri..


Tapi jangan pula kita berhenti berusaha untuk conceive tu, jangan kedekut untuk spend wang ringgit jumpa doktor pakar dalam usaha untuk memperolehi zuriat..


Anak itu amanah ALLAH 
Anak itu ujian ALLAH
Anak itu hadiah dari ALLAH
-mummy aisy hafiy-

menuai di jualan metrojaya @ PICC

korang pergi tak sale metrojaya kat picc tu??
tadi time lunch pegi sana
erm masa sampai tu dah ramai orang
dia dekat main hall tu
kalau tak tau, takpe..ikut je orang, mesti sampai punya

sebelum masuk beg korang masuk dalam beg plastik n kena seal
pastu ambil beg/raga utk shopping

lampu dalam dewan tu ala2 umah hantu pun ada
suram gilor.

ada brg2 umah, baju, kasut, handbag, perfume and make up
secara peribadi rasa macam tak berapa best sgt sale dia
ingat nak beli kasut tapi sgt la outdated
dah tu harga tak turun sgt, 50% je..still tinggi dibandingkan dengan design
ada yang comot2 pun..

masa tu ada happy hour, so ina pun rembat lah 2 handbag polo..
rasa agak berbaloi beli sebab harga asal dekat 3 rat tapi diskaun 80% pastu dapat lagi less dalam RM10-RM20 (ikut jenis) sebab happy hour

pastu baju2 ni..erm tak beli pun sebab banyak jenis nampak ketiak jerr
end up beli 2 helai baju tidur cekci hihi
takde la cekci sgt pun..


nih la geng "menuai"
mak dara ngan anak dara
memasing sonok beli eyeliner


ni lah dia tourist guide dan driver terhormat kitorang
ehehe..rajin benor offer keta dia pegi memana pun
senang nak parking,kan nuzul..
thanks eh, jasamu dikenang
p/s sok nak p sale kiko ngan nuzul ni lah ^_^

tapi jgn la pulak korang terpengaruh ngan pendapat peribadi ina ni..
try la p tgk..no harm
sale sampai pukul 9pm
last day is ahad
happy shopping gegirls!

azam 19 : celery soup with croutons


selalunya buat sup ayam atau daging jer..
kalau nak kelainan sedikit, makan kat luar sup tomato, sup cendawan atau sup labu
so jumpa resepi celery sup ni dalam internet..1st time buat and terus jatuh chenta dengan rasanya ^_^

Celerey soup with croutons

3 batang celery
Bawang bombay dan bawang putih dicincang halus
1 sb tepung serbaguna - ina guna tepung gandum jer
Chicken stok - ina guna brand megi tu jer..takdenya nak buat sendiri
minyak menumis
Roti putih
1 sb kucai - ina tak letak
1 sb bacon bits - tak letak, kalau nak boleh ganti dengan nugget yang telah digoreng dan dipotong kecil2
garam dan lada hitam to taste

1.Celery dicincang halus
2.Tumis celery + bawang putih + bawang bombay hingga naik bau bersama dengan 1sb tepung
3.Masukkan stok ayam
4.Biar mendidih dan tutup api

utk croutons:
1.roti dipotong kecil (1/2 inch)
2.tabur dalam dulang pembakar
3.renjis dengan minyak sikit and toss to mix
4.bakar until turn yellowish (preheated 350 f oven for 10 minutes)

Masukkan garam dan serbuk lada hitam ikut rasa dalam celery soup tu.
Kemudian blend hingga dapat fine texture
Hidangkan dengan taburan croutons, nuggetbits dan kucai

azam 18 : meatball with tomato sauce


Resepi ini ina ambil dari blog kak hana
Meatballs in Tomato Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program

Untuk meatballs
* 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar
* 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
* 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
* 1/2 teaspoon serbuk cili
* 2 genggam breadcrumbs
* 1 telur -kite tak letak
* 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
* 1 tablespoon daun rosemarry dicincang
* garam
* 1 teaspoon serbuk blackpepper

Untuk tomato sos
* 1 tin tomato cincang
* 1 biji bawang besar di cincang
* 1 bawang putih dicincang
* 1 teaspoon daun oregano kering
* garam
* Untuk dibakar
* mozarella cheese
* grated parmesan

1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.

2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.

3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)




****


Ini pulak version ina sebab tak semua bahan ina ada..terpaksa derhaka sikit hihi

Meatball tu ina ganti dengan nugget ayamas yang ada cheese kat dalam

Sos tomato tu:
Bawang putih dan bawang bombay dicincang halus
1sk mix dry herbs
1 tin kecil sos original prego
1sk tomato sos
1sk cili sos
garam dan gula - to taste
sedikit serbuk ayam
Mozarella cheese
1 Cheese slice
Parmesan cheese

Goreng nugget sekejap dan put aside
Minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang bombay
Masukkan mix herbs
Masukkan tomato sos, cili sos dan sos prego
Perasakan lagi dengan garam, gula dan serbuk ayam ikut rasa
Biar seketika dan tutup api

Masukkan sos dalam dulang pembakar - ina takde pyrex bowl yang cantik tu so guna la pembakar biasa tu hihi
Susun nugget
Taburkan cheese slice, mozarella cheese dan parmesan cheese
Bakar hingga turn yellowish
*ina suka mozarella tu garing so bakar lama sikit
Siap!

azam 17 : spageti aglio olio


rebus spageti hingga masak dan toskan
bawang putih + bawang bombay = cincang halus
1sk dry mix herbs (oregano,parsley dsb)
minyak zaiton (bagusnya guna extra virgin tapi ina takde stok so guna minyak zaiton biasa)
tomato
udang 
cili kering
sedikit kiub serbuk ayam

Panaskan minyak (dalam 1/4 cawan)
Tumiskan bawang putih, bawang bombay dan cili kering hingga naik bau
masukkan udang dan mix herbs
garam dan serbuk ayam sikit
gula (ina guna brown sugar so tak manis sgt, letak sikitttt je)
dan spageti yang telah ditoskan
goreng macam biasa yer..
siap!

p/s: spageti aglio olio ni memang guna banyak minyak
baru rupa cantik dan nak makan pun sedap
jangan risau, sebab guna minyak zaiton ^_^



azam 16 : sambal tumis ikan bilis petai


semalam berbuka ada 2 versi, melayu + ala2 western sikit
so mulakan dengan resepi simple turun temurun ni dulu
untuk western food, resepinya akan menyusul tengah hari nanti

Sambal tumis ikan bilis petai

petai
(ina beli kat pasar borong selangor, 3 papan RM2, ish kalau balik jitra boleh dapat 5 papan kut)
ikan bilis dicuci bersih
bawang bombay
cili kering yang telah diblend dengan bawang besar (merah)
tumisan: bawang putih + bawang kecil
belacan
air asam jawa 
(ina guna yg original, asam jawa bulat tu..nak senang beli asam jawa adabi, bancuh terus)

1. tumis cili sampai masak (ni petua member utk bagi cili nampak merah)
2. masukkan bahan tumisan
3. masukkan sedikit belacan dan air asam jawa
4.then masukkan ikan bilis (boleh goreng terlebih dahulu tapi ina tak sempat, masak terus je)
5. masukkan petai
6.letak gula perang dan garam - to taste
Siap!

instagram adlinahomemadescrub


up