Showing posts with label baby food. Show all posts
Showing posts with label baby food. Show all posts

Jangan bazir duit beli supplement


Dari penyelidikan yang terkini oleh para saintis kesihatan, ada beberapa supplement VITAMIN yang amat berbahaya.

Pengambilan Vitamin A dan E , samada sikit atau banyak, akan memberi kesan dahsyat pada tubuh badan. 

Malahan pengguna VITAMIN E melonjakkan risiko mendapat PROSTRATE sebanyak 17%.

Manakala campuran Vitamin A dan beta-carotene pula akan meningkatkan risiko mendapat CANCER PARU-PARU sebanyak 18%.

Penggunaan VITAMIN A & E seharusnya hanya digunakan oleh pesakit yang tidak punya fungsi menjana VITAMIN tersebut oleh badannya sendiri. 

Badan kita sudah cukup mendapat Vitamin A & E melalui makanan harian SECARA NATURAL. 

TAPI KINI, ADA BEBERAPA PRODUK HARIAN DI DALAM SUPERMARKET YANG MENULIS " ENRICHED WITH VITAMIN A & E ".  Ini supplement otomatis sumbangan PEMBUAT walaupun tak pernah diminta oleh pengguna pun.

Seolah-olah ini adalah BAIK UNTUK KITA, sedangkan produk seperti ini MELONJAKKAN RISIKO PENYAKIT. KITA SEBAGAI PENGGUNA BERHAK MEMPERSOAL PEMBUAT MAKANAN dalam hal ini. Dalam keadaan jahil, mereka sedang menyumbang sakit kepada Rakyat Malaysia.

Untuk Vitamin C pula, ia kurang bahaya kerana sangat mudah larut di dalam badan. Jika berlebihan akan dibuang oleh badan melalui air kencing.

Pengambilan Vitamin C adalah baik untuk memperpendekkan jangkamasa selsema dan flu. Namun ia tidak boleh menghalang  jangkitan virus selsema dan flu.

Bahaya Vitamin C hanya apabila diambil lebih dari 500gram sehari. Ada beberapa kes yang menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Selain supplement, Vitamin C banyak ada dalam produk AIR JUS KOTAK dan SIRAP. Jangan biarkan anak-anak dan diri sendiri meminumnya dengan kerap.

supplement untuk baby

salam gegirl =D


hari ni nak citer perkara yang sentiasa melekat dalam kepala ina sejak aisy dah jejak umur setahun


soalan:
-perlu tak bagi supplement kat anak kita?


hasil carian:
-scot emulsion utk elak selsema dan batuk
-appeton utk boost selera makan
-spirulina for brain
-minum susu alpha lipid campur dengan current FM utk elak demam,selsema dan batuk
-multivitamin brand seven seas
-examo ckm 500 for brain
-biomega for brain
-kismis+kurma+zam zam


kesimpulannya, banyak sgt suggestion dari forum-forum ibu tentang supplement ni. ina sendiri guna produk USANA tapi tak berani lagi nak bagi kat aisy tanpa doctor consult


teringin di hati nak bagi supplement kat anak..
tapi dalam otak ni pikir, yang penting makanan anak kena seimbang


cerita pasal makanan ni,sblm dia umur setahun ina tak bagi langsung dia makan telur, semalam pegi check up kat klinik putrajaya tu, kena tegur dgn nurse. dia tak boleh nak bagi suntikan umur 1 tahun. dia suruh balik, bagi anak makan telor dulu tgk samada allergic ke tak then selasa depan baru dapatkan imunisasi tersebut.


semalam goreng telor dengan minyak zaiton dan campur dengan bubur nasi aisy + carrot +kentang(masih makan bubur sebab gigi tak banyak lagi)
alhamdulillah ok


tentang supplement untuk otak ni, tak pasti la macam mana..ada tak eh sesiapa yang berpengalaman nak kongsi pendapat?

enfagrow A+ murah




tudia nak cerita pasal susu anak pulak nih..
aisy kan dah cukup setahun, so from enfalac A+ tu dia dah shifted to enfagrow A+ pulak
selalu beli barang2 aisy ni kat carrefour putrajaya saja
jadi tak dela comparison harga mana-mana tempat lain

nak inform la kepada parents2 yang susukan anak dengan enfagrow ni
sekarang kat carrefour tengah sale
harga biasa RM96
sekarang sale jadi RM90.99

ada lagi ke tempat lain yang lagi murah eh???



5 makanan terburuk untuk bayi

maklumat ini ina perolehi daripada web babycenter.com

5 makanan terburuk untuk anak kita:

1. soda
2. jus
3. craker
4. makanan yng diproses
5. gelatin dessert

Soda: menurut kajian bay seawal umur 7 bulan dah diberi soda ni..masya allah..ina rasa semua parent tahu yang soda/air bikarbinat ni tak elok utk bayi malahan untuk kita jugak..

Jus: selama ni ina salah intepretasi berkenaan jus ni..ye lah, nama pun air buah, sure ingat berkhasit untuk baby..
menurut pakar pemakanan, apabila buah dibuat jus, kebanyakan fiber dalam buah telah hilang dan apa yang kita dapat hanyalah gula dari buah tu..

menggunakan buah seperti epal atau pear untuk memaniskan makanan bayi kita pun tak elok rupanya. sebab seperti di atas, gula tinggal dalam jus tu akan mempercepatkan ke laluan digestive tract..dengan itu, badan anak kita tak sempat nak serap nutrien2 baik yang ada dalam makanan tu..

lebih memburukkan keadaan, ianya juga boleh menyebabkan anak kit mudah kena cirit birit..

craker: bila sebut baby bite, ina rasa kebanyakan ibu2 sure teruja nak bagi kat anak bila anak dah pandai mengunyah atau bila gigi dah ada..

menurut pakar pemakanan, kalau bagi yang manis tendency nak tumbuh 'sweet tooth' dan makanan yang masin 'salty tooth' sangat tinggi..

so meh kita beli buah banyak2, dan jadikan buah-buah ni sebagai grab-to-go snack utk mereka..

personally ina suka bagi aisy makan anggur dan limau
epal, pear dan buah2 yang keras tak leh bagi lagi..mau tercekik aisy nanti

makanan yang diproses:
ada macam2 makanan bayi yang rak2 baby food tu kan..ada epal, ada labu, ada pear, ada pisang etc..

sebolehnya, elakkan dari memberi makanan yang diproses ni kat anak2 kita..tapi kalau dah berjalan jauh, darurat tu..so tak pa la kot..

sebabnya sure semua orang tahu..dah tak segar lagi..sian kat anak..kita pun nak makan masakkan yang baru dimasak..sama gak dgn depa..

gelatin dessert:
yang ni rasanya tak perlu di ulaskan kot sebab org muslim mana bagi anak2 mkn makanan campur gelatin2 ni

Compilation of baby food recipes

BUBUR BERAS MERAH

Beras merah ( cari kat shopping complex, agak mahal sket bbanding dgn beras lain tp berkualit dan bkhasiat)
Ikan/Daging/Ayam ( Pilih salah satu)
KentangKarotSayur Bayam merah (daunhijau + merah tu..tinggi kalsiumnya)
Rempah tumis, bawang merah, bawang putihminyak jagungsedikit garam
Masak seperti biasa

BUBUR 3 RASA

Bahan-Bahan;Segenggam berasAir mencukupi
1/2 batang lobak merah bersaiz kecil

Beberapa kelopak brokoli
Cara Menyediakan;
Cuci beras sebersih-bersihnya dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan air dan biarkan mendidih
Setelah beras mula mengembang, masukkan brokoli dan lobak merah
Tambahkan air agar saur-sayuran dimasak dengan sempurna
Setelah masak, masukkan ke dalam pengisar. Sedia untuk di makan oleh bayi (8 -10 bulan)(Majalah Pa&Ma, Mac 2009)

SUP AYAM

Bahan-Bahan:-
1 ketul daging ayam (dihiris nipis)

700ml air250ml susu segar
1/2 kiub ayam
1 cawan tepung gandum (dibancuh sedikit air)
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:-
Masukkan isi ayam ke dalam periuk bersama air

Rebus sehingga ayam masak
Masukkan susu dan kiub ayam dan kacau dengan menggunakan api yang perlahan
Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat
Akhir sekali, masukkan garam.
( Pa&Ma Mac 2009)

BUBUR NASI AIMI

amik segengam je beras
basuh bersih2 dalam periuk yang kecil (mama siap belikan periuk baru)
bubuh air banyak2 dan masak nasik tu sampai pecah butirnya (sebenarnya tak pecah pun tak pe sebab nanti nak blend dia gak)
bila dah masak amik nasik dan sikit air nasik itu masuk dalam blender
tambah lah kismis atau kurma untuk menyedapkan ia (cari kismis atau kurma yang basah, yg kering tak hancur bila di blend)
dah siap blend, tapis dulu
barulah boleh makan ye

Sekarang Aimi dah makan bubur nasik dengan ayam, carrot atau ikan merah.Keledek, kentang, pumpkin pun pernah. Pumpkin paling Aimi suka.

(http://aimimamababah.blogspot.com)


UTK MEMUDAHKAN PERKUMUHAN

Bahan-bahan ( 1 Orang )
* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara
Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak.
Sedia utk hidangan.

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...
(dengan nasihat doktor)

Bahan-bahan ( 1 Orang )
* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara
1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.

BABY DESSERT#1
Heinz.

Bahan-bahan ( 2 servings )

* 100ml susu formula/breastmilk
* 2 tsp tepung custard

Cara-cara
1. panaskan susu (jgn sampai didih).
dlm mangkuk lain,bancuh tepung dgn sedikit air. masukkan tepung tu..kacau sampai pekat
2. simpan dalam peti ais..
hidangkan a a dessert


BABY DESSERT#2
Heinz.


Bahan-bahan ( 2 servings )
* 125 ml air masak
* 2-3 biji pitted prune
* 1 tsp gelatin

Cara-cara
1. larutkan gelatin dgn sedikit air panas
2. blend kan prune dgn air masak
3. bila gelatin dah larut,msukkan dlm jus prune td.kacaukan..simpan dlm petiais

KAK HANILIEZA'S RECIPE

mee/pasta sup
rebuskan mee atau pasta sehingga lembut dan buat sup ayam
bila nak suapkan makan barulah dicampurkan so taklah mee tu kembang..pelbagaikan warna dalam sup tu..

sup ayam
ayam direnehkan dengan kentang dan carrot..taburkan daun bawang dan bawang goreng...

sup sayur
tumiskan sayuran saperti carrot, brokoli,tahu lembut/udang [ dibuangkan kulit]/ayam/daging sikit..masukkan bawang goreng..

mee hailam [jgn masuk cili lansung]
tumiskan mee, kuatiaw dengan sayuran hijau [potong kecil] dan kicap..selain daripada itu anak2 ini perlu juga diberi pendedahan makanan lain..saperti ..

scrabble egg
campurkan susu segar dan telur + garam..
masakkan dalam kulai/non-stik pan dan hancurkan...
pastu diced carrot/celery/kentang yg dah dikukus/rebus lembut...k

Kueh2 jenis kukus yg kurang manissaperti
kueh lapis/talam..puding roti /apa-apa pun...

yogurt
campurkan yogurt ngan buah2 lembut yg di potong dadu kecil

gorengkan ikan/hati ayam
goreng bawang besar dengan hati ayam, makan ngan plain bubur nasi ..bukan kata anak..


BUBUR NASI

sedikit beras
ikan merah/tenggiri/bawal/
sedikit halia
seulas bwg putih
kentang/carrot/brokkolI/kubis bunga
sedikit daun sup/ daun bawang

cara..
panaskan minyak
tumis bwg putih dah halia hingga naik bau
masukkan isi ikan
masukkan beras yg sudah di cuci bersih
masukkan kentang / brokolli/carrot (ikut suka)
masak sampai beras masak
taburkan sedikit daun bwg/sup...
utk perasa, gunakan ikan bilis yg di blender, tabur sedikit masa nak suap baby.

Biskut 'Teether' Baby
Sesuai untuk baby yang sedang tumbuh gigi...
melegakan...

Bahan-bahan
* 1 cawan jus
* 1 cawan tepung
* 1 cawan bijirin segera bayi

Cara membuatnya
* Campurkan semua bahan
* Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
* Bakar 20-30 minit pada suhu 350°F (175°C).*
Bolehdibekukan.

Kentang, Brokoli, Keju Berkrim
Sesuai untuk bayi umur 10 bulan ke atas...

Bahan-bahan
* Kentang saiz kecil 1 biji
* Keju cedar 1 keping
* Brokoli 2 'pokok' kecil
* 2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya
* Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
* Rebus brokoli sehingga masak.
* Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
* Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

Bubur Oat, Ikan dan Saderi Bubur
sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.

Bahan-bahan
* 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
* 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
* 1 helai daun sedari
* secawan air

Cara membuatnya
* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus.
Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.

BUBUR BERAS MERAH


Beras merah ( cari kat shopping complex, agak mahal sket bbanding dgn beras lain tp berkualit dan bkhasiat)

Ikan/Daging/Ayam ( Pilih salah satu)

KentangKarotSayur Bayam merah (daunhijau + merah tu..tinggi kalsiumnya)

Rempah tumis, bawang merah, bawang putihminyak jagungsedikit garam

Masak seperti biasa



Finger food ideas

erm rasa cam blur tapi harapnya bermanfaat tuk parents out there for their babies finger foods ideas..further information boleh visit website ni http://wholesomebabyfood.com/










6-8 months menu chart

Semoga dpt bg idea baru utk si manja kita :)
Macam blur sket but hopefully readers boleh baca charts below:





source:
http://wholesomebabyfood.com





tip intro solid food to baby



worry or not to start feed ur baby wif solid food? ish mummy isau jgak ni..below are strategy to avoid baby digestive problems and pinpoint prob foods;
source: homemade-baby-food-recipes

4 day rule:

  • each time you introduce a new food to your baby, you need to continue feeding your baby that same food for four days.
  • don't introduce two new foods at the same time
  • introducing new foods in the morning or at lunch time >> bcoz if allergy reaction appear, we can seek for help on da same day
Giving your baby new foods is exciting, but don't rush things - it pays to be patient and apply this rule. You will be in control of your baby's diet, alert to potential problems and able to identify their cause. And the end result ... a happy, healthy baby, enjoying the foods that are right for him.

instagram adlinahomemadescrub


up