picasa web album

tadi check status album dalam picasa web album
every time kit upload gambar dalam blog, automatik akan appear dalam picasa
so bila tengok pada storage dan 62% penggunaannya

ina ada 3 blog, familysempoi, manjadiri home beauty salun dan hijabparlour
sebab tu storage ina almost full

buat masa ni ina dah delete banyak picas dalam tu
kebanyakkannya gambar2 yg tak berkaitan ngan aisy
so lepas ni kalau buka entry2 lama ina n entry tersebut takde gambar
jgn terkezut lak ye..memang dah delete picas2 tu..

tengah cari solution nak tambah storage
katanya add another author
lepas ni nak try and let see the result

tepon free


http://www.emocutez.com
tepon tu FREE je hokey!!
touch screen lagi
kat iklan maxis tu ada maklumat lanjut


Kepada Boyfriend anak aku..

Kepada Boyfriend anak aku, 
Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa. 
Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.. 
Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa bedating ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.
 Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?
 Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal!
 Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.
 Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.
 Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.
 Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.
 Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
Sekian.

Yg ditakuti,
Bapak Kepada Gf ko 

link tak pandai nak tipu

Dear Valued Customer,

Maybank security systems detected a serious (PR2) security problem in maybank server and Currently been updated. Your account must be updated for accept a new maybank interface.and will be stricted due to several invalid login attempts from an unauthorized third-party. Your immediate attention is required to Update your account. Please be informed that your account will be temporarily closed if not update now..

Update with Below link

http://www.bajukurung.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.html?action=Login

###

hahaha sah sah la bengong penghantar email ni
nampak sangat la menipu link tu

come on la..nak menipu pun bagi la pandai sket

teringat zaman belajaq kat u dulu
nak copy paste artikel dalam internet pun ubah le apa yang patut kan
takkan la nak hantaq kat lecturer sebijik apa yg ko paste tu

takkan laa lecturer ko tak pandai nak menilai bahasa inggeris ko tu
tetiba je ayat english ko hebat kebabommm
sedangkan nak cakap pun tersedak-sedak

eh mende neh..back to topik!

http://www.emocutez.com

favorite buddy


aisy suka sangat his "red buddy"
given by his former nanny, kak jiji 
that buddy generously imported from putatan,sabah
thanks jiji, ina takkan lupakan jasa baik jiji menjaga aisy sejak dari pantang dengan baik dan penuh kasih sayang
 even sampai sekarang pun jiji masih bertanya khabar dan rindukan aisy ^_^



this is his evergreen buddy
he loves his daddy so much
they'r so clicked

whenever daddy's around, mommy can spend her sweet time alone
aisy wont bother mommy as long as mommy dun get near his daddy
aiyooo mommy jeles tau!!

nak tido daddy
nak makan pun daddy
nangis pun ngan daddy

basuh uk uk mommy! hehe

http://www.emocutez.com


see!!
peluk daddy tak hengat

http://www.emocutez.com




sedey!! aku sangat sedeyyyyyyyyyyyyyy



tak tau p mana link yang kawan2 tinggalkan kat blog ina tu
ina tatau hilang p manaaaa
dan tatau macam mana nak dapatkan semula semua link tu kembali


ada banyak dah link2 tu
link2 tu laaa buat aku senang nak buat BW
tuk upkan traffic kengkawan yg datang menziarah


widget tu da lagi tapi link kawan2 yang submit tu dah hilang 
huawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

vokal sapa paling power?

antara depa ni sapa vokal power???

siti nurhaliza& kris dayanti, 
jacklyn victor, 
azlan the typewriter, 
black, 
faizal tahir 
dan rithan deja voo..

ina prefer black dan jacklyn..
*bukan sebab aku sama color ngan depa aku vote depa hokeeeyyy
hehe

ct ngan kris tu memang dah power tapi depa lama dah..

korang nak vote tak pilihan artis korang??
kalau nak, nampak iklan kat header board tu? 
klik situ naa

p/s: salah kah aku pomot depa tu haa?? nuffnanf marah dak kalau wat entry 'ikhlas' cenggini ??
=_=

hari ini..

hari ni blogwalking je semua orang
sambil-sambil wat keja yg bertimbun-timbun
tapi tetap rindu nak visit n curious nak baca citer korang ^_^


nanti lapang ku reply comment
ku update citer baru


btw, uols make my day
im so miserable today

gambar ngeri takde dalam newspaper


bila tengok berita n baca suratkhabar tentang kemalangan bas delima tu
takde la nampak ngeri sangat 
walaupun meragut banyak nyawa

tapi bila tengok dalam facebook
gambar penuh kemalangan tu astagfirullah..
teruk sangat

tak berani nak pos kat dalam blog ni
kalau korang nak tengok
clik :

Tragedi 101010 di KM224 - Photo From Mohd Safuan Bin Salahudin

cerita pasal bos

*entry ni menggunakan 'aku' sebab aku rasa lagi selesa nak bercerita, maaf atas kekasaran bahasa yer..dan ianya panjang,suatu luahan hatiku

sambil-sambil tu diselang seli ngan gambar jamuan raya kat opisku ^_^




aku dapat bos baru lagi..nak kata baru dapat sangat tu takde lah, since end of last month.dia baru habis PHD, so bos aku ni carry DR XXX..bestkan,tak semua orang mampu belajar sampai level tu.


dia ni dah due for gred m54, so aku agak dia tak lama pun ngan unit aku ni..lepas ni sure pindah ke post yg sesuai dengan pangkat dia..

dia bagi aku lain daripada yang lain,walau baru kenal tapi aku selesa kerja ngan dia dan ada beberapa perkara yang cuba aku adapt dalam hidup aku

1st yang buat aku kagum, anak dia 7 orang dan setiap anak dia menghafal al quran.maknanya anak-anak dia akan membantu dia di akhirat kelak dan memimpin dia dan isteri ke syurga, jaminan allah..


aku kagum..dengan cabaran dunia masa kini,dia dan isteri mampu mendidik anak-anaknya.yang pasti semuanya berjaya..berjaya dengan ilmu akhirat dan ilmu duniawi, insya allah..

masih muda dan berpangkat besar namun dia sangat wasatiah..senang sangat bekerja dengan dia. dia tak kisah kalau aku yang sekadar level bawahan ni nak advise sesuatu perkara. dia akan terima dengan terbuka dan appreciate setiap buah fikiran aku.

kalau nak jumpa, jarang sangat dia call aku..dia yang datang bilik aku, jumpa aku di meja serabut aku nih. kalau bos lain, just call and kita yang ketuk pintu bilik dia..


dia tak segan nak pinjam nota-nota cabuk aku buat reference dia..

kalau ada perkara yang ingin dibetulkan, dengan hati-hati dia minta aku pinda.pernah sekali tu dia minta maaf kat aku sebab terpaksa minta aku pinda banyak kali..bagi aku, biasalah tu, sebab ada lagi bos atasan yang akan meneliti setiap surat dan paper so pindaan tu common..but dia rasa segan kerana terpaksa menyusahkan aku..

aku juga berdoa supaya bila sampai masa aku di tahap dia, aku tetap down to earth dengan pegawai bawahan dan staf serta bekerja dengan amanah..


pangkat itu bukan perkara yang perlu dibanggakan kerana lagi tinggi jawatan kita, lagi besar tanggungjawab tersebut. apatah lagi apabila secara langsung keputusan kita dapat mengubah polisi dan dasar negara..banyak yang akan disoal di akhirat kelak..

aku berdoa semoga aku mampu mendidik aisy hafiy dan bakal adik-adiknya macam mana bos aku didik anak-anaknya..dan berharap sangat kalau bukan semua tapi at least ada seorang hafiz/hafizah daripada zuriatku..


k, ini bukan entry membodek sebab tidak mungkin dia dapat akses ke blog / fb aku

Restoran Terkenal Halal dan Tidak Halal

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM
by Idrus Hashim on Monday, October 4, 2010 at 11:29pm

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

1. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE .

Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Tips murah rezeki

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa
kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris
Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal,insyallah rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,STPM, IJAZAH dsb nya
tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.
Mari kita Cuba...Allahhuakhbar..

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah

korang minat DSLR?


hah hambek! 5 DSLR sekali hadap


tu dia punya skill!!! hebat


ish sekali kena ngap habeh citer


nak tengok anak bulan pun boleh nii


last but not least
hehehe..

*sumber: wickedreport


kalau dah namanya lelaki..(18??)





korang judge le sendiri ^_^
haha..


dah namanya 'rejeki'




byk lagi gambar camni,maleh haku nak letak byk2..
aisy dan daddy aisy, behave k
jaga mata tu yer



toksah la nak update blog semata-mata nak naik traffic

tertarik sungguh bila baca entry kak pnut ni

nak qoute sikit pendapat dia pasal update blog:
Cumanyaaaa apa saya boleh katakan, tulis la blog kalau rasa nak tulis, jangan stresskan diri nak kena update, nak kejar hits, nak kejar duit nuffnang. tapikan duit beb..duit, saper tak nak duit kan? duduk sesaja depan komputer, tulis-tulis blog, tetiba ada je duit masuk, semua pun nak kan? tapi untuk saya la.. duit tu nombor ke berapa entah, yang utama, saya buat blog pada tahun 2001, sebab saya lonely, keja duk dalam bilik sorang-sorang takde kawan.

sangat bagus entry dia tu
buat panduan pada blogger2 baru cam ina ni

jenguklah dia, baca entry2 ikhlas dia




world most photos ever


macam pernah tengok je gambar ni..
yang ni kan ke ada dalam default wallpaper untuk windows XP??
ina ingatkan gambar ni rekaan pelukis saja
tapi rupanya ia gambar betul

lokasi: Napa County, California, east of Sonoma Valley. 
photographer: Charles O’Rear, a resident of St. Helena in Napa County



gambar ni dapat #1 sebenarnya
pic seorang girl berumur 12 tahun dari Afganistan
serius cantik mata dia, takyah bazir nak beli contact lense kaler2 hee~


ishh seriau sungguh tengok gambar ni
gambar Agim Shala berumur 2 tahun, seorang pelarian Kosovar 
tangan yang menyambut dia tu ialah tangan grandparents dia di kem pelarian Kukes, Albania.
bayangkan kalau kena pagar berduri tu, adehhh


kesian sungguh gambar budak kecil tu,
gambar ni diambil di Sudan
dia tengah merangkak nak p ke tempat UN sediakan makanan yang lagi 1km jauhnya
nampak burung kat belakang tu? tengah tunggu je budak kecil tu mati sebab nak makan 

sapa pun tak tau kesudahan budak tu macam mana, sebab lepas photoghrapher tu, Si Kevin Carter snap, dia terus blah
tapi lepas 3 bulan gambar tu diambil, si kevin tu bunuh diri sebab depressed
adakah kerana disumpah oleh budak tu sebab tak tolong dia?? hehehe

***

ada lagi 6 gambar sebenarnya
tapi 4 nih je yang menarik perhatian ina
actually ada 1 lagi tapi macam tak berani je nak post kat sini
kalau korang nak tengok lagi, klik link ni: wickedreport






perut berangin dua tiga hari ni..
pakai girdle cam ok sikit
tapi nak pee punyalah seksa sebab susah nak buka
hadehh

beza blog lelaki dan perempuan


terfikir sejenak..kebanyakan blog berunsur kekeluargaan dipunyai wanita
adakah hanya perempuan yang rajin mengabadikan cerita keluarga dalam blog?
hanya perempuan aka ibu yang beriya-iya capturing progress anak-anak di dalam blog?
atau kerana ianya wanita, yang suka bercerita hal peribadi kepada umum??

atau adakah kerana lelaki aka suami aka ayah selesa memendamkannya di dalam kepala sahaja
atau merasakan aktiviti blogging ini membuang masa?
atau mereka rajin mencatat segala peristiwa istimewa di dalam diari??

membuat kesimpulan mengambil kira hasil bacaan dan pendapat peribadiku
wanita dilahirkan ringan mulutnya, suka bercerita
meluahkan rasa hati tatkala suka dan duka
dengan cara itu, wanita lebih gembira dan selesa
menjalani hari-hari dengan sempurna

dan lelaki bersifat lebih pendiam dan sukar meluahkan rasa hati 
apatah lagi perkara yang mungkin menggugat keegoannya
maka tentu sekali rate pesakit jantung dimonopoli oleh lelaki
erm balik nanti harus ku tanya pendapat suami ^_^

pemimpin tersungkur, huh ko memang biadap


huh aku takleh terima betul si azmin tu labelkan Tun Mahathir sebagai pemimpin tersungkur di Melbourne, AUS.
sangat biadap!
boleh pulak dia kata "itulah perkataan yang lunak utk didengar" 
hello lagu siti nurhaliza lunak kut..apa kejadahnya pemimpin tersungkur tu lunak

walau apa pun yang ko tak suka kat dia tapi jasa dia lah adanya Putrajaya, yang jadi kebanggaan kita di Malaysia ni..
tu tak kira pencapaian yang lain2 lagi..

owh come on YB, cuba ko sakit nanti orang labelkan ko macam tu pulak..apa ko rasa ha??

ahh korang baca artikel ni..then korang judge lah ikut pandangan korang sendiri..tak kuasa aku ngan ucapan calon timbalan presiden PKR tu yang tak berapa kerat hadir masa dia berucap 


convert pdf file to jpg

hari ni ina baru la rajin nak scan pic yang ambil masa 1day raya baru-baru ni
lepas scan guna printer kat rumah ni, filenya dalam format pdf

lepas godek-godek, terjumpa link how to convert pdf file to jpg
kalau tak convert so tak leh nak abadikan gambar tersebut dalam blog ina ni

so untuk convert file pdf tersebut ina buka web zamzar so kita boleh convert any file to any format
ini dia file gambar yang ina convert itu ^_^


  pic ni dah crop jadi half
orang tua-tua pesan jangan dok suka-suka hati nak pamer gambar penuh sebab takut org buat naya kat kita guna gambar kita

taktau nak percaya ke dak tapi as langkah berjaga-jaga..jgn derhaka apa org tua-tua kata hee~

walau period, aku tetap mengambil wudu'

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.




YA ALLAH...kerdilnya kami..
ampunkan dosa kami
YA RAHMAN..kasihilah kami yang menganiaya diri kami sendiri..







instagram adlinahomemadescrub


up