Tapi hidupku tak seperti pasangan lain. Aku tak pernah merasa kasih sayang ibu mertua atau keakraban ipar duai. Setiap kali raya aku akan disisihkan. Kami akan bergilir-gilir pulang ke kampung. Tahun pertama, suami membawa aku dan maduku pulang ke kampung bersama. Aku diperlekehkan. Semua orang membenci aku. Ipar duai ku yang mulut celupar mengutuk aku depan-depan. Tahun kedua, aku beraya di rumah aku dan aku sangat bahagia. Tetapi petang raya pertama suami aku harus pergi menemui anak-anaknya dirumah isteri pertama. Aku ingatkan sebab aku takde anak, maka dia lebih selesa dengan anak-anaknya.
Tahun ke tiga kami dapat seorang anak, waktu itu aku baru habis pantang dan beraya sendirian tanpa suami kerana tahun itu giliran suami beraya dengan isteri dan anak-anaknya. Sepatutnya dia menemui aku pada hari raya kedua tetapi mak mertua aku memaksa dia pulang ke kampungnya. Suami ajak aku balik sekali tapi aku dah serik. Mereka buat aku macam aku ni tak wujud. Aku rasa terasing dan berkecil hati dengan sikap mereka.
Rumah aku dan rumah maduku jaraknya 45 minit. Suami aku tak dapat bergilir-gilir setiap hari kerana sukar baginya untuk berulang sejauh itu, jadi kami ambil keputusan untuk mengambil giliran sorang seminggu. Seminggu suami disana dan seminggu disini. Pada awal perkahwinan kami, aku berjaya buat suami duduk bersama aku selama 2-3 minggu. Dalam sebulan kadang-kadang seminggu je suami di rumah maduku.
Kini semuanya berubah. Anak-anak maduku kini sudah berjaya. Mereka juga sudah besar-besar dan semuanya sudah tamat pelajaran. Suami aku seakan selesa bersama anaknya yang berjaya sedangkan anak-anak aku yg masih kecil dianggap menyusahkan. Kini anak-anak maduku sudah berkerjaya dan berjaya. Sesekali mengajak ayahnya bercuti keluar negara dan aku sering ditinggalkan. Maduku dan anak-anaknya seolah-seolah nak buat suami gembira ketika disamping mereka hingga melupakan aku. Begitu yang aku lakukan sejak 10 tahun lalu. Kini aku kembali terima nasib yang sama.
Pernah satu hari, anak aku sakit. Aku cuba hubungi suami tapi tak dapat. Aku terpaksa tebalkan muka kerumah maduku untuk mencari suami. hanya anak bungsu suami yang berusia 19 tahun yang ada dirumah dan dia kata ayah, ibu dan abang kakanya bercuti ke London. AKu minta dia berikan contact number suami sebab anak aku sakit. Anak bongsu suami marahkan aku. dia berkata dengan kasar 'tak puas lagi ke ganggu kebahagiaan orang?' aku menahan diri. biarlah dia nak cakap apa-apa asalkan aku dapat cara untuk hubungi suami aku. tapi dengan sombong, anak bongsu suami baling duit 300 ratus ringgit dan suruh aku hantar anak aku ke klinik. Aku rasa terhina tapi aku ambik jugak duit tu sebab aku takde duit nak rawat anak aku sakit.
Baru-baru ni, anak sulong suami mencadangkan suami agar ayahnya berkahwin lagi satu. mereka memperkenalkan ayahnya dengan seorang janda muda kematian suami pada hari ke 3 mereka bernikah. suami aku nampaknya macam suka. Anak sulong suami memberi alasan, kasihan kepada janda muda itu kerana kematian suami, yatim piatu dan tiada tempat bergantung. memandangkan suami aku mampu, maka anak-anaknya mencadangkan cadangan yang sangat menyakitkan hati aku. aku tau mereka sekadar nak membalas dendam kerana aku pernah merampas ayah mereka sepuluh tahun lalu.
suami aku kini berubah, dia sibuk dengan bakal isteri ke-3nya itu. aku makan hati. aku tak kerja, anak-anak pula masih kecil. memang aku tau suami aku mampu tapi batin aku tersiksa. mungkin ini balasan untuk aku. aku tiada tempat mengadu, mak aku dah pesan sejak mula tapi aku degil dan ikutkan kata hati. semuanya kerana cinta. baru aku terfikir, kalau suami aku dulu sanggup lupakan isterinya, abaikan anak-anaknya kerana aku, mungkin satu masa dia akan abaikan aku demi wanita lain. maklumlah barang baru.
kepada gadis-gadis diluar sana yang terjebak dengan cinta suami orang, fikirkanlah... bukan senang nak berkongsi kasih.
1. Keluarga mertua tak terima
2. Ipar duai mengutuk dan mengina
3. Effect pada anak-anak yang tak berdosa pun orang tak suka
4. Sukar merebut kasih sayang
5. bukan senang nak dapat suami yang betul-betul adil, salah sorang mesti ada yang lebih
6. hidup tak macam orang lain, ada masa kita rasa macam tidak bersuami
7. maki hamun orang setiap hari jadi doa, tak mungkin akan bahagia jika hari-hari orang doa yg tak baik tentang kita
8. ibu bapa kedua belah pihak tak restu
kita mungkin berjaya rampas suami orang, tapi berjayakah kita hidup bahagia, mengecapi nikmat rumahtangga sebenar? bagi suami hanya SEX yang paling nikmat dalam dunia, yang lain dia peduli apa?
***
cerita ni ina baca kat wanitakini.org
18 comments:
Sangat kesian.. pengalaman dia penuh pengajaran.. sama² kita jadikan pedoman..
siannya...ya allah mintak dijauhkanla..
what goes around comes around....
Mintak dijauhkan sama ada mendapat madua tau menjadi madu
jgn kahwin dgn suami org...sgt susah woooo..ustaz pun belum tentu leh handle poligami
semoga rumahtangga kita dirahmati sentiasa..
Mudah2an rumahtangga kita terpelihara dari ujian sebegini..
aidiena, betul tu..jadikan cerita ni suatu peringatan buat wanita diluar sana
lin, pada mulanya ina rasa cam padan muka kat si isteri kedua tersebut tapi bila dibaca dan dibaca lagi, memang kesian sgt nasibnya..
kesian sbb terlalu menurut kata hati..
yezza nadia!
awe, insya allah semoga bertemu jodoh dgn orang bujang ^_^
hehe betui tu alfa..even wife nabi pun cemburu satu sama lain..apatah lagi manusia biasa yg byk dosa ni..
lady, amin...ya rabbal a'lamin..
yes ena..mudah-mudahan..amin..
Alhamdulillah..skunk ngan org bujang...heheh
kesimpulannye, elakkan suami org. jgn terjebak.
sy setuju.
kawen org bujang jg belum tentu mjamin kebahgiaan.. contohnyerr.. mcm ceta kat atasla.. pd asalnya.. madu die kawen ngn org bujng.. n pd akhirnya.. same gak suami die cr len.. kbahagiaan itu dtg dr hati.. dan yg Maha Esa.. itu sume ujian.. mmgla senang nk ckp.. tp insyaallah.. Tuhan xakan mgujia sesorg dr luar kmampuannyer...
Post a Comment