biadap ke gatai??

'Hantu’ biadab
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
2010/06/29

KUANTAN: Dua pengunjung karnival di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini, menempuh saat paling menyeksakan apabila dicabul dua lelaki yang menyamar sebagai ‘hantu’ ketika memasuki rumah hantu, dalam dua kejadian berasingan, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa berusia 20 tahun mengunjungi karnival berkenaan masuk ke dalam rumah hantu itu untuk melihat pameran menyeramkan.

Bagaimanapun, pada masa sama, suspek warga Nepal yang kebetulan berada dalam rumah hantu berkenaan menyamar menjadi ‘hantu’ sebelum memeluk mangsa dari belakang.


Terkejut dipeluk `hantu’ biadab itu, mangsa kemudian menjerit ketakutan dan meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata siasatan awal mendapati mangsa mendakwa tidak menyedari kehadiran suspek terbabit yang datang dari arah belakang.


Menurutnya, mangsa dikatakan meronta dalam usaha melepaskan diri sambil menjerit meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.


Katanya, dalam kejadian kedua, seorang lagi gadis turut menjadi mangsa ‘hantu’ yang menyamar, tetapi suspek kali ini membabitkan seorang warga Bangladesh.


Kamaruzzaman berkata, suspek terbabit didakwa bertindak memegang dada mangsa ketika gadis itu berjalan di dalam rumah hantu.


“Mangsa yang terkejut apabila dicabul ‘hantu’ itu menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek ketakutan sebelum cuba untuk memboloskan diri.


“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, dua suspek yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


****

haha..patut la dulu kalau p pesta penang,cik timah tak bagi masuk umah hantu
la tau dah pasepa dia tak bagi
 ^_^

12 comments:

Queen said...

eee...miang gile...patut bagi je dia makan hells 8 inci...

eh..tetiba ter emo..selamat pagi... =)

NuZuL said...

aku sgt takut kat "hantu org" dr hantu bbetol. gatai thp hanjen btoi..

QuEeN Of 2 Heroes said...

haha....gatai pun ye...biadap pun ye...

QuEeN Of 2 Heroes said...

hehe....gatai pun ye...biadap pun ye...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Kedua2nyer lah tu..biadap & gatal..ish2x..

alfa juliet said...

rumah hantu memang kontroversi...pernah buat rumah hantu dulu, ada india masuk pi pukul hantu pulak..sian hantu2 tu..mcm2

Adlina Husaini said...

queen, memang patut pun begitew..tapi mebe gegirl yang jadi mangsa tu panik tak tau nak wat apa

maunye tak, tetiba orang peluk,siap pegang t*t*k lagi

*tingat insiden kat putrajaya, punggung kena tepuk :P

Adlina Husaini said...

tu la weh ain, so kena elak p tempat gelap2 ngan ramai2 org..

Adlina Husaini said...

betui nad, kuang ajo betui laa mamat2 bangla ngan nepal tu..

Adlina Husaini said...

lily, awak tu kalau jalan sorang tak nampak cam mak budak..maintain lagik so hati2 yerr

Adlina Husaini said...

owh ye ke juliet, ada majlis apa bukak rumah hantu tu?

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

jahat betul la orang tu...amik kesempatan betul...patutu di hukum tu

instagram adlinahomemadescrub


up