Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

candy buffet trend majlis perkahwinan

kalau ke majlis hari jadi, orang kawen, berendoi, cukur jambul, akikah
semua ada dessert buffet 
candy buffet
atau namakan apa jer
janji ada station khas yang diletakkan pelbagai manisan mulut 
dan
yang paling penting dihias mengikut tema majlis itu sendiri

gambar-gambar ni ina ambil dari internet
kongsikan idea cara nak hias candy buffet 















 kalau nak lagi senang contact
 The Pastelicious Party
016-461.4667 
sms/whatsapp/line/viber

untuk dapatkan quotation bagi tempahan 
candy buffet
 personalised vip table
photo booth 
 meja santapan beradap 
pelamin akikah 
 buaian berendoi 


job pertama The Pastelicious Party ialah menghias jamuan raya di 
Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri 
dengan tema Elegant Blue

dan alhamdulillah
rata-rata feedback yang diterima sangat positif dan membina

insya allah lepas dapat gambar dari photographer
ina akan upload kat sini

(^_^)




berat turun tak lepas puasa?

lepas dah ramadhan..
ntah ada ke peluang lagi untuk bertemu dengannya tahun hadapan
semoga allah memanjangkan umur kami sekeluarga untuk berpeluang menyambutnya lagi
amin..

tentu ada yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan kan?
macam mana dengan keputusannya..
berjaya turun?

ina tak ukur lagi berat terkini
last timbang sebelum puasa 52kg
berat tu..
biasalah dah kawin dan beranak ni berat confirm naik kan..
ina perbah published entry tentang gemuk selepas kahwin sebelum ni

tapi rasa-rasa cam turun la jugak
buktinya jam yang ketat dah boleh pakai dengan selesa
mak mertua pun tegur ina kurus sikit
ntah le kalau itu hanya perasan perasaan je

jap lagi keluar nak cari juga scale nak timbang berat latest
kalau jumpa ina akan update lagi ^_^


p/s: kepada yang berjaya turunkan berat badan tu, tahniah diucapkan tapi beringat ye, sekarang ni dah boleh makan siang, banyak pula juadah best-best terutama bila pergi rumah terbuka..maintain yer!!!


aisy kena infection oral thrush

petang semalam masa fetch aisy, nanny dia bagitau dalam mulut dia ada putih-putih
bila ina tengok, nampak cam white patches kat bibir dan depan lidah
at the same time dia ada biji-biji kat badan
risau..

white patches tu macam pic baby tersebut

huby terus ajak pergi klinik paed
tapi masa tu dah pukul 6pm
paed mana ada dah..semua doktor on call je
lastly dapat hosp pantai cheras, dr lai
dia ada paed night clinic 6.30pm-9pm
call member, dia pulak suruh datang klinik dia
klinik pakar kanak2 doktor hoh, dia tu pun ada paed clinik kat hosp pantai cheras

we decided to visit dr hoh tu, klinik dekat ampang
sampai je depan klinik masuk time berbuka
so berbuka dulu dalam keta

doktor bagitau yang putih-putih tu namanya oral thrush
yang biji-biji bengkak tu sebab kena insect bites sebab ada mata
so doktor tu bagi ubat oral untuk disapu dalam mulut aisy
alhamdulillah..takde pape..

oral thrush tu disebabkan  yeast fungus yang boleh merebak ke kawasan diaper so kena careful
tempat tu tak sakit tapi boleh menyebabkan rasa tak selesa dan anak tak nak makan atau menyusu
for 1 week kena sapu ubat oral tu twice a day
lepas tu kena rajin lap mulut dia dengan kain
*ina guna tooth brush utk baby
tapi doktor tu suruh stop sebab dia kata tooth brush utk baby tu tak elok, boleh merosakkan gigi susu

pastu doktor tu suruh spray umah dan bilik dengan shieldtox
ia bukan saja boleh matikan nyamuk bahkan bugs yang kita tak nampak dekat katil, sofa, karpet dan di lantai

******

hrm itulah dia kisah first timer parents ni
sebenarnya simple je kan..
tapi apa pun tak tau dan cepat gelabah bila anak tak sihat

pesanan buat golongan sederhana macam ina ni, kita sentiasa kena prepare cash
biarlah ina tak shopping asalkan ada duit untuk bawa anak gi jumpa specialist
sebab dah agak serik pergi klinik kat putrajaya tu
dia kata tak de pape tapi lepas 2 3 hari pun tak sihat2 lagi
pergi specialist, doktor tu marah lak kenapa lambat datang,dalam hidung dah bengkak2

pastu tingat kejadian anak kawan yang meninggal beberapa bulan lepas
sebaya ngan aisy je..
arwah tak sihat, tak lalu makan, tak bermaya tapi p klinik kerajaan,
doktor kata takde pape..lepas tu arwah pergi dengan tenang..
katanya sebab denggi tapi jenis yang tak demam panas..

.
.
.
.
.
.
.
.
tapi ianya pendapat peribadi ina sendiri..
mungkin ada yang tak setuju kot,,
ramadan ni dah nak masuk ke 10 terakhir kan..
sedih sebab 10 terakhir ni adalah untuk mendapat pengampunan dariNya
tapi ina tak leh posa la pulak..

nak menderma? tunggu la ramadan..bulan lain tak payah..

bila bulan ramadan, rezeki anak-anak yatim dan miskin serta penghuni rumah-rumah orang tua islam murah betul..
ada sahaja syarikat dan orang persendirian yang nak sponsor berbuka puasa..
nanti dekat nak raya ada pula yangsponsor barang-barang keperluan raya..
tak kurang pula tu, dapat beramah mesra makan semeja ngan artis-artis negara..

tetapi..
lepas ramadan dan syawal
kenapa dah tak de perkara seumpama..
kenapa tunggu ramadan je?
rejab?
syaban?
rabiul awal?

bulan-bulan yang lain kenapa tak de yang bermurah hati nak sponsor diorang ni?
terutama hujung tahun, untuk persiapan sekolah, beli buku-buku sekolah,baju sekolah
terutama bila dekat dengan peperiksaan utama
kenapa takde yang nak sponsor tuisyen dan buku-buku rujukan?

yang tu lagiiiiiiiii penting
buat menjamin masa depan diorang
bila berjaya, dapat ubah nasib keluarga
dapat turunkan peratus rakyat miskin di negara..

memang la ramadan ni bulan mulia
pahala berlipat ganda
tapi amalan baik macam tu harus diteruskan dan diamalkan sepanjang tahun..

sedarlah wahai penderma budiman
bukan sekadar promosi dan nama yang perlu korang cari
untuk menaikkan reputasi
tapi bila dan banyak rezeki
apa kata tiap2 bulan berkongsi..
semoga terus diberkati..

menu berbuka semalam dan hari ni



menu semalam berbuka puasa:
makan nasi berlaukkan
butter prawn
kailan ikan masin
telur dadar

kuih muih tak de sebab tak gi p.a.r.a.m
takut tak sempat nak masak
maklumlah..
sambil masak sambil tgk resepi

picas ada buat bukti tapi lupa bawak pulak cameranya
sahur semalam
laki bini minum air masak aisy jer
sebab tak jaga
tersedar dah pukul 540am dah

ina pulak semalam lepas buka puasa
terus makan ubat
so tidur kat depan tv
ntah bila naik atas tidur dalam bilik
ntah bila la si aisy tidur pun tak perasan jugak

hari ni
agak la sakit perut sebab
buka pose makan sikit je
sahur pun tak
ades...tak larat

nuzul ngan rumet tegur muka tak bermake up
memang tak make up pun
malas n tak larat

****

hari ni menu berbuka
mungkin nak masak daging berempah
sup wantan dumpling 
or mebe wantan goreng je
plan nak buat bubur lambuk
ngan puding laici
walla hua'lam..

azam ramadan: masak!!






bulan baik ni
ina ada satu azam

azam ramadan kali ni
nak memasak main dish untuk berbuka dan bersahur
semoga tercapai hendaknya..
sebulan tempoh masa 
nak berbakti pada suami 
dengan sepenuh jiwa dan raga
ceeewah..

tengok lah macam mana
akan dihapdet perkembangannya..
sebagai bukti mesti la kena ada gambar-gambar sepatutnya
akan disnap setiap hasil air tangan ina
jenuh la..blog ni bakal jadi blog makanan gamaknya

doakan semoga azam ina ni terlaksana
yea..

jangan makan kurma

Ramadan = super berani


bila bulan ramadan
diri yang penakut ni
tiba-tiba jadi berani
bangun seawal 5 pagi
solat tahajud dan berqiamulail
siapkan sahur 
tanpa perlu ditemani suami
sungguh kagum dengan keberanian diri
di bulan Ramadan penuh suci
^_^

****

lepas ramadan
keberanian itu 
entah ke mana hilangnya pergi
hehehe..

Ramadan checklist


Ina rasa checlist yang akan ina kongsikan ini sangat bermanfaat untuk kita guna sebagai rujukan bagi menyambut ramadan dan memanfaatkan bulan suci ini secara optimum.

Semoga ianya memberi satu lembaran baru bagi tahun ini dalam menyambut kehadiran ramadan yang sentiasa dirindui..amin..

*click @ link below:

instagram adlinahomemadescrub


up