'bersama' di bulan puasa

25 Ogos 2010
Hukum 'bersama' di bulan puasa

Balik daripada kem PLKN, saya terima lebih drpd 10 sms yg dipanjangkan oleh PA sy; persoalan tentang hukum suami isteri bersetubuh di siang hari tika bulan puasa atau di malam hari tetapi berlanjutan hingga masuk waktu imsak.

Seingat saya; tika kursus pra perkahwinan telah pun diterangkan mengenai perkara ini. Mungkin terlupa atau tak mengambil berat. Tak pe lah; saya jelaskan semula sebagai peringatan dan makluman bersama.

Sebenarnya; hukum bersetubuh di siang tika bulan puasa adalah haram biarpun dilakukan oleh pasangan suami isteri yang sah nikahnya menurut syarak. Jika melakukannya juga, puasa anda dikira batal. SUAMI dikenakan kaffarah iaitu denda.

Perlu diingat!! Hanya suami sebab isteri diambil kira sebagai melaksanakan kewajipannya walau hakikat sebenar; isteri berhak menolak permintaan suami jika ingin bersetubuh tika siang hari di bulan Ramadhan.

Suami dikenakan kaffarah dengan melakukan perkara berikut mengikut tertib; tak boleh pilih ikut suka hati. Pertama: Memerdekakan seorang hamba – malangnya di zaman ini sudah tidak ada lagi hamba yang boleh dimerdekakan maka tertib pertama ini terbatal dengan sendirinya.

Bererti; suami tadi perlu lakukan kehendak kaffarah yang kedua iaitu berpuasa dua bulan berturut-turut, tak boleh selang walaupun sehari. Jika terputus sehari; perlu diulang semula sebagai hari pertama dan diusahakan hingga genap 60 hari.

PENTING!! Hukum berpuasa berturut-turut ini perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang rukhsah atau hukum keringanan kecuali tidak berdaya disebabkan mudharat syarie. Mudharat syarie seperti sakit yang sukar sembuh hingga menghalang daripada melaksanakan tuntutan puasa berturut-turut tersebut.

Bila keadaan ini berlaku; maka perlu tunaikan tuntutan kaffarah yang ketiga iaitu memberi makanan asasi sebanyak satu cupak timbangan kepada 60 orang miskin dan ada ulama yang berpendapat; boleh berikan kepada 60 orang miskin ini makanan seperti yang biasa orang (pesalah) tersebut makan hingga mereka semua betul-betul kenyang.

Di samping berusaha melaksanakan tuntutan kaffarah itu, si suami dan si isteri tadi tetap wajib menggantikan puasa yang terbatal itu.

Berkaitan hubungan yang dilakukan hingga melepasi waktu imsak; hukumnya tetap sama iaitu puasa terbatal dan perlu laksanakan kaffarah seperti yang telah dijelaskan. Termasuk juga berhenti tika belum waktu imsak tetapi tidak melakukan mandi hadas hingga tibanya waktu imsak.

Kes yang sama bagi wanita yang telah habis darah haid tetapi melewatkan mandi hingga tiba waktu imsak. Puasa anda untuk hari itu dikira batal sebab syarat sah puasa ialah suci daripada hadas besar termasuk haid dan nifas.

Jika melakukan hubungan suami isteri; pastikan anda dan pasangan anda telah suci yakni telah mandi hadas sebelum tibanya waktu imsak. Jika anda wanita yang telah kehabisan haid; segerakan mandi sebelum tiba waktu imsak juga.

Ada yang berpendapat; boleh lambatkan mandi asalkan tidak melepasi waktu Subuh. Itu pendapat yang salah sebab puasa ertinya menahan diri daripada makan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Terbit fajar itu dikira sebagai bermulanya waktu imsak.

Moga bermanfaat! Wallahua’lam!!
Nukilan Suzana Ghazali

3 comments:

Ena said...

Info yg berguna nie kan!.. harap ada yg tak berbabas pula. ;D

Adlina Husaini said...

hehe sabar2..

Paksu said...

termasuk juga berhenti tika belum waktu imsak tetapi tidak melakukan mandi hadas hingga tibanya waktu imsak.

puasa x batal jika belum mandi wajib walaupun selepas subuh...try refer mana-mana ustaz/uztazah...kalu salah harap maaf

instagram adlinahomemadescrub


up