supplement untuk baby

salam gegirl =D


hari ni nak citer perkara yang sentiasa melekat dalam kepala ina sejak aisy dah jejak umur setahun


soalan:
-perlu tak bagi supplement kat anak kita?


hasil carian:
-scot emulsion utk elak selsema dan batuk
-appeton utk boost selera makan
-spirulina for brain
-minum susu alpha lipid campur dengan current FM utk elak demam,selsema dan batuk
-multivitamin brand seven seas
-examo ckm 500 for brain
-biomega for brain
-kismis+kurma+zam zam


kesimpulannya, banyak sgt suggestion dari forum-forum ibu tentang supplement ni. ina sendiri guna produk USANA tapi tak berani lagi nak bagi kat aisy tanpa doctor consult


teringin di hati nak bagi supplement kat anak..
tapi dalam otak ni pikir, yang penting makanan anak kena seimbang


cerita pasal makanan ni,sblm dia umur setahun ina tak bagi langsung dia makan telur, semalam pegi check up kat klinik putrajaya tu, kena tegur dgn nurse. dia tak boleh nak bagi suntikan umur 1 tahun. dia suruh balik, bagi anak makan telor dulu tgk samada allergic ke tak then selasa depan baru dapatkan imunisasi tersebut.


semalam goreng telor dengan minyak zaiton dan campur dengan bubur nasi aisy + carrot +kentang(masih makan bubur sebab gigi tak banyak lagi)
alhamdulillah ok


tentang supplement untuk otak ni, tak pasti la macam mana..ada tak eh sesiapa yang berpengalaman nak kongsi pendapat?

6 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

nurse suruh mkn telur dl??? darwish xde lak nurse tanya...huhu sampai hari ni darwish x pernah mkn telur lg....sy jd takut nak bg coz pernah sekali darwish makan ikan kembung(masuk dlm bubur) terus mlm tu dia gatal2 satu badan... :(

sy ade gak terpk pasal supplement nih..tp takut2 lg nak bg...takat ni scot emulsion tu ade la darwish mkn...better kalo nak bg kena ade consultation doc dl la...

aisy da ade brp gigi? darwish pun sampai hari ni makan bubur,xnak langsung nasi yg lembik2 tu...huhu

Ena said...

mrmm..

betul juge kate nad tu ina.. kene refer ngan doc la.. ena dulu pun doc recommend baru berani kasi..

Agnes Kanyan @ Mummy Vish said...

food supplement penting jugak utk anak tapi jgn overdose and perlu consult doc bcoz terlebih vitamin boleh memudaratkan...saya plak dari vish umur 4 months beri dia Appeton Infant Drop utk kesihatan coz dia tak pernah breastfeed...fully formula milk...risau immune system tak kuat..but thanks God dia cuma sekali jer sakit tu pun tak sampai sehari....yg penting setiap hari saya pastikan dia makan ikut piramid makanan...

for brain saya beri dia
1.organic kismis since 6 mths...5 biji sehari
2. elken spirulina sebiji sehari
3. cod fish n salmon

lepas 1 thn cadang nak beri scott emulsion ori pulak..

fisa othman said...

irfan pun fisa lom bagi apa2 suplement sebabnya irfan masih lagi breastfeed...so far alhamdulillah irfan jarang2 sekali demam...fisa plan nak tunggu dia 1 tahun setengah kot baru nak try bagi supplement ni...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Lily nk cuba bg appeton kat Qis..Semua vitamin utk selera mkn..X jln ngan Qis..selera mkn dia pon kurang..Skrg ni scot emulsion mmg hari2 bg dia minum..

AIN NAZRI said...

scout emulsion - aku tak suka sbb tu punca pertambahan selera makan dan tu juga punca aku gemuk.. hehehe based apa yg mak aku cakap..

examo ckm 500 - nie hanya supplement utk otak aje.. utk bagi neuron2 otak cergas dan tak lemah.. yang nie hanya buat anak aktif giler.. ada setengah org panggil budak nakal.. sbb apa dia aktif sbb neuron otak dia selalu bersambung dan selalu ada idea kreatif utk buat sesuatu.. tapi kena tahan laa layan anak2 nakal nie.. sbb dia bukan nakal cuma dia bijak dan kreatif..

instagram adlinahomemadescrub


up