hari ini hanya untuk awak

buat suami tersayang
hari ini khas untuk awak
hanya awak yang layak meraikannya
kerjaya awak patut dihargai
kerana menuntut pengorbanan yang tinggi
saya kagum dengan awak
peribadi dan personaliti awak
selayaknya sesuai menjadi pendidik

bukan sekerat hari awak bekerja
tapi dari pagi hingga lewat malam
tatkala saya dan anak dah lena dibuai mimpi
awak masih dengan LP
utk pengajaran esok hari
tak kira hujung minggu lagi 
terkadang timbul cemburu di hati
namun cuba kufahami
tuntutan pada hari ini
ternyata lebih mencabar dan menduga diri

selamat hari guru sayang
b bangga sangat dengan yang..

..........................................

mama, selamat hari guru juga untukmu
walau kini ma dah tak mengajar
lebih terarah mengajar pula guru-guru
tapi ma tetap layak meraikannya

masih teringat tatkala didenda
oleh ma 
kerana tak tahu menjawab soalan dalam kelas
tak kira anak sendiri
tetap dirotan dan didenda

terima kasih ma..kerana mendidik dan mengajar
di rumah dan di sekolah
walau pun dulu kukira ma garang
namun disebalik itu, ada senyuman terukir
melihat anak ma ini menangis hiba sedih didenda

selamat hari guru buat insan-insan yang amat kusayangi dalam hidup ini
jasa kalian dalam mendidik kami
menjadi insan berguna 
menjadi anak bangsa berilmu
amat dihargai
terima kasih
hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian wahai GURU..










11 comments:

Miss Wanie said...

hahahahahha
kena denda ngn mama


aku x penah kena kt skola
sbb aku baik.. nyet nyet nyet
yehhhh =)


tp aku slalu kna kat umah
tak reti menghafal segala idgham, ikhfak tu... hahahah

Qaseh said...

Guru-guru pun patut dirai n dihargai...mereka byk berjasa kepada anak bangsa kita.....

Qaseh said...
This comment has been removed by the author.
mamalieyna said...

waah en suami seorang guru ke?..best2x.. ^_^

selamat Hari Guru buat semua guru di M'sia..termasuk en suami awak! ^_^

Adlina Husaini said...

a'ah betul tu qaseh, tanpa guru siapalah kita..

Adlina Husaini said...

mamalieyna, tak best kerjaya guru sekarang ni..banyak tuntutan yg diperlukan..kena commit sgt2..

berbeza zaman dulu2..sian guru2 hari ni tapi pahala banyak

Ena said...

Ina,

agaknye tenet umah ena yg slow kot.. ena cube masuk dari jumaat lepas.. kat opis pun same ada gak cube.. tp lepas ina datang tanye td.. ena cube masuk balik terus ok pulak.. pelik pulak.. huhu..

Ena said...

Selamat Hari Guru buat husband ina & Mak ye.. :)

Lady of Leisure said...

tanpa guru sape lah kita kan.
:)

NuZuL said...

dr kecik smpai beso idup ko d'kelilingi oleh "dunia cikgu". Bg aku hanya org yg jenis penyabar layak mjadi cekgu... tu psl aku xleh jd cekgu:D

eynda said...

Selamat hari guru utk ur hubby & ur mama :-)

instagram adlinahomemadescrub


up