hasil cubaan pertama ikan percikku

ikan dah masuk dalam perut tp baru hari ni sempat nak cerita
cerita bedubuk bedebap sebelum ni kat sini

dipendekkan cerita alhamdulillah berjaya jua kiranya ikan percik ku
yang 1st time dibuat dalam 26 tahun ni
resepinya kucedok dalam internet tapi lupa la web apa

Bahan2nya:
ikan siakap
bawang merah - 10 ulas dihiris halus dijadikan bawang goreng
santan 250ml
air asam jawa 50ml
belacan bakar 1 inci
bawang putih 7 ulas
halia 2 inci
serbuk cili 1 sudu kecil
serbuk ketumbar 1 sudu kecil
gula dan garam


 halia1 inci, 3 ulas bawang putih, serbuk ketumbar dan garam ditumbuk hancur


 then sapu atas ikan tu la, sorry kena pakai glove sebab luka masa nak belah tengah ikan tu
sedap wooo luka kena halia ngan bawang putih hehe

perap ikan dalam 20 min
masa perap tu jangan dok p tidoq, sila buat kuah perciknya


jgn lupa buat bawang goreng yer, kemudian blend dengan sedikit air until hancur

then halia 1 inci dan 4 bwg putih blend dan kemudian ditumis bersama belacan bakar

bila naik bau, masukkan santan, serbuk cili, bawang goreng dan air asam jawa

perasakan ngan garam dan gula

masak atas api perlahan, kacau sampai kuah pekat

 
mr daddy yang semangat nak p bakaq ikan, panas siot. sila abaikan belakang umah yang dalam proses nak buat kebun sayur ntah bila


 tips nak bakaq ikan, sila ke tempat teduh aka belakang umah jiran yang dah pindah hihi


 si kecik yang rajin nak join bakaq juga tapi benda lain yang dia lagi suka nak buat

  

mari kita belajaq pasai tumbuh-tumbuhan =D


 seronok betul dapat belajar petik daun dan berguling di atas tanah, 1st time mummy sporting bagi aisy main macam nih hihi

disebabkan si kecik ni dah mula naik tocang terpaksalah kiranya membiarkan mr daddy bersauna sambil bakaq ikan sesorang

dan inilah hasilnya


rupa tak berapa nak segak, besa lah pemanggang cap carrefour ja, kalu pemanggang ala2 dalam The King of Grill Robert Rainford tu mesti lagi best

tapi alhamdulillah...
sedap 
pandai mr daddy bakaq
sambil bakaq sambil curah kuah percik guna serai atas ikan tu

*****

sebenarnya saja cari susah
boleh je kalau nak bakaq dalam oven

lepas kuah dah siap, siram atas ikan
panaskan oven
kemudian bakar 10-15minit 180 darjah celcius


11 comments:

zita :p said...

sedap terliuq aihh..hehehe

Adlina Husaini said...

sila buat naaa =D resepi mesti jadi punya

QuEeN Of 2 Heroes said...

waaahhhh....sy wat ikan percik amik kuah mak mertua wat, import dari kampung je...nak wat sendiri tak reti..huhu :p aisy dah bole jln ke kak? darwish lom lg...

Lady of Leisure said...

kebetulan ada siakap boleh lady try nanti.. tapi bakar di dapur arang macam ina buat ni sure lebih sedap berbanding bakar pakai oven kan..terliur lady tengok

smms said...

wah sybas ..kira teror dah la tu ..

Adlina Husaini said...

nad, try la buat..resepi ni bst, jadi tau walaupun yg masak ni amatur je =D

a'ah aisy start jalan 26.5.2010

Adlina Husaini said...

takpe nad, darwish gigi dah tumbuh banyak..aisy sikit je..atas baru 2 dah jengah,2 lagi baru nak naik..kat bawah pun baru 2

Adlina Husaini said...

alamak, malu le cik lady tengok hihi
awak tu pandai masak..tak de hal lah menda kecik je nih ihihih

Adlina Husaini said...

smms, hehe tq2

Ibu Ayra said...

wah, wah, wah...pasnih bleh la buat slalu no... nmpak mcm best...tapi kak long malas la nak bakaq2 berasap nih...leceh...dgn budak kecik tu lagi...

nami, kak long takdan pi rumah tgk tudung... batt henfon kong, charger plak tak bwk... xtvt penuh sepnjg kat jitra...

Adlina Husaini said...

lepas ni kan kaklong, kalau nak buat lagi bakaq guna oven je kot..tak larat la nak tunggu bakaq membakaq ni
memang berguling si aisy tu nak keluar p 'tolong' daddy dia

instagram adlinahomemadescrub


up