Showing posts with label jejalan. Show all posts
Showing posts with label jejalan. Show all posts

aisy bakal jadi abang insya allah



alhamdulillah
ina hamil lagi untuk kali kedua
setelah 3 tahun usia aisy hafiy pengarang jantung ina dan suami

self pregnancy test was done after a week i missed my period
positive even another line was faint

pergi ke klinik precint 9 untuk pengesahan
owh rupanya kena bayar RM20 untuk buat pemeriksaan kehamilan
semasa hamilkan aisy dulu, ina buat ujian di Hospital Kangar, balik raya tahun 2009
masa itu seingat ina tiada apa-apa bayaran dikenakan
mungkin polisi hospital semasa agaknya

doktor turut mengesahkan ina hamil namun masih belum kuat dan terlalu muda 
katanya, jangan berharap apa-apa
wah agak kasar bunyinya
maklumlah doktor muda

apa-apa pun cukup 8 minggu ina akan buat ujian lagi
dan mungkin pada masa itu sudah bolehdaftar buku pink yang kedua
seperti kehamilan pertama
ina masih lagi inginkan khidmat doktor pakar di hospital putrajaya
private wing
setiap perkhidmatan ada bayarannya 
namun kita boleh pilih doktor khusus untuk kita 
setiap bulan dipantau oleh doktor pakar yang kita pilih itu
dan doktor itu juga yang akan menyambut kelahiran adik aisy tahun depan
insya allah

namun doktor yang ina pilih dulu
doktor jamil
sudah tidak lagi berkhidmat di hospital putrajaya

semoga ina dapat pilih doktor yang selembut dia
sangat prihatin pemurah dan tidak berkira
selesa sangat di bawah pemantauan beliau walau dia doktor lelaki
ina rasa lebih dihormati sepanjang kehamilan, proses bersalin hingga post natal
berbaloi dengan bayaran yang dikenakan

ya allah 
semoga kehamilan kali ini lebih mudah dan menyenangkan serta tidak menyakitkan
kerana sesunguhnya suami saya, ya allah
tidak betah melihat saya sakit
hanya padaMu saya berserah dan memohon perlindungan
amin ya rabbal a'lamin



seoul garden IOI Puchong

suka gi IOI sebab ada 3 perkara
ada Daiso..
ada Seoul Garden..
ada kedai air soya yang banyak perisa siap ada pearl lagi..

kalau takde 3 kedai tu..tak p IOI
kalau taknak p 3 kedai tu..pun tak p IOI

ish menda merepek nihh
ni mesti kes lalok makan 2 biji ubat tahan sakit, 2 biji antibiotik dan 2 biji ubat gusi bengkak

3..2..3..2..
sah haku tengah fenin



aku dan ayu yg tak sabaq nak terkam bbq
best sebab leh celup2
leh bakaq2
sampai hari ni tak beli lagi periuk teppanyaki tu..dah gi survey..paling murah pun RM199
adesss mahal siot


cik nuzul my2nddiary
koya je tu singsing lengan kunun tak sabaq nak makan
tapi dia yg makan paling sikit n ternganga tengok ina ngan ayu makan macam org kebuluran
ihihihih..

kalau p situ kena makan byk2
biaq berbaloi ngan bayaran
at least 3 kali tukar tempat bakar tu
baru namanya makan
kalau makan sikit namanya merasa
hihih tu cik suami terchenta yg ajaq
*mau bini tak tembam, kena makan banyak2 baru dia consider as makan,kalau tak nanti dia bising*

ish bila nak p lagi tatau...


tripple cheeseburger

korang dah cuba ke tripple cheeseburger yang baru tu
ina dah cuba
tengok je lah perbezaan yang real dengan yang dipromosikan


tengok gambar kat kotak tu, cantik sangatkan..sangat memanggil-manggil


tinggg!!! *lepas kotak dibuka


meh tiru daddy ^_^


yum yum..tapi tak boleh selalu yer..


mommy pun nak interframe gak


daddy pula ^_^



hehe beriya dia makan






*walau pun tak sama macam gambar, tapi tetap habis burger tu..kongsi je ngan huby sebab perut dah kenyang pergi beraya rumah member then singgah IOI puchong pergi DAISO..




lunch @ kelab tasik putrajaya


tadi ina makan @ restoran samudera, kelab tasik putrajaya

dekat presint 8

ina makan penang fried koey teow

huby chinese fried rice

snack : squid ring with tartar sauce

soft drinks



untuk main dish, bagi ina biasa-biasa saja..kat tempat lain ada yang lagi sedap dan portion besar (eg @ restoran padi, cyberjaya)

squid ring ok, sedap

disappointed sebab koey teow goreng tu ada udang, dan rasa udang tu sangat tak sedap dan boleh dikatakan berbau samada lama kat luar atau memang stok udang lama

masih lagi rasa meloya sebab udang tu yekkk

servis pun tak berapa bagus sangat

ina nak duduk tempat yang kena kipas sebab panas
memang tepi tasik tapi anginnya kering
kat dalam ramai gila plus tempat sempit
tapi pelayan tu tak bagi sebab ina berdua jer
fine..
dia kata takpa, duduk kat meja kecil sedikit
tapi dia akan letak kipas

meja tu dekat la juga dengan tempat bakar ayam tandoori
ada la juga sekali sekala bahang tu rasa
budak waiter yang kata nak pasang kipas tu..ntah ke mana

tanya waiter lain, depa kata tak boleh pasang
depa siap suruh pindah
duduk kat tempat yang ina insist nak duduk awal tadi
memang cam #####

memang ina sentap..
hubby kata tak pa lah
stop complaining, kita makan then blah
dia pun nak p solat jumaat
dia pun pesan jangan buat review tapi ina bagitau ina dah janji nak share
pasal experience makan kat situ


kesimpulannya
ina tak akan pergi lagi sekali
not worth for my money
kecuali ada orang nak bagi makan free =D

pic tu pun google je..malas nak snap


desa water park

on sat lepas kami sekeluarga pergi desa water park..sekolah huby buat family day..quite happening even though tak ramai yg join..

tak sempat ambil gambar aisy main air sebab mummy ngan daddy pun excited main air juga..ni kali kedua aisy mandi kat swimming pool

hari ni mummy rasa cam nak demam je..tak tau la pasepa..aisy semalam selsema tapi dah bagi minum ubat and letak vick so dah kering hidung dia

ada gak mak2 yg bertanya ina, tak takut baby sun burn ke? hihi..ina dah pakaikan dia losyen sblm berjemur satu badan ngan muka..pegi watson semata2 nak beli losyen tu, terbang 30 hengget..lepas je berjemur cepat2 mummy sapukan dia aloe vera gel..alhamdulillah, kulit dia merah2 tapi tak burn teruk dan yg penting tak mengelupas..
ina pun buat hal yg sama jugak..isau oooo kulit mengelupas sebab burn, pedih and sangat tak cantik bila pakai foundation stick terbaekk ku itu..

best la jugak, tapi sapa penah p sunway lagoon sure lagi best sebest harganye..yg ni tiket Rm20 je kot for adult tapi kami pegi tak bayar pun, disponsor 100%..
wave dia best,kuat and besar..tapi ramai org so agak sesak lee kat situ..

tq to aunty farah sebab join and tlg jaga aisy..sempat la mummy and daddy beromantic berdua ceeeewahhhh hihihi..dah ada anak ni, kalu p bertiga je tak best..kena p ramai2 so byk tgn nak tlg jaga anak sementara ibu and bapaknya bersuka ria berdua duaan kehkehkeh

instagram adlinahomemadescrub


up