sementara masih ada

semakin hari semakin tua
lumrah biasa untuk manusia
kompilasi gambar tok dan wan ina
buat tatapan aisy apabila dewasa

tok dan wan penghibur rasa
menjaga ina dan adik-adik semua
tetapi kini dimamah usia
semoga allah kurniakan sejahtera

tinggal bersama ibu bapa ina
pabila tua bermacam ragam mereka
sakit pening alhamdulillah abah ina rajin jaga
sentiasa dihadapi dengan sabarnya

wahai aisy kesayangan bonda
mereka berdua ini moyang anda
sementara mereka masih ada
sayangilah mereka hendaknya



mommy suka sangat gambar ni
ada 3 generasi
syiok sungguh budak kecik tu main tongkat sakti ^_^



dimulakan dengan gambar wan mommy aka moyang aisy
namanya haji ahmad
usianya dah 80 plus plus
alhamdulillah kesihatannya masih baik
selalu pergi fisioterapi kat hosp sultanah bahiyah
tok abah rajin bawak pergi senaman
untul menguatkan otot-otot ^_^



selera makan tak pernah susut
tengah enjoy makan cikuwa bakar cicah sos siam lagi
hidangan masa mommy buat steamboat ala korea semasa di jitra
malam sebelum kita balik semula ke putrajaya


ini tok mommy aka nenek aisy juga
namanya hajah len
yang aisy ni pemalu tau
susah sangat mommy nak snap pic dia
gambar ni mommy tergelak tengok
punya la sembunyi muka tuu ^_^



termenung fikirkan anak cucu yang riuh rendah bersembang
gelak-gelak sampai bergegar rumah ehh
sampai tak sedar mommy snap pic dia ^_^



malam tu nek makan banyak
1st time makan steamboat ala korea
dia paling suka daging nipis bakar tu
tapi sedikit hairan kenapa begitu cara nak makan
takde nasi buat hidangan utama
hehehe..tapi ternyata nenek enjoy ja ^_^


doa mommy, semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik
dan umur yang panjang
mereka banyak menolong tok mama membesarkan mommy dan adik-adik mommy 
semasa mereka masih kuat
mommy sayang sangat mereka berdua
mommy bangga kerana mereka masih sempat melihat aisy, anak mommy membesar di depan mata



3 comments:

mamalieyna said...

waaa moyang aisy masih ada! seronoknya! arif tak merasalah..huhu..

*selamat hari raya!

Ena said...

Aank2 ena pun masih ada sorang moyang belah ayah ena & FIL.. belah mak dua2 dah tak de.. Mudah2an sentiasa diberi kesihatan yg baik pd merekan kan ina.. ;D

Adlina Husaini said...

wan, semoga roh wan ditempatkan di kalangan hambaNya yang dikasihNya..amin..tenanglah wan di sana..

instagram adlinahomemadescrub


up