azam 4 : wantan udang goreng


juadah berbuka hari ke dua ramadan
source: internet

Resepi Wantan Goreng

Bahan-bahannya 
isi udang, dicincang halus 
karot, disagat 
sengkuang, disagat
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh kicap cair
½ sudu teh minyak bijan
garam secukupnya
serbuk perasa jika suka
serbuk lada putih secukupnya
secukupnya kulit wantan
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Isi udang, karot, sengkuang, tepung jagung, kicap cair, minyak bijan, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih dicampurkan dan digaul hingga sebati. 


2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan. 


3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goring sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili.

2 comments:

ayah,ummi, farish said...

sedapnyer......leh jadikan menu utk berbuka nie....tq..respi yg best nie

Adlina Husaini said...

memang best ummi =D
especially goreng dekat2 nak berbuka, crispy u.. ^_^

instagram adlinahomemadescrub


up