azam 16 : sambal tumis ikan bilis petai


semalam berbuka ada 2 versi, melayu + ala2 western sikit
so mulakan dengan resepi simple turun temurun ni dulu
untuk western food, resepinya akan menyusul tengah hari nanti

Sambal tumis ikan bilis petai

petai
(ina beli kat pasar borong selangor, 3 papan RM2, ish kalau balik jitra boleh dapat 5 papan kut)
ikan bilis dicuci bersih
bawang bombay
cili kering yang telah diblend dengan bawang besar (merah)
tumisan: bawang putih + bawang kecil
belacan
air asam jawa 
(ina guna yg original, asam jawa bulat tu..nak senang beli asam jawa adabi, bancuh terus)

1. tumis cili sampai masak (ni petua member utk bagi cili nampak merah)
2. masukkan bahan tumisan
3. masukkan sedikit belacan dan air asam jawa
4.then masukkan ikan bilis (boleh goreng terlebih dahulu tapi ina tak sempat, masak terus je)
5. masukkan petai
6.letak gula perang dan garam - to taste
Siap!

5 comments:

::Mamalyna:: said...

sedapnyerr.... try sardin letak petai, sedap jugak tau, heheh

mummy-aulia' said...

aku pun semalam buat sambal ikan bilis.tapi xdak petai & aku x boh belacan pun..cedap gak..nyum nyum..

Nur Hawa Mohd Zin said...

ikan bilis kalu garing sikit sedap...tapi awe suke petai

fisa othman said...

wah!!! saya suka..saya suka..paling suka makan dengan nasi panas...uwaaa tak pandang lain dah..:D

Queen said...

sedapnyaa...saya tak boleh makan petai.yabangtak suke..sob..sob

instagram adlinahomemadescrub


up