wan,
sudah setahun pemergian wan
wan,
semalam kita bertemu dalam mimpi nami
buat pertama kali setelah setahun pemergianmu
khamis malam jumaat yang lalu telah kuhadiahkan bacaan yasin buatmu
semoga bacaan itu sampai padamu
semoga bacaan tiga kul tika ku terjaga daripada mimpiku setelah berjumpa denganmu
turut jua sampai padamu
mungkin kehadiranmu semalam menyapaku
menegurku untuk terus kerap menghadiahkan bacaan quran buatmu
insya allah wan
terima kasih atas peringatan itu
keluarga mama dan lang menziarahi wan bersama-sama dan membacakan tahlil pada wan
aildilfitri 2012
kampung pulau timbul, tunjang, kedah
0 comments:
Post a Comment