Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

tulisan aku lebih tajam dari maki hamunmu


hari ni di opis masih lagi berkisar tentang kes amukan warga asing kat imigresen tu
mesyuarat bos beso mengarahkan ina draft paper untuk menteri
ceritakan apa yang berlaku

meeting dgn imigresen dah set
tunggu nak bukak balik fail
siapkan paper seditil-ditilnya perangai makhluk yang tak tahu nak menghormati kedaulatan negara kita

nak duduk malaysia
tapi wish to against malaysian's law, rules and regulations
silap banyak la weyhhh
aku takkan sesekali berkompromi dengan orang sebegini

adat budaya kita tak mengajar kita menjerit-jerit maki hamun di khalayak ramai
kita biarkan je dia menyumpah seranah kita
menuduh kita murtad dan sebagainya
tapi dia lupa, 
pena lebih tajam dari kata-kata

aku buat report polis!!


Al kisahnya smlm pergi balai polis wat laporan tentang seorang warga asing yang kahwin dgn warganegara kita.

Dipendekkan cerita dia  ni tak nak bini pertama dia (org asing jugak) utk bagi gambar muka penuh saiz passport kpd jabatan imigresen untuk proses pas.

Selamba dia je kata Malaysia ni guna undang2 setan..pastu tuduh pegawai-pegawai tak ikut islam sebenar. Giler btui..dok menjerit-jerit kat kaunter tu lagi.

Yang paling ina geram dia kata ina murtad sbb tak ikut ajaran islam!suka2 dia je kata macam tu..igt ko pakai purdah tu ko dah alim sgt la..dah la busuk nak mampoih,pengotor sangat, islam apa mcm tu. Eee memang sakit hati btui..kebetulan ina ada kat imigresen sebab bertugas update data PATI..

Orang tu pernah datang kdn mintak permit masuk(ic  yang warna merah tu)..tapi tak layak n wat hal macam2..passport dia pun dia tak leh nak renew sebab katanya kalau balik Negara dia nanti kena tembak..so dapat pas residen je lah..unit ina la yang proses2 pas dia tu..then dah dapat kelulusan hantar le ke imigresen..

Boleh je bini dia yang warganegara kita tu main cakap kat pegawai imigresen tu yg kdn bagi kebenaran utk madu dia guna gambar yang buka setakat hidung saja..mulut,dagu semua tutup..nampak sekerat je..ini boleh menipu dan menggugat keselamatan Negara kita.orang imigresen terus la tanya ina  kenapa bagi kebenaran n melanggar prosidur??(dah ina yg proses paper pas residen tu utk menteri).Mana ada ina bagi apa2 pun..sesuka dia je jual nama.seb bek ina ada kat sana. 

Dia mengamuk2 pastu dia tarik and tolak baby dia..pastu turun bawah dia paksa bini warganegara kita tu buang baby tu..dalam rakaman video, ina nampak dia cakap “throw baby..throw baby”..bini warganegara kita tu selamba dek dia je letak baby tu atas lantai panas2 kat muka pintu imigresen putrajaya ni..ish memang nak kena hempuk. 

Sekuriti suruh angkat tapi dia wat dekkk je sampai le ada pegawai ugut nak panggil Jabatan kebajikan masyarakat, baru dia angkat baby tu..shian baby tu..baru 5 bulan kut..comel sangat..bagi ina pun tak pe..
Lepas diorang dipaksa balik sebab dok terjerit-jerit maki hamun law kita, pegawai imigrsen dating ambik statement ina. Then ina dinasihatkan buat laporan polis..sampai ke petang jugak lah citer dia..

Datang opis hari ni pun kena bagi laporan sekali dengan salinan report polis tu kat dato’ sub..6 copy kau..mebe tuk bawak masuk meeting bos beso.

So siap la ko, bagi betis nak paha..dah bagi kebenaran hidup kat Malaysia ni dok buat kurang ajar lagi dengan undang-undang dan peraturan kita. Selamba dia je kata kita pakai law setan.,berambus la dari Malaysia ni…Negara ni aman damai dan kami tak nak share dengan orang yang mcm ni..patut la negara2 kat arab sana tu asyik berbalah..berperang dan bergaduh ni memang diorang suka..keluarga ni rasa tindakan tu betul dan tak tahu nak berdiplomasi menghormati kedaulatan Negara lain.

*KORANG PAHAM KE TAK EH…TAKPE..JANJI AKU LEGA SEBAB DAPAT LUAHKAN MARAH AKU PADA PEREMPUAN WARGANEGARA KITA TU YANG TURUT SAMA BERSUBAHAT DALAM USAHA MENGKHIANATI UNDANG2 DAN PERATURAN DI NEGARA KITA*

*KESANNYA JIKA KITA BAGI KELONGGARAN KEPADA ORANG2 MACAM NI IALAH NANTI DIA AKAN BGTAU PUAK2 ANAK BERANAK KAT NEGARA ASAL DIA TU SURUH RAMAI2 DATANG MALAYSIA. WAT GILA KAT IMIGRESEN DAN KDN TERUS DAPAT PAS UTK MENETAP DI MALAYSIA TANPA PERLU IKUT PERATURAN YANG NEGARA KITA GARISKAN*


Akhirnya submitted jugak form SBPA


dah sain ke laling2 sekalian??
cheq baru je submit borang kat admin tadi..

gaji best..alhamdulillah..
tapi setiap pertambahan tu sama lah juga dengan pertambahan tugas..
banyak jawatan dijumudkan
 yang sedia ada jadi multi-tasking
tapi ptd memang dari azali kena multi tasking..8 core bidang tugas..
pencen 60 tahun..
moga panjang umurku tuk terus berkhidmat 
amin..


ni umum je..
tengok sendiri gaji terkini and match dengan tangga gaji yang terdekat..
ada yang naik banyak giler..
yang naik banyak tu, memang rezeki lah..
keja tetap keja..
syukur dengan apa yang ada

tapi yang susah hati
takut kedai2 ambik kesempatan
gaji baru tak dapat lagi
harga barang dah melambung tinggi..



confirm nangis!

surat dah dapat
confirm dah 29.11.10 ni kena daftar kat Intan Bukit Kiara
utk Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)

kursus lama sungguh..sampai 15.7.2011
paling ralat sebab tak dapat sambut birthday aisy yg ke-2 pada 06.05.2011
sedih tak dapat nak tengok pembesaran dia

kena tinggal umah, hujung minggu je boleh balik
tu pun tak confirm, bergantung kebenaran pihak Intan

tapi awal2 dah bagitau, lepas register 29/11 ni, 2 minggu aku tak leh balik
mesti parah laaa mak-mak kat dalam course tu nanti

rasanya mak-mak kut yg terdera emosinya..maklumlah wanita..
penuh dengan kelembutan dan halus perasaannya


***

aisy hafiy bin ahmad husaini
sepanjang ketiadaan mommy nanti, aisy duduk ngan daddy yer
behave yourself, sian daddy kena jaga aisy sorang2

aisy makan minum main mandi tido 
semua ngan daddy yer
jgn susahkan daddy..

mommy bukan sengaja tapi mommy terpaksa
tuntutan tugas mommy membuatkan kita terpaksa berjauhan
tapi percayalah sayang
berat hati mommy untuk berjauhan walau sesaat pun dari aisy
even pagi2 hantar aisy kat umah pengasuh pun mommy sedih jer

jangan cari mommy ye nak
jangan cari mommy kat dapur, mommy takde 
jangan ketuk pintu bilik air, mommy takde
jangan selak langsir, mommy memang takde 

weekend bila mommy dapat pelepasan
mommy balik jumpa aisy
mommy balik peluk aisy
mommy balik cium aisy

aisy boleh main kejar2 ngan mommy
boleh main blocks ngan mommy
boleh melukis ngan mommy
yang penting boleh tido atas lengan mommy

aisy hafiy bin ahmad husaini
awaklah pengarang jantung mommy
separuh jiwa mommy ada pada aisy
walau kita jauh, nanti malam kita video conference sama2
kita sembang sama-sama

tapi mommy isau
takut aisy nangis tgk mommy dalam screen
takut aisy cium screen tu
macam aisy cium mommy sekarang


***

sabarlah wahai hati
hati seorang ibu
yang penuh dengan keresahan dan gundah gulana
kerana terpaksa meninggalkan anak tercinta

namun hati,
kerana kerja kita kena turutkan jua
semoga di sana nanti
kau kuat dan tabah menghadapi perpisahan ini
dan semoga kesabaran itu diganti dengan kebaikan
buat suami dan anak yang ditinggalkan buat sementara waktu..
semoga allah merahmati,melindungi dan memberikan kesihatan yang baik buat mereka
sepanjang ketiadaan kita nanti..amin..

cerita pasal bos

*entry ni menggunakan 'aku' sebab aku rasa lagi selesa nak bercerita, maaf atas kekasaran bahasa yer..dan ianya panjang,suatu luahan hatiku

sambil-sambil tu diselang seli ngan gambar jamuan raya kat opisku ^_^




aku dapat bos baru lagi..nak kata baru dapat sangat tu takde lah, since end of last month.dia baru habis PHD, so bos aku ni carry DR XXX..bestkan,tak semua orang mampu belajar sampai level tu.


dia ni dah due for gred m54, so aku agak dia tak lama pun ngan unit aku ni..lepas ni sure pindah ke post yg sesuai dengan pangkat dia..

dia bagi aku lain daripada yang lain,walau baru kenal tapi aku selesa kerja ngan dia dan ada beberapa perkara yang cuba aku adapt dalam hidup aku

1st yang buat aku kagum, anak dia 7 orang dan setiap anak dia menghafal al quran.maknanya anak-anak dia akan membantu dia di akhirat kelak dan memimpin dia dan isteri ke syurga, jaminan allah..


aku kagum..dengan cabaran dunia masa kini,dia dan isteri mampu mendidik anak-anaknya.yang pasti semuanya berjaya..berjaya dengan ilmu akhirat dan ilmu duniawi, insya allah..

masih muda dan berpangkat besar namun dia sangat wasatiah..senang sangat bekerja dengan dia. dia tak kisah kalau aku yang sekadar level bawahan ni nak advise sesuatu perkara. dia akan terima dengan terbuka dan appreciate setiap buah fikiran aku.

kalau nak jumpa, jarang sangat dia call aku..dia yang datang bilik aku, jumpa aku di meja serabut aku nih. kalau bos lain, just call and kita yang ketuk pintu bilik dia..


dia tak segan nak pinjam nota-nota cabuk aku buat reference dia..

kalau ada perkara yang ingin dibetulkan, dengan hati-hati dia minta aku pinda.pernah sekali tu dia minta maaf kat aku sebab terpaksa minta aku pinda banyak kali..bagi aku, biasalah tu, sebab ada lagi bos atasan yang akan meneliti setiap surat dan paper so pindaan tu common..but dia rasa segan kerana terpaksa menyusahkan aku..

aku juga berdoa supaya bila sampai masa aku di tahap dia, aku tetap down to earth dengan pegawai bawahan dan staf serta bekerja dengan amanah..


pangkat itu bukan perkara yang perlu dibanggakan kerana lagi tinggi jawatan kita, lagi besar tanggungjawab tersebut. apatah lagi apabila secara langsung keputusan kita dapat mengubah polisi dan dasar negara..banyak yang akan disoal di akhirat kelak..

aku berdoa semoga aku mampu mendidik aisy hafiy dan bakal adik-adiknya macam mana bos aku didik anak-anaknya..dan berharap sangat kalau bukan semua tapi at least ada seorang hafiz/hafizah daripada zuriatku..


k, ini bukan entry membodek sebab tidak mungkin dia dapat akses ke blog / fb aku

PTD arwah norhashimah wahid

buat temanku
Almarhum Norhashimah Wahid
hari tu saya ingat lagi
awak nampak sugul
saya tanya kenapa
awak tak sanggup nak tinggalkan anak kecil awak
untuk ke kursus tersebut

saya nasihatkan awak
ambil lah cuti
enjoy hari-hari cuti tu
dengan anak kecil awak
dengan suami awak
sebab masa kursus nanti
susah awak nak balik
weekend pun belum tentu boleh jumpa keluarga awak

pagi tadi terdengar pengumuman
menyebut nama awak 
telah menemui ajal 
di sana

terkejut.sedih.marah.
semua berbaur rasa
tahlil di bahagian awak pagi tadi berlangsung
dalam keadaan sayu dan pilu

awak
saya sedih sangat
bila saya baca berita semalam
sampai begitu sekali layanan mereka ye

bersemadilah awak di sana
amanlah awak sehingga dibangkitkan semula
buat suami awak, tabahlah menghadapi kehilangannya
curahkanlah sepenuh kasih sayang
buat puteri tunggal kalian berdua
yang menjadi bukti kasih sayang
dan cinta yang tidak berbelah bagi
walau kalian kini
berbeda dimensi

al-fatihah untuk arwah..

****

gegirl, session ina seterusnya lepas diorang balik dari kursus DPA ni
dijangka bulan 10 nanti
takut sangat lepas jadi macam nih






hari ini hanya untuk awak

buat suami tersayang
hari ini khas untuk awak
hanya awak yang layak meraikannya
kerjaya awak patut dihargai
kerana menuntut pengorbanan yang tinggi
saya kagum dengan awak
peribadi dan personaliti awak
selayaknya sesuai menjadi pendidik

bukan sekerat hari awak bekerja
tapi dari pagi hingga lewat malam
tatkala saya dan anak dah lena dibuai mimpi
awak masih dengan LP
utk pengajaran esok hari
tak kira hujung minggu lagi 
terkadang timbul cemburu di hati
namun cuba kufahami
tuntutan pada hari ini
ternyata lebih mencabar dan menduga diri

selamat hari guru sayang
b bangga sangat dengan yang..

..........................................

mama, selamat hari guru juga untukmu
walau kini ma dah tak mengajar
lebih terarah mengajar pula guru-guru
tapi ma tetap layak meraikannya

masih teringat tatkala didenda
oleh ma 
kerana tak tahu menjawab soalan dalam kelas
tak kira anak sendiri
tetap dirotan dan didenda

terima kasih ma..kerana mendidik dan mengajar
di rumah dan di sekolah
walau pun dulu kukira ma garang
namun disebalik itu, ada senyuman terukir
melihat anak ma ini menangis hiba sedih didenda

selamat hari guru buat insan-insan yang amat kusayangi dalam hidup ini
jasa kalian dalam mendidik kami
menjadi insan berguna 
menjadi anak bangsa berilmu
amat dihargai
terima kasih
hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian wahai GURU..










tips - pegawai tadbir dan diplomatik (pac)

sekarang ni bila tengok keyword ada org cari pegawai tadbir dan diplomatik (PTD)
untuk sesiapa yang tidak tahu, ptd ni kerja ngan kerajaan..salah satu skim dalam perkhidmatan awam yang bermula dengan gred M41

sebelum ni ina pernah post tips macam mana nak pergi interview ptd
kali ni ina nak berkongsi tips untuk PAC

ringkasnya, untuk menjadiri ptd, kena pegi exam, dah lulus dipanggil pegi PAC kat mana-mana INTAN terdekat, dah lulus dipanggil untuk interview

berbalik kepada PAC..nak dibandingkan masa ina dulu dengan sekarang mungkin sedikit berbeza.. during my time, PAC selama 3 hari, sekarang ni 1 hari je kot..

yang ingin ina kongsikan ialah konsep pac tu dan beberapa pantang larang semasa di sana..my tips are applicable both for ladies and guys =D

1. dari segi pakaian:

# tidak perlu suite 3 piece ke apa ke..cukup dengan baju kurung dan kebaya bagi perempuan dan lelaki, kemeja dan seluar slack

# ingat, 1st impression sangat penting jadi warna pakaian / make up hendaklah sesuai..baju kalu dapat warna cerah dengan make up yang dikenakan minimal, sangat digalakkan..bagi lelaki pastikan uols cukur bersih yer..agak2 bibir hitam sebab rokok, cari la solution macam mana nak cerahkan sikit bibir tu.

sebut pasal rokok nih, diingatkan sekeras-kerasnya jangan cuba nak merokok semasa PAC atau pun bila dah balik bilik, memang markah kena potong nanti.

# untuk ladies yang free hair, make sure anda tidak blonde kan rambut anda yer..kalu nak warnakan pun, warna dengan kaler yg gelap2 jer..jangan lupa sanggulkan dalam sanggul net tu..

2. ingat, anda dinilai sebaik sahaja anda masuk ke dalam kawasan INTAN tu.

# kalau bawa kereta, masuk je INTAN, drive slowly k..hopefully korang tak bawa keeta yg korang modified sebatu org dah dengar bunyi enjin dia..tapi kalau memang keta sport, takpa lah..

# behave! kalau kat luar, ko lah yang paling gila2, ko lah paling sporting gelak kuat2..tapi masa ko pegi PAC ko lah yang paling alim baikkk sekali

ina bukan nak suruh jadi hipokrit, just behave, berpada-pada bawa diri sebab persoaliti adalah kunci utama untuk anda berjaya ke tahap seterusnya..

3. semasa penilaian secara formal

# iaitu semasa anda masuk ke kelas, ada penilai-penilai..sewaktu task diberikan, korang cuba lah perform sebaik mungkin yer..kalau diminta berbincang secara berkumpulan, bincang elok2 na..jangan gaduh2..jangan berbahas..kalau ada perbezaan pendapat, cater perbezaan tu dengan matang..keputusan akhir bukan matlamatnya, yang penting depa nak tgk kita ni cool ke tak..

dan paling penting jangan cuba nak conquer perbincangan tersebut..beri laluan kepada semua ahli kumpulan untuk menyuarakan pendapat masing-masing

# bila ada ucapan umum, ada public speaking..cuba bercakap berdasarkan point. contohnya: "pendapat saya yang pertama bla bla bla "

# bila berbahas ala parlimen, jangan bergaduh sama sekali macam parlimen dok bersidang la nih..be profesional dan lontarkan pendapat dengan bernas dan tepat tanpa provok pihak lawan.

minta izin laluan bercakap, bila pengerusi a.k.a speaker bagi laluan baru bercakap ye..

apa lagi yer..

petang mungkin ada sukan..
enjoy urself..jgn pressure sangat walau pun masing2 memang tertekan sangat sebab terpaksa bersaing sesama sendiri untuk jawatan ni..
kalau ada yg injured, tolong, jgn korang lagi lari jauh2 tinggalkan dia..even terpaksa jadi yang terakhir sebab tolong papah org sakit tu, tak pe babe..

erm..kalau ada apa2 lagi yang ina nak tambah, nanti ina tambah kat ruangan komen..kalau nak tanya apa2 tanya lah..tak kisah =D

eh ha..pasal masa

mesti sampai awal
mesti buat apa pun kena datang awal
awal 15 minit dari masa yang ditetapkan ye


bersiaran dari parlimen

gegirl semua..
hari ni ina kena bertugas di parlimen or spesifiknya di dewan rakyat
sangat sejuk
sangat ngantuk
sampai la sesi YB2 ni bergaduh
tengah rehat
tapi 230pm satgi mula balik
then sampai laaa 930pm
huhuhuh
nak ke pemandu datang ambik?
sian aisy
jgn risau ye anak..
even mummy lewat balik
daddy akan fetch aisy =D
thanks daddy..
sorry, mummy terpaksa balik lewat mlm ni ;(
baru la cerah biji mata nih

kenapa orang suka kerja kerajaan

source: emel
kaler ijau pendapat ina, kaler itam and oren tu copy dr emel

Kenapa ye ramai orang suka sangat kerja dengan goverment ini?
Walaupun gaji takde la banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Ramai orang suka kerja kerajaan mungkin kerana kelebihan - kelebihan ini:


1.Elaun perumahan
2.Cost of living allowance (COLA)
3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4. Kenaikan gaji setiap tahun >>
swasta pun naik gaji juga, ingat lagi masa keja ngan bank rimau dulu, yearly increment byk siot compare la neh hihi
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan >>
yang ni sapa ada KWSP boleh ambil duit kat akaun dua
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan >>
ngan bank rimau dulu cuti banyak lagi compare la ni
7. Cuti bersalin >> private pun ada
8. Pinjaman perumahan >>
rate bank pun la ni ada yang lagi murah
9. Caruman KWSP atau pencen >>
sapa kerja tak kira private or gemen mesti la ada menda neh
10. Bersara pada umur 58 tahun >> bank lama lagi kot
11. Peluang kenaikan pangkat >>
hehe i like..
12. Peluang melanjutkan pelajaran >>
private pun ada tapi tengok pada company juga lah
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa >>
same goes to no 12
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga >>
ish ni alasan tak boleh blah, tak tengok time hujung tahun or time nak buat bajet, siap ada yang tido kat opis tau..


Akan tetapi bukan mudah untuk memasuki sektor awam ini jika tidak tahu selok belok melepasi temuduganya.


Ina ingat lagi, ina ambil exam PTD lepas grad dulu (2006)
Exam dari pagi sampai petang, last paper essay BI dan BM
Rasa macam susahnya..rasa penat sangat otak hari tu berfikir
Tapi alhamdulillah pas dan boleh teruskan ke stage seterusnya..

Ada tak sesiapa yang pergi exam SPA bebaru ni?
Hopefully tak susah sangat dan boleh lepas untuk ke tahap seterusnya =D

.

.

.
Ina rasa la ni kerja ngan kerajaan mencabar tau..especially kerja kat MOF ni, melibatkan hal kewangan negara..tepuk tanya dada selera..
keja kat mana pun tak pa, yang penting keikhlasan dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan..

Interview PTD

Lama dah tak update..sibuk nak makeover blog tp tak pandai2 lagi sebenarnya..
Anyway entry kali ni for those yg akan pegi interview PTD soon.. to KakLong, hope this entry might help you :)


Dressing:

Dress to impress hiks..Takyah la mcm nak gi kenduri kawen kan.. cantik dan kemas dalam kebaya, high heel bertutup tp jgn tinggi sgt ek(bagus kalu pakai kaler hitam)..jgn lupa put on some make up utk nampak berseri dan glowing naturally..kalu bertudung tu pakai kemas2, pilih baju dan tudung yg match..kalu yg free hair eloklah bersanggul dan letak net..ada tanda nama? hah bagusla tu..pakai ek..


Soalan interview:

Too subjective..bergantung penuh kepada interviewer tu nak tanya apa kan..tapi prepare lah jugak general knowledge tu ngan isu2 semasa yg rasa mcm relevan nak dicakapkan..
pengalaman peribadi:
-ditanya pernah tak hiking? aku jawab panjat Gunung Jerai je...dia tanya, berapa tinggi gunung tu?pokok apa yg ada?apa nama saintifik pokok tu..makin tinggi naik pokok apa yg awak jumpa?
-antara tentera darat,laut ngan udara, rank mana paling tinggi?
-apa yg istimewa kat malaysia ni berbanding negara asia lain
-apa makna malaysia truly asia?
-kenapa awak yg dah keja exec kat Bank Kepala Singa nak keja PTD?apa yg best sgt ngan government?mak suruh ke?
-berapa bilangan kosong untuk billion?10billion sama ngan berapa juta?
-awak rasa layak ke awak jadi PTD?


Selain tu, lengkapkan pengetahuan selengkap-lengkapnya pasal PTD ek.Contohnya bidang tugas utama PTD. Latar belakang pun akan ditanya juga, tapi cerita yang penting-penting dah la ek..
Akhirnya, tawakal kepada Allah..kalau dah Dia tentukan kita akan jadi PTD insyallah jadilah kita PTD..usaha dan selebihnya bergantung harap padaNya k..


maaf kalau entry ni tak ditil atau tak memenuhi kehendak..boleh je call ina 016-461 4667 kalau nak tanya personally k..semoga interview kali ni awak berjaya dan seterusnya menjadi sebahagian daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang tak berapa ramai sangat jumlahnya berbanding bilangan penjawat awam yang lain..


lepas ni bila dah berjaya interview, maybe kena p intan untuk kursus pengenalan PTD ni..tak pasti masih disebut sebagai Unggul atau tak..then awak akan ditempatkan di mana-mana kementerian atau jabatan dengan post M41 dengan taraf jawatan kontrak terlebih dahulu..tak salah currently dasar kontrak ni 2 tahun..sepanjang tempoh kontrak ni, awak akan dinilai dari masa ke semasa dan diberi markah..at the end, markah akan di review dan awak akan diserap seterusnya dilantik ke jawatan tetap..


ok if ada apa2 nak tanya dont hesitate to call me k :)

instagram adlinahomemadescrub


up