aku buat report polis!!


Al kisahnya smlm pergi balai polis wat laporan tentang seorang warga asing yang kahwin dgn warganegara kita.

Dipendekkan cerita dia  ni tak nak bini pertama dia (org asing jugak) utk bagi gambar muka penuh saiz passport kpd jabatan imigresen untuk proses pas.

Selamba dia je kata Malaysia ni guna undang2 setan..pastu tuduh pegawai-pegawai tak ikut islam sebenar. Giler btui..dok menjerit-jerit kat kaunter tu lagi.

Yang paling ina geram dia kata ina murtad sbb tak ikut ajaran islam!suka2 dia je kata macam tu..igt ko pakai purdah tu ko dah alim sgt la..dah la busuk nak mampoih,pengotor sangat, islam apa mcm tu. Eee memang sakit hati btui..kebetulan ina ada kat imigresen sebab bertugas update data PATI..

Orang tu pernah datang kdn mintak permit masuk(ic  yang warna merah tu)..tapi tak layak n wat hal macam2..passport dia pun dia tak leh nak renew sebab katanya kalau balik Negara dia nanti kena tembak..so dapat pas residen je lah..unit ina la yang proses2 pas dia tu..then dah dapat kelulusan hantar le ke imigresen..

Boleh je bini dia yang warganegara kita tu main cakap kat pegawai imigresen tu yg kdn bagi kebenaran utk madu dia guna gambar yang buka setakat hidung saja..mulut,dagu semua tutup..nampak sekerat je..ini boleh menipu dan menggugat keselamatan Negara kita.orang imigresen terus la tanya ina  kenapa bagi kebenaran n melanggar prosidur??(dah ina yg proses paper pas residen tu utk menteri).Mana ada ina bagi apa2 pun..sesuka dia je jual nama.seb bek ina ada kat sana. 

Dia mengamuk2 pastu dia tarik and tolak baby dia..pastu turun bawah dia paksa bini warganegara kita tu buang baby tu..dalam rakaman video, ina nampak dia cakap “throw baby..throw baby”..bini warganegara kita tu selamba dek dia je letak baby tu atas lantai panas2 kat muka pintu imigresen putrajaya ni..ish memang nak kena hempuk. 

Sekuriti suruh angkat tapi dia wat dekkk je sampai le ada pegawai ugut nak panggil Jabatan kebajikan masyarakat, baru dia angkat baby tu..shian baby tu..baru 5 bulan kut..comel sangat..bagi ina pun tak pe..
Lepas diorang dipaksa balik sebab dok terjerit-jerit maki hamun law kita, pegawai imigrsen dating ambik statement ina. Then ina dinasihatkan buat laporan polis..sampai ke petang jugak lah citer dia..

Datang opis hari ni pun kena bagi laporan sekali dengan salinan report polis tu kat dato’ sub..6 copy kau..mebe tuk bawak masuk meeting bos beso.

So siap la ko, bagi betis nak paha..dah bagi kebenaran hidup kat Malaysia ni dok buat kurang ajar lagi dengan undang-undang dan peraturan kita. Selamba dia je kata kita pakai law setan.,berambus la dari Malaysia ni…Negara ni aman damai dan kami tak nak share dengan orang yang mcm ni..patut la negara2 kat arab sana tu asyik berbalah..berperang dan bergaduh ni memang diorang suka..keluarga ni rasa tindakan tu betul dan tak tahu nak berdiplomasi menghormati kedaulatan Negara lain.

*KORANG PAHAM KE TAK EH…TAKPE..JANJI AKU LEGA SEBAB DAPAT LUAHKAN MARAH AKU PADA PEREMPUAN WARGANEGARA KITA TU YANG TURUT SAMA BERSUBAHAT DALAM USAHA MENGKHIANATI UNDANG2 DAN PERATURAN DI NEGARA KITA*

*KESANNYA JIKA KITA BAGI KELONGGARAN KEPADA ORANG2 MACAM NI IALAH NANTI DIA AKAN BGTAU PUAK2 ANAK BERANAK KAT NEGARA ASAL DIA TU SURUH RAMAI2 DATANG MALAYSIA. WAT GILA KAT IMIGRESEN DAN KDN TERUS DAPAT PAS UTK MENETAP DI MALAYSIA TANPA PERLU IKUT PERATURAN YANG NEGARA KITA GARISKAN*


9 comments:

dgurlinred said...

yuhuuuuuuuuu.. kasi sekeh ja kepala dia.. ha ha ha.. kalau x berani mai sini bg kami tollong sekehkan.. :)

AIN NAZRI said...

kalau aku... x hengin aku x bagi PAS residen kat malaysia ni.. jahanam makhluk mcm dia tu.. kawen ngan warganegara asing tu dah ler.. lagi nak buat hal.. huh.. klu aku kat tempat ko.. aku rembat baby dia campak kat JKM.. xpon aku dah sepuk pompuan tuh..
*xde tatacara sungguh aku ni.. tu sbb tak leh keje gomen front line nie.. hahaha*

Nur Hawa Mohd Zin said...

uit...nape sampai camtu sekali....dahsyat!

Ena said...

MasyaAllah.. sampai gitu sekali ye..

Sabar banyak2 ye..

Unknown said...

@dgurlinred >> yuhuuuuuu i wish i could sekeh him but he's wayyy bigger then me hehehe

Unknown said...

@ain nazri >> aku dah memang lama aim baby dia yg comel n cerdik tu..nak aje aku panjangkan ke JKM..dah macam mendera tu..nanti aku pk kan ^_^

Unknown said...

@nur hawa >> mcm tu la dik bila keja kita berkisar dengan keselamatan negara..tersepit kat tengah2..

Unknown said...

@ena >> hehe memang tercabar jugak kesabaran ina semasa berhadapan dengan dia tapi dah nama keja gomen, ada tatacara..ada peraturan dan akta yang perlu diikut..jgn kerana amarah nanti kena dakwa mencemari perkhidmatan awam pulak..haruuuu

Umie said...

oo..ini ruper ceritanya...umie baru jer baca hari ni lepas tgk n3 selepas ni..sabaq na...

instagram adlinahomemadescrub


up