keputihan a.k.a vaginal discharge

KENAL PASTI KEPUTIHAN NORMAL

PUTIH:
Lelehan pekat,putih dan tidak menyebabkan kegatalan.Tapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.

JERNIH:

Ia petanda kamu sedang ''subur''.

JERNIH SERTA CAIR: 

Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan,dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.

KUNING ATAU HIJAU: 

Ia mungkin petanda jangkitan terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju,selain berbau busuk.Elok lah berjumpa doktor segera untuk rawatan lanjut..

MERAH KEHITAMAN:

Boleh berlaku selepas haid,ia mungkin sisa darah haid.

''SPOTTING''/ LELEHAN MERAH: 

Ia mungkin berlaku disaat kamu sedang subur,ketika peringkat awal kehamilan,atau ketika kamu sedang dalam haid.Jika ia berlaku sepatutnya kamu haid-tapi ia tidak berlaku,maka kamu sebaiknya menjalani ujian kehamilan.

PERIHAL JANGKITAN KULAT

Hakikatnya setiap wanita sihat ''menyimpan'' sedikit kulat pada sekitar kawasan kemaluan. Begitupun,jika jumlahnya bertambah dari kadar sepatutnya,situasiakan berubah kepada jangkitan. Dan biasanya ia tiada kena mengena dgn si suami.
Antara puncanya termasukklah mengambil ubat antibiotik,hamil,kencing manis atau kesan terlalu panas hingga banyak berpeluh. Petanda jangkitan kulat? Antaranya ialah keputihan pekat,bengkak serta sakit pada sekitar rahim,gatal keterlaluan,dan kesakitan ketika seks berlansung.
Untuk merawatnya doktor akan mengambil contoh sel daripada kemaluan kamu untuk menentukan jenis kuman yang menyerang. Kemudain kamu mungkin akan diberi ubat untuk dimasukkan kedalam salur kemaluan. Ia berfungsi unntuk ''membersihkan '' kawasan terbabit.Tidak pun kamu mungkin akan diberi ubat makan..

JENIS JANGKITAN KULAT

Antara yang sering menyerang wanita muda ialah bacterial vaginosis (BV). Ia berpunca dapipada bakteria Gardenella Vaginalis . Antara tanda nya ialah lelehan kelabu atau kekuningan berbau hanyir yang lebih kuat selepas seks atau bila di basuh dengan sabun. Apapun ia boleh dirawat dengan antibiotik.

Selain itu bengkak pada alat sulit atau Bartholin cyst juga boleh dialami,iaitu bila berlaku pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan.Pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya agak kecil. Ia boleh dikawal melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair terkumpul pada kelenjar itu..

Sementara itu,trichomoniasis pula berlaku disebabkan oleh sejenis organisma yang digelar trichomonas vaginalis.Dan kamu boleh dijangkiti jika melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan yang telah dijangkiti. Masalah ini perlu dirawat menggunakn antibiotik khusus. Selain lelehan kuning atau kekuningan (bagikes lebih serius), jangkitan ini turut menyebabkan bau hanyir dan rasa sakit serta gatal ketika buabg air kecil. Biasanya ketara selepas haid.

Chlamydia dan gonnorhea juga boleh memburukksn masalah keputihan..

Apapun semua masalah diatas boleh diatasi dengan pil atau suntikan antibiotik..


sumber:http://ms.shvoong.com

*** 
hari ni sembang pasal keputihan
gejala keputihan ni ialah perkara biasa untuk semua wanita
regularly self check is necessary

ina order kat mmbe ina
jamu dan
tongkat azimat

nanti dah dapat ina citer pasal dua benda tu yer
secara asasnya
kedua-duanya untuk  kesihatan wanita secara dalaman
kecantikan luaran
dan kesejahteraan rumahtangga

yang paling best
mesra dengan poket kita 
^_^


biadap ke gatai??

'Hantu’ biadab
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
2010/06/29

KUANTAN: Dua pengunjung karnival di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini, menempuh saat paling menyeksakan apabila dicabul dua lelaki yang menyamar sebagai ‘hantu’ ketika memasuki rumah hantu, dalam dua kejadian berasingan, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa berusia 20 tahun mengunjungi karnival berkenaan masuk ke dalam rumah hantu itu untuk melihat pameran menyeramkan.

Bagaimanapun, pada masa sama, suspek warga Nepal yang kebetulan berada dalam rumah hantu berkenaan menyamar menjadi ‘hantu’ sebelum memeluk mangsa dari belakang.


Terkejut dipeluk `hantu’ biadab itu, mangsa kemudian menjerit ketakutan dan meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata siasatan awal mendapati mangsa mendakwa tidak menyedari kehadiran suspek terbabit yang datang dari arah belakang.


Menurutnya, mangsa dikatakan meronta dalam usaha melepaskan diri sambil menjerit meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.


Katanya, dalam kejadian kedua, seorang lagi gadis turut menjadi mangsa ‘hantu’ yang menyamar, tetapi suspek kali ini membabitkan seorang warga Bangladesh.


Kamaruzzaman berkata, suspek terbabit didakwa bertindak memegang dada mangsa ketika gadis itu berjalan di dalam rumah hantu.


“Mangsa yang terkejut apabila dicabul ‘hantu’ itu menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek ketakutan sebelum cuba untuk memboloskan diri.


“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, dua suspek yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


****

haha..patut la dulu kalau p pesta penang,cik timah tak bagi masuk umah hantu
la tau dah pasepa dia tak bagi
 ^_^

kalau binatang ada facebook

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak :
Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk :
Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes:
Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam:
Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak :
isteriku tersepit pintu

Kucing Betina:
"Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam :
Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk:
Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak :
Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing:
Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus:
Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak :
malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular :
rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing:
Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda:
Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura:
Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi:
Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak:
Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua:
Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan:
susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera:
semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus:
Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat:
Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong;
Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing :
update petang karang tepat jam
5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun. ..

lipas :
merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati :
hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga:
Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang;
Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan  bekas keropok

Ikan Jerung:
Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat:
Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis:
Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana:
Cantik tak sisik I? Cantik
kan ?

Ikan Mas Koki
: macam mana nak kurus nie?

IUD oh IUD

salam gegirl
sapa yang penah baca entry ina
sebelum ni pasal mimpi mengandung lagi
sure terperasan pasal IUD

ina sebelum ni memang pakai IUD
sebagai mencegah kehamilan

tup tup..
bulan 5 langsung ina tak mai period
tu dia dalam hati dok pk bukan-bukan

p check kat klinik presint 9 tu
dia scan tengok
lah..IUD ina beralih tempat daaa..
so kena removed mende alah tu

cerita pasal removed ni
aduyaiiiiii senak sakit segala bagai
rasa macam orang seluk kat bawah tu
pastu pusing-pusing kat dalam rahim kita
sakit wooooo

pastu doktor tu syak ina mengandung luar rahim
hah tudia cerita baru pulak dah
kena p ambik darah plus bayaq RM50 untuk buat test
sebab kena hantaq ke lab swasta untuk prosedur tu
kat klinik tu tak de function dia

kalau btui mengandung luar rahim
kena operate la pulak
kalau tak, merbahaya..boleh meninggal..
ya allah panjangkanlah umurku..

****

dah dapat result
hepy siot
sebab tak de pape 
result negative
esoknya mai period macam besa
tapi period kali ni sakit sangat
lama and heavy flow..
maklumlah..dah terganggu alirannya..

****

la ni tak pakai dah IUD tu
doktor tu telefon suh mai klinik
samada pasang balik
atau makan pil perancang

ish tamau makan pil tu
kacau hormon
kalau google
antara penyebab utama kanser orang pompuan ni
sebab makan pil tu la..

jadi..
apa cer?
cheq tak mau lagi mengandung wat masa ni
no entry kah solutionnya?
ish buat dia cari lain naya..
erm..
'kondominium' kot...hehehe

****

sory yer
kalau sapa yang sensitif
ina selamba je citer kat gegirl semua
sebab bagi ina ni perkara normal
untuk setiap pasangan berkahwin..

****

la dok kutip ilmu kat kakak2 kat opis
hehe banyak petua and tip tuk tak nak bagi lekat
korang ada tips? malu nak komen, meh la email kat ina
adlina84@yahoo.com
hehe..


cara jimat hapuskan lipas

gegirl
mesti tak berapa nak nampak kan
sebab memang pic ni kecik pun

tapi ada cara..
klik kat gambar di atas
akan keluar kat new window gambar ni
tekan key ctrl
dan key + 

tekan key + tu banyak kali
sampai nampak dengan jelas perkataan tersebut

***

ingat memperingati =D

16 warna tudung lycra express RM13

salam

gegirl
ni close up tudung ekspres Rm13 tu
ada banyak warna lagi
jamu mata kat hijab parlour yer ^_^




berkenan?
ada banyak warna lagi
tempah kat hijab parlour na..

***

tudung lycra express RM13

hijab parlour
bakal menawarkan koleksi tudung terbaru
tudung lycra express

sila jamu mata dulu
nanti ina upload all 14 colors available
rajin-rajin jengah hijab parlour yer
^_^




***

sesi jamu mata: inner 3 color RM7

kling kling kling
loceng eskrem bunyi dah
eh silap
loceng anak tudung ^_^

ni hah, mesti dah lama dok tengok orang pakai,kan..
anak tudung 3 color ni
kat market RM10
kat sini RM7 saja
beli banyak lagi murah boleh dapat

jemput la p hijab parlour
jenguk-jenguk warna apa yg berkenan ye


anak tudung ni best, boleh match dengan byk warna baju so jimat $$$

pastu boleh adjust bagi tak melekap setepek kat muka
ada la jugak muncungnya ^_^
sila la jenguk hijab parlour jamu mata naaa

****

hasil cubaan pertama ikan percikku

ikan dah masuk dalam perut tp baru hari ni sempat nak cerita
cerita bedubuk bedebap sebelum ni kat sini

dipendekkan cerita alhamdulillah berjaya jua kiranya ikan percik ku
yang 1st time dibuat dalam 26 tahun ni
resepinya kucedok dalam internet tapi lupa la web apa

Bahan2nya:
ikan siakap
bawang merah - 10 ulas dihiris halus dijadikan bawang goreng
santan 250ml
air asam jawa 50ml
belacan bakar 1 inci
bawang putih 7 ulas
halia 2 inci
serbuk cili 1 sudu kecil
serbuk ketumbar 1 sudu kecil
gula dan garam


 halia1 inci, 3 ulas bawang putih, serbuk ketumbar dan garam ditumbuk hancur


 then sapu atas ikan tu la, sorry kena pakai glove sebab luka masa nak belah tengah ikan tu
sedap wooo luka kena halia ngan bawang putih hehe

perap ikan dalam 20 min
masa perap tu jangan dok p tidoq, sila buat kuah perciknya


jgn lupa buat bawang goreng yer, kemudian blend dengan sedikit air until hancur

then halia 1 inci dan 4 bwg putih blend dan kemudian ditumis bersama belacan bakar

bila naik bau, masukkan santan, serbuk cili, bawang goreng dan air asam jawa

perasakan ngan garam dan gula

masak atas api perlahan, kacau sampai kuah pekat

 
mr daddy yang semangat nak p bakaq ikan, panas siot. sila abaikan belakang umah yang dalam proses nak buat kebun sayur ntah bila


 tips nak bakaq ikan, sila ke tempat teduh aka belakang umah jiran yang dah pindah hihi


 si kecik yang rajin nak join bakaq juga tapi benda lain yang dia lagi suka nak buat

  

mari kita belajaq pasai tumbuh-tumbuhan =D


 seronok betul dapat belajar petik daun dan berguling di atas tanah, 1st time mummy sporting bagi aisy main macam nih hihi

disebabkan si kecik ni dah mula naik tocang terpaksalah kiranya membiarkan mr daddy bersauna sambil bakaq ikan sesorang

dan inilah hasilnya


rupa tak berapa nak segak, besa lah pemanggang cap carrefour ja, kalu pemanggang ala2 dalam The King of Grill Robert Rainford tu mesti lagi best

tapi alhamdulillah...
sedap 
pandai mr daddy bakaq
sambil bakaq sambil curah kuah percik guna serai atas ikan tu

*****

sebenarnya saja cari susah
boleh je kalau nak bakaq dalam oven

lepas kuah dah siap, siram atas ikan
panaskan oven
kemudian bakar 10-15minit 180 darjah celcius


the making of ikan siakap percik

*peringatan, sila baca guna slang kedah naaa


wah
beriya neh nak habaq mai kat hangpa semua
cheq nak buat ikan siakap percik
bakaq style lama
guna pemanggang dengan arang

punya la excited
sebab apa?
sebab cheq tak penah seumuq hidup buat sendiri
selalunya mak cheq yg buat and cheq tulun sibuk2 ja
tak tau la apa nak jadi ngan ikan cheq satgi
dah la cheq beli sekoq
mahai nak mampuih
cheq tak berani ambik risiko
cheq nak bakaq sebelah saja

nanti cheq habaq naa apa jadi selanjutnya
siap ngan gambaq2 buat bukti 
wakaka

petua sentiasa 'dara'



Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra




Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.




("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.






Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.




Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,


(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),


(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,


(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


WALLAHU A'LAM

meh kita tengok cermin

Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... .. 
Janganlah kamu menilai seseorang dari perilakuannya. .
Nilailah dari hatinya...
Hati itulah yang mencerminkan peribadi...
  

****


Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba
tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

****

Jadi renungkan lah..

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja
(report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),
kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.


*** 
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
***

ye ye senang dah nak make up blog


korang semua..
la ni best kan ada latest design
untuk kita make up blog kita

takyah dah susah-susah nak belajar
camner nak ubah coding bagi jadi 3 column footer ke
or nak cari template canggih-canggih

la ni ada feature yang memudahkan keja make up kita
klik je kat feature design tu
then pilih template designer new!
kat situ leh la design layout, ubah template and background
nak main-main dengan color font pun boleh

*****

ina pilih yang simple je
sebab macam gegirl sedia maklum
sebelum ni kan ina ada masalah loading blog ni

so sekarang ni
mood nak berblog dah kembali
kalau dak..lesu sangat
sehari kekadang tu langsung takde posting baru

ina berjalan-jalan juga ke blog gegirl
cuma tak meninggalkan jejak
sebab loading tuk comment tu makan masa sgt
la ni dah tau jalan selesai
guna mozilla firefox je


Thank You

gunalah mozilla ^_^

Pink flower

gegirl semua
ina rasa lah..
selama ni dok lambat loading
sebab ina masuk thru internet explorer
tapi sejak ina dok guna mozilla
macam senang and cepat je dia load

so kesimpulannya buat gegirl yang hadapi masalah
sebab tak leh nak loading page blog ina ni
sudilah kiranya 
bukak guna mozilla firefox eh..
thanks a lot


ecah,ketabahanmu aku kagumi

hari ni
hari yang sedih buat ina
kerana kehilangan 'anak' tersayang

ibunya, aisyah..salah seorang rakan baikku
di mof
dia meninggal pagi semalam jam 3am
di hospital putrajaya

hospital tak dapat nak mengesan apa sakitnya
sejak dari rabu aisyah nampak
anak kesayangannya itu
lesu dan tak mahu makan
ntah apa silapnya
di bawa arwah ke klinik-klinik buat pemeriksaan
namun doktor bagitau
anaknya sihat, aktif,takde sakit apa
demam sikit pun tidak

sehingga jam 1230am sabtu
ibunya bergegas ke hospital putrajaya
memandangkan arwah hanya tidur dari siang
tak nak makan atau minum
takut kalau-kalau terhidrat

di hospital, ibunya risau menanti di luar bilik kecemasan
doktor tak benarkan ibu di samping arwah semasa rawatan diberikan
tak sama dengan apa kulihat di tv
hospital di luar negara
benarkan waris ada bersama semasa rawatan

aisyah menunggu dengan penuh debaran
dia terdengar di dalam
doktor minta cpr diberikan
eh, apa dah jadi?

sehinggalah doktor keluar
maklumkan bahawa denyutan jantung anaknya sudah tiada,,

****

aisyah, aku kagum sangat dengan ketabahan yang hang tunjukkan
hang masih mampu memangku anak kesayangnya hang
masih kuat memandikan arwah
masih mampu mengucapkan terima kasih pada tetamu yang hadir siang tadi
masih gagah berdiri dan turut serta mengapankannya

jika aku di tempat hang
aku rasa aku tak sekuat dan setabah hang
barangkali meraung
barangkali pengsan beberapa kali

aku selami perasaan hang
aku faham kesedihan itu
kerana kita sama-sama bergelar ibu
arwah lahir hanya beberapa bulan awal dari aisy

tentu hang akan merindukan dia
tentu akan terbayang-bayang kehadirannya
tentu akan terngiang-ngiang gelak tawanya

****

sabarlah sahabat
sekarang ni aku yakin
arwah tengah gembira bermain
dengan bidadari di sana
dan bersabar menanti kehadiran hang

hang bertuah
dia tentu akan tunggu hang di akhirat kelak
dan bawa hang bersama-samanya
masuk ke syurga
dan akan kekal hidup bahagia selamanya

kesedihan ini hanya sementara aisyah
tabahlah diri
kuatlah hati
allah maha kaya
dia tahu hang kuat utk menghadapi dugaan ni
dan sudah tentu balasan yang baik utk hang dan suami
di kemudian hari

****

alhamdulillah
urusan pengebumian arwah
selesai jam 330 petang tadi di kampung halaman
ibu dan ayahnya
di taiping, perak..

aunty tentu akan rindukanmu sayang
kalau berjumpa ibumu
tentu aunty tanya, apa khabar juliet?
romeo aisy tanya bila nak jumpa
aunty dan mamamu juga selalu berlawak
"kami geng sebab kami besan"



aiyah..
tentu sekali jenaka kita
dan lawak kita tu
akan aku ingat
buat selama-lamanya..
jenguk-jenguklah aisy..
anggaplah dia anak hang jua..
buat pengubat rindu hang padanya..



Free eye treatment =D


Ina nak habaq ni
Manjadiri tengah buat promosi sekarang ni sempena cuti sekolah

Dengan setiap rawatan Glamorous Complete Facial Treatment,
Manjadiri bagi FREE Rawatan Mata

Nak tahu apa tu Glamorous Complete Facial Treatment?
sila klik sini: Rawatan Wajah

Camner Mata gegirl semua dimanjakan?
klik sini yer: Rawatan Mata

****

berminat?
sms/call ina untuk set appoinment
016-461 4667

resepi biskut famous amos

2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal and blend in blender to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

cream the butter and both sugars.

Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt,baking powder, and soda.

Add chocolate chips,Cadbury bar and nuts.

Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10

minutes at 375 degrees. Makes 122 cookies...


***

ina dapat resepi ni dari emel
rasanya mesti ramai yang tau pasal resepi ni
cuma nak tau ada tak yang buat?
sama ke macam famous amos tu???

sayang, jgn merokok ye


Ciuman perokok boleh bunuh kanak-kanak
2010/06/02

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.
Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children''s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy. - Bernama

***

alhamdulillah..
sejak kita ada aisy
awak dah stop smoking
terima kasih banyak2
kerana tidak membahayakan diri sendiri, b dan anak kita

love poem for hubby

Since the day we met
and the sparks in our souls ignited
my love for you has grown
my life's been filled with excitement
sharing good times and the bad
we cry, we laugh, we love
and with every step together
I thank Allah
today's our Anniversary Day
and I would like to say
I will love you for forever
you are special in every way

***

Dear darling
Happy 3rd wedding anniversary
I LOVE YOU MORE THAN LOVE

Gegirl, ok tak?

gegirl semua, ok tak lagi nak loading page ina?
Ina dah buang few gadjet
Buat sementara ni nak furnish balik blog ina sikit demi sikit
hai..mendung sungguh hari-hari ku tanpa blogger di sisi
streamyx di rumah pun hampeh!!!


instagram adlinahomemadescrub


up