azam 6 : sup wantan dumpling


resepi juadah berbuka hari kedua
source: pn lady + internet + ina adjust sikit2

Resepi Sup Wantan Dumpling

Bahan-bahan sup:

Bawang putih diracik halus
Halia diracik halus
Fish cake
Fish ball
Wantan udang
Course black pepper
Sayur sawi
Serbuk sup sayur adabi
Air

Tumis bawang putih + batang sawi + halia
Then masuk fish cake + fish ball
Air
Masukkan serbuk sup sayur adabi (ina guna 3/4 paket)
Biarkan mendidih
Masukkan wantan udang
Biar seketika
Tutup api
Masukkan daun sawi
Siap!


Untuk wantan udang:

Bahan-bahannya
isi udang, dicincang halus
karot, disagat
sengkuang, disagat
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh kicap cair
½ sudu teh minyak bijan
garam secukupnya
serbuk perasa jika suka
serbuk lada putih secukupnya
secukupnya kulit wantan
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Isi udang, karot, sengkuang, tepung jagung, kicap cair, minyak bijan, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih dicampurkan dan digaul hingga sebati.

2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan.

3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goring sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili.


sup boleh dimakan begitu sahaja, atau sebagai appertizer atau boleh juga makan dengan nasi

untuk tambah sedap lagi..macam cik lady buat, potong cili padi + kicap manis + limau nipis (ina guna limau kasturi)

wantan dumpling tu dah tak nampak dalam gambar, tenggelam dengan bahan2 lain..

yummmy, perut kosong diisi ngan sup..lega sikit boleh buang angin..

6 comments:

fisa othman said...

salam ina...:D

lama tak berkunjung di sini...tetiba ada bau resepi macam2 la plak kan...simple tapi sedappp...hehehe bagus2 leh bg idea skit nak masak apa utk berbuka ni...;)

Ena said...

nampak sedap ..

bila tengok resepi mcm macam2 kena buh.. heheh.. tapi bila tengok hasilnya.. wahhh tak sabar nak rasa.. ;D

Nur Hawa Mohd Zin said...

makanan diet awe...heheh

Adlina Husaini said...

hehe bestnya kalau ada org nak cuba resepi2 tu

Adlina Husaini said...

ena, simple je..gaul2 je semua tu ^_^

Adlina Husaini said...

amboi awe, nak diet apa lagi badan dah kecik molek

instagram adlinahomemadescrub


up