PTD arwah norhashimah wahid

buat temanku
Almarhum Norhashimah Wahid
hari tu saya ingat lagi
awak nampak sugul
saya tanya kenapa
awak tak sanggup nak tinggalkan anak kecil awak
untuk ke kursus tersebut

saya nasihatkan awak
ambil lah cuti
enjoy hari-hari cuti tu
dengan anak kecil awak
dengan suami awak
sebab masa kursus nanti
susah awak nak balik
weekend pun belum tentu boleh jumpa keluarga awak

pagi tadi terdengar pengumuman
menyebut nama awak 
telah menemui ajal 
di sana

terkejut.sedih.marah.
semua berbaur rasa
tahlil di bahagian awak pagi tadi berlangsung
dalam keadaan sayu dan pilu

awak
saya sedih sangat
bila saya baca berita semalam
sampai begitu sekali layanan mereka ye

bersemadilah awak di sana
amanlah awak sehingga dibangkitkan semula
buat suami awak, tabahlah menghadapi kehilangannya
curahkanlah sepenuh kasih sayang
buat puteri tunggal kalian berdua
yang menjadi bukti kasih sayang
dan cinta yang tidak berbelah bagi
walau kalian kini
berbeda dimensi

al-fatihah untuk arwah..

****

gegirl, session ina seterusnya lepas diorang balik dari kursus DPA ni
dijangka bulan 10 nanti
takut sangat lepas jadi macam nih






tolong komen ina, tolong..

ina dah tukar template minima
buat sementara waktu sebelum ceriakan semula

gegirl semua boleh tak bukak?
lambat jugak ke?
kat opis ina ni mungkin la slow
tapi bila ina buka kat umah(ina guna streamyx)
still tak leh loading sedangkan kalau buka web lain ok

tolong ye..
tolonggggglah
rasa takde mood sangat bila tempat ku meluah perasaan
dan tempat ku berkawan-kawan
dah tak perform dengan bagus
huhu


(ni sticky mode)

please, bantulah saya


gegirl!!!
sangat susah hati
awat blog ina ni tak loading cepat
loading keluar header sampai tajuk ja
ada dak sapa2 yang tau macam solve problem ina ni?

ina dah delete perkara yang ina rasa tak perlu
tapi masih lagi berat
bukan ada apa sangat
blog orang lain tu siap dengan iklan macam-macam
gambar sidebar penuh
link sana sini
tapi load ok je

minta tolong sangat2 kat otai2 semua

cerita 10 puteri

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.


"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua?"


"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki … tiga empat orang"


"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."


"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."


"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."


"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini?"




"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital . Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu?"


"Kenal abah"


"Berapa orang?"


"Empat"


"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia?"


“Seorang saja yang lain tidak tahu.”


“Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! “


“Huuuuu dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! “


“Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!”


“Baju kita ini pun nampak pusat juga!”


“Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat.”


9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks – video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.


“Hah! Padan muka si Saman tu megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!”


“Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji.”


“Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu . Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang.”


“Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!”


“Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.”


“Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!”


8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.


“Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik … saya runsing sangat!”


“Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !”


“Esok saya nak pergi jumpa bomoh tentu bomoh tahu. “


“Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik .”


“Habis ?”


“Kikta tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah.”


7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.


“Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!”


“Dunia sekarang memang kejam, puan anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?”


“Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik .”


“Dia kerja apa di KL, tu?”


“Katanya pegawai eksekutif syarikat .”


“Syarikat apa, puan?”


“Kalau tak silap syarikat import eksport katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar bosnya baik selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali.”


“Oh?”


6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.


“Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?”


“Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?”


“Kau cakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?”


“Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?”


“Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!”


“Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?”


“Dia tu bekerja, bukan?”


“Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?”


5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.


“Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami.”


“Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica… ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia.”


“Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?”


“Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu.”


4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.


“Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?”


“Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!”


“Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?”


“Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline.”


“Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!”


Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!”


“Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?”


“Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!”


“Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?”


“Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi.”


“Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?”


“Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!”


“Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?”


“Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.”


Krrrrrrrreeeeeeeeoo ooookkkk! !! Bummmm!!!


“Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!”


“Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!”


“Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!”


“Ah, ada yang parah nampaknya satu lagi nampak okey .”


“Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?”


“Bawa kawan saya keluar, dulu saya okey. Saya boleh keluar sendiri.”


“Mari kita angkat dia ramai-ramai jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.”


“Aaaarrrrgggg aaarrrrgggg ..”


“Masni.. Mas.. Mas mengucap mengucap Mas .”


“Aaarrrggg aaarrrggg .”


“Mengucap Mas ikut saya, mengucap … Laaa ilaaa haillallah Laaaa ilaaa haillallah .”


“Laaaa ilaaaa .”


“Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .”


“Laaa ilaaa .”


“Massss sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss sebut Laaa ilaaa haillallah.”


“Dia sudah tidak ada lagi dek “


“Masss sebut Laaa ilaaa haillallah Masss sebut”


“Dia dah tak ada, dek dah tak ada lagi !”


“Ah, Mas Mas mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss Laaa ilaaa,


tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !”


“Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?”


“… Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)


“Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan ” (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)


3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.


“Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap.”


“Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah .”


“Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia.”


“Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi.”


2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.


“Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! “


“Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?”


“Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!”


“Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!”


1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati


“Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)


Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.

buku untuk anak 1 tahun

salam gegirl

ni topic buku ni pun membelenggu jugak
agak la ina kecewa dengan diri sendiri sebab tak apply baca buku dengan aisy secara konsisten masa aisy bayi dulu

jadi sejak dah setahun ni ina tegaskan pada diri kena start buat jadual harian untuk aisy
cuma kekangan yang ada ialah ina kerja, week day hanya ada dari jam 530pm - malam
aisy ni jam 8.30pm or 9pm tu dah mengantuk nak tidur

material bacaan aisy ialah board book sebesar tapak tangan kita
ina search pasal buku, disarankan untuk 1 tahun ni buku yang ceria, tak complicated, plotless, kalau boleh satu gambar satu muka surat

method: read aloud with aisy regularly
hasil bacaan ina dalam internet, disarankan ada jadual yg proper dan diamalkan untuk dijadikan habit kepada anak.. 

so, here is a draft of time table for aisy:

5.30pm
ambil dari umah pengasuh, solat asar sama-sama dengan mommy/daddy
6.15pm
bawa dia main-main kat luar samada depan umah atau ke taman dengan daddy
mommy prepare dinner for 3 of us
7.00pm
 mandikan dia dan prepare untuk solat maghrib dengan mommy/daddy
8.00pm
baca buku dengan aisy
8.30pm
tidur

ok tak eh? gegirl semua..tolong amend draft tersebut kat mana perlu boleh??
http://www.smileycodes.info

supplement untuk baby

salam gegirl =D


hari ni nak citer perkara yang sentiasa melekat dalam kepala ina sejak aisy dah jejak umur setahun


soalan:
-perlu tak bagi supplement kat anak kita?


hasil carian:
-scot emulsion utk elak selsema dan batuk
-appeton utk boost selera makan
-spirulina for brain
-minum susu alpha lipid campur dengan current FM utk elak demam,selsema dan batuk
-multivitamin brand seven seas
-examo ckm 500 for brain
-biomega for brain
-kismis+kurma+zam zam


kesimpulannya, banyak sgt suggestion dari forum-forum ibu tentang supplement ni. ina sendiri guna produk USANA tapi tak berani lagi nak bagi kat aisy tanpa doctor consult


teringin di hati nak bagi supplement kat anak..
tapi dalam otak ni pikir, yang penting makanan anak kena seimbang


cerita pasal makanan ni,sblm dia umur setahun ina tak bagi langsung dia makan telur, semalam pegi check up kat klinik putrajaya tu, kena tegur dgn nurse. dia tak boleh nak bagi suntikan umur 1 tahun. dia suruh balik, bagi anak makan telor dulu tgk samada allergic ke tak then selasa depan baru dapatkan imunisasi tersebut.


semalam goreng telor dengan minyak zaiton dan campur dengan bubur nasi aisy + carrot +kentang(masih makan bubur sebab gigi tak banyak lagi)
alhamdulillah ok


tentang supplement untuk otak ni, tak pasti la macam mana..ada tak eh sesiapa yang berpengalaman nak kongsi pendapat?

LIRIK LAGU RSVP – MAULANA AF8


LIRIK LAGU RSVP – MAULANA AF8

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu (2 kali)

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran (2 kali)

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

***

ades
kenapa mommy aisy suka bangat lagu ni
kenapa mommy aisy tetiba sangat layan genre music ni

tapi apapun
mommy aisy mesti kepala dia tersengguk sengguk ikut rentak lagu ni
aisy pun heran tgk
daddy aisy lagi heran

mommy..mommy...

***

mommy aisy said: ada mommy kesah??hihihi

cik timah dan shahir af8

tut tut
check inbox
"cepat! bagi ai lagu shahir tu, sedappp" request cik timah
so dgn lajunya donlod lagu
dan send to cik timah

ok cik timah
hadiah hari jadi hari ni
ialah lirik lagu shahir
yeeeee haaaa


LIRIK LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

****
oklah cik timah
enjoy da lyric
and keep singing it
practise make perfect
nanti aisy balik
aisy request cik timah karo-k lagu nie eh
sebab mummy aisy pun sukaaa sgt =D

****
cik timah
selamat hari lahir yang ke..tuttttt
hihih cik timah sayang
kami sayanggggggg sgt sama cik timah =D

****
cik timah ialah tok mama aisy
merangkap mama mummy aisy
merangkap mak mertua daddy aisy
jadi teka siapa cik timah
hehe

malas solat!

Pantun Untuk Orang Yang Malas Solat....... .
pantun istimewa nie berdasar email untuk pedoman kita semua.

Pantun ni khas ditujukan kepada orang2 yg ingin berfikir dan cuba mengingati betapa selama ini mereka menikmati segala kurniaan yg telah ALLAH limpahkan... .

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. ..

Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!

jumaat yang gonjeng

sedia maklum, setiap jumaat boleh pakai seluar dan tshirt sebab lazimnya setiap jumaat ialah untuk aktiviti 5S

5s tu = sisih + sapu + seragam + susun + sentiasa amal

dan yang paling best ialah setiap jumaat confirm ada jamuan =D

time rehat pegi alamanda dengan ain..saja je gonjeng-gonjeng dgn dia



***

balik dari alamanda sambung buat keja

thanks to heirul, clerk merangkap pakar it kat bahagian ina

kitorang tengoh potong polistrin neh..


gitewlah al kisah jumaat yang gonjeng..

p/s: new shalws, anak tudung syria lycra and many more are coming in..feel free to check hijab parlour regularly girls!!

puasa belum tapi baju raya dah ada

salam ahad..
aisy tgh tido, leh la online kejap
makan apa korang breakfast tadi? 
kitorang makan roti canai mamak presint 11 jer

***

puasa belum lagi tiba
tapi dalam pikiran dan memikir pasal tema baju raya thn ni
last year warna biru laut
this year..erm ntah lah

ada satu kain baju batik digital yang tak berjahit lagi
ada satu kain cousin beli masa dia gi UAE pun tak berjahit juga lagi
ada lagi satu kain beli dekat ain pun masih belum berjahit

rasanya..
tak beli dah kot kain buat baju kurung
tingin nak beli dress la pulak..
semalam gi envee alamanda
aduyai mahal2 bebenor laa dress kat situ
rasa cam membazir je kalu sampai spend 2++ untuk sepasang dress

***

tengah usha butik-butik online yang jual baju fesyen korea
comel-comel jugak
tapi penah beli satu, cam tak cukup labuh je 
ke perempuan dari sana pendek2 belaka

***

alhamdulillah
sepanjang minggu ni ada saja pelanggan manjadiri
yang return clients pun ramai

2nd batch shawls ekslusif pun dah habis ditempah
ya allah, terima kasih atas rezeki yang Dikau kurniakan ini..





shawl ekslusif RM13 second batch




antara shawls eksklusif volume 2
visit hijabparlour for more =D

bertudung sanggul tinggi

haram??
do visit hijabparlour for more info

bayi meninggal lagi di taman asuhan

NOOR SARIMA menunjukkan gambar Aqil Adam yang meninggal dunia akibat tercekik susu di pusat jagaan, semalam.

pic: berita harian

venue: pusat jagaan kanak-kanak di Taman Impian Emas, JB

kronologi:

panggilan daripada pengasuh kira-kira jam 2 petang

tiba di sana, kelihatan Aqil Adam dalam keadaan lemah manakala muka dan bibirnya pucat

diberitahu seorang penjaga di situ kejadian berpunca akibat anaknya dihempap bayi lain di pusat jagaan berkenaan.

Aqil Adam Azrul sempat dua kali bernafas ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran pusat jagaan berkenaan, walaupun sebelum itu dia dimaklumkan sudah tidak bernafas

Doktor memberikan bantuan pernafasan, selepas lebih 10 minit, beliau menyatakan Aqil tidak mempunyai harapan untuk hidup berikutan lewat dihantar untuk mendapatkan rawatan

laporan bedah siasat hospital pula menyatakan arwah meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak

***

sedih
pilu
simpati
trauma

***
sebelum ni kisah baby meninggal sebab tercekik fish ball
kali ni katanya tersedak susu or satu lagi versi alasannya dihempap bayi lain

***

pusat jagaan bukan ke sepatutnya pengasuh ramai?
kalau difikirkan logik akal, jika ramai
tentu bayi tidak terbiar
tentu bayi dijaga dengan penuh perhatian
tentu bayi tidak keseorangan

***

walaupun aisy dah setahun
namun hati tetap gundah gulana nak hantar ke nursery
baru-baru ni kawan huby kata
hantar je ke umah dia
suruh bibik dia jaga
mungkin hujung minggu ni nak p jumpa bibik tu





gemuk selepas kahwin


hehe gelak dulu
pengakuan ikhlas
lepas kahwin memang naik berat badan
asalnya 45kg je
sebulan lepas tu teruk kembang jadi 50kg
lepas bersalin lagi laa gemuks 68kg
la nih?? 49kg lega..

***
watpo citer berat badan ina
ina saja nak tanya
korang macam mana?
gemuk tak lepas kawen?
agak2nya kena eh?

***

ina rasa sebab ina gemuksss lepas kawin:
http://emo.huhiho.com
hepy sgt lepas kawin, so mood makan membuak-buak
perubahan gaya hidup
sitting at the family table for dinner is a MUST
spending more money at the market
eating out

***


orang ketiga puncanya


LONDON: Satu kajian menunjukkan insiden kecurangan tidak seperti dijangka umum boleh merapatkan lagi sesuatu perhubungan, jika yang menjadi mangsa memaafkan pasangan mereka.


Pasangan yang berupaya memaafkan dan membina semula kepercayaan selepas kecurangan kemungkinan melaporkan hubungan mereka semakin kukuh, menurut satu kajian.




Seorang dalam setiap empat orang akan menipu pasangan pada satu peringkat kehidupan mereka dan pengkaji di Universiti Terbuka dan Universiti Barat Bristol mendapati bagi sesetengah pasangan ia mungkin memberi manfaat.


Dr Andreas Vossler dan Dr Naomi Moller akan membentangkan penemuan mereka pada persidangan Persatuan Kaunseling dan Psikoterapi British di sini, tidak lama lagi.Kajian mereka mendapati pasangan yang mengakui curang akan melalui tempoh berkabung dan bersedih, sama seperti mereka yang mengalami kematian keluarga atau pasangan.

Selepas itu, jika mereka boleh mengembalikan kepercayaan, mereka mungkin melaporkan hubungan mereka lebih kukuh berbanding sebelumnya.

****


ye ke boleh dirawat kembali luka kecurangan tu?
ye ke boleh dilupakan?
ye..
boleh dimaafkan
ye..
deserve second chance..
tapi minta dijauhkan..


http://emo.huhiho.com

malu semalu-malunya


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.



Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.



Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).



Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wa nita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.



Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.



Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
(tapi kalau dengan suami or parents kat luar ok jugak ^_^)

shawl ekslusif hitam menawan RM13.00

 visit hijabparlour for more shawls to grab =D


hari ini hanya untuk awak

buat suami tersayang
hari ini khas untuk awak
hanya awak yang layak meraikannya
kerjaya awak patut dihargai
kerana menuntut pengorbanan yang tinggi
saya kagum dengan awak
peribadi dan personaliti awak
selayaknya sesuai menjadi pendidik

bukan sekerat hari awak bekerja
tapi dari pagi hingga lewat malam
tatkala saya dan anak dah lena dibuai mimpi
awak masih dengan LP
utk pengajaran esok hari
tak kira hujung minggu lagi 
terkadang timbul cemburu di hati
namun cuba kufahami
tuntutan pada hari ini
ternyata lebih mencabar dan menduga diri

selamat hari guru sayang
b bangga sangat dengan yang..

..........................................

mama, selamat hari guru juga untukmu
walau kini ma dah tak mengajar
lebih terarah mengajar pula guru-guru
tapi ma tetap layak meraikannya

masih teringat tatkala didenda
oleh ma 
kerana tak tahu menjawab soalan dalam kelas
tak kira anak sendiri
tetap dirotan dan didenda

terima kasih ma..kerana mendidik dan mengajar
di rumah dan di sekolah
walau pun dulu kukira ma garang
namun disebalik itu, ada senyuman terukir
melihat anak ma ini menangis hiba sedih didenda

selamat hari guru buat insan-insan yang amat kusayangi dalam hidup ini
jasa kalian dalam mendidik kami
menjadi insan berguna 
menjadi anak bangsa berilmu
amat dihargai
terima kasih
hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian wahai GURU..










sesi meluah perasaan #2

walau pun kita bz..
tapi kita sempat jugak jeling-jeling komen korang..
http://www.smileycodes.info

kita rasa sangat hepy
http://www.smileycodes.info
sebab korang masih setia di sisi 
http://www.smileycodes.info





sesi meluah perasaan


sejak masuk unit baru ni
sibuk sangat
sibuk menyesuaikan diri dengan bos baru
sibuk settlekan apa yang masih pending
sibuk belajar job scope baru
sibuk yang menyibukkan

balik rumah memang tak sempat dah nak melawat kawan-kawan
tak sempat dah nak memblog
tapi rindu..

tak sempat nak upload shawl-shawl baru
yang makin susut stoknya dek kerana pelanggan-pelanggan
manjadiri yang datang wat treatment
sekaligus shopping tudung-tudung hijabparlour

tak sempat juga nak balas email-email pelanggan yang bertanya
juga tak sempat nak buat pengesahan pesanan
jangan marah ye

ambil masa menyesuaikan diri
dengan unit baru ini
yang kukira lebih mencabar
lebih menarik utk diterokai

adeh..

ya allah, sembuhkanlah jerawat hamba ya allah

ya allah, sembuhkanlah jerawat hamba ya allah
tu sebenarnya keyword yang ina tengok dlm nuffnang
ala, keyword ialah apa  orang type then boleh link ke blog kita

nak tergelak pun ada hihihihak 
tapi tak boleh gelak!
ina rasa orang yang search pasal tu mesti mengalami masalah jerawat yang teruk
sehinggakan mungkin memberi kesan kepada emosi dia
dan juga turut mempengaruhi keyakinan diri dia..

harapnya orang yang search tu baca entry ina yang terbaru dalam manjadiri
berkaitan entry SAY NO TO JERAWAT
harapan ina supaya dapat membantu sesiap yang ada masalah kulit wajah tersebut..

enfagrow A+ murah




tudia nak cerita pasal susu anak pulak nih..
aisy kan dah cukup setahun, so from enfalac A+ tu dia dah shifted to enfagrow A+ pulak
selalu beli barang2 aisy ni kat carrefour putrajaya saja
jadi tak dela comparison harga mana-mana tempat lain

nak inform la kepada parents2 yang susukan anak dengan enfagrow ni
sekarang kat carrefour tengah sale
harga biasa RM96
sekarang sale jadi RM90.99

ada lagi ke tempat lain yang lagi murah eh???



nak contact lense free tak?

ina ni rabun..tapi tak penah nampak ada gambar pakai spek kan??
sebab ina ni pengguna tegar contact lense

setiap 6 bulan akan replenish stok sedia ada
dulu-dulu suka la juga pakai yang ada warna
tapi mahal bebenor
kalau yang biasa ni sekotak RM35 jer untuk sebulan
tapi kalau ada warna jadi RM75 sebulan
macam mana pun ada few brands yang boleh dapat harga RM45

apa-apa pun kalau tak yah bayar sure lagi best kan..
jadinya meh sama-sama kita register kat
website nisebab ada promo contact lenses freshlook illuminate

kalau kita terpilih kita akan dapat free sample cl 3 hari brand freshlook ni
yang bestnya dia boleh besarkan anak mata kita jadi lagi bold and brighter =D sukaaa sgt sebab cantik bila buat make up smokey eyes

so apa lagi, meh kita reg ramai-ramai eh..mana la tahu ada yang bertuah dapat percuma stok utk sebulan ^_^

ni pinjam sat pic dari en google

p/s: iklan ini tidak berbayar..

lahirnya sehari selepas hari jadiku =D



hari ini
pada tarikh yang sama cuma berbeza tahunnya
lahirlah mutiara cinta mommy dan daddy
06 May 2009 tarikh keramat
jam 130 tengah hari
kelahiran awak yang amat dinanti

aisy hafiy bin ahmad husaini
membawa makna seorang hartawan yang tinggi budi pekerti
harapan mommy dan daddy
menjadi anak yang soleh
berbakti pada agama, negara dan famili


dengan kelahiranmu
lengkaplah hidup kami
lahirmu membawa rezeki
menjadi penyeri
menjadi penawar
dalam hidup kami sehari-hari

membesarlah dikau
wahai anak
dengan sempurna akhlak
dan bijaksana hendaknya

mommy dan daddy seperti tidak percaya
kejap saja masa berlalu
sudah setahun umurmu


masih terbayang di ruang mata
gelagatmu menendang perut mommy
di kala aisy masih dalam kandungan


masih terngiang di telinga
tangisan pertama aisy
dan pandangan mata aisy
yang terkebil-kebil
tatkala pertama kali melihat mommy


aisy hero kami
walau lahir hanya 2.25kg
tabah, menghadapi pembedahan pertama
tatkala berusia 52 hari

cukup 150 hari,
dewan bedah kali kedua kamu kunjungi
untuk disunatkan
mengubati UTI

dan hari-hari yang berlalu
kadangkala batuk,selsema dan demam yang tinggi
namun aisy tetap hero kami
walau terpaksa ditahan di wad berhari-hari







aisy pagi tadi
bersama kak jiji
penjaga aisy sejak dari habis pantang lagi
dan akan berhenti
bulai julai nanti
mengikut bakal suami berpindah ke negeri jelapang padi


mommy dan daddy masih mencari
di mana nursery
terbaik pada pandangan kami
buat persinggahan aisy
sementara menanti kepulangan mommy dan daddy =D

instagram adlinahomemadescrub


up