Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

senarai keperluan kehamilan

Salam readers..

Memandangkan banyak hits ke blog ni tentang kehamilan so ina nak share checklist keperluan barang untuk menyambut kelahiran anak

Clothing

Bil        Items      

1        Long sleeve                     
2        Long pants     
3        Short sleeve shirt         
4        Short pants         
5        Sleeveless bodysuit (jumper)                     
6        Romper                    
7        Binders (barut)                                       
8        Handkerchief                                
9        Mittens & Booties                  
10        Socks        
11        Hat                  
12        Bibs                                       
13        Long pants - outing                     
14        Baby T (Girl)               
15        Baby T (Boy)                     
16        Skirt  
                              
Feeding

1.        Breast pump
Avent ISIS
2.        Termos
3.        Feeding bottle 2 oz
4.        Teats
5.        Bottle and Teat Brush
6.        Sterilizer
7.        Warmer
8.        EBM Storage – Avent via cups
9.        Nursing pad (washable)

Nursery (baby cot)

1.        Baby cot & mattress
2.        Baby’s set pillow & bolster
3.        Baby’s pillow & bolster case; Lollipop (2 small, 1 big pillow & 1 pillow)
4.        Blanket
5.        Receiving blanket
6.        Nursing pillow

Bathing

1.        Bath tub
2.        Toiletries (travel pack)
3.        Hooded towel
4.        Cotton balls
5.        Cotton buds
6.        Baby comb / brush
7.        Baby manicure set


Diapering

1.        Changing mat
2.        Baby wipes
3.        Disposable diaper
4.        Napkins
5.        Nappy liner
6.        Diaper rash cream
7.        Safety pins


Traveling

1.        Stroller
2.        Infant carrier
3.        Travel bag


Mama care

1.        Nursing bra
2.        Maternity pad
3.        Disposable panty
4.        Nipple cream

Tapi kan..tak semua senarai di atas perlu beli.. beli yang wajib jer dulu.. ^_^

aisy bakal jadi abang insya allah



alhamdulillah
ina hamil lagi untuk kali kedua
setelah 3 tahun usia aisy hafiy pengarang jantung ina dan suami

self pregnancy test was done after a week i missed my period
positive even another line was faint

pergi ke klinik precint 9 untuk pengesahan
owh rupanya kena bayar RM20 untuk buat pemeriksaan kehamilan
semasa hamilkan aisy dulu, ina buat ujian di Hospital Kangar, balik raya tahun 2009
masa itu seingat ina tiada apa-apa bayaran dikenakan
mungkin polisi hospital semasa agaknya

doktor turut mengesahkan ina hamil namun masih belum kuat dan terlalu muda 
katanya, jangan berharap apa-apa
wah agak kasar bunyinya
maklumlah doktor muda

apa-apa pun cukup 8 minggu ina akan buat ujian lagi
dan mungkin pada masa itu sudah bolehdaftar buku pink yang kedua
seperti kehamilan pertama
ina masih lagi inginkan khidmat doktor pakar di hospital putrajaya
private wing
setiap perkhidmatan ada bayarannya 
namun kita boleh pilih doktor khusus untuk kita 
setiap bulan dipantau oleh doktor pakar yang kita pilih itu
dan doktor itu juga yang akan menyambut kelahiran adik aisy tahun depan
insya allah

namun doktor yang ina pilih dulu
doktor jamil
sudah tidak lagi berkhidmat di hospital putrajaya

semoga ina dapat pilih doktor yang selembut dia
sangat prihatin pemurah dan tidak berkira
selesa sangat di bawah pemantauan beliau walau dia doktor lelaki
ina rasa lebih dihormati sepanjang kehamilan, proses bersalin hingga post natal
berbaloi dengan bayaran yang dikenakan

ya allah 
semoga kehamilan kali ini lebih mudah dan menyenangkan serta tidak menyakitkan
kerana sesunguhnya suami saya, ya allah
tidak betah melihat saya sakit
hanya padaMu saya berserah dan memohon perlindungan
amin ya rabbal a'lamin



ish pregnant ke??


ish agak susah hati nih..
period tak mai-mai lagi..
sepatutnya 19hb..
ni dah delay..

ke sebab stress??
aisy batuk-batuk je..
dia kalau batuk memang kesian sangat..
mesti muntah

la ni ubat pandai dah tak nak makan
dulu ok je..nganga je mulut tu bila nak masuk syringe 

skang ni kena kejar satu rumah baru dapat
pastu bila ubat masuk, dia kulum tak nak telan
mana tak muntah

daddy dia pulak dari ahad takde
pergi rally kat johor bahru
lepas tournament baru balik
malam ni katanya estimate sampai umah

hrm....aku stress ni...
takde pape kut


***


bukan tak nak anak..
cuma skang ni tak nak lagi..
kekadang tu tempat csect masih terasa pedihnya
bila banyak bergerak
and salah baring or duduk
even aisy dah 2 tahun setengah

dah check dgn doctor
apa ntah istilah dia..
tapi memang masih ada lagi rasa sakit tu..
biasalah..
perut ni 7 lapis kena toreh nak kuarkan manusia
mananya tak luka besar..
so lama la nak baiknya

tapi kalau benar mengandung..
alhamdulillah..
kuasa allah..

10 tanda hamil


Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

*internet mari











10 tanda hamil

Berikut adalah antara tanda-tanda yang paling top sekali kalau mengandung


1. Mengidam
- cliche kan tapi itulah yg selalu dialami oleh ibu-ibu..nak makan macam-macam?? erm..tanda yagn sungguh baik tu :)

2. Areolas semakin gelap
- kulit sekeliling nipple tu gets darker, maybe signal hormon dah tak balance sebab pregnant


3. Pendarahan/period dan rasa macam senggugut/cramping
- time sepatutnya kita datang period tp hanya ada pink/brown stain as well as cramping turut menandakan anda mengandung. Ina dulu ingatkan datang period tapi flow tak heavy macam selalu..rupanya ada aisy dalam perut ^_^


4. Kerap nak kencing
- ini kerana baby producing the hormone human chorionic gonadotropin (hCG) yang menyebabkan kita rasa nak pee jerr..


5. Rasa exhausted sangat
- even just buat keja macam biasa tapi penatnya macam lepas bersukan jer..itu tanda awal pregnancy so suami-suami kena faham ye kalau tiba-tiba isteri merengek-rengek and keletihan..tandanya ada anak awak dalam perut tu..


6. Breast sakit
- nak sentuh pun rasa sakit..sebab perubahan hormon..ala sakit macam nak datang period tu tetapi kali ini lebih sikit rasa tak selesa itu. Sakit itu sekejap je dan akan beransur hilang as well as badan adopt dengan hormon changes


7. Altered sense of taste
- jangan pelik kalau tiba-tiba rasa dah tak suka makanan favorite kita..gi ambik pregnancy test cepat ^_^


8. Morning sickness
- common sangat tapi kalau anda bertuah seperti saya *wink.. morning sickness itu hanya akan bermula selepas 5 minggu kehamilan.. morning sickness ni nama jer 'MORNING' tapi sebenarnya ia tak kira masa, boleh jadi tengah hari, petang mahupun malam


*citer pasal morning sickness ni (tetiba rasa pening2 nak muntah) tingat masa kat opis dulu, terpaksa spare plastik and muntah bawah meja sebab kena marah ngan bos..masa ina puke kat toilet, bos cari...bila bagitau morning sickness terus kuar statement "ni yang saya tak suka bila korang mengandung, terus LEMAH" huhuh...sedih oii kalau ingat balik kejadian tu..


9. Period missed
- kalau period anda regular dan tetiba berubah tak menentu, sila pergi check yer.. simple as ABC


10. Positif home pregnancy test
- ni bukan tanda lagi, ini memang sah anda mengandung. tahniah!!!


tapi kan, ada membe baik ina yang tertipu dengan pregnancy test dia..sebabkan tester tu mahal harganya, jadi ianya terlalu sensitif so kuar tanda positif..bila pergi check kat hospital, tak mengandung pun..


jadi nasihat ina, spare 2 pregnancy test, yang murah satu, yang mahal satu..test guna dua-dua macam ina wat 2 tahun yang lalu..eh dah lama rupanya...bila la agaknay nak mengandung lagi nih...



Kebaikan kurma, kismis dan madu



Khasiat Kurma, Kismis &; Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."




KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN


Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.


Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.


Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.


Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".


Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".


Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".


Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".


Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


3) MADU


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".


Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".


Wallahu a'lam.


kredit kepada owner artikel, 

debunga kurma membantu kehamilan


Sebelum itu, ina merujuk kembali entry ina sebelum ini tentang memakan debunga kurma sebagai salah satu usaha untuk hamil

Ini antara blog-blog yang boleh kalian rujuk:





***

kalau ada lagi nanti ina tambah, insya allah..


tips mudah hamil di bulan ramadhan



tengok gambar tu tingat masa 1st test nak check pregnant si aisy hafiy ^_^

tips ini ina dapati daripada email, semoga dapat memberi info yang berguna kepada yang memerlukannya.



1) DOA MUSTAJAB WAKTU BERBUKA


Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah sebelum berbuka puasa. Tapi saat
ini sering diabaikan oleh kebanyakan orang kerana ghairah menghadap menu berbuka
yang menyelerakan. Luangkanlah masa beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk
berdoa dan memohon apa-apa sahaja yang kita hajatkan. Ingat, Allah swt Maha
Pemurah. Setiap doa yang kita panjatkan, pasti didengar.



2) PELUANG TURUNKAN BERAT BADAN


Berat badan adalah antara faktor sukar hamil. 50% Pesakit PCOS didapati juga mengalami gejala berat badan berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa dengan setiap 5% penurunan berat badan, dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak 30%. Sebab itulah, antara cadangan yang diberikan oleh doktor adalah supaya menurunkan berat badan terlebih dahulu

Sekarang kita di bulan Ramadan, peluang ini harus diambil untuk menurunkan
sedikit berat badan dengan mengawal makan, terutamanya waktu berbuka.



3) BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT


Bulan Ramadan ini hati manusia lembut, Syaitan dirantai. Kalau anda perasan, pengunjung-pengunjung masjid semakin bertambah di bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan untuk beramal.

Nabi saw pernah anjurkan seorang sahabat supaya banyakkan sedekah dan
beristighfar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat.

Berikut kami berikan petikan hadis tersebut

"Abu Hanifah Rah. meriwayatkan di dalam musnadnya dari Jabir Bin Abdullah R.A
bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya;

Ya Rasulullah, sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi oleh seorang anak
pun.

Nabi s.a.w pun menjawab dengan sabdanya;

Di mana(keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati(anak)"


4) KURMA DAN KESUBURAN?


Kurma adalah sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Khasiatnya memang terkenal.
Dari segi kesuburan, maklumat yang kami dapati adalah 'DEBUNGA KURMA'
(ada juga orang panggil 'serbuk kurma') yang dipercayai dapat membantu memulihkan
masalah kesuburan wanita dan lelaki.

Kami masih membuat kajian tentang perkara ini. So, no komen.
Sebenarnya di negara Arab, serbuk Debunga Kurma ini ada dijual di sana yang
memang dipercayai baik untuk kesuburan. Tak lama lagi musim haji, mungkin anda
boleh kirim dengan rakan-rakan @ ahli keluarga yang akan menunaikan haji.
Kalau kat Malaysia, kami tak pasti jika ada sesiapa yang ada jual Serbuk Debunga Kurma ini. 

Jika ada antara anda yang tahu dan pernah beli produk
ini di Malaysia, harap dapat maklumkan kami kerana rasanya ramai rakan-rakan kita
yang berminat nak beli jugak. Insyallahkami akan buat satu penulisan khas tentang 'debunga kurma' ini dalam blog.

kami tu merujuk kepada penulis email tersebut. boleh tengok website dia kat sini >> mudah hamil

 ***

ina nak berkongsi sedikit pasal cerita ina mengandungkan aisy dulu..

kalau tengok pada tempoh perkahwinan kami dengan usia aisy, korang boleh nampak yang dekat 2 tahun kahwin baru kami dapat aisy.

masa sebelum pregnant tu, mak mertua risau
sebab katanya, dalam adik beradik sebelah FIL ina tu ramai anak-menantu yang tak mengadung atau lambat dapat zuriat. so bila kitorang lambat ni, diorang risau sgt2

tapi sebenarnya, dari 1st night lagi ina suami isteri memohon kepada allah supaya tidak mengurniakan anak selagi dirasakan kami tidak mampu dari semua segi..kami berserah padaNya, kurniakanlah kami zuriat bila Dia tahu kami sudah mampu dalam semua segi untuk hidup bertiga dan alhamdulillah doa itu termakbul..

jadi, kepada pasangan yang belum lagi conceive tu, jangan terlalu tertekan yer..ni nak raya, confirm soalan2 wajib "bila nak bertiga?" tu muncul

kuatkan semangat dan senyum selalu yer..kita ni sebagai perempuan sangat sensitif bukan hanya pada perasaan dan jiwa yang halus tetapi badan kita, terutama organ dalaman kita pun sensitif juga. hormon kita mempengaruhi badan kita so cuba hepy2 selalu yer, sebarkan semua ion ceria dan positif tu dalam badan kita. Insya allah kita akan beroleh jua permata hati bukti cinta kita suami isteri..


Tapi jangan pula kita berhenti berusaha untuk conceive tu, jangan kedekut untuk spend wang ringgit jumpa doktor pakar dalam usaha untuk memperolehi zuriat..


Anak itu amanah ALLAH 
Anak itu ujian ALLAH
Anak itu hadiah dari ALLAH
-mummy aisy hafiy-

instagram adlinahomemadescrub


up