Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

anak ikan!


Bahaya Rawatan Alternatif Guna Anak Ikan

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit  alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar, boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat
kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam
kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin).
Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit
pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika


*****

PERNAH WAT SEKALI JE..careful ok!

sakitnya bersalin..


KORANG, NI CITER INA AMBIK DARI INTERNET EH...

Masa kita kecik dulu, kita tak kan terfikir benda ni... benda yg aku nak ceritakan ni la. Masa remaja aku kengkadang aku ada jugak meninggi suara dan ada perasaan marah pada mak aku... bila dia marah aku dan aku rasa tak fair. Abg dgn adik aku tak kena marah pun... Tapi yg buat salah nya memang aku pun.

Kengkadang masa kat sekolah asrama, ada jugak sengaja lambat balik kampung... nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, lepak-lepak... sedangkan orang tua tu dah menunggu, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2-3 bulan sekali.

Bila aku masuk universiti, diri tu masih tak sedar jugak, yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat... maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia... jauh sekali. Dah besar panjang la katakan.

Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu... wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya dua-dua orang tua aku tu. Mengenang air matanya. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udahlah belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi.... tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, drpd dihantar kemudian di tahun-tahun yang akan datang). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.

Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.

Satu malam lepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan... mengerang-ngerang, akhirnya dah dilate 10cm dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu "primi" ni... anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse... nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan yg dah 40-an, dia org lagi cekap drpd kami yg baru masuk service ni.

Jadi... pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya kebawah peha (tempat lain tak boleh)... korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia drpd dia mengangkang depan aku. Seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat cervix, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu... dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu... suara aku pun keluar gak, no choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak... memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu) pun berlaku dan aku pun ready nak "episiotomy"... iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah... abis nanti koyak ke anus... dah satu hal pulak pompuan tu nanti ada problem berak, kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol... terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala baby yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu... tiba-tiba ada mamat potong dekat 2 inci daging kat punggung dia... jeritnya....

Poop! muncul kepala baby... aku suruh ibu tu push push push... aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas... tergantung sekejap baby nya tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit... korang ingat korang tak kena main taik mak korang ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Tali pusat dah potong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat... so settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi... tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan memang berbau hanyir... itulah bau daging manusia... segar dari ladang!

Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi (utk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi... tapi aku perasan byk nya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina... aku tengok luka episiotomi tu taklah banyak sangat berdarah, tapi darah datang sebenarnya keluar drpd dalam vagina. Seluk punya seluk, tengok punya tengok... tu dia, dinding vaginanya koyak 2-3 tempat... 1-2 inci punya luka... darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, clamp dulu dgn 4-5 artery forcep... baru darah stop.... ok, break sekejap.

Semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tgh keluar... tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak... luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit... mau berpuluh kali jahitan... dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dgn jarum tu. Bagi bius pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam... baby nak keluar tadi ambik masa 5-10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku... buatlah apa ko nak buat... aku dah tak kose - janji baby selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak... luka yang aku potong tadi tu. Ingat... aku ni belum byk pengalaman... tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje... tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu... "saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop... dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi... jgn lupa hantar poskad terima kasih"... kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku... ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!

Ok... settle la satu perkara... dan malam tu aku deliver 3 ke 4 lagi ibu kat labour ward. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.

Dan setakat ni... benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yg diharungi oleh setiap ibu yg bersalin.... nothing special.

Eh... betul ke nothing? Sekarang bayangkanlah setiap anak yg membaca nota aku ni apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap drpd korang. Bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu... cuba dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal kau tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami bila dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban... tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu... anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi... percayalah.

Jadi... lepas ni, jangan sesekali kau derhaka pada mak kau tu... meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu... cepat-cepat carikan. Dan kalau dia nak sesuatu, cepat-cepatlah anak... kotakan.

keyword dalam nuffnang


layan nuffnang tadi tengok Buffered Earning yang tak seberapa itu tapi alhamdulillah, ada juga BE..
pastu tengok keyword hari ni, nampak tak yang ina highlight kuning tu?

korang faham tak maksud : cabut gigi masih ada gigi

hehehe..sapa la agaknya yang search keyword tu eh..dia macam tau2 je ina pun tengah mengalami masalah yang sama

geraham ina dicabut hari khamis minggu lepas kat klinik gigi presint 9, sekarang ni bila tengok balik dan rasa ngan lidah rupanya masih ada gigi yang tertinggal tak tercabut habis..sakit betul kat gusi ni, pipi belah kanan tak leh sentuh pun..

nak kena gi cabut lagi yang gigi yang tertinggal tu, kecikkkkkk je..macam mana agaknya doktor nak buang, ntah2 kena toreh dulu gusi then baru leh cabut gigi tu eeeeeeeeeeeeeee seram siotttttt

tips hilangkan sakit gigi


*sory naa artikel ni dalam bahasa inggeris, cheq malas nak translate ^_^

1.As your first step , I recommend you pick up a bottle of "Tea Tree Oil". Tea Tree oil is a natural oil that is very effective in relieving toothache pain . It will also kill germs and bacteria in your mouth so your toothache wont worsen. To use Tea Tree oil simply rub 2 or 3 drops both on and around your tooth . Massage the oil into the gums surrounding your tooth . You should feel relief from pain into about 1 or 2 minutes . If pain persists , move on to the next step .

2.As your second step , try chewing a few small piece of onion . Onions are a natural anti - biotic and will aid in toothache pain . If you are unable to chew , you should juice a piece of onion by smashing it and then applying the onion juice on and around your tooth.

3.Another great way to get rid of a toothache is with clove oil . Clove oil has been used as a natural remedy for many different medical problems. To use it to eliminate toothache pain is simple. Apply a few small drops on your tooth. Rub the oil around the gums surrounding your tooth. Your pain should be reduced within a minute or so.

4.One more natural and effective way to reduce pain caused by a toothache is by holding half a cup of salt water in your mouth . Simply mix 3 teaspoons of normal table salt into 6 ounces of water and hold in your mouth for about 20 seconds.

5.If none of these natural remedies work out for you , try going down to your local drug store and pick up a tube of toothache numbing gel . A popular brand for this is named " Oregel" . This gel will effectively numb your tooth and area around your tooth until you are able to get to a dentist.


*kan hari tu p cabut gigi geraham, rupanya ada lagi gigi yang tak patah habih!!!!
nak kena p pulak ni..tapi selagi ina tak beli gel untuk kebaskan gusi, ina tak mo pegi cabut gigi yang tertinggal tu..

mana la nak cari numbing gel tu..adehhhh

sakit oo cabut gigi


bersiaran dari rumah
tak p keja hari ni
bukan saja ngelat tauuu

baru je balik dari klinik gigi precint 9
huhu gigi geraham belakang belah kanan kena cabut
dah tak leh diselamatkan lagi

doktor tu baik siot walau pu haku ni penakut
dia layann je

memula sebelum kena inject ubat bius tu ina tanya takde ke krim apa2 nak sapu kat gusi bagi tak sakit
sebab kalau kat klinik swasta doktor sapu gel rasa strawberi giteww so masa inject tak sakit sgt
tapi kat situ non adooo

tahan je lah deq non..masa inject tu doktor kata camni:
"k sikit lagi, k pandai, k baguss, awak relaxx ye,skit lagi.."
haha mcm budak kecik la aku ni..
maunye tak, muka dah pucat gile
memang takut jumpa dentist

pastu dia suruh tunggu kat luar
dalam 15 minit camtu dipanggil semula utk proses cabutan

ehehe yg ni memang gabra jugak
sebabkan gigi tu geraham so mencabar sikit tuk doktor tu cabut
then masa dia pulas2 tu rasa sakit jugak then aku terjerit sikit
doktor tu pun ikut terjerit jugak wakakaka

dah settle dia suruh p lagi minggu depan
sebab gigi atas belah kiri berlubang
tak pasti dapat diselamatkan ke tidak

pastu dia kata, nasib baik awak tak pengsan eh..
takpe saya bagi awak mc hari ni
hihi thanks doc

adeh..bab gigi ni memang aku loser
tak rajin lawat dentist sebab aku memang takut

jadi pengajaran buatku, harus rajin berus gigi aisy dan kerap bawa dia jumpa dentist bagi dia tak takut cam mommy dia nihh

***

ubat bius makin kurang
darah banyak lagi ni..
nak makan ubat pun tak leh
lapaq pulak tu..tak bfast lagi
aduyaiiiiiii..


kaitan rokok dengan uban

Rokok


Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. 

Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.

*dipetik dari forum

jangan makan jajan kacang hijau

HARI RAYA BAKAL MENJELMA.. SO KALU ADA SEDARA MARA KITA YG HIDANGKAN MAKANAN KEKACANG SEPERTI KACANG PIS NI, KENA HATI².. PIKIR 17 KALI SEBELUM MAKAN.. TANYA DULU BELI KAT MANA.. KALU RASA SAKIT PERUT, PENING² TU MUNGKIN BERPUNCA DARI BAHAN PEWARNA.. BACA ARTIKEL DI BAWAH!!

Fake Green Peas (Kacang Hijau)


Info ini dikirim oleh seorang sahabat via email. Mungkin maklumat ini berguna untuk kita semua.

Green peas are green rounded pea seeds that are sweet and starchy in taste. Green peas contains twice the protein of most vegetable, so they are a healthier substitute for meat. Three quarters cup of peas provides 6 grams of protein, plus thiamine, riboflavin, niacin, calcium, iron, phosphorus, potassium and 645 units of vitamin A.


Unfortunately most of food industries in developing nations cheating the customers with fake greens peas which are prepared from toxic chemicals (dyes).These industries preparing the green peas form brown peas (cheaper) by soaking them in dye solution for overnight.


All these chemicals have been banned by US food and drug administration in 1974 itself. Frequent consumption of fake green peas leads to colon and bladder cancer.All these fake green peas banned in US, Canada, all European countries and other developed countries.

Identification of fake green peas:

1. Put the peas in boil water for 30 seconds, water turns to green color.
2. After consumption check your tongue to observe green color stains and light bitter in taste.

Symptoms

1. Stomach irritation, pain or acidity.
2. Urine turns to light green color.
3. Mild head ache.

Case study:

I am a common person too and not aware of these things. After consumption of fake green peas I got stomach pain, with a little bit common sense I observed my tongue which having green stains.
The following packet bought from Tesco, Penang on 4th July 2010.


As a responsible chemist I started analysis of above mentioned peas in laboratory I find the toxic chemicals (green dyes).


News paper reference:
China daily
http://www.chinadaily.com****/china/...nt_9664992.htm

D. Bharath Reddy,
Research scholar Centre for drug research
USM, Pulau Penang
Malaysia 11800.


*pic by google
*info received by email

aisy kena infection oral thrush

petang semalam masa fetch aisy, nanny dia bagitau dalam mulut dia ada putih-putih
bila ina tengok, nampak cam white patches kat bibir dan depan lidah
at the same time dia ada biji-biji kat badan
risau..

white patches tu macam pic baby tersebut

huby terus ajak pergi klinik paed
tapi masa tu dah pukul 6pm
paed mana ada dah..semua doktor on call je
lastly dapat hosp pantai cheras, dr lai
dia ada paed night clinic 6.30pm-9pm
call member, dia pulak suruh datang klinik dia
klinik pakar kanak2 doktor hoh, dia tu pun ada paed clinik kat hosp pantai cheras

we decided to visit dr hoh tu, klinik dekat ampang
sampai je depan klinik masuk time berbuka
so berbuka dulu dalam keta

doktor bagitau yang putih-putih tu namanya oral thrush
yang biji-biji bengkak tu sebab kena insect bites sebab ada mata
so doktor tu bagi ubat oral untuk disapu dalam mulut aisy
alhamdulillah..takde pape..

oral thrush tu disebabkan  yeast fungus yang boleh merebak ke kawasan diaper so kena careful
tempat tu tak sakit tapi boleh menyebabkan rasa tak selesa dan anak tak nak makan atau menyusu
for 1 week kena sapu ubat oral tu twice a day
lepas tu kena rajin lap mulut dia dengan kain
*ina guna tooth brush utk baby
tapi doktor tu suruh stop sebab dia kata tooth brush utk baby tu tak elok, boleh merosakkan gigi susu

pastu doktor tu suruh spray umah dan bilik dengan shieldtox
ia bukan saja boleh matikan nyamuk bahkan bugs yang kita tak nampak dekat katil, sofa, karpet dan di lantai

******

hrm itulah dia kisah first timer parents ni
sebenarnya simple je kan..
tapi apa pun tak tau dan cepat gelabah bila anak tak sihat

pesanan buat golongan sederhana macam ina ni, kita sentiasa kena prepare cash
biarlah ina tak shopping asalkan ada duit untuk bawa anak gi jumpa specialist
sebab dah agak serik pergi klinik kat putrajaya tu
dia kata tak de pape tapi lepas 2 3 hari pun tak sihat2 lagi
pergi specialist, doktor tu marah lak kenapa lambat datang,dalam hidung dah bengkak2

pastu tingat kejadian anak kawan yang meninggal beberapa bulan lepas
sebaya ngan aisy je..
arwah tak sihat, tak lalu makan, tak bermaya tapi p klinik kerajaan,
doktor kata takde pape..lepas tu arwah pergi dengan tenang..
katanya sebab denggi tapi jenis yang tak demam panas..

.
.
.
.
.
.
.
.
tapi ianya pendapat peribadi ina sendiri..
mungkin ada yang tak setuju kot,,
ramadan ni dah nak masuk ke 10 terakhir kan..
sedih sebab 10 terakhir ni adalah untuk mendapat pengampunan dariNya
tapi ina tak leh posa la pulak..

tips bersihkan hidung bayi jika selsema

dah lama nak buat entry pasal product ni tapi asyik terlupa tapi lepas blog walking tadi, tengok ada anak kawan yang tak sihat, selsema batuk-batuk dan demam.

aisy alhamdulillah sihat sejahtera
tapi stok ubat dan segala apa yang perlu like ubat bontot, ubat batuk dan nose cleaner memang sentiasa ada..

ina nak berkongsi tips jika anak terutama bayi yang susah bernafas bila selsema.kesiankan sebab tak reti nak hembus buang hingus tu.

atas saranan paed aisy, dr asmuni kpj kajang, ina sentiasa pastikan sterimar ada di rumah
rupa dia macam ni:


yang ni sesuai untuk bayi 0 - 3 tahun
kandungannya isotonic - mengandungi air laut yang ditapis
bagus untuk membersihkan hidung
lepas spray, anak akan bersin dan automatik hingus pun keluar dan dia dapat bernafas dengan selesa



yang ini pula untuk kanak-kanak dan orang dewasa
elok sekali sekala guna bagi membersihkan hidung

*tapi kita ni alhadulillah, ajaran islam lengkap. senang je nak bersihkan hidung.bila kita mengambil wuduk kita masukkan air sedikit dalam hidung dan hembus kan..sterimar ni tiru cara kita berwuduk tu lah..tapi dengan berwuduk dapat pahala dan percuma!

berbalik kepada sterimar tu, memang sangat disarankan kepada ibu bapa yang ada anak kecil sebab diorang kan fragile dan mudah selsema jadi sedikit sebanyak bantu untuk mudahkan diorang bernafas dan minum susu

sterimar ni kat farmasi ada ^_^

potong!! potong!!!

igt dk iklan komersial yg dok suruh potong potong tu..hihi..nk citer bukan yg tu aisy..mummy nk cite sal aisy yg kena 'potong'

before dis kan mummy da bgtau aisy suspek UTI kan..so Paed aisy suggest circum utk buang punca2 bacteria

so on 26.10.09 tu mummy n daddy bawa aisy gi pusrawi utk perform circumsicion done by Paed Surgeon Dr.Zul..a week before mummy dh set appointment dgn dia kat Tawakal but since dia ada clinic kat Pusrawi jugak, mummy prefer done there.

in short, pagi tu mummy sumbat segala susu + air + jus + bubur nasi sampai aisy full coz aisy boleh makan/minum susu til 10am..after dat mummy bg aisy minum jus epal byk2 til 12pm..then aisy kena puasa
pic ni masa baru sampai..hepy hepy lagi
then masuk daycare, lepak atas katil..nampak relax jee dia..memang le dh tak tau pape, mummy mcm nak pecah dada berdebar debar
daddy nak bermanja manja dgn anak kesayangan dia :) daddy,mummy tau daddy isau..tp wat macho je kan
nurse datang bawak baju masuk OT n psg nama..aisy tak suka laa tgk nurse tu..angkat kepala 90 darjah nak bgn
besaq btui baju tu dgn aisy
ngantuk ye sayang..
then dlm pukul 3pm nurse bgtau dh kena bawa turun masuk Operation Theater..ciuman sayang tuk anak daddy yg kuat!
tok abah pn ada teman aisy..
around 330pm aisy dah kuar..mummy tgk aisy menggigil-gigil..mummy tak pasti asiy gigil sebab sejuk or sebab sakit sgt..maybe ubat bius dah abis kot..doktor bagi gas utk aisy tdo..lepas abih tu doktor bg aisy jaga balik
aisy nangissssss sgt2 sampai serak suara..sakit ye anak..sian aisy..mummy pn nangis,hiba sgt tp mummy tak dpt nak tlg..kalau sakit tu boleh transfer ke mummy, mummy sanggup!
aisy nangis sampai tertido..

dalam pukul 5pm aisy masih tak bgn..mummy isau perut masuk angin sebab dari kul 12 aisy tak minum susu..then mummy kejut aisy tuk minum..alhamdulillah aisy dah stop nangis n minum dgn baik..

nurse bgtau, kalau aisy dh kencing so boleh balik..mummy nervous sgt nak buka pampers aisy..bila buka je nampak bird aisy ada ring kecil..nampak masih berdarah..masa tu mummy rasa cam nak pengsan je..siannya anakku..

nasib baik daddy kuat semangat, daddy tunggu sampai aisy kencing..alhamdulillah tak nangis pun

tok abah stay dgn aisy sampai rabu pastu balik tgk maksu..then on pagi khamis tok mama mai pulak dgn tok lang..and pagi tadi (03.11.09) tok abah baru sampai..maybe tok abah n tok mama goin back together this friday..tq so much to them for supporting mummy n daddy in taking care aisy..opah pun tq jugak sebab dari jauh pun dok kol daddy update psl aisy..tq also to aunty farah n uncle cik din for visiting u

now aisy dh dok dgn nanny aisy mcm besa sbb mummy kena keja..but still every 2 hours tukar pampers ada darah lekat kat pampers tu..luka aisy tak kering lagi..mummy ada simpan pic bird aisy before n after sunat..nanti dah besar mummy tunjuk kat aisy k..kat sini malu lah hihihi..

alhamdulillah..

walau berat hati mummy nk sign form utk aisy dibius sblm disunatkan..tp mummy ttp kena kuat semangat sbb sooner or later aisy tetap kena bersunat..sunat ni wajib buat aisy and lelaki muslim yg lain..

besar nanti tentu aisy akan lupa kesakitan ni n aisy tak perlu melaluinya like kwn2 aisy yg tak bersunat lagi..ada yg kata kat mummy, rugi sebab aisy tak merasa debaran bersunat tu..gantung kain pelekat,wat kenduri,dapat duit dll..tp semua tu tak penting..mummy rasa mummy akan lebih terseksa kalau aisy dh pandai mengaduh sakit..

k sayang..tak sabar mummy nak balik jumpa sayang..

fyi tok mama ada kat hospital pantai ampang sekarang ni..sepatutnya tok mama dah balik on ahad(01.11.09) tp something happen..petang ni kita visit tok ma n see tok abah k..next entry mummy citer what happen to tok ma k..

alhamdulillah..leganya hati mummy

alhamdulillah..itu perkataan pertama mummy sebut lepas daddy call mummy tadi..
daddy aisy call ur paed, dr indon nak tanya result urin test lepas..




dr indon bgtau, ada bacteria tp sket je..so takyah mkn antibiotik..tapi circumcision TETAP kena buat..adeh bole kawen dah hero mummy ni hihihi..la ni mummy tgh ricky kt mana nak perform circumcision tu..




doc tu bgtau mebe bacteria tu boleh ilang lps circumsion.so after sunat tu, p lagi sekali wat urin test..ya allah lega sgt sbb tak kena MSU test..




ttg bengkak kidney belah kiri tu pulak,another 6 mths jupe dia utk wt ultrasound lg sekali tgk samada dh susut ke tak




td mummy tanya kwn mummy, anak dia mcm mana..ala ur juliet la..insyallah ahad ni romeo bley jupe julietnya hihi pandai la mummy ni nak match2..tp for ur info aisy, ur juliet so cute n putih n comel..both of u share same experience, lahir awal,kecik,suspek kencing kotor bla bla bla bezanya ur juliet tua sebulan dr u hihi dia pun hosp diagnose hal yg sama and masuk tiub kat anu tu jgak..


mummy suggest kwn mummy tu jupe dr indon jugak utk confirm tp sedia le 5ketul sebelah tangan jupe doc tu hihihih..




terima kasih allah..sebab makbulkan doa mummy n daddy..tokma pun senyap2 wat semayang hajat tuk kesihatan aisy..tq tok ma cayang..opah pun rajin tanya khabaq,tq opah :)


Adeh..rasa best & risau bercampur baur

Straight to the point..



best sebab:
  • aisy makin tembam, comel and bijak (ala uols pun sure tersengih sengih tgk anak uols makin notty)
  • dah pandai tegur org (sapa je lalu tegur sebab nak mintak didukung,hadoii laa 7kg lebih dah la ni)
  • asal masuk je bilik mummy n daddy senyum n ketawa sesorang..maklumla sejukk je..kat living room tingkat bawah tak suka duduk,meragam jeee memanjang sebab panas
risau sebab:
  • bebaru ni kol hosp nak tau result kencing dia..stil ada kuman dalam urin dia..ni posting memula dulu masa bagi sample urin >>aisy-gi-hospital-semalam.html
  • Urinary Tract Infection >> yg ni aisy kena..so doktor tu kol mintak dtg sekali lagi bagi sample..doc tu inform kalu sekali lagi ambil kuman masih dlm power of 5 kena ambik antiobiotik
  • kalu the power of 4 or below, takyah makan ubat..juz bagi sample n test frequently
  • probnya mummy kesian sgt sbb urin tu diambil melalui tiub yg masuk dlm anu aisy.sakit..bengkak anu dia and lepas tu kencing mesti nangis giler
so esok rasanya nak pi Kajang Medical Centre..been told dat doc afifah paed dkt situ baik n bagus..tuk tanya 2nd opinion..
kt bawah ni pic raya mummy ambil dr page aunty aisy..tq aunty
ni masa kat umah tok jitra,baju melayu 1st aisy biru sedondon ngan mummy n daddy
ni kt luar umah toklang astaq..takmo dok dlm umah mengamuk sebab panas..muka tu tgh marah,kat mummy pun takmo senyum dah..daddy terpaksa bawa dia jalan2 kat luar umah
dua-dua bdn semangat!!hihi baju tak mo pakai langsung..lepas tu masuk dlm umah terus bukak suar tinggal je dyper, puas hati
kengkawan...tlg doakan semoga aisy sihat dan takde masalah kesihatan yg serius..

bawak aisy gi hospital semalam huhuhu

semalam tak best sgt2..lepas aisy operation hernia dulu,semuanya berjalan lancar and dia tak sakit pape pun..even lepas gi ambik imunisasi pun tak penah demam..

tapi semalam bawak aisy p hospital, jupe doktor sbb memang appointment utk monitor growth development..tapi yang tak bestnya..ada 3 benda:
  • growth aisy: part ni best lah sebab lahir dulu 2.3kg je, after 4 mths latest berat 6.62kg dah
  • rubella: doktor tu bgtau bdn aisy develop antibodi for rubella
  • saluran di antara kidney dgn pundi kencing sebelah kiri bengkak sket
tentang rubela tu, tak tau la mcm mana boleh kena sedangkan mummy ada ambik imunisasi masa form 3 dulu..tapi yg lega seket sebab bila google ttg penyakit tu...ada dinyatakan kalau badan dah develop antibodi for rubela maknanya badan boleh lawan penyakit tu dan menjadi antibodi yg kekal dlm badan..
kesal sgt semalam mummy dgn aisy sama2 kena bagi sampel darah sebab ujian dulu tak complete.doktor tu bgtau GHKL tak workout the whole tests which consist 5 tests..GH hanya screen and wat 2 test je.. tak pasal pasal mummy and aisy sakit

aisy yang dah sakit bertambah lagi sakitnya sebab kena bagi sample urine..utk ambil sampel urine tu kena masukkan tiub melalui anu dia..mesti sakittttttt uhhuhuhu

kena bagi sample tu sebab nak tgk ada kuman mcm mana kat dlm urine dia..dipercayai kuman tu menyebabkan saluran antara kidney ngan pundi kencing dia bengkak..lagi 2 minggu dapat result test darah n kuman tu..doktor kata kalu ada kuman, nak kena bagi lagi sample urine tu huhuhu mummy tak sanggup tgk aisy sakit masa nak bagi sample tu..

dengar dia menangis kat dlm procedure rum tu..mummy kat luar pun menangis sama sampai terhinggut hinggu bahu :( tak tahan sebak mengenangkan anak kat dlm tengah kesakitan..tapi mummy kena rasional, semua ni utk kebaikan aisy..kalu mummy tak buat mcm ni, takut kuman tu merebak p kidney, lagi teruk..

masa nak tukar dryper dia..nampak anu dia kat hujung tu bengkak huhuhuhu..masa balik umah tu dia terjaga dari tido, terus menangis sekuatnya, mesti sakit sebab nak kencing.. but semalam tgk dah ok dah..
cuma nampak cam tak berapa nak aktif, tak nak main mcm selalu..sembang seket2,senyum seket2..selebihnya dia prefer tido, check temp dia alhamdulillah..ok
rasa jap lagi nak p beli temp khas utk telinga sebab doktor tu kata temp paling tepat ialah dari telinga..mesti pantau temp dia sebab jangkitan kuman kat urine dia boleh dikesan kalu dia demam..bila demam cepat2 bw gi hosp takut infection dr kuman tu..

aisy..mummy doakan kesejahteraan kesihatan tuk aisy sayang selamanya..

instagram adlinahomemadescrub


up