Showing posts with label short story. Show all posts
Showing posts with label short story. Show all posts

Luahan hati isteri kedua

Aku isteri kedua. Aku dituduh sebagai perampas suami orang. AKu dikeji, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tomahan yang menyakitkan. Sebelum ni aku pekakkan telinga kerana percaya bahawa cinta kami mampu mengatasi segala dugaan yang melanda. Ternyata aku silap. Sudah sepuluh tahun kami bernikah. Keluarga mertua dan ipar duai masih tak dapat menerima aku. Malah anak-anak aku juga dibenci. Maduku memang tak bersetuju kami berkahwin sepuluh tahun lalu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri dan mungkin memendam rasa hingga kini. Aku cuba merebut kasih suami dan memastikan aku dan anak-anak mendapat kelebihan utama dari maduku dan anak-anaknya. Benar aku menang. Aku bukan saja berjaya merampas suami maduku tetapi juga ayah kepada anak-anaknya.

Tapi hidupku tak seperti pasangan lain. Aku tak pernah merasa kasih sayang ibu mertua atau keakraban ipar duai. Setiap kali raya aku akan disisihkan. Kami akan bergilir-gilir pulang ke kampung. Tahun pertama, suami membawa aku dan maduku pulang ke kampung bersama. Aku diperlekehkan. Semua orang membenci aku. Ipar duai ku yang mulut celupar mengutuk aku depan-depan. Tahun kedua, aku beraya di rumah aku dan aku sangat bahagia. Tetapi petang raya pertama suami aku harus pergi menemui anak-anaknya dirumah isteri pertama. Aku ingatkan sebab aku takde anak, maka dia lebih selesa dengan anak-anaknya.
Tahun ke tiga kami dapat seorang anak, waktu itu aku baru habis pantang dan beraya sendirian tanpa suami kerana tahun itu giliran suami beraya dengan isteri dan anak-anaknya. Sepatutnya dia menemui aku pada hari raya kedua tetapi mak mertua aku memaksa dia pulang ke kampungnya. Suami ajak aku balik sekali tapi aku dah serik. Mereka buat aku macam aku ni tak wujud. Aku rasa terasing dan berkecil hati dengan sikap mereka.

Rumah aku dan rumah maduku jaraknya 45 minit. Suami aku tak dapat bergilir-gilir setiap hari kerana sukar baginya untuk berulang sejauh itu, jadi kami ambil keputusan untuk mengambil giliran sorang seminggu. Seminggu suami disana dan seminggu disini. Pada awal perkahwinan kami, aku berjaya buat suami duduk bersama aku selama 2-3 minggu. Dalam sebulan kadang-kadang seminggu je suami di rumah maduku.

Kini semuanya berubah. Anak-anak maduku kini sudah berjaya. Mereka juga sudah besar-besar dan semuanya sudah tamat pelajaran. Suami aku seakan selesa bersama anaknya yang berjaya sedangkan anak-anak aku yg masih kecil dianggap menyusahkan. Kini anak-anak maduku sudah berkerjaya dan berjaya. Sesekali mengajak ayahnya bercuti keluar negara dan aku sering ditinggalkan. Maduku dan anak-anaknya seolah-seolah nak buat suami gembira ketika disamping mereka hingga melupakan aku. Begitu yang aku lakukan sejak 10 tahun lalu. Kini aku kembali terima nasib yang sama.

Pernah satu hari, anak aku sakit. Aku cuba hubungi suami tapi tak dapat. Aku terpaksa tebalkan muka kerumah maduku untuk mencari suami. hanya anak bungsu suami yang berusia 19 tahun yang ada dirumah dan dia kata ayah, ibu dan abang kakanya bercuti ke London. AKu minta dia berikan contact number suami sebab anak aku sakit. Anak bongsu suami marahkan aku. dia berkata dengan kasar 'tak puas lagi ke ganggu kebahagiaan orang?' aku menahan diri. biarlah dia nak cakap apa-apa asalkan aku dapat cara untuk hubungi suami aku. tapi dengan sombong, anak bongsu suami baling duit 300 ratus ringgit dan suruh aku hantar anak aku ke klinik. Aku rasa terhina tapi aku ambik jugak duit tu sebab aku takde duit nak rawat anak aku sakit.

Baru-baru ni, anak sulong suami mencadangkan suami agar ayahnya berkahwin lagi satu. mereka memperkenalkan ayahnya dengan seorang janda muda kematian suami pada hari ke 3 mereka bernikah. suami aku nampaknya macam suka. Anak sulong suami memberi alasan, kasihan kepada janda muda itu kerana kematian suami, yatim piatu dan tiada tempat bergantung. memandangkan suami aku mampu, maka anak-anaknya mencadangkan cadangan yang sangat menyakitkan hati aku. aku tau mereka sekadar nak membalas dendam kerana aku pernah merampas ayah mereka sepuluh tahun lalu.

suami aku kini berubah, dia sibuk dengan bakal isteri ke-3nya itu. aku makan hati. aku tak kerja, anak-anak pula masih kecil. memang aku tau suami aku mampu tapi batin aku tersiksa. mungkin ini balasan untuk aku. aku tiada tempat mengadu, mak aku dah pesan sejak mula tapi aku degil dan ikutkan kata hati. semuanya kerana cinta. baru aku terfikir, kalau suami aku dulu sanggup lupakan isterinya, abaikan anak-anaknya kerana aku, mungkin satu masa dia akan abaikan aku demi wanita lain. maklumlah barang baru.

kepada gadis-gadis diluar sana yang terjebak dengan cinta suami orang, fikirkanlah... bukan senang nak berkongsi kasih.

1. Keluarga mertua tak terima
2. Ipar duai mengutuk dan mengina
3. Effect pada anak-anak yang tak berdosa pun orang tak suka
4. Sukar merebut kasih sayang
5. bukan senang nak dapat suami yang betul-betul adil, salah sorang mesti ada yang lebih
6. hidup tak macam orang lain, ada masa kita rasa macam tidak bersuami
7. maki hamun orang setiap hari jadi doa, tak mungkin akan bahagia jika hari-hari orang doa yg tak baik tentang kita
8. ibu bapa kedua belah pihak tak restu

kita mungkin berjaya rampas suami orang, tapi berjayakah kita hidup bahagia, mengecapi nikmat rumahtangga sebenar? bagi suami hanya SEX yang paling nikmat dalam dunia, yang lain dia peduli apa?



*** 
cerita ni ina baca kat wanitakini.org
 

biadap ke gatai??

'Hantu’ biadab
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
2010/06/29

KUANTAN: Dua pengunjung karnival di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini, menempuh saat paling menyeksakan apabila dicabul dua lelaki yang menyamar sebagai ‘hantu’ ketika memasuki rumah hantu, dalam dua kejadian berasingan, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa berusia 20 tahun mengunjungi karnival berkenaan masuk ke dalam rumah hantu itu untuk melihat pameran menyeramkan.

Bagaimanapun, pada masa sama, suspek warga Nepal yang kebetulan berada dalam rumah hantu berkenaan menyamar menjadi ‘hantu’ sebelum memeluk mangsa dari belakang.


Terkejut dipeluk `hantu’ biadab itu, mangsa kemudian menjerit ketakutan dan meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata siasatan awal mendapati mangsa mendakwa tidak menyedari kehadiran suspek terbabit yang datang dari arah belakang.


Menurutnya, mangsa dikatakan meronta dalam usaha melepaskan diri sambil menjerit meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.


Katanya, dalam kejadian kedua, seorang lagi gadis turut menjadi mangsa ‘hantu’ yang menyamar, tetapi suspek kali ini membabitkan seorang warga Bangladesh.


Kamaruzzaman berkata, suspek terbabit didakwa bertindak memegang dada mangsa ketika gadis itu berjalan di dalam rumah hantu.


“Mangsa yang terkejut apabila dicabul ‘hantu’ itu menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek ketakutan sebelum cuba untuk memboloskan diri.


“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, dua suspek yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


****

haha..patut la dulu kalau p pesta penang,cik timah tak bagi masuk umah hantu
la tau dah pasepa dia tak bagi
 ^_^

kalau binatang ada facebook

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak :
Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk :
Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes:
Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam:
Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak :
isteriku tersepit pintu

Kucing Betina:
"Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam :
Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk:
Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak :
Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing:
Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus:
Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak :
malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular :
rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing:
Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda:
Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura:
Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi:
Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak:
Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua:
Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan:
susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera:
semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus:
Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat:
Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong;
Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing :
update petang karang tepat jam
5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun. ..

lipas :
merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati :
hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga:
Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang;
Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan  bekas keropok

Ikan Jerung:
Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat:
Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis:
Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana:
Cantik tak sisik I? Cantik
kan ?

Ikan Mas Koki
: macam mana nak kurus nie?

orang ketiga puncanya


LONDON: Satu kajian menunjukkan insiden kecurangan tidak seperti dijangka umum boleh merapatkan lagi sesuatu perhubungan, jika yang menjadi mangsa memaafkan pasangan mereka.


Pasangan yang berupaya memaafkan dan membina semula kepercayaan selepas kecurangan kemungkinan melaporkan hubungan mereka semakin kukuh, menurut satu kajian.




Seorang dalam setiap empat orang akan menipu pasangan pada satu peringkat kehidupan mereka dan pengkaji di Universiti Terbuka dan Universiti Barat Bristol mendapati bagi sesetengah pasangan ia mungkin memberi manfaat.


Dr Andreas Vossler dan Dr Naomi Moller akan membentangkan penemuan mereka pada persidangan Persatuan Kaunseling dan Psikoterapi British di sini, tidak lama lagi.Kajian mereka mendapati pasangan yang mengakui curang akan melalui tempoh berkabung dan bersedih, sama seperti mereka yang mengalami kematian keluarga atau pasangan.

Selepas itu, jika mereka boleh mengembalikan kepercayaan, mereka mungkin melaporkan hubungan mereka lebih kukuh berbanding sebelumnya.

****


ye ke boleh dirawat kembali luka kecurangan tu?
ye ke boleh dilupakan?
ye..
boleh dimaafkan
ye..
deserve second chance..
tapi minta dijauhkan..


http://emo.huhiho.com

cuci mata - pramugari

Pramugari dari negara Thailand. Siapa sudi tidur jika pramugari seperti ni yang jalan sana sini dalam kabin kapal terbang?

Pramugari dari negara Amerika. Jika pramugari Malaysia berpakaian sebegini, siapa nak naik bas balik kampung lagi?

Pramugari dari negara Russia. Boleh ke si pendek memohon jawatan pramugari di Russia?



Pramugari dari negara UAE. Manis betul...

Pramugari dari negara Jepun. Mekap nampak nipis je...tapi cukup lawa sudah...


Pramugari dari negara Jepun. Mekap nampak nipis je...tapi cukup lawa sudah...


Ehh...boleh tahan juga...Nape tak pernah nampak pramugari seperti ni walaupun dah banyak kali travel?

Pramugari dari Fireflies Malaysia. Kira okay juga lah...malahan ni budget airline...Standard memang tak boleh banding dengan airline dari luar negara

ni problem mekap atau problem pramugari ni? (Yang seolah-olah pelakon opera cina tu...)


Yang ni kira cun ?


Macam mana dengan yang ini??
Mesti ramai yang tengah marah-marah dan komplain tentang standard pramugari negara kita depan skreen komputer anda sekarang. Tapi anda patut rasa gembira, sebab sekurang-kurangnya paras muka pramugari kita ni dah kira menonjol...jika banding dengan yang seterusnya..

.
.
.
.
.
.

Pramugari dari negara Afrika. Penumpang akan tidur lenyap je sepanjang masa penerbangan….
Hehehhehee…

lagi kes dera

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk.

Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi.

Perut lapar.Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."Pangggggggggggggggg gggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak


hihihi..selamat membaca =D

Si Kecik juara!

adeh, memang tak sangka si kecik tu nak menang
tadi dengar caller Era yang komen kata sepatutnya alex sebab dia konsisten dan semakin baik sampai ke final
idlan tu bila jadi abang kassim memang lawak tapi bila tukar karakter jadi cam tak best jer..apapun,ASAL DARI KAMPUNG!
hihihi..

Raja Lawak

enjoy the show
its final!!!
who'll be the winner

idlan or kecik???

apasal kat red carpet tu ada stall burger?

Doktor saksi kehebatan Surah Yasin

petikan daripada emel:

Seorang bekas pelajar UITM Perlis yang kini sedang bertugas di KUIS telah menyampaikan satu kisah luarbiasa dan menarik mengenai keajaiban Al Quran khususnya Surah Yaa Sin, kepada kakitangan Ingress, dalam satu program ceramah agama bulanan syarikat tersebut.

Kisah ini telah benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada jiwanya mengenai mukjizat AlQuran khususnya disaksikan sendiri oleh seorang yang bukan Islam.

Pada suatu hari sekitar tahun 2004, salah seorang kawan beliau telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dikategorikan sebagai amat serius. Salah satu tulang kerangkanya yang patah hampir mencucuk jantung dan yang satu lagi telah menembusi paru-parunya dan menyebabkan pendarahan.

Tempurung kepalanya kemek dan pecah. Bunyi tarikan nafasnya hampir sama seperti seekor lembu yang telah disembelih dan sedang putus nyawanya. Oleh kerana keadaan beliau sangat teruk maka beliau telah dimasukkan ke Wad ICU. Dalam keadaan seperti itu maka tidak ramailah kawan yang boleh ziarah dengan serentak secara beramai-ramai.

Usaha untuk membantu diteruskan. Doktor terus memberikan rawatan rapi seperti bantuan pernafasan dan sebagainya. Bacaan electrocardiogram (ECG) agak rendah sekitar 45 - 50 sahaja. Pada zahirnya, mangsa ini agak sukar untuk hidup. Walaupun ia akan pulih, mungkin percakapannya tidak lagi seperti keadaan sebelum kemalangan. Setelah semua usaha dibuat, maka sebagai orang Islam kepada Allahlah diserahkan segala-galanya. Ikhtiar berdoa dilakukan. Bacaan Surah Yaa Siin dimulakan secara beramai-ramai diluar bilik ICU.

Sedang mereka membaca Yaa Siin, dan belumpun selesai, tiba-tiba doktor Karam Singh yang bertugas pada hari itu, dengan tergesa-gesa meminta kumpulan yang membaca Yaa Siin ini masuk ke bilik, walaupun melebihi 2 orang.

Dalam hati mereka, tertanya-tanya apakah maksudnya tindakan doktor tersebut. Di atas katil mangsa masih terbaring seperti biasa dan tiada pula tanda yang menunjukkan ia menemui ajalnya. Dalam fikiran yang penuh tandatanya, bacaan diteruskan.

Setelah selesai membaca surah Yaa Siin dan masih lagi berada di sisi katil mangsa, bekas pelajar ini cuba mengajukan soalannya kepada doktor, "Kenapa doktor suruh kami masuk dan teruskan membaca Al Quran?"

"Semasa awak membaca awak punya holy book diluar tadi, dan ketika pintu terbuka untuk bagi orang masuk, saya lihat bacaan ECGnya naik sampai lebihkurang 70. Ini bukan satu kali, tetapi berlaku setiap kali pintu terbuka, apabila tutup dia turun semula. Masa pintu itu buka, suara awak dengar sampai kedalam, dan ada reaksi positif pada pesakit." Tegas doktor berkenaan.

Subhanallah, rupanya suara bacaan surah Yaa Sin tadi memberi kesan secara langsung kepada pesakit tersebut. Inilah kebesaran Allah Subhanahu wa Taala. Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki. Mudah-mudahan doktor yang merawat peasakit tersebut mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt untuk menganuti agama Islam.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ


Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." - Surah Yunus ayat 57.

subhanallah. p/s: malam jumaat jgn lupa baca yasin na..

Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?


Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.


Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

mummy received dis story..tak pasti kebenarannya tp tak sangka ada parents yg tak tahu menjaga batas pergaulan depan anak2..

bagi jadi keras 18+

Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk."Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya. Fikirnya mana boleh. Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100."
Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang dispray beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak.
Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur. Pagi esoknya si nenek mencari cucunya sambil membawa duit RM200."RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata sang nenek. Si cucu melopong tak paham.

gigolo??

Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu.

Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik.Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk kebilik wanita lain.Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik.
"Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.
Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu,"Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni" Huahaha..ha. .ha..
Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...

Kisah Pembalasan Isteri Curang



Diceduk dari Halaqah.net
Tajuk: KISAH BENAR - Kisah Pembalasan Isteri Curang
Dikirim oleh: Ummi Munaliza on 07 May, 2009, 05:47:34 AM

Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar. Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras.

Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya. Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak. Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu. Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.
''Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup. Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan. Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak. Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil.

Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu. “Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ. Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya.

Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua. “Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan. “Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula. Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa.

Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit. Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak. “Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya.

Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal. Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya. ” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal. “Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung. “Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie. “Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu. “Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu. ” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah. Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu.

“Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya. Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya. Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina. “Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap. Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit. “Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya. “Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata . ” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya. Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas. ” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu. “Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu. “Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “. ” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.” “Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.” ” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.” “Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”


erm..selalunya citer sal husband je makan luar tp skang ni byk kes skang ni wife ada affair kat luar..

ya allah, peliharalah kasih sayangku dan suamiku hingga ke syurga..amin..

Biadap sungguh!!

mummy received email ttg pengalaman seseorang yg ditemuduga..tapi tak pasti detail comp mana but mummy rasa nak share dgn readers sbg panduan semua:

Ni aku jumpa dalam blog someone yg xpuas hati utk satu interview.
Org ni bakal grad dlm AI. Aku saje letakkan kat sini utk kita renung-renungkan bersama.....

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.
Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin. Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php. Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu. Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku. Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku.. ?°Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,?

Sambil tersenyum sumbing. Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan perut boyot seperti anda?

Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic? Maaf, jika bahasa aku biadap. Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya.

Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu. Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.

and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni.....

Aa'ha said, March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude! Let me say this; U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework pasal you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview and we?¯all trackback ur blog. we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog. guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial dan pakai tudung macam mak nenek!!

kalau u rasa nak keja dekat company besar u better jgn kolot sangat sebab u?¯ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan zaman nabi dulu!! and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org yg konon2 islamik mcm u. apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem masjid ke? chill?-?-?-.

ish2 sgt kureng hajo penemuduga ni..
mummy tingat le dulu, mummy ada pengalaman keja kat company melayu yg takde surau
diulang: company melayu!
lepas dikomplen2, diorang setup le small corner kt stor
panas btui kt stor tu, nama pun stor kan..tp panas lagi le hukum allah kalu tak semayang

mummy doakan aisy nnt senang dapat keja & tempat keja yg sesuai utk muslim..amin..
tp kalu buat biz sendiri lagi best tau aisy hihi..

instagram adlinahomemadescrub


up