Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

candy buffet trend majlis perkahwinan

kalau ke majlis hari jadi, orang kawen, berendoi, cukur jambul, akikah
semua ada dessert buffet 
candy buffet
atau namakan apa jer
janji ada station khas yang diletakkan pelbagai manisan mulut 
dan
yang paling penting dihias mengikut tema majlis itu sendiri

gambar-gambar ni ina ambil dari internet
kongsikan idea cara nak hias candy buffet 















 kalau nak lagi senang contact
 The Pastelicious Party
016-461.4667 
sms/whatsapp/line/viber

untuk dapatkan quotation bagi tempahan 
candy buffet
 personalised vip table
photo booth 
 meja santapan beradap 
pelamin akikah 
 buaian berendoi 


job pertama The Pastelicious Party ialah menghias jamuan raya di 
Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri 
dengan tema Elegant Blue

dan alhamdulillah
rata-rata feedback yang diterima sangat positif dan membina

insya allah lepas dapat gambar dari photographer
ina akan upload kat sini

(^_^)




fenomena buttonmybuttons dan tudung aidijuma

butik buttonmybuttons mencetus fenomena baru dalam dunia fesyen di Malaysia
perekanya memberi nafas baru di dalam penerapan penggayaan baju kurung moden yang mempunyai elemen vintage dan semestinya 'bow' yang menjadi 'signature' rekaannya

ina tidak ketinggalan untuk mencuba baju rekaan pemilik buttonmybuttons ini 
namun kerana harganya yang agak tinggi bagi ina, cukup sekadar sepasang baju kurung moden buttonmybuttons menjadi penyeri aidilfitri 2012 yang baru sahaja beralu


perekanya menegaskan bahawa sepasang baju kurung ini boleh digayakan dengan pelbagai cara
paling mudah, kain mahupun baju kurung tersebut boleh digayakan semula dengan padanan pakaian yang lain

tudung aidijuma juga menjadi pilihan ina
kombinasi di antara inner dan outer bawal mencipta gaya baru dalam penggayaan tudung bawal pada masa kini
terima kasih kepada datin juma kerana mencetuskan kembali fenomena pemakaian bawal dengan nafas baru


bersama mr husaini, my roomate aka housemate aka friend aka husband aka everything
aisy tahun 2012 mempunyai perangai baru
tidak gemar bergambar
tidak gemar berjumpa ramai orang
mahupun menerima pemberian duit raya
namun pabila berkongsi cerita dgn deq nadia yang anaknya juga sebaya, ternyata itu 'fenomena' yang turut melanda anaknya tahun ini hehehe

lagi gambar raya 2012 untuk diabadikan di dalam blog yang sudah lama tidak ina kunjungi walau pun bertambah follower dari hari ke hari
terima kasih atas kunjungan saudara saudari ke mari ^_^







Dayusnya kau wahai suami



SUAMI YANG DAYUS

Semakin memuncaknya kemajuan dunia, semakin meningkatlah jumlah manusia yang terlibat dalam kancah kemaksiatan. Rata-rata manusia hari ini berlumba-lumba mengejar  kemewahan materialistik, pangkat dan nama. Bagi mereka itulah tiket kebahagiaan dan kepuasan hidup. Tidak peliklah bila si isteri sama-sama berganding bahu dengan suami di luar rumah. Secara automitik melibatkan diri dengan dunia sosial yang terpaksa  lincah ke sana ke mari.

Ada setengah suami yang bangga bila isterinya aktif berkecimpung di dalam berbagai pertubuhan luar, alasannya untuk menambahkan amal jariah. Apa yang sedih, perlaksanaannya berlawanan dengan syariat dan bercampur aduk pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram.
Kadang-kadang, untuk menenangkan fikiran dan menyihatkan badan, mereka sanggup meluangkan masa keluar bermain tennis atau berjogging suami isteri. 

Bertukar-tukar pasangan merupakan suatu perkara yang lumrah bagi mereka. Isteri si A dengan suami si B, suami si B dengan isteri si A dalam satu gelanggang. Hinanya mereka ini kerana langsung tidak ada perasaan cemburu, lebih menyedihkan lagi bila aurat terdedah sesama sendiri. Ada juga suami yang bangga bila isterinya dapat berkenalan atau berdamping rapat dengan orang-orang ternama.

Sayang seribu kali sayang. Dayuslah seorang suami yang bersifat begini. Kemanakah dicampakkan sifat "gentleman" yang Allah s.w.t. kurniakan itu? Isteri bukannya barang dagangan yang boleh diperagakan ke sana sini. Sekiranya pasangan suami isteri itu hadir di dalam sesuatu majlis kemudian dibiarkan isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain, tunggulah! Ancaman dan balasan dari Allah s.w.t amat pedih sekali. Adalah mereka itu di dalam laknat Allah Taala, Rasul dan malaikat-Nya sehingga dia kembali ke rumah. Sebuah peringatan dari Rasulullah s.a.wbemaksud:

"Barangsiapa memenuhi akan matanya dengan memandang yang haram nescaya memenuhi Allah Taala akan matanya itu daripada bara api neraka."

Sebenarnya seorang isteri itu tidak ada masa hendak berhibur hati mencari ketenangan dengan mengadakan persatuan itu dan ini yang belum tentu terjamin berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Lainlah, isteri pergi ke majlis kuliah-kuliah fardhu ain, majlis tahlil atau hal-hal bersangkutan dengan rumahtangga di mana boleh menambahkan keimanan dan kecintaan kita terhadap Allah s.w.t, Rasul dan keluarga. Berazam mendidik anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah. Rasulullah s.a.w. berbangga dengan umat wanitanya yang taat kepada suami mereka. 

Allah s.w.t suka kepada tiga perkara iaitu:
1. Mata yang menangis kerana Allah s.w.t.. 
2. Orang yang berjaga malam kerana berjihad kepada Allah s.w.t.
3. Isteri-isteri yang solehah.

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang bermaksud:
"Telah meminta ampun bagi segala perempuan yang mengikut perintah suaminya oleh segala burung yang terbang di udara dan ikan di air dan segala malaikat yang di langit dan matahari dan bulan selama perempuan itu di dalam keredhaan suami."

Dapatlah kita fahami bahawa sekelian makhluk di dunia ini sentiasa bertasbih dan berdoa supaya isteri-isteri yang mentaati suami itu menjadi wanita yang solehah bakal penghuni syurga-syurga. Imam Ghazali r.a ada berkata:
"Apabila keluar segala perempuan maka sayugia dia memejamkan matanya dari melihat akan sekelian lelaki ajnabi."

Maksud memejamkan mata di sini ialah menundukkan pandangan dari melihat lelaki yang bukan muhram. Bukannya meliarkan mata memandang ke sana sini biarpun telah memakai purdah. Tanpa disedari kita telah mengenali mereka, serba sedikit apa yang tidak kena  pada mereka juga diketahui contohnya, "Mulut si fulan ini lebarlah, badan si fulan ni gemuklah, hidungnya pesetlah dan macam-macam lagi," tanpa disedari kita telah mengumpat mereka.

Bagi suami hendaklah pastikan supaya anak isterinya terhindar dari perangai di atas. Zina mata boleh membawa kepada zina hati. Berdosa besarlah jika suami membiarkan ahli keluarganya bersikap demikian. Allah s.w.t akan mengharamkan mereka dari mencium bau syurga.

Telah diceritakan oleh perawi hadis, Imam Ahmad dan Nasai dan hakim daripada Ibnu Umar,
 "Ada tiga orang yang telah Allah s.w.t haramkan dari memasuki syurga iaitu:

1. Orang yang mengekali minum arak. 
Ada diceritakan, bagi umat Islam jika ia meminum walau seteguk sekalipun arak tersebut, maka akan pecah berkecailah kalimah tauhid yang tertulis di dahinya. Zahirnya memanglah kita tidak nampak, tapi itulah keistimewaan yang Allah s.w.t. berikan kepada umat Islam.
Sebuah kalimah tauhid yang meng-Esakan-Nya. Sebuah tempat yang mulia, tempat kita sujud syukur ke hadrat Ilahi demi membuktikan bahawa kita ini insan yang serba lemah dan dhaif.

2. Orang yang menderhakai ibu bapa 
Ada diceritakan juga, pada malam Lailatul Qadar terdapat empat perkara yang boleh menyebabkan terhijabnya doa seseorang di malam tersebut bila ada padanya:
A- Orang yang derhaka dengan ibu bapanya.
B- Orang yang meminum arak
C- Dua orang yang tidak bertegur sapa antara satu sama lain selama 3 hari.
D- Orang yang memutuskan silaturahim

Cuba kita kaji dan teliti ke empat-empat perkara di atas, jika ada salah satu yang berkait dengan diri kita maka berusahalah untuk terus memperbaiki diri. Mungkin tiga perkara itu dapat kita atasi tapi bagaimana pula pertautan hati dengan ibu bapa kita selama ini? Tidak ada gunanya kita bertungkus lumus mengerjakan amal ibadah yang lain yang dirasakan sewajarnya mendapat balasan dari Allah s.w.t, sedangkan hati ibu bapa kita dilukai. Kita biarkan hidup mereka melata tidak berhaluan atau kita menjadi tuan kepada mereka.

Terhijabnya segala doa dan amal kebajikan kita selagi kita menderhakai mereka. Tidak hairanlah kita menjadi seorang yang keras hati, angkuh dan ego dengan apa yang kita perolehi. Jangan bangga dapat menawan hati-hati manusia lain dengan apa yang kita lakukan atau apa yang kita perkatakan tapi kita perbudak-budakkan emak ayah kita. Selagi perintahnya tidak bercanggah dengan syariat, kita kenalah taat dan berlemah-lembut serta berhikmah dalam mengatur sesuatu tindakan jika ada yang tidak kena pada hati mereka. Yakinlah bila kita berakhlak dengan mereka segala apa yang kita laksanakan semuanya mendapat rahmat dan bantuan Allah s.w.t.. Anak yang soleh itu ialah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah bondanya. 

3. Suami yang dayus.
Membiarkan ahli keluarganya melakukan zina. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, "Suami yang membiarkan isterinya dengan lelaki lain."
Setengahnya pula menyifatkan begini:
"Orang yang membeli jariah (hamba) yang pandai menyanyi untuk menghiburkan orang lain."
Maka tersuratlah di depan pintu syurga yang bermaksud:
"Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus."

Tersebut di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:
"Barangsiapa berbuat zina dengan perempuan yang ada suaminya nescaya adalah dosanya di atas lelaki dan perempuan di dalam kubur itu sangat azab."

Maka apabila datangnya hari kiamat nescaya menghukum Allah s.w.t akan si suami terlebih dahulu dalam segala hal kebajikan berbanding lelaki yang kemudian itu. Bermula hukum yang demikian itu apabila zina isterinya itu dengan tidak tahunya. Maka jika mengetahuinya dan dia berdiam diri nescaya Allah s.w.t mengharamkannya dengan tersurat di atas pintu syurga, yang bermaksud:

"Engkau haram yakni masuk atas segala orang yang mengatahui akan kejahatan zina pada ahlinya dan dia diam serta tiada rasa cemburu."

Akhir kata, wahai para suami, jagailah ahli keluargamu supaya sejahtera selalu di dalam iman dan didikan Islam yang sejati sebab orang yang pertama akan dipersoalkan di akhirat kelak ialah suami yang menjadi teraju di dalam rumahtangga. Wahai isteri-isteri yang budiman, bantulah perjuangan suamimu di dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar. 

source: internet


*ampunilah aku ya rabbi..peringatan buat ku sebagai isteri*

Dapat pahala free jer


POLIGAMI MENURUT CARA RASULLULLAH S.A.W.

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita  serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya. 

Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda s.a.w. romantik kepada kesemua  isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri Baginda s.a.w. berkumpul dihadapan Baginda s.a.w. lalu bertanya "Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) yang paling disayangi". Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian." 

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri Baginda s.a.w. sebentuk cincin. Baginda s.a.w. berpesan  supaya tidak memberitahu kepada isteri -isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah s.a.w., lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri Baginda s.a.w. tersenyum puas kerana  menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa  diri mereka tidak terasing. 

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat  suasana romantik ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan  keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. 

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. 

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.


source: internet




*kan dapat pahala free je..best lak tu..*




Isteri dara kembali??




jom isteri-isteri amalkan petua ni..agar dara kembali ^_^



ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.


*thanks to jiran sebelah yg tlg tag kan i*

Petua Menawan Hati Pasangan by Dr. Fadzilah Kamsah

Ina just browsed thru his website fadzilahkamsah.com and found this article. Hope it will benefit us..amin..


Petua Menawan Hati Pasangan:


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.






tips menggoda suami

panduan berguna buat semua isteri di dunia ^_^


dipetik daripada email 
tajuk asalnya ialah tips menggoda suami 40an tapi apa salahnya kalau suami 20an digoda ihihi


ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

  • Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!


  • Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.


  • Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"


  • Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

DENDAM ANAK MENANTU DAN IBU MERTUA. (18SG)


Ibu, Anak Dan Menantu 
Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang
paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama
di kantin, di dalam kelas mahupun waktu belajar di luar kelas…

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran
di sebuah U swasta yg terletak di  sekitar kuala lumpur
mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi………
tetapi dalam setiap percintaan  mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya
untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kepada Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar
dengan seorang  lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu daripada
jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman
& mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu……..dengan niat utk memisahkan  mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan
meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan
percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang
kuat untuk Razman.

Setelah  setahun berlalu mereka pun di ijab qabul 
 Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman…….tapi malangtelah menimpa mereka……

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan
ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu
menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit
muka nya  tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan……

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu
membuak-buak. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya……
tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi
cacat seumur hidup.

Razman bertemu dengan
doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya.Razman juga telah memohon agar doktor berjanji tidak akanmenceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu
gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka
anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam.
Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan
yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya.
Doktor terdiam seketika lalu menjawab……penderma tersebut menyuruh
saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur
dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka
anaknya berkali-kali.

…………………….
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah
mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri
kesayangannya. 

Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah
(ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalahkulit punggung menantunya yang dibenci.Macamana erkkk reaksi ibu mertua dia…
x elok berdendam….x baik untuk kesihatan….ekekeke


*kredit to bardbahtiar*

instagram adlinahomemadescrub


up