azam 18 : meatball with tomato sauce


Resepi ini ina ambil dari blog kak hana
Meatballs in Tomato Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program

Untuk meatballs
* 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar
* 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
* 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
* 1/2 teaspoon serbuk cili
* 2 genggam breadcrumbs
* 1 telur -kite tak letak
* 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
* 1 tablespoon daun rosemarry dicincang
* garam
* 1 teaspoon serbuk blackpepper

Untuk tomato sos
* 1 tin tomato cincang
* 1 biji bawang besar di cincang
* 1 bawang putih dicincang
* 1 teaspoon daun oregano kering
* garam
* Untuk dibakar
* mozarella cheese
* grated parmesan

1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.

2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.

3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)




****


Ini pulak version ina sebab tak semua bahan ina ada..terpaksa derhaka sikit hihi

Meatball tu ina ganti dengan nugget ayamas yang ada cheese kat dalam

Sos tomato tu:
Bawang putih dan bawang bombay dicincang halus
1sk mix dry herbs
1 tin kecil sos original prego
1sk tomato sos
1sk cili sos
garam dan gula - to taste
sedikit serbuk ayam
Mozarella cheese
1 Cheese slice
Parmesan cheese

Goreng nugget sekejap dan put aside
Minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang bombay
Masukkan mix herbs
Masukkan tomato sos, cili sos dan sos prego
Perasakan lagi dengan garam, gula dan serbuk ayam ikut rasa
Biar seketika dan tutup api

Masukkan sos dalam dulang pembakar - ina takde pyrex bowl yang cantik tu so guna la pembakar biasa tu hihi
Susun nugget
Taburkan cheese slice, mozarella cheese dan parmesan cheese
Bakar hingga turn yellowish
*ina suka mozarella tu garing so bakar lama sikit
Siap!

2 comments:

Ena said...

bagusnya ina.. masak resepi yg susah juga la kiranya sbb guna bayak bahan kan!.. ena kalu bahannya banyak malas sikit.. ska yg simple2 je.. hehehe

tapi memg nampak menarik la menu tu.. :D

Adlina Husaini said...

thanks ena ^_^
tak susah sgt, ina prefer jenis2 bakar ni..senang tak yah kacau2
bunyi tinggg je siap!

instagram adlinahomemadescrub


up