Showing posts with label kami prihatin. Show all posts
Showing posts with label kami prihatin. Show all posts

Makanan yang menghalang kanser payudara


Nauzubillah himinzalik...
Semoga allah melindungi saya dan awak daripada kanser terutamanya kanser payudara yang membunuh di dalam diam..
Rajin-rajin kita check sendiri payudara kita dan kalau nampak lain macam seperti ada biji atau ketulan luar biasa, cepat-cepat kita pergi hospital

Lebih baik mencegah daripada mengubati, itu yang bijak
Berikut saya kongsikan makanan yang dipercayai dapat mencegah daripada penyakit kanser ini
Kita berusaha, allah jua yang menentukannya dan allah sebaik-baik perancang
wallahualam..



Panggung Wayang Innocent of Muslims terbelah dua


hari ini banyak sangat kiriman whatsapp, facebook dan email yang masuk mengenai sebaran berita panggung wayang yang terbelah dua ketika menayangkan filem haram Innocent of Muslims 

tapi sebenarnya tipu belaka. gambar yang dikongsi merupakan runtuhan yang berlaku di Chile pada tahun 2010

memang penayangan filem itu harus dibantah dan semua pihak yang terlibat di dalam penghasilan filem berkenaan harus di bawa ke muka keadilan kerana tidak menghormati agama Islam khususnya dan secara amnya mencabul kehormatan kepercayaan manusia

stop distributing the picture
jangan cepat percaya dan melatah dengan sebaran berita panas macam ini

malah twitter abby abadi sendiri menyebarkan hal palsu ini namun beliau telah memohon maaf atas penyebarannya.


*ina pinjam gambar twitter ni daripada blog kfein


Fenomena bunyi aneh 2012 seluruh dunia

kalau korang google atau masuk youtube, cuma cari fenomena bunyi aneh
banyak gile video tentang bunyi tersebut dan ada juga yang berlaku di sarawak

ini ina ambil dari blog tak mungkin benar:

Warga Kampung Endap di Kota Samarahan, Sarawak tidak boleh tidur malam sejak beberapa hari yang lalu akibat bunyi aneh yang memenuhi ruang udara pada waktu malam.

Bunyi yang seakan dengkusan kuat ini akan hanya berhenti apabila menjelang subuh. Apakah ia? Warga Samarahan mahukan jawapan dari pihak berkenaan. Ada teori mengatakan ini bunyi dari kilang yang beroperasi berhampiran tetapi pihak kilang menyangkal kerana mereka sudah beroperasi selama 10 tahun dan mengapa hanya kini mahu membuat bunyi aneh.

Saksi juga mengatakan bunyi ini datang daripada langit dan bukan dari kilang. Amat menakutkan bagi pendengar. Ini Bukan gurauan ini satu petanda kiamat sudah dekat…MASYALLAH - Sumber Edisi.com


Artikel ini di petik daripada halaman Mufti Perlis berkaitan "Suara daripada langit" 


Cuba kita lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur.Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.


( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012??

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? "

Beliau menjawab:


 "Suara keras" di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn. Sumber : Mufti.perlis.gov.my


*takut weyh..bersediakah aku??kita??

PERGI MATI MELAYU BABI


GEMPAR!! RASA MARAH JUGA BILA BACA EMEL NI SAMPAI HABIS..BUKAN NAK RACISM TAPI SARANG TEBUAN JGN DIJOLOK!!
KORANG BACA LA EH..AND NILAI SENDIRI..


Assalammu’alaikum 
   
Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan Melayu. Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikot roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayu mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary. 

IKLAN BOIKOT PRODUK MELAYU DAN SOKONG PRODUK CINA DILANCARKAN DI FORUM DAN BLOG MEREKA

Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka!Kini mereka telah melampaui batasan denganmencetuskan sentimen perkauman,ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti“PERGI MATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum. Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:

ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD. MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH? PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).


Terjemahan:

23 NOVEMBER 2011 
11:28PM BUTTER LAUMEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

24 NOVEMBER 2011 
1:37AM DESMOND TEE DESMONDPERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOWCLASS!!

2:49PM BECKY WONGTANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA , SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA?? 
5:14PM STEVEN LONGMATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!! 
------------------------------------------------- 
BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU. MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA! 

MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA!
 

.......................................................................................................................... 
INI ADALAH KOMEN PEMBACA YANG DISARING DARI BLOG PPIM 
Bloggerprobro said...
Dalam hal ini, nampak sangat orang cina berpakat mencari pasal dengan org melayu. Mereka mungkin tidak berani melakukan serangan secara terbuka. Tetapi mereka secara berpakat melancarkan serangan halus dengan memboikot dan memburuk-burukkan perniagaan milik melayu, 


Perkara ni saya rasa memang dah berlaku sekian lama dan mungkin kita saja yang tidak sedar atau mengambil pot memandangkan ianya tidak secara direct ditujukan kepada keluarga kita. Namun jika kita tanya kawan-kawan yang berniaga, mereka dengan mudah boleh cerita betapa mereka sekian lama menghadapi boikot secara pakat oleh bangsa cina. 


Kalau beli bahan mentah untuk diproses jadi produk keluaran melayu seperti makanan ayam, telur, beras,tepung, susu, kopi, ikan, sayur, buah-buahan atau bahan keperluan pembinaan seperti simen, kayu, paku, skru, besi, atau apa saja yang kita beli daripada mereka. Mereka akan mengenakan harga lebih tinggi daripada bangsa lain. 


Ini menjadikan kos pengeluaran dan pembinaan kita lebih tinggi. Para pengguna melayu pula macam tak ada hati langsung untuk menolong sesama kita usahawan melayu sebaliknya hanya mencari yang lebih murah dan mudah. 

Akhirnya perniagaan melayu menjadi malap dan bungkus. Akibatnya amat kuranglah institusi perniagaan melayu dan anak-anak kita terpaksa bekerja jadi kuli batak bangsa lain. Salah melayu tidak sokong melayu dan akibatnya anak-anak kita yang tanggung jadi bahan maki hamun cina sampai mati. 
Malah ada kes yang dilapurkan anak-anak melayu jadi habuan seks bos-bos cina mereka. Diajaknya anak kita yang kerja sebagai marketing atau pembantu pejabat ke luar negara untuk urusan perniagaan dan diperdaya untuk ditiduri dan dijadikan habuan seks sampai puas dikerjakan mereka. 


Dendam mereka kini makin membara kerana mereka melihat melayu semakin lemah dan berpecah, tiada siapa nak pertahankan nasib anak2 melayu. 
Kini mereka secara jelas cuba menjatuhkan gardenia. Mungkin kerana gardenia tidak lagi membeli tepung kilang fmm milik robert kuok yang didapati mengandungi protin babi. 


Tepung untuk permit impot ap subsidi yang kerajaan bagi dibeli dengan kualiti yang paling rendah, kalau di negara china tepung gred ini digunakan oleh kerajaan china untuk membuat makanan babi. Tepung ini lah yang diimpot oleh robert kuok utk rakyat malaysia . 
Tepung ini dicuci bleaching dan ditambahkan protin babi supaya menepati spesifikasi. 
Impot makanan babi, kemudian dia claim subsidi bernilai ratusan juta setahun. 
Ertinya rakyat malaysia sama taraf dengan babi. Kalau kita makan roti biasa yang menggunakan tepung gred ini umpamanya roti canai, capati, atau roti massimo ertinya kita makan roti babi. 
Inilah kerja robert kuok yang mendapat ap special tepung dan gula selama 50 tahun oleh kerajaan malaysia . Sama macam ananda krishna mendapat special broadcasting permit selama 30 tahun. 


Bila gardenia enggan membeli tepung fmm robert kuok kerana terbukti ada dna babi, dia naik bengang dan membuka kilang roti massimo. Yang baghalnya, dia ambil pulak budak melayu bekas manager kilang gardenia untuk jadi ketua kilang massimo dan meniru semua produk gardenia. 


Sebagai seorang journalist melayu, saya memiliki network besar untuk mengorek aktiviti robert kuok. Saya kira, segala kekayaan dia dengan harta berbillion dengan bot bernilai 20 billion adalah memang betul dia ni tycoon. 
Saya amat sakit hati ketika wawancara dengan robert pengimpot tepung babi ini. Adakah patut dia kata kekayaannya bukan berasas dari malaysia sahaja kerana dia memiliki harta perniagaan berbillion di china dan seluruh asia . 
Apa yang benar dan pasti, robert memang memulakan perniagaannya dari malaysia dengan bantuan tun mahathir. Kalau tun tidak membuka peluang untuknya nescaya dia masih duduk jual hand phone di petaling street. 
Dalam career saya tidak boleh melepaskan geram saya. Tetapi di bog ini saya ingin meluahkan isi hati saya yang terpendam selama ini tanpa perlu bahasa persuratan sangat. 
Saya kira kerajaan dah terlebih bagi muka. 
Robert dah kaya vincent tan dah kaya, ananda pun dah kaya, apa lagi mau bagi special ap. Bagilah pada orang lain pulak. 


Melayu punya ap bukan macam mereka special ap, ertinya tiada orang lain boleh impot. Melayu punya ap boleh impot kalau mampu dan orang lain juga boleh dapat ap yang sama. 
Mereka punya ap lain, exclusive ap. Tiada siapa boleh import melainkan mereka. 


Kalau beginilah caranya, lebih baik kerajaan cari satu daerah dan bagi mereka jadi raja, malah kuasa mereka lebih dari raja kerana raja melayu pun tidak dapat special ap. 
Produk roti massimo pula sudah sah menjadi senjata mereka menyerang kepentingan dan perniagaan melayu. 


Dalam senario lain, robert kuok yang menguasai golden screen cinema dengan rakusnya menghalau semua stall outlets jenama 1901 milik melayu dan menciplak konsep yang sama diletakkan dalam rangkaian panggung wayang gsc. Produk makanan diambil dari sumber yang kita tak tau halal ke haram. 
Jelas mereka ini benci dan anti melayu. 


Puas hati saya dapat menulis seperti ini, tidak dalam akhbar yang saya bekerja sekarang. Namun atas rasa cintakan agama dan bangsa saya luahkan jua perasaan ini. Maaf kalau saya terkasar bahasa. 
Soalnya, apakah tindakan kita? Fikirkanlah bersama. 


Boikot tetap boikot massimo. 

frankfurter RAMLI tidak halal


ina just received email about this shocking news
ya allah..macam mana ni..
dah pernah makan franfurter ni

yang jual burger tepi-tepi jalan tu nak kena samak ke barang2 masaknye??
macam tak leh nak beli dah burger jalanan lepas ni..


hey kau tu tunang orang la!! jgn dok wat kacau!!




tingat kat adik ina, si farah tu..
dah tak pasal2 kena tutup blog dia sebab kena harass dengan orang tak bertanggungjawab
dia dah open for invitation je tapi orang tu tetap boleh hack and masuk blog dia
ganggu dia..
and dok attack dia dalam fb jugak

blog dia tu lah dunia dia..
dari sekolah ke diploma ke degree
tapi akhirnya kena tutup sebab lelaki sial tu..
dah bertunang pun dok kacau anak dara orang

orang tu ina tau..
keja imigresen kat utara..
boleh sangat nak trace siapa orangnya..
tapi memandangkan adik dah agak ok 
so ina hold jap
tapi tengah pertimbangkan jugak ni..
nak mintak tolong 'orang beso' dalam kdn ni..
'sekolah' sket lelaki tu..
erm.....

jangan pakai baju putih



rasanya ramai dah tau amaran ni
tapi untuk yang belum dapat info lagi, ina nak kongsi pasal perkara yang tengah dihebohkan di facebook
tengok gambar kat bawah nih..


sian kan dia..
jadi mangsa photo edit sex maniac!!
tak pasal2 dia dibogelkan sedangkan gambar betulnya dia pakai baju
so nasihat ina, jangan bergambar penuh macam ni..and jangan pakai baju wana putih / krim sebab sebab lagi senang orang gila macam ni nak edit and dajalkan orang lain

so lepas ni nak kena check balik gambar2 dalam fb and blog

***


Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macamana nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke. 

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

Chef Farid
http://halalguide.org

sakitnya bersalin..


KORANG, NI CITER INA AMBIK DARI INTERNET EH...

Masa kita kecik dulu, kita tak kan terfikir benda ni... benda yg aku nak ceritakan ni la. Masa remaja aku kengkadang aku ada jugak meninggi suara dan ada perasaan marah pada mak aku... bila dia marah aku dan aku rasa tak fair. Abg dgn adik aku tak kena marah pun... Tapi yg buat salah nya memang aku pun.

Kengkadang masa kat sekolah asrama, ada jugak sengaja lambat balik kampung... nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, lepak-lepak... sedangkan orang tua tu dah menunggu, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2-3 bulan sekali.

Bila aku masuk universiti, diri tu masih tak sedar jugak, yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat... maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia... jauh sekali. Dah besar panjang la katakan.

Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu... wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya dua-dua orang tua aku tu. Mengenang air matanya. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udahlah belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi.... tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, drpd dihantar kemudian di tahun-tahun yang akan datang). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.

Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.

Satu malam lepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan... mengerang-ngerang, akhirnya dah dilate 10cm dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu "primi" ni... anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse... nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan yg dah 40-an, dia org lagi cekap drpd kami yg baru masuk service ni.

Jadi... pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya kebawah peha (tempat lain tak boleh)... korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia drpd dia mengangkang depan aku. Seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat cervix, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu... dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu... suara aku pun keluar gak, no choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak... memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu) pun berlaku dan aku pun ready nak "episiotomy"... iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah... abis nanti koyak ke anus... dah satu hal pulak pompuan tu nanti ada problem berak, kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol... terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala baby yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu... tiba-tiba ada mamat potong dekat 2 inci daging kat punggung dia... jeritnya....

Poop! muncul kepala baby... aku suruh ibu tu push push push... aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas... tergantung sekejap baby nya tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit... korang ingat korang tak kena main taik mak korang ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Tali pusat dah potong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat... so settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi... tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan memang berbau hanyir... itulah bau daging manusia... segar dari ladang!

Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi (utk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi... tapi aku perasan byk nya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina... aku tengok luka episiotomi tu taklah banyak sangat berdarah, tapi darah datang sebenarnya keluar drpd dalam vagina. Seluk punya seluk, tengok punya tengok... tu dia, dinding vaginanya koyak 2-3 tempat... 1-2 inci punya luka... darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, clamp dulu dgn 4-5 artery forcep... baru darah stop.... ok, break sekejap.

Semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tgh keluar... tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak... luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit... mau berpuluh kali jahitan... dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dgn jarum tu. Bagi bius pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam... baby nak keluar tadi ambik masa 5-10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku... buatlah apa ko nak buat... aku dah tak kose - janji baby selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak... luka yang aku potong tadi tu. Ingat... aku ni belum byk pengalaman... tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje... tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu... "saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop... dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi... jgn lupa hantar poskad terima kasih"... kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku... ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!

Ok... settle la satu perkara... dan malam tu aku deliver 3 ke 4 lagi ibu kat labour ward. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.

Dan setakat ni... benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yg diharungi oleh setiap ibu yg bersalin.... nothing special.

Eh... betul ke nothing? Sekarang bayangkanlah setiap anak yg membaca nota aku ni apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap drpd korang. Bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu... cuba dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal kau tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami bila dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban... tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu... anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi... percayalah.

Jadi... lepas ni, jangan sesekali kau derhaka pada mak kau tu... meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu... cepat-cepat carikan. Dan kalau dia nak sesuatu, cepat-cepatlah anak... kotakan.

tembelang AC Mizal??

sangat hebat!
sangat logik!
sangat plagiat!

korang layan blog ni: gelang ac, kat mana fitnahnya

guna akal
guna fikiran
judge sendiri di mana kebenarannya

penculikan di Jaya Jusco AU2 Keramat

dalam dok sakit gigi pun nak ngedate blog
maklumlah mc, bersiaran secara bebas di rumah hehe

ina panjangkan email penculikan yang ina baca dalam email tadi..

Assalamu'alaikum wbth.

Semoga saudara sekalian dalam rahmat dan inayah Allah.

Saya ingin berkongsi sedikit peristiwa mencemaskan yang berlaku kepada seorang rakan saya bar-baru ini.

Pada malam Jumaat 29/10/2010, rakan saya dan isteri hampir-hampir kehilangan anak lelakinya yang berusia setahun lebih di Jaya Jusco AU3 Keramat, KL.

Menurut rakan saya ini, peristiwa berlaku sekelip mata. Anaknya berjalan sentiasa di hadapan beliau dan dalam jangkauan tangannya. Cuma ketika di kawasan pakaian, anaknya ini dengan pantas berlari masuk ke celah-celah pakaian. Rakan saya ini cuba menangkap, tetapi terlepas. Beliau kemudianb segera masuk ke celahan pakain itu mencari anaknya tetapi tidak berjumpa.

Peristiwa ini berlaku dalam jangkaan berberapa saat sahaja. Beliau dan isterinya yang sedang sarat mengandung cuba mencari di kawasan sekitar, namun gagal. Habis semua pakaian diselak dengan bantuan beberapa orang pekerja JJ. Pihak pengawal keselamatan juga dimaklukan dan mereka mengarahkan semua pengawal mencari dan mengawal ketat kesemua pintu keluar.

Selepas lebih kurang hampir dua jam, anaknya kemudian dijumpai di kawasan permaian kanak-kanak, keseorangan dalam keadaan ketakutan.

Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.

Alhamdulillah, berkat doa dan tindakan pantas semua pihak terlibat, usaha jahat wanita itu gagal dan beliau meninggalkan kanak-kanak itu dikawan permaianan tanpa mengapa-apakannya.


Peristiwa ini benar-benar menjadi pengajaran kepada rakan saya itu, dan juga saya yang biasa melepaskan anak-anak bermain di JJ sambil berjalan-jalan...

Semoga peristiwa ini juga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha untuk lebih menjaga/mengawasi anak-anak,dsb, berwaspada serta bertawakal kepada Allah. Dia yang maha melindungi... Wallahu'alam.


p/s : Semoga ianya menjadi ikhtibar agar kita sentiasa berhati2 dgn pelbagai kes jenayah yang melanda Malaysia.. beberapa tahun kebelakangan ini kes jenayah di Malaysia semakin meningkat dari sehari ke sehari..oleh itu, sama-samalah kita menjaga keselamatan masing2 sekiranya ternampak sesuatu yang mencurigakan anda, segeralah memberikan bantuan atau pertolongan dengan memberitahu polis kerana dengan bantuan yg kita hulurkan walaupun sedikit namun mampu menyelamatkan satu nyawa dengan izin ALLAH.....
next entry ina akan post gambar2 baby body harness dan wrist harness yang boleh digunakan untuk mengelakkan anak kita hilang di tempat2 awam...

banjir itu malapetaka

ya allah, selamatkanlah keluargaku di jitra dan mertuaku di perlis
peliharalah keselamatan dan kesihatan mereka ya allah..
lindungilah harta benda mereka ya allah..

***

sebentar tadi, ina call mama ina di jitra
dia habaq banjir dah naik sedalam 5 kaki di kawasan umah ina
diorang dah keluar dari rumah pukul 1am semalam

kesian parents ina..baru siap renovate umah dan beli perabot2 serta peralatan elektrik baru
kebanyakannya beli sikit2 sebab last banjir thn 2005, habis semua peralatan rumah rosak dan keadaan rumah teruk sangat berikutan air banjir yg sgt kotor

2010 berulang lagi dan mama kata banjir kali ni lagi dahsyat..
kuasa allah tiada tandingannya
di Jawi Perlis lagi hebat dugaan Allah..
pokok besar diangkat dan dilayangkan dengan sekelip mata
dan lebih teruk lagi..bila angin taufan masuk dalam rumah dan menerbangkan manusia di dalamnya
kawan mama, pegawai ppd jitra yang nampak sendiri bagaimana bumbung zink diterbangkan dan melayang-layang di atas kepala

keluarga mertua di kangar perlis, alhamdulillah masih terkawal keadaan mereka..

ya allah..banjir ini mengorbankan nyawa dan harta benda
kepada yg terkorban, tempatkanlah mereka dekat denganMu
berikanlah kekuatan kepada keluarga mereka meneruskan hidup selepas ini

***

ya allah..
tabahkanlah hati ibu bapaku
walaupun mereka terpaksa menanggung kerugian yang banyak
berikanlah kesihatan yang baik buat mereka
limpahkanlah rezeki atas kesabaran menghadapi ujianMu ini Ya allah..

ma,along di sini sedih atas apa yg berlaku
ma,jgn susah hati..nanti gastrik ma datang
jgn isau, along akan cari jalan..
cari duit untuk belikan peralatan rumah baru kat mama ngan abah
tuhanku..berikanlah rezeki melimpah ruah untukku belikan rumah baru buat mereka..amin..

http://www.emocutez.com

gambar ngeri takde dalam newspaper


bila tengok berita n baca suratkhabar tentang kemalangan bas delima tu
takde la nampak ngeri sangat 
walaupun meragut banyak nyawa

tapi bila tengok dalam facebook
gambar penuh kemalangan tu astagfirullah..
teruk sangat

tak berani nak pos kat dalam blog ni
kalau korang nak tengok
clik :

Tragedi 101010 di KM224 - Photo From Mohd Safuan Bin Salahudin

Restoran Terkenal Halal dan Tidak Halal

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM
by Idrus Hashim on Monday, October 4, 2010 at 11:29pm

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

1. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE .

Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

'bersama' di bulan puasa

25 Ogos 2010
Hukum 'bersama' di bulan puasa

Balik daripada kem PLKN, saya terima lebih drpd 10 sms yg dipanjangkan oleh PA sy; persoalan tentang hukum suami isteri bersetubuh di siang hari tika bulan puasa atau di malam hari tetapi berlanjutan hingga masuk waktu imsak.

Seingat saya; tika kursus pra perkahwinan telah pun diterangkan mengenai perkara ini. Mungkin terlupa atau tak mengambil berat. Tak pe lah; saya jelaskan semula sebagai peringatan dan makluman bersama.

Sebenarnya; hukum bersetubuh di siang tika bulan puasa adalah haram biarpun dilakukan oleh pasangan suami isteri yang sah nikahnya menurut syarak. Jika melakukannya juga, puasa anda dikira batal. SUAMI dikenakan kaffarah iaitu denda.

Perlu diingat!! Hanya suami sebab isteri diambil kira sebagai melaksanakan kewajipannya walau hakikat sebenar; isteri berhak menolak permintaan suami jika ingin bersetubuh tika siang hari di bulan Ramadhan.

Suami dikenakan kaffarah dengan melakukan perkara berikut mengikut tertib; tak boleh pilih ikut suka hati. Pertama: Memerdekakan seorang hamba – malangnya di zaman ini sudah tidak ada lagi hamba yang boleh dimerdekakan maka tertib pertama ini terbatal dengan sendirinya.

Bererti; suami tadi perlu lakukan kehendak kaffarah yang kedua iaitu berpuasa dua bulan berturut-turut, tak boleh selang walaupun sehari. Jika terputus sehari; perlu diulang semula sebagai hari pertama dan diusahakan hingga genap 60 hari.

PENTING!! Hukum berpuasa berturut-turut ini perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang rukhsah atau hukum keringanan kecuali tidak berdaya disebabkan mudharat syarie. Mudharat syarie seperti sakit yang sukar sembuh hingga menghalang daripada melaksanakan tuntutan puasa berturut-turut tersebut.

Bila keadaan ini berlaku; maka perlu tunaikan tuntutan kaffarah yang ketiga iaitu memberi makanan asasi sebanyak satu cupak timbangan kepada 60 orang miskin dan ada ulama yang berpendapat; boleh berikan kepada 60 orang miskin ini makanan seperti yang biasa orang (pesalah) tersebut makan hingga mereka semua betul-betul kenyang.

Di samping berusaha melaksanakan tuntutan kaffarah itu, si suami dan si isteri tadi tetap wajib menggantikan puasa yang terbatal itu.

Berkaitan hubungan yang dilakukan hingga melepasi waktu imsak; hukumnya tetap sama iaitu puasa terbatal dan perlu laksanakan kaffarah seperti yang telah dijelaskan. Termasuk juga berhenti tika belum waktu imsak tetapi tidak melakukan mandi hadas hingga tibanya waktu imsak.

Kes yang sama bagi wanita yang telah habis darah haid tetapi melewatkan mandi hingga tiba waktu imsak. Puasa anda untuk hari itu dikira batal sebab syarat sah puasa ialah suci daripada hadas besar termasuk haid dan nifas.

Jika melakukan hubungan suami isteri; pastikan anda dan pasangan anda telah suci yakni telah mandi hadas sebelum tibanya waktu imsak. Jika anda wanita yang telah kehabisan haid; segerakan mandi sebelum tiba waktu imsak juga.

Ada yang berpendapat; boleh lambatkan mandi asalkan tidak melepasi waktu Subuh. Itu pendapat yang salah sebab puasa ertinya menahan diri daripada makan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Terbit fajar itu dikira sebagai bermulanya waktu imsak.

Moga bermanfaat! Wallahua’lam!!
Nukilan Suzana Ghazali

mengemis dapat RM16,000,00.00!!

Mymetro,KUALA LUMPUR: RM16,000 sebulan. Itulah pendapatan lumayan pengemis berikutan sikap terlalu pemurah masyarakat negara ini yang mudah terpedaya dengan ‘lakonan’ golongan itu.
Oleh Suraya Roslan surayaroslan@hmetro.com.my Ini terbukti dengan penahanan 14 warga China menjadi pengemis dalam satu serbuan di rumah flat di Jalan Sultan Abdul Samad Brickfields, tengah malam kelmarin.


Seramai 10 lelaki dan empat wanita China berusia 40 hingga 80 tahun ditahan dalam Ops Sapu itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti mengemis lebih setahun lalu. Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, Mohd Sufian Omar berkata, serbuan itu dilakukan atas maklumat awam mengenai satu sindiket pengemis warga asing menghuni kawasan berkenaan. “Dalam serbuan kira-kira jam 12.25 tengah malam itu, sepasukan penguat kuasa menjalankan intipan terlebih dahulu sebelum menyerbu penginapan pengemis berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemui wang RM16,000 dalam pelbagai not dan wang syiling yang diletakkan di dalam karung disyaki hasil kegiatan mengemis.


“Ini tangkapan terbesar tahun ini. Pemeriksaan lanjut mendapati 10 orang daripada mereka didapati memiliki dokumen perjalanan yang tamat, manakala empat lagi masih mempunyai pas lawatan yang sah,” katanya. Mohd Sufian berkata, pihaknya mengenal pasti seorang lelaki dikenali Mr Chan menjadi dalang mengarahkan semua warga China terbabit menjalankan kegiatan mengemis di sekitar ibu kota. Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai masih belum diperoleh.


“Kami anggarkan mereka mampu mengaut keuntungan RM800 hingga RM1,000 sehari bagi seorang pengemis dengan mencari kawasan tumpuan pelancong seperti di Jalan Petaling dan Pasar Seni,” katanya.


Beliau berkata, hasil temubual dengan seorang pengemis terbabit, pihaknya mendapati mereka mungkin ditipu rakan senegara yang menjanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan di negara ini. “Akhirnya mereka mengemis apabila tiada sumber kewangan untuk menampung hidup masing-masing.


“Mereka mampu memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan kerana sikap masyarakat kita yang terlalu pemurah memberi wang kepada mereka. Sikap masyarakat yang mudah tersentuh dengan kesusahan pengemis menyebabkan mereka berani mengemis walaupun pelbagai tindakan diambil pihak berkuasa,” katanya. Menurutnya, keadaan itu juga mengakibatkan wujudnya pengemis warga asing yang menggunakan pelbagai taktik mengemis seperti berlagak orang cacat dan menjual barangan seperti tisu atau kalendar padahal pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit.

***

hah tudia..kalah gaji officer grad m52 sebulan
bila kita tengok kita rasa kesian dan tentu sekali kita bagi kat dia
tapi tak sangka la dia tikam kita dari belakang
menipu kita macam tu

satu lagi yang bawa bekas2 duit katanya untuk pembinaan rumah anak2 yatim
kerap sangat jumpa
pastu yang bawa surat hospital kata tak sihat tapi tak mampu nak berubat sebab takde duit

apa kata, kita bersedekah mengikut saluran yang mudah
kita potong je gaji kita
masuk kat yayasan pembangunan ekonomi islam malaysia (yapeim)
badan pemegang amanah dan mencari golongan miskin beragama ISLAM di malaysia untuk dibantu
potong sebulan RM10 pun dah cukup bagi golongan berpendapatan sederhana macam ina ni

pergi website dia dan pilih potongan gaji
isi maklumat kat situ
nanti potongan gaji tu akan appear dalam payslip kita
semoga amal jariah ni menjadi saham kita di akhirat kelak

MELABUR DI DUNIA UNTUK DIVIDEN AKHIRAT

nak menderma? tunggu la ramadan..bulan lain tak payah..

bila bulan ramadan, rezeki anak-anak yatim dan miskin serta penghuni rumah-rumah orang tua islam murah betul..
ada sahaja syarikat dan orang persendirian yang nak sponsor berbuka puasa..
nanti dekat nak raya ada pula yangsponsor barang-barang keperluan raya..
tak kurang pula tu, dapat beramah mesra makan semeja ngan artis-artis negara..

tetapi..
lepas ramadan dan syawal
kenapa dah tak de perkara seumpama..
kenapa tunggu ramadan je?
rejab?
syaban?
rabiul awal?

bulan-bulan yang lain kenapa tak de yang bermurah hati nak sponsor diorang ni?
terutama hujung tahun, untuk persiapan sekolah, beli buku-buku sekolah,baju sekolah
terutama bila dekat dengan peperiksaan utama
kenapa takde yang nak sponsor tuisyen dan buku-buku rujukan?

yang tu lagiiiiiiiii penting
buat menjamin masa depan diorang
bila berjaya, dapat ubah nasib keluarga
dapat turunkan peratus rakyat miskin di negara..

memang la ramadan ni bulan mulia
pahala berlipat ganda
tapi amalan baik macam tu harus diteruskan dan diamalkan sepanjang tahun..

sedarlah wahai penderma budiman
bukan sekadar promosi dan nama yang perlu korang cari
untuk menaikkan reputasi
tapi bila dan banyak rezeki
apa kata tiap2 bulan berkongsi..
semoga terus diberkati..

baru 12 tahun dah pandai threesome!


apa nak jadi laa nih
kecik-kecik dah bernafsu gajah
sekali hadap 2 terus
nanti mengandung
satu negara susah!

*berita budak tu kat SINI

Ada DNA data bank, penzina fikir banyak kali sebelum buat projek

cadangan ketua polis selangor untuk diwujudkan tabung dna tu memang sangat ina setuju..
bila tengok cerita CSI miami tu, pergh memang efisien sangat bila diorang nak cari detail mangsa atau suspek..
tak tahu la betul ke tidak sistem diorang tu tapi kalau negara kita boleh wujudkan data bank dna setiap penduduk di malaysia ini termasuklah pekerja asing, insya allah kadar jenayah boleh berkurangan..



tiap-tiap hari ada saja kes buang bayi tu..dan tidak banyak tangkapan pun berjaya dilakukan..mesti major factor sebab tiada cukup bukti untuk cari suspek..
tapi bila ada je bank dna ni..boleh terus dapat siapa mak bapak baby malang yang menjadi mangsa tu.

Pangkalan data DNA sedia diwujud
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2010/08/23

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mewujudkan pangkalan data ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai salah satu inisiatif baru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tidak ada sebab kerajaan tidak meneliti cadangan mewujudkan pangkalan data itu walaupun 55 inisiatif di bawah NKRA itu sudah dikenal pasti kerana ia bukan sesuatu yang eksklusif dan boleh sentiasa ditambah baik.

Apa juga inisiatif baru, kalau ia membantu (mengurangkan jenayah) kita akan tambah kerana kita tidak berkisar kepada satu pendekatan saja. Apa yang penting, kita akan laksanakan sebanyak mungkin inisiatif dengan penggemblengan kepakaran agensi dan kementerian bagi mencapai sasaran NKRA berkenaan, katanya selepas majlis 30-Hour Famine 2010 Countdown, di Stadium Tertutup Bukit Jalil, di sini semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, negara memerlukan sebuah pangkalan data yang mencatatkan butiran lengkap setiap kelahiran bayi dan ibu bapa, termasuk rekod ujian DNA, yang bukan hanya mampu membendung gejala pembuangan bayi, malah membantu polis melakukan siasatan dengan lebih pantas serta memudahkan proses pendakwaan ibu bapa terbabit di mahkamah.

Hishammuddin berkata, sebahagian besar inisiatif NKRA di bawah kementeriannya sudah dilaksanakan dan pihaknya komited sasaran mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang hujung tahun ini dan lima peratus keseluruhan setiap tiga tahun dapat dicapai.

Selain itu, Hishammuddin berkata, sistem biometrik bagi merekodkan data warga asing termasuk pekerja, pelajar dan pelancong yang datang ke negara ini akan siap menjelang Oktober ini.
Katanya, dengan sistem yang akan dilaksanakan secara kekal itu, semua data warga asing termasuk cap jari dan pangkalan data mereka boleh dicapai, sekali gus mengelakkan mereka menyalahgunakan Visa Sewaktu Ketibaan (VOA) dan program pengampunan.

Sementara itu, seramai 8,000 peserta menyertai program 30-Hour Famine 2010 yang memerlukan mereka berpuasa selama 30 jam bermula tengah hari kelmarin bagi menunjukkan keprihatinan terhadap golongan miskin dan kelaparan, selain mengutip dana untuk tabung berkenaan. -Berita harian online

***

Sudah tiba masanya untuk negara wujudkan bank dna ini..
tentu banyak perkara perlu difikirkan
antaranya:
-agensi mana yang perlu bertanggungjawab ke atas data tersebut
-bagaimana nak collect data
-kos dll

Tapi negara kita boleh refer negara-negara lain yang dah ada kemajuan tersebut dan boleh diaplikasikan di negara kita dengan membuat penambahbaikan. contohnya DNA Data Bank of Japan.

*semoga usaha ke arah pewujudan dna bank data ini dipermudahkanNya..amin..

Kebaikan kurma, kismis dan madu



Khasiat Kurma, Kismis &; Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."




KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN


Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.


Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.


Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.


Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".


Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".


Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".


Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".


Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


3) MADU


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".


Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".


Wallahu a'lam.


kredit kepada owner artikel, 

instagram adlinahomemadescrub


up