alhamdulillah
ina hamil lagi untuk kali kedua
setelah 3 tahun usia aisy hafiy pengarang jantung ina dan suami
self pregnancy test was done after a week i missed my period
positive even another line was faint
pergi ke klinik precint 9 untuk pengesahan
owh rupanya kena bayar RM20 untuk buat pemeriksaan kehamilan
semasa hamilkan aisy dulu, ina buat ujian di Hospital Kangar, balik raya tahun 2009
masa itu seingat ina tiada apa-apa bayaran dikenakan
mungkin polisi hospital semasa agaknya
doktor turut mengesahkan ina hamil namun masih belum kuat dan terlalu muda
katanya, jangan berharap apa-apa
wah agak kasar bunyinya
maklumlah doktor muda
apa-apa pun cukup 8 minggu ina akan buat ujian lagi
dan mungkin pada masa itu sudah bolehdaftar buku pink yang kedua
seperti kehamilan pertama
ina masih lagi inginkan khidmat doktor pakar di hospital putrajaya
private wing
setiap perkhidmatan ada bayarannya
namun kita boleh pilih doktor khusus untuk kita
setiap bulan dipantau oleh doktor pakar yang kita pilih itu
dan doktor itu juga yang akan menyambut kelahiran adik aisy tahun depan
insya allah
namun doktor yang ina pilih dulu
doktor jamil
sudah tidak lagi berkhidmat di hospital putrajaya
semoga ina dapat pilih doktor yang selembut dia
sangat prihatin pemurah dan tidak berkira
selesa sangat di bawah pemantauan beliau walau dia doktor lelaki
ina rasa lebih dihormati sepanjang kehamilan, proses bersalin hingga post natal
berbaloi dengan bayaran yang dikenakan
ya allah
semoga kehamilan kali ini lebih mudah dan menyenangkan serta tidak menyakitkan
kerana sesunguhnya suami saya, ya allah
tidak betah melihat saya sakit
hanya padaMu saya berserah dan memohon perlindungan
amin ya rabbal a'lamin
0 comments:
Post a Comment