Showing posts with label sayuran. Show all posts
Showing posts with label sayuran. Show all posts

tutorial buat sushi


nori sheet sebagai pembalut - beli kat carrefour alamanda



sushi mold - beli kat kedai daiso ioi 


ada plak terung jepun, timun jepun daaaa 
salah capture plak hihi
ni beli kat carrefour alamanda jer


beras sushi - ni beli kat cold storage parkson alamanda
lagi murah dari carrefour alamanda



sosej - any flavour



lettuce beli kat carrefour alamanda jer


tikar buluh untuk menggulung - beli kat kedai daiso ioi



isi nasi dalam bekas #1


kemudian letakkan dalam bekas #2



layer selepas nasi, dilapisi dengan timun jepun



kemudian diikuti lapisan sosej yang digoreng atau dibakar



filling seterusnya - lettuce



tutup lapisan filling dengan nasi sushi



pandangan dari tepi



tutup dengan lid #3 untuk membuat roll



remove lid #3 tersebut
nasi nampak lebih kemas dan membulat



letak nori sheet atas tikar buluh



terbalikkan dan letak atas nori sheet, letak ke tengah sedikit untuk memudahkan proses menggulung



bekas #2 remove, yang tinggal #1 jer





remove #1





gulung sedikit demi sedikit





buat beberapa gulung hingga nasi habis


gunakan pisau yang betul-betul tajam untuk memudahkan kita memotongnya

.



curahkan mayonis 
cicah dengan kicap sushi&sashimi dicampur dengan sedikit wasabi



*huh bercinta nak upload pic by pic*
akhirnya siap juga entry the making of sushi nih



azam 19 : celery soup with croutons


selalunya buat sup ayam atau daging jer..
kalau nak kelainan sedikit, makan kat luar sup tomato, sup cendawan atau sup labu
so jumpa resepi celery sup ni dalam internet..1st time buat and terus jatuh chenta dengan rasanya ^_^

Celerey soup with croutons

3 batang celery
Bawang bombay dan bawang putih dicincang halus
1 sb tepung serbaguna - ina guna tepung gandum jer
Chicken stok - ina guna brand megi tu jer..takdenya nak buat sendiri
minyak menumis
Roti putih
1 sb kucai - ina tak letak
1 sb bacon bits - tak letak, kalau nak boleh ganti dengan nugget yang telah digoreng dan dipotong kecil2
garam dan lada hitam to taste

1.Celery dicincang halus
2.Tumis celery + bawang putih + bawang bombay hingga naik bau bersama dengan 1sb tepung
3.Masukkan stok ayam
4.Biar mendidih dan tutup api

utk croutons:
1.roti dipotong kecil (1/2 inch)
2.tabur dalam dulang pembakar
3.renjis dengan minyak sikit and toss to mix
4.bakar until turn yellowish (preheated 350 f oven for 10 minutes)

Masukkan garam dan serbuk lada hitam ikut rasa dalam celery soup tu.
Kemudian blend hingga dapat fine texture
Hidangkan dengan taburan croutons, nuggetbits dan kucai

azam 12 : sawi black pepper


senang jer..
sapa pun tau buat hihi

tumis bawang putih, bawang merah, cili merah, halia
masukkan sos tiram
masukkan sos lada hitam
letak air sikit
letak batang sawi
biar seketika
masukkan sawi then siap!

azam 9 : sayur campur i loikee


ina memang suka buat butter prawn..very da kolestrol!
tapi tetap sukaaaa
minggu lepas 2 kali buat
nak resepi?


yang ni sayur campur i loikee

bahan2 dia senang je
sapa yang tak pandai masak pun mesti teror buat sayur campur kan..

tapi letak jelah..as a proved memang ini ina masak, azam la katakan ^_^


bahan2:
ina letak carrot, celery stalk, tomato dan cauliflower
bawang putih
bawang merah
halia
cili merah
daun sup for garnish
telur


bahan sos:
sos tiram
minyak bijan
kicap cair


1. tumis halia sampai naik bau then masukkan bawang putih dan bawang merah serta cili merah
2. masukkan sayur-sayur dan tuang sos.
3. masukkan air untuk mengurangkan kepekatan kuah
4. bila sayur dah empuk, pecahkan telur dan goreng cepat2 pada api yang besar
5. siap!

azam 2 : kailan ikan masin




menu berbuka hari pertama selain butter prawn
source: internet



Kailan ikan masin
  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng
  1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
  5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td



instagram adlinahomemadescrub


up