kesilapan dalam didik anak

BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

(Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998 )
(Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa)

Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada
kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :

Harta benda dan anak- anak kamu hanyalah menjadi uj ian dan di sisi ALLAH ada pahala
yang besar. ”
(Al- Quran Surah At - Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai
ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW
diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah
orang yang t idak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW ber kata : “Orang yang mandul itu ialah
orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan
kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
(Maksud Al-Hadit h )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib
(didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira
perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa
marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical),
rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan
Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suat u har i Rasulullah SAW mencium Al-Hassan at au Al-Hussien bin Ali r .a.
Ket ika it u Aqr a’ bin Habis At -Tamimiy sedang ber ada di r umah baginda. Ber kat a
Aqr a’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh or ang anak, t et api aku belum per nah
mencium seor ang pun dar i mer eka.” Rasulullah melihat kepada Aqr a’ kemudian
ber kat a : “Siapa yang t idak mengasihi t idak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadit h Riwayat Bukhar i dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau
berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anakanak
terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam,
makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab
salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh
anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anakanak
rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke
dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,
kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih
membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana
kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk
mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan
anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha
memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.




*ina dapat daripada fb kawan ina, k'own..


komen ina:


Yang no 7 tu memang kena berubah dah rasanya bila anak makin besar ni..takde dah mommy nak seksi2 kat umah hihih

2 comments:

Pida said...

Perkongsian yang bagus. Cabaran ibu bapa sekarang ialah menyekat pengaruh tv. Kdg2 takut nak bukak tv sebab mcm2 dialog kesat yg kita dengar kan? ;)

Unknown said...

thanks pida for your sincere komen ^_^

instagram adlinahomemadescrub


up