Showing posts with label family portray. Show all posts
Showing posts with label family portray. Show all posts

aisy bakal jadi abang insya allah



alhamdulillah
ina hamil lagi untuk kali kedua
setelah 3 tahun usia aisy hafiy pengarang jantung ina dan suami

self pregnancy test was done after a week i missed my period
positive even another line was faint

pergi ke klinik precint 9 untuk pengesahan
owh rupanya kena bayar RM20 untuk buat pemeriksaan kehamilan
semasa hamilkan aisy dulu, ina buat ujian di Hospital Kangar, balik raya tahun 2009
masa itu seingat ina tiada apa-apa bayaran dikenakan
mungkin polisi hospital semasa agaknya

doktor turut mengesahkan ina hamil namun masih belum kuat dan terlalu muda 
katanya, jangan berharap apa-apa
wah agak kasar bunyinya
maklumlah doktor muda

apa-apa pun cukup 8 minggu ina akan buat ujian lagi
dan mungkin pada masa itu sudah bolehdaftar buku pink yang kedua
seperti kehamilan pertama
ina masih lagi inginkan khidmat doktor pakar di hospital putrajaya
private wing
setiap perkhidmatan ada bayarannya 
namun kita boleh pilih doktor khusus untuk kita 
setiap bulan dipantau oleh doktor pakar yang kita pilih itu
dan doktor itu juga yang akan menyambut kelahiran adik aisy tahun depan
insya allah

namun doktor yang ina pilih dulu
doktor jamil
sudah tidak lagi berkhidmat di hospital putrajaya

semoga ina dapat pilih doktor yang selembut dia
sangat prihatin pemurah dan tidak berkira
selesa sangat di bawah pemantauan beliau walau dia doktor lelaki
ina rasa lebih dihormati sepanjang kehamilan, proses bersalin hingga post natal
berbaloi dengan bayaran yang dikenakan

ya allah 
semoga kehamilan kali ini lebih mudah dan menyenangkan serta tidak menyakitkan
kerana sesunguhnya suami saya, ya allah
tidak betah melihat saya sakit
hanya padaMu saya berserah dan memohon perlindungan
amin ya rabbal a'lamin



fenomena buttonmybuttons dan tudung aidijuma

butik buttonmybuttons mencetus fenomena baru dalam dunia fesyen di Malaysia
perekanya memberi nafas baru di dalam penerapan penggayaan baju kurung moden yang mempunyai elemen vintage dan semestinya 'bow' yang menjadi 'signature' rekaannya

ina tidak ketinggalan untuk mencuba baju rekaan pemilik buttonmybuttons ini 
namun kerana harganya yang agak tinggi bagi ina, cukup sekadar sepasang baju kurung moden buttonmybuttons menjadi penyeri aidilfitri 2012 yang baru sahaja beralu


perekanya menegaskan bahawa sepasang baju kurung ini boleh digayakan dengan pelbagai cara
paling mudah, kain mahupun baju kurung tersebut boleh digayakan semula dengan padanan pakaian yang lain

tudung aidijuma juga menjadi pilihan ina
kombinasi di antara inner dan outer bawal mencipta gaya baru dalam penggayaan tudung bawal pada masa kini
terima kasih kepada datin juma kerana mencetuskan kembali fenomena pemakaian bawal dengan nafas baru


bersama mr husaini, my roomate aka housemate aka friend aka husband aka everything
aisy tahun 2012 mempunyai perangai baru
tidak gemar bergambar
tidak gemar berjumpa ramai orang
mahupun menerima pemberian duit raya
namun pabila berkongsi cerita dgn deq nadia yang anaknya juga sebaya, ternyata itu 'fenomena' yang turut melanda anaknya tahun ini hehehe

lagi gambar raya 2012 untuk diabadikan di dalam blog yang sudah lama tidak ina kunjungi walau pun bertambah follower dari hari ke hari
terima kasih atas kunjungan saudara saudari ke mari ^_^







Edit gambar dengan pixlr online





korang boleh spot tak apa perbezaan di antara dua gambar kat atas tu??
sure you guys can tell the different ^_^

ina edit the second picture tu using pixlr
ala yang ina citer kat entry sebelum ni

memang tak berapa menjadi sangat..sebab ina amatur jer..
tapi yang nak highlight di sini ialah web pixlr tu
kalau sesiapa yang takde perisian adobe photoshop
boleh edit gambar guna pixlr  
sebab function dia lebih kurang macam photoshop jugak
best!!

*gambar diambil ketika makan malam di gambang waterpark, kuantan pahang*
*tema bollywood, orang lain pakai pakai sari, kurta bagai tapi puan ina dan encik suami tak ikut tema pun*

warna tema raya

salam..
korang dah sampai umah?
perjalan ok?
beraya mana tahun ni? umah sendiri or rumah suami
mujur keluarga  ina dgn huby tinggal dekat
jitra,kedah + kangar,perlis

dah sedia nak keja?
ina cuti tak lama, sama macam cuti sekolah je..
isnin 5/9 dah start keja wlaupun ramai opis mate yg masih bercuti

korang raya tahun ni temanye warna apa?
ina pilih warna orange
tapi susah juga nak cari baju melayu oren utk si kecik tu


dak kecik ni punya lah susah nak suh pakai baju melayu ngan sampin
dia pilih baju tido nak pakai hari 1st raya tu
jenuh pujuk macam2..

kerenahnya memang mencabar
taknak dipegang langsung ngan org lain
asyik berkepit ngan ina je...
nak tido pun atas riba

tapi macam aunty dia cakap
'budak kurang kasih sayang'
haha maklumlah 7 bulan setengah ina p kursus
tinggalkan dia dengan daddy berdua jer


sekejap je pakainye..
lepas tu londeh habeh tinggal suar
skang ni dia tak sihat
demam panas..
semalam on day way balik ke putrajaya, terpaksa singgah hospital sungai petani
40 degree panasnya
mujur tak jadi apa2 dalam keta
nanti lah nak citer pengalaman anak demam ni..
untuk aisy tatap bila besar nanti


masih valid lagi rasanya
tuk ina ucapkan salam aidilfitri buat rakan-rakan blogging semua
maaf dipinta andai ada tutur bicara melukakan hati tanpa sengaja
semoga ukhuwah kita terjalin lebih mesra
andai ada buat rumah terbuka, jgn dilupa jemput ina sekeluarga hehe (~_^)

banjir itu malapetaka

ya allah, selamatkanlah keluargaku di jitra dan mertuaku di perlis
peliharalah keselamatan dan kesihatan mereka ya allah..
lindungilah harta benda mereka ya allah..

***

sebentar tadi, ina call mama ina di jitra
dia habaq banjir dah naik sedalam 5 kaki di kawasan umah ina
diorang dah keluar dari rumah pukul 1am semalam

kesian parents ina..baru siap renovate umah dan beli perabot2 serta peralatan elektrik baru
kebanyakannya beli sikit2 sebab last banjir thn 2005, habis semua peralatan rumah rosak dan keadaan rumah teruk sangat berikutan air banjir yg sgt kotor

2010 berulang lagi dan mama kata banjir kali ni lagi dahsyat..
kuasa allah tiada tandingannya
di Jawi Perlis lagi hebat dugaan Allah..
pokok besar diangkat dan dilayangkan dengan sekelip mata
dan lebih teruk lagi..bila angin taufan masuk dalam rumah dan menerbangkan manusia di dalamnya
kawan mama, pegawai ppd jitra yang nampak sendiri bagaimana bumbung zink diterbangkan dan melayang-layang di atas kepala

keluarga mertua di kangar perlis, alhamdulillah masih terkawal keadaan mereka..

ya allah..banjir ini mengorbankan nyawa dan harta benda
kepada yg terkorban, tempatkanlah mereka dekat denganMu
berikanlah kekuatan kepada keluarga mereka meneruskan hidup selepas ini

***

ya allah..
tabahkanlah hati ibu bapaku
walaupun mereka terpaksa menanggung kerugian yang banyak
berikanlah kesihatan yang baik buat mereka
limpahkanlah rezeki atas kesabaran menghadapi ujianMu ini Ya allah..

ma,along di sini sedih atas apa yg berlaku
ma,jgn susah hati..nanti gastrik ma datang
jgn isau, along akan cari jalan..
cari duit untuk belikan peralatan rumah baru kat mama ngan abah
tuhanku..berikanlah rezeki melimpah ruah untukku belikan rumah baru buat mereka..amin..

http://www.emocutez.com

syiok oo panjat pokok

haha
masa balik kampung hari tu
(actually rumah family ina tu kawasan taman perumahan je, takde kampung pun, gempaq je lebey)
buat projek adik beradik
panjat  pokok kelapa kononnya nak minum
air kelapa fresh depan rumah

dulu-dulu aktiviti panjat memanjat ni tugas ina lah
kaklong katakan..
tapi since adik lelaki dah besar panjang
so dia lah pulak ambil alih


tinggi pokok tu
depan umah tok mama ada construction rumah 2 tingkat
ish tingin nak beli tapi tak mampu lagi
harga tak tinggi macam kat sini
berangan je bila balik jitra, beli umah depan umah tok jitra tu
balik keja singgah dinner umah tok mama tok abah dulu then baru
 balik umah sendiri 
hehe berangan tak hengat

mommy posing je lebey, tolong pegang tangga katanya
tok abah seksi seksa siott
uncle fauzan tu tunjuk teror tapi tau dalam hati gayat!! 
tok ma, maintainn ^_^


bertandan-tandan kelapa
memang rajin beranak berbuah laa pokok tu
lama dah tok ma tok bah tanam
alhamdulillah membesar dengan jayanya


eleh aunty farah tu over!! hehe
dia lah paling gayat di jitra kehkehkeh



daddy terpaksa tenangkan aisy
punya la nak keluar enjoy2 sama-sama
hehe tak leh sayang, semut banyak kat pokok tu



aksi superman uncle!
gile nak terjun
mau beraya kat hospital hehe


last but not least
si budak kecik yang memujuk daddy nak main kat depan rumah ^_^

sementara masih ada

semakin hari semakin tua
lumrah biasa untuk manusia
kompilasi gambar tok dan wan ina
buat tatapan aisy apabila dewasa

tok dan wan penghibur rasa
menjaga ina dan adik-adik semua
tetapi kini dimamah usia
semoga allah kurniakan sejahtera

tinggal bersama ibu bapa ina
pabila tua bermacam ragam mereka
sakit pening alhamdulillah abah ina rajin jaga
sentiasa dihadapi dengan sabarnya

wahai aisy kesayangan bonda
mereka berdua ini moyang anda
sementara mereka masih ada
sayangilah mereka hendaknya



mommy suka sangat gambar ni
ada 3 generasi
syiok sungguh budak kecik tu main tongkat sakti ^_^



dimulakan dengan gambar wan mommy aka moyang aisy
namanya haji ahmad
usianya dah 80 plus plus
alhamdulillah kesihatannya masih baik
selalu pergi fisioterapi kat hosp sultanah bahiyah
tok abah rajin bawak pergi senaman
untul menguatkan otot-otot ^_^



selera makan tak pernah susut
tengah enjoy makan cikuwa bakar cicah sos siam lagi
hidangan masa mommy buat steamboat ala korea semasa di jitra
malam sebelum kita balik semula ke putrajaya


ini tok mommy aka nenek aisy juga
namanya hajah len
yang aisy ni pemalu tau
susah sangat mommy nak snap pic dia
gambar ni mommy tergelak tengok
punya la sembunyi muka tuu ^_^



termenung fikirkan anak cucu yang riuh rendah bersembang
gelak-gelak sampai bergegar rumah ehh
sampai tak sedar mommy snap pic dia ^_^



malam tu nek makan banyak
1st time makan steamboat ala korea
dia paling suka daging nipis bakar tu
tapi sedikit hairan kenapa begitu cara nak makan
takde nasi buat hidangan utama
hehehe..tapi ternyata nenek enjoy ja ^_^


doa mommy, semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik
dan umur yang panjang
mereka banyak menolong tok mama membesarkan mommy dan adik-adik mommy 
semasa mereka masih kuat
mommy sayang sangat mereka berdua
mommy bangga kerana mereka masih sempat melihat aisy, anak mommy membesar di depan mata



what a sengeh family

whenever we snap a picture
we cant resist to sengeh
me, especially!
^_^


aisy, doa mummy semoga aisy mudah senyum dan ramah mesra dengan orang sekeliling
selaras dengan makna aisy hafiy
seorang budiman yang kaya dan berbudi bahasa

kronimu kroniku jua

aisy ni satu-satunya cucu
sebelah ina lah..

kalau sebelah hubby dia dah jadi
yang ke-6 daripada 8

so belah ina ni comfirm laa
hoverrr excited ngan si kecik ni
layan kan je la eaa..












dulu kroni mommy
la ni kroni-kroni aisy
yang sentiasa merinduinya
yang sentiasa bertanya khabar tentang dirinya
yang jaga dia 60 hari masa berpantang dulu
yang jaga dia masa operation hernia dulu
yang jaga dia 2 minggu lebih sampai la bebird dia tu baik
lepas dia sunat dulu
^_^


atau kroni-kroni ni mungkin juga akan jaga aisy
bila mommy kena gi kursus diploma perkhidmatan awam 6bulan ++ nanti??? 
hehehe

khas untuk aunty aisy



hihi..budak sekor ni touching pulak sebab ina tak link dia masa buat entry pasal kawan2 yang mendoakan aisy tu..

babe, of course la hang punya takde dalam list tu sebab yg tu dedicated specially to all my online friends who sincerely prayed for aisy healthiness

nama dia ni farah alwani bt sha'ari (hambek ko,full name terus)
dalam keluarga, ina yang sulung then farah, fauzan dan fatin
dulu geng bergaduh ina zaman kecik2
la ni geng meluah perasaan hihihi

dia ni belajar lagi, final sem kat kolej KPTM cheras (area shamelin tu)
umurnya 22 thn..(dah tua weh tapi dok perasan muda gitew)

dulu-dulu, masa dok dating ngan daddy aisy, dia la tukang cover line hekhekhek

weekend je, pon ponnnn sampai dah si kancil depan umah..lega tau every week dia mai, at least ada la bibik di hujung minggu kehkehkeh

dia pemalas nak mampos..kalau balik cuti sem sure mama ngadu tak nk buat keja umah..
tapi kat umah ina, dia lah yang rajin ngasuh aisy, anak menakan kesayangannya..and yang paling best ada satu malam tu, ina dgn husband sama2 flat, sambil tengok berita jam 8 tu terlena..aisy pun tido..

bangun je dah terhidang telur sambal dengan nasi..wkakakaka bahagia gila bangun tido ada makanan =D

anyway budak ni pandai masak..untung betui aku ada adik sebegituwww

satu lagi, english vocab dia sangat power =D

farah thanks a lot..u really helping me in raising up aisy..

million thanks for creating a really nice video of aisy masa dia baru lahir dulu..sampai la ni aku rajin tengok balik video tu..and nangis sob sob hihihi touching sebab aisy dah besar..

doa aku,hang grad with flying colors and allah bless u in whatever u do..even though i never said this but here proudly announce

IM REALLY PROUD HAVING U AS MY SIBLING AND I LOVE U SO MUCH DEAR SISTER!!!

instagram adlinahomemadescrub


up