POLIGAMI MENURUT CARA RASULLULLAH S.A.W.
Kisah-kisah rumahtangga,
sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan
pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita
bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK RASULULLAH
SAW bersama isterinya.
Rasulullah
s.a.w adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan
sistem Poligami. Baginda s.a.w. romantik
kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari
isteri-isteri Baginda s.a.w. berkumpul
dihadapan Baginda s.a.w. lalu
bertanya "Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) yang paling
disayangi". Rasulullah s.a.w hanya
tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan
itu, Rasulullah s.a.w. telah
memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri Baginda s.a.w. sebentuk cincin. Baginda s.a.w. berpesan supaya tidak memberitahu
kepada isteri -isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan
bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah s.a.w.,
lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin
kepadanya". Isteri-isteri Baginda s.a.w. tersenyum
puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan
merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan
lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri
berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari
mereka".
Rasulullah s.a.w. selalu
berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku
isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian)
untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit
kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar
dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.
Pada suami-suami yang budiman
selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap
saat begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi
menghapuskan segala dosa-dosa.
source: internet
*kan dapat pahala free je..best lak tu..*
|
0 comments:
Post a Comment