hangat pegangan tanganmu






aisy, detik ina bersejarah buat mommy dan daddy..
seawal jam 7am 6.5.2009 (sehari selepas birthday mommy) mommy dah siap
kerana mommy nak ke hospital, merelakan diri dibedah bagi melahirkanmu kedunia ini

tahukah aisy, betapa berdebarnya mommy
semakin dekat tarikh tersebut semakin mommy risau
tipulah kalau mommy kata mommy tak takut
merelakan diri diratah pisau yang tajam
7 lapis kulit perut mommy dikelar-kelar
bagi mengeluarkan aisy
malam sebelumnya mommy dah start berpuasa
langsung mommy tak boleh tidur
antara takut dan bahagia
mommy berdoa..
sekiranya ajal mommy di atas katil bedah itu
mommy mohon diberi kesempatan menatap wajah anak mommy yang dikandung cukup 36 minggu

gambar di atas tu gambar tangan daddy aisy
pagi tu daddy langsung tidak bersuara
mommy tahu debarannya sama seperti mana yang mommy rasakan
namun dalam gundah gulana itu
mommy bahagia
kerana genggaman erat tangan daddy
menerbitkan kekuatan buat mommy
untuk bertarung dan bertahan
bagi melahirkan zuriat penyambung kasih kami

aisy hafiy bin ahmad husaini
lahirnya awak secara cesarean
hanya 2.2kg
kecil sekali..
namun kini
mommy tak sabar menanti
bulan 5 tahun ini kita bakal berkongsi 
majlis hari jadi yang akan dirai
oleh kita berdua nanti
^_^


2 comments:

Qaseh Suhaida said...

Aisy lahir sama bulan dgn myhero. anak sy 1hb 5 kebetulan sama dgn hari jadi nenek dia(mak saya)

AIN NAZRI said...

sedey lak baca entry ko.. pengorbanan mak kan.. huhuhu.. serius terasa n terkesan di hati.. melahirkan seorg anak..

instagram adlinahomemadescrub


up