Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Kuasa tahajud buat yang dizalimi

Terima kasih allah..lengkap ajaranMu..
bukan manusia sesama manusia dapat membalas tetapi biarkan segalanya kerana urusan membalas adalah pada Allah..
kita sebagai hamba perlu redha dan bangun bertahajud mengadu pada Dia..

karma..tidak wujud dalam Islam..
tapi setiap perbuatan jahat ada balasannya

yang dizalimi pasti terbela
kalau bukan di dunia nyata di akhirat masih ada

janji allah itu PASTI
doa yg terzalimi tiada hijabnya
direct terus pada Dia

tambahan lagi diserta dengan tahajud
Dia dengar Dia nampak Dia tahu
walau semua manusia berjaya dikaburi kebenarannya

jauhiku daripada menjadi pendemdam
kerana dendam itu memakan diri
jadikanku pemaaf
kerana itu kunci bahagia

usah pusing dengan perbuatan jahat mereka
Allah ada ^_^
Dia dah ajar cara menghadapinya

Master Key segala pintu rezeki


Bab 13

Master key iaitu raja kunci untuk membuka segala pintu rezeki. Apa sahaja rezeki berupa kesihatan yang baik, rasa aman, harta, pangkat, semuanya boleh dibuka dengan master key ini..

jawabnya d m/s 65 Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ^_^

===========================================================================

ya, memang saja agen pengedar buku MMR ini
ya, saya memang buat bisnes
ya, saya memang promot buku ni, saya boleh dapat komisen

tapi

saya boleh dapat pahala bila awak amalkan segala strategi khusus yang disarankan di dalam buku MMR tu..

saya boleh dapat pencen kubur untuk itu

hehe..

untungnya saya..duit dapat..pahala dapat..

in sya allah...

awak, IQRA..ombak rezeki bakal dicipta..tak susah pun..jemput saja..lagi senang daripada mencari..

kerja?? itu usaha, allah suruh..kita ni HAMBA jer, kena buat lah apa TOKEY suruh kan..

senyum.. : )

tips mendapatkan perut kempis


paling setuju ialah buat abdominal exercise..penat la sikit..sakit la sikit..tapi nak cantik kan...
kena berusaha lebih
tapi jangan lupa, rujuk allah dahulu..bagitau allah nak perut kempis dan permudahkanlah usaha untuk mendapatkan perut kempis ni demi untuk kesihatan dan memperindahkan diri untuk ??


7 minuman untuk perut kempis


 kombucha tu tak pasti lah apa..google sendiri eh..
gambar ni dikongsi setelah terjumpa dalam internet
walau diri sendiri tak buncit tapi apa salahnya carikan tips untuk bantu orang lain
memang minum air dapat hilangkan lemak-lemak 
tapi selain minum kena buat senaman crunch
itu memang terbukti berkesan
^_^

Home decor - Contoh hias dinding ruang tamu


sesuai untuk ruang tamu yang comel



\

warna cat compliment dengan hiasan, cool jer




stiker dinding jadi photo tree :)



 

kate spade wall ^_^




owh b&w..so lovely yet mysterious



suma ni gambar dari internet
contoh-contoh hiasan piring dan gambar di dinding
menarik dan simple jer..
satu lagi kalau nak tengok yang kelas sikit, gi tengok kat Le Meridien hotel, KL
dekat ngan KL Central tu
hiasan dalaman dia banyak guna cermin yang disusun pelbagai bentuk
tapi masa pergi tu tak sempat nak snap gambar






Home decor - Kita hias sofa


Kat rumah ni, sofa warna putih, cushion dia kaler hitam..saya mencari idea macam mana nak 'refresh' style sofa, takkan nak beli baru kot..antara idea yang saya jumpa:

  • guna throw
  • guna bantal-bantal
Jadinya saya share sofa styling untuk rujukan ^_^

*double click pada gambar dan besarkan untuk lebih jelas*

Origami rupanya bagus untuk otak heh



CNY ni panjang..jenuh saya fikir nak buat aktiviti apa dengan aisy..pergi DAISO jumpa kertas origami. Pun beli..balik main-main dengan dia.

Saya pun tak pandai, cari dalam internet origami dengan intructions. Akhirnya dapat la buat few models.

Dapat buat dua ekor penguins, satu untuk aisy satu untuk aisyah..pastu sebiji truck dan kapal terbang
Boleh la untuk amatur ni hah..
kalau ikutkan banyak lagi yang best-best tapi ukur baju di badan sendiri ler..

Tetapi bila google, rupanya banyak kebaikan kalau rajin buat origami..orang Jepun kan suka main lipat-lipat ni. Kajian menunjukkan bila kita guna koordinasi kedua-dua belah tangan, otak akan distimulasi sepenuhnya.  Bila kita rajin main origami, berikut adalah kebaikan yang kita boleh perolehi:

(saya copy paste ye)

Below is a list of just some of the benefits of using origami.
* Reading Skills
* Writing Skills
* Processing Skills
* Visual Motor
* Temporal Spatial
* Logical Reasoning
* Attention Skills
* Concentration
* Sequencing
* Math Concepts
* Measurement
* Geometry
* Proportion
* Fractions
* Symmetry
* Problem Solving
* Science Principles
* Ecology
* Creativity
* Oriental Culture
* Independent Study
* Social Skills
* Self Confidence
* Library Skills
* Manual Dexterity
* Speech Language
Development

Banyak rupanya faedah main lipat-lipat ni..jom kita mula buat tiap-tiap hari dengan anak-anak..jadikan ianya hobi baru yang bernilai buat kita dan anak-anak kita ^_^


Makanan yang menghalang kanser payudara


Nauzubillah himinzalik...
Semoga allah melindungi saya dan awak daripada kanser terutamanya kanser payudara yang membunuh di dalam diam..
Rajin-rajin kita check sendiri payudara kita dan kalau nampak lain macam seperti ada biji atau ketulan luar biasa, cepat-cepat kita pergi hospital

Lebih baik mencegah daripada mengubati, itu yang bijak
Berikut saya kongsikan makanan yang dipercayai dapat mencegah daripada penyakit kanser ini
Kita berusaha, allah jua yang menentukannya dan allah sebaik-baik perancang
wallahualam..



Tips mudah untuk perut kempis

amalkan tips mudah berikut untuk perut yang kempis


Senaman mudah untuk perut kempis

Senang je ni
Tak susah pun
Buat depan tv pun boleh
Tapi yang penting istiqamah 
Amalkan senaman perut kempis ini seminggu tiga kali
Buat sikit tapi istiqamah ye


Minuman untuk perut kempis


nak buat air ajaib perut kempis ni macam senang ja
bahan mudah saja ni..tapi kalau nak sedap lagi tambah la madu atau gula batu bagi ada rasa sikit
tapi lagi sedap kalau tambah dengan ice cream soda hehehe..

Home decor - Idea Susun Frame


source : saifou image
boleh guna sebagai rujukan untuk hias dinding rumah dengan kemasan frames

candy buffet trend majlis perkahwinan

kalau ke majlis hari jadi, orang kawen, berendoi, cukur jambul, akikah
semua ada dessert buffet 
candy buffet
atau namakan apa jer
janji ada station khas yang diletakkan pelbagai manisan mulut 
dan
yang paling penting dihias mengikut tema majlis itu sendiri

gambar-gambar ni ina ambil dari internet
kongsikan idea cara nak hias candy buffet 















 kalau nak lagi senang contact
 The Pastelicious Party
016-461.4667 
sms/whatsapp/line/viber

untuk dapatkan quotation bagi tempahan 
candy buffet
 personalised vip table
photo booth 
 meja santapan beradap 
pelamin akikah 
 buaian berendoi 


job pertama The Pastelicious Party ialah menghias jamuan raya di 
Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri 
dengan tema Elegant Blue

dan alhamdulillah
rata-rata feedback yang diterima sangat positif dan membina

insya allah lepas dapat gambar dari photographer
ina akan upload kat sini

(^_^)




senarai keperluan kehamilan

Salam readers..

Memandangkan banyak hits ke blog ni tentang kehamilan so ina nak share checklist keperluan barang untuk menyambut kelahiran anak

Clothing

Bil        Items      

1        Long sleeve                     
2        Long pants     
3        Short sleeve shirt         
4        Short pants         
5        Sleeveless bodysuit (jumper)                     
6        Romper                    
7        Binders (barut)                                       
8        Handkerchief                                
9        Mittens & Booties                  
10        Socks        
11        Hat                  
12        Bibs                                       
13        Long pants - outing                     
14        Baby T (Girl)               
15        Baby T (Boy)                     
16        Skirt  
                              
Feeding

1.        Breast pump
Avent ISIS
2.        Termos
3.        Feeding bottle 2 oz
4.        Teats
5.        Bottle and Teat Brush
6.        Sterilizer
7.        Warmer
8.        EBM Storage – Avent via cups
9.        Nursing pad (washable)

Nursery (baby cot)

1.        Baby cot & mattress
2.        Baby’s set pillow & bolster
3.        Baby’s pillow & bolster case; Lollipop (2 small, 1 big pillow & 1 pillow)
4.        Blanket
5.        Receiving blanket
6.        Nursing pillow

Bathing

1.        Bath tub
2.        Toiletries (travel pack)
3.        Hooded towel
4.        Cotton balls
5.        Cotton buds
6.        Baby comb / brush
7.        Baby manicure set


Diapering

1.        Changing mat
2.        Baby wipes
3.        Disposable diaper
4.        Napkins
5.        Nappy liner
6.        Diaper rash cream
7.        Safety pins


Traveling

1.        Stroller
2.        Infant carrier
3.        Travel bag


Mama care

1.        Nursing bra
2.        Maternity pad
3.        Disposable panty
4.        Nipple cream

Tapi kan..tak semua senarai di atas perlu beli.. beli yang wajib jer dulu.. ^_^

BUDGET MANAGER APPS for Android Smartphone


salam 
adoiyai lamanya tak hapdet ini blog
ada silent reader tu yang complaint, hehe you know who you are
i got to know her pun lepas dia mai buat treatment facial kat Manjadiri
^__^

k back to subject
sejak pakai android ni rasa macam rugi sangat tak beli dari dulu
macam-macam application ada dan free jer
seb bek tak beli belakberi

nak citer pasal wat budget.. korang pun mesti wat juga kan
cheq ni poyo dok buat tapi tulis jer dalam note book then tinggal kat umah

now with budget manager apps ni boleh track your expenses daily, monthly and even yearly
bagus sangat sebab boleh tau berapa banyak dah expenses dibuat dan balance income ada berapa
citer kat geng kite tu si RedgurlCraft
dia pun dah terpengaruh and hooked dgn application budget manager tersebut

sesuai juga untuk sesapa yang ada business sendiri
tak yah lagi nak isi buku tunai tu
key in je dalam apps tersebut dan boleh tengok record income and expenses

sebut pasal business, cheq cuba masuk dunia business yang baru selain daripada yang dok ada la ni Manjadiri Home Beauty Salon..
nanti cheq citer business apa na..
tapi memang berdebar & bersemangat sangat nak wat job..
partner cheq habaq maybe dah ada job untuk bulan 7..insya allah..

k..nnt cheq hapdet lagi..
nak p rehat sat..
senggugut is killing me :(

p:s: 
nak download apps tu senang jer
pergi apps store
type budget manager
cari icon ni
then download
senang jer ^_^


Tip Panduan Memilih Taska/ Pusat jagaan kanak-kanak


Tip Panduan Memilih Taska/ Pusat jagaan kanak-kanak

Ada beberapa tips dan kriteria pemilihan pusat jagaan kanak-kanak.
Mesti berdaftar.
Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran.
Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia.
Hasil perbincangan itu puan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.
Pastikan dia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga puan boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas.
Jika dia suka kerja itu, maka anak anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.
Kebersihan.
Pastikan puan masuk ke dalam kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan memuaskan.
Bayaran Yuran.
Puan perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika puan lambat mengambil anak.
Program.
Pastikan pusat itu mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya.
Takaful.
Pastikan pusat itu mempunyai insurans takaful.
Kegiatan membabitkan ibu bapa.
Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama?
Peraturan taska/tadika/pusat jagaan. Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.
Keceriaan.
Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.
Fardu ain.
Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu aini. Bagaimanapun, puan perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.
Bayaran balik.
Puan perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah puan dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini.
Bagi anak yang berumur empat tahun, mereka boleh dihantar ke taska, tadika atau pusat jagaan.
Saya lebih suka menghantar anak ke taska kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.
Senyum selalu. Banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh diatasi.
Oleh Rosnah Ahmad, pengurus dan pengusaha taska.
serikasih.com

Edit gambar dengan pixlr online





korang boleh spot tak apa perbezaan di antara dua gambar kat atas tu??
sure you guys can tell the different ^_^

ina edit the second picture tu using pixlr
ala yang ina citer kat entry sebelum ni

memang tak berapa menjadi sangat..sebab ina amatur jer..
tapi yang nak highlight di sini ialah web pixlr tu
kalau sesiapa yang takde perisian adobe photoshop
boleh edit gambar guna pixlr  
sebab function dia lebih kurang macam photoshop jugak
best!!

*gambar diambil ketika makan malam di gambang waterpark, kuantan pahang*
*tema bollywood, orang lain pakai pakai sari, kurta bagai tapi puan ina dan encik suami tak ikut tema pun*

Style shawl untuk muka bulat


korang suka pakai shawl?

fenomena pakai shawl ni dah lama kan..especially masa yuna baru naik dulu..tapi la tak best sangat dengan fesyen turban tu..tapi dia retis...boleh je pakai apa pun..
kena pelik-pelik sikit baru ada personaliti tersendiri

pastu glamer balik tudung bawal sebab adanya datin norjuma yang sentiasa 'berbawal' ke mana sahaja even ke majlis-majlis terkemuka

namun shawl tetap sentiasa hot n spicy 
sebab adanya hana tajima dan blogger-blogger yang rajin buat tutorial dalam youtube..
hasilnya puan ina pun terpengaruh nak mencuba dan menggayakannya hehe

tapi puan ina ni mukanya bambam dan bulat
bak kata makcik timah, macam pinggan nasi tambah gitew..
bak kata encik suami, senang je nak cari ina dalam gambar ramai-ramai..cari je yang paling tembam 
ahahahha 
*tapi dalam hati $%^&*%^$%
^_^

so dengan beraninya nak show off kat blog sendiri ni
so that sapa dok type keyword shawl untuk muka bulat dapat le idea once come to this blog

*banyak kali jugak dalam statistik ada cari shawl muka bulat kat blog ina ni*
memang encik google pun tau saya muka bulat bam bam..
uhuhuhuhu


yang ni tak berapa sesuai sebab nampak leher kecuali pakai inner neck
dalam tu ina pakai anak tudung syria cotton jer



yang ni memang gaya biasa dok pergi kerja
takde cara lain dah
cuba juga cara lain tapi bila sampai office terus singgah kat toilet ubah balik hahaha
lokasi penggambaran syiok sendiri ialah di dalam bilik Manjadiri Home Beauty Salon sayer ^_^




ni kata cik farah alwani senget tu..tudung tak siap heheheh
ada aku kesah??? janji takyah pakai brooch bawah dagu wat aku gatal-gatal je
ni style longgar-masuk-angin guna 3 jarum peniti ajer ^_^


oklah
korang kalu rasanya nak muntah..
silakan...hehehehee


Edit photo online


korang suka edit photo guna apa?
ina suka yang simple-simple je..
selalunya guna Microsoft Office jer..
ataupun picnik tapi website tu dah nak tutup this April 2012
ntah lah kenapa..
tapi ina jumpa satu website baru
best sebab ada vintage effect
cubalah main-main kat situ ^_^


 ni gambar masa berkelah dekat taman depan PICC
susah betul nak ajak aisy bergambar

instagram adlinahomemadescrub


up