Ada DNA data bank, penzina fikir banyak kali sebelum buat projek

cadangan ketua polis selangor untuk diwujudkan tabung dna tu memang sangat ina setuju..
bila tengok cerita CSI miami tu, pergh memang efisien sangat bila diorang nak cari detail mangsa atau suspek..
tak tahu la betul ke tidak sistem diorang tu tapi kalau negara kita boleh wujudkan data bank dna setiap penduduk di malaysia ini termasuklah pekerja asing, insya allah kadar jenayah boleh berkurangan..



tiap-tiap hari ada saja kes buang bayi tu..dan tidak banyak tangkapan pun berjaya dilakukan..mesti major factor sebab tiada cukup bukti untuk cari suspek..
tapi bila ada je bank dna ni..boleh terus dapat siapa mak bapak baby malang yang menjadi mangsa tu.

Pangkalan data DNA sedia diwujud
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2010/08/23

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mewujudkan pangkalan data ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai salah satu inisiatif baru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tidak ada sebab kerajaan tidak meneliti cadangan mewujudkan pangkalan data itu walaupun 55 inisiatif di bawah NKRA itu sudah dikenal pasti kerana ia bukan sesuatu yang eksklusif dan boleh sentiasa ditambah baik.

Apa juga inisiatif baru, kalau ia membantu (mengurangkan jenayah) kita akan tambah kerana kita tidak berkisar kepada satu pendekatan saja. Apa yang penting, kita akan laksanakan sebanyak mungkin inisiatif dengan penggemblengan kepakaran agensi dan kementerian bagi mencapai sasaran NKRA berkenaan, katanya selepas majlis 30-Hour Famine 2010 Countdown, di Stadium Tertutup Bukit Jalil, di sini semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, negara memerlukan sebuah pangkalan data yang mencatatkan butiran lengkap setiap kelahiran bayi dan ibu bapa, termasuk rekod ujian DNA, yang bukan hanya mampu membendung gejala pembuangan bayi, malah membantu polis melakukan siasatan dengan lebih pantas serta memudahkan proses pendakwaan ibu bapa terbabit di mahkamah.

Hishammuddin berkata, sebahagian besar inisiatif NKRA di bawah kementeriannya sudah dilaksanakan dan pihaknya komited sasaran mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang hujung tahun ini dan lima peratus keseluruhan setiap tiga tahun dapat dicapai.

Selain itu, Hishammuddin berkata, sistem biometrik bagi merekodkan data warga asing termasuk pekerja, pelajar dan pelancong yang datang ke negara ini akan siap menjelang Oktober ini.
Katanya, dengan sistem yang akan dilaksanakan secara kekal itu, semua data warga asing termasuk cap jari dan pangkalan data mereka boleh dicapai, sekali gus mengelakkan mereka menyalahgunakan Visa Sewaktu Ketibaan (VOA) dan program pengampunan.

Sementara itu, seramai 8,000 peserta menyertai program 30-Hour Famine 2010 yang memerlukan mereka berpuasa selama 30 jam bermula tengah hari kelmarin bagi menunjukkan keprihatinan terhadap golongan miskin dan kelaparan, selain mengutip dana untuk tabung berkenaan. -Berita harian online

***

Sudah tiba masanya untuk negara wujudkan bank dna ini..
tentu banyak perkara perlu difikirkan
antaranya:
-agensi mana yang perlu bertanggungjawab ke atas data tersebut
-bagaimana nak collect data
-kos dll

Tapi negara kita boleh refer negara-negara lain yang dah ada kemajuan tersebut dan boleh diaplikasikan di negara kita dengan membuat penambahbaikan. contohnya DNA Data Bank of Japan.

*semoga usaha ke arah pewujudan dna bank data ini dipermudahkanNya..amin..

3 comments:

ayah,ummi, farish said...

bagus..biar dorang takut sikit...tp kalau x takut jugak..tak tahu lah nk ckp dorang2 yg cam binatang buang2 anak nie

Queen said...

kalau utk buang bayi ke..jenayah ke..setuju sangat..

Tapi tuela..risau jugak kalau ada corruption..data disalah guna dsb..haih..zaman sekarang apa pun takut nak percaya..kan.. kan..

Miss Wanie said...

i shud apply for this position!
yeah!!!
csi-wannabe!

kehkehkeh :P

instagram adlinahomemadescrub


up