Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

cik timah dan shahir af8

tut tut
check inbox
"cepat! bagi ai lagu shahir tu, sedappp" request cik timah
so dgn lajunya donlod lagu
dan send to cik timah

ok cik timah
hadiah hari jadi hari ni
ialah lirik lagu shahir
yeeeee haaaa


LIRIK LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

****
oklah cik timah
enjoy da lyric
and keep singing it
practise make perfect
nanti aisy balik
aisy request cik timah karo-k lagu nie eh
sebab mummy aisy pun sukaaa sgt =D

****
cik timah
selamat hari lahir yang ke..tuttttt
hihih cik timah sayang
kami sayanggggggg sgt sama cik timah =D

****
cik timah ialah tok mama aisy
merangkap mama mummy aisy
merangkap mak mertua daddy aisy
jadi teka siapa cik timah
hehe

lahirnya sehari selepas hari jadiku =D



hari ini
pada tarikh yang sama cuma berbeza tahunnya
lahirlah mutiara cinta mommy dan daddy
06 May 2009 tarikh keramat
jam 130 tengah hari
kelahiran awak yang amat dinanti

aisy hafiy bin ahmad husaini
membawa makna seorang hartawan yang tinggi budi pekerti
harapan mommy dan daddy
menjadi anak yang soleh
berbakti pada agama, negara dan famili


dengan kelahiranmu
lengkaplah hidup kami
lahirmu membawa rezeki
menjadi penyeri
menjadi penawar
dalam hidup kami sehari-hari

membesarlah dikau
wahai anak
dengan sempurna akhlak
dan bijaksana hendaknya

mommy dan daddy seperti tidak percaya
kejap saja masa berlalu
sudah setahun umurmu


masih terbayang di ruang mata
gelagatmu menendang perut mommy
di kala aisy masih dalam kandungan


masih terngiang di telinga
tangisan pertama aisy
dan pandangan mata aisy
yang terkebil-kebil
tatkala pertama kali melihat mommy


aisy hero kami
walau lahir hanya 2.25kg
tabah, menghadapi pembedahan pertama
tatkala berusia 52 hari

cukup 150 hari,
dewan bedah kali kedua kamu kunjungi
untuk disunatkan
mengubati UTI

dan hari-hari yang berlalu
kadangkala batuk,selsema dan demam yang tinggi
namun aisy tetap hero kami
walau terpaksa ditahan di wad berhari-hari







aisy pagi tadi
bersama kak jiji
penjaga aisy sejak dari habis pantang lagi
dan akan berhenti
bulai julai nanti
mengikut bakal suami berpindah ke negeri jelapang padi


mommy dan daddy masih mencari
di mana nursery
terbaik pada pandangan kami
buat persinggahan aisy
sementara menanti kepulangan mommy dan daddy =D

dinner kami semalam..

suami " b, balik sharp eh..mlm ni kita gi dinner "
isteri " wah! wokeyyyyyy "

debussshhh tepat jam 5pm terus punch
fetch aisy yang tersengih-sengih depan pintu tunggu mommy dia

alamak, lupa nak defrost ikan aisy..
nak letak apa dlm bubur nasi dia???
apa lagi kalau bukan isi ayam bakar yang ditumbuk hancur masuk dalam bubur
wah, 1st time aisy makan ayam bakar nehh

semangkuk licin dia balun..
siap2, lepas maghrib kuar gi makan

suami " pilih la tempat mana yang tingin eh "
isteri " erm..sok keja, tak leh balik lewat..bangi je lah "

plannya nak makan chinese food tapi restoran makanan cina muslim kat bangi tu belum buka lagi huhuhu sedihhhhhh

suami " saba' nak? "
isteri " nak patah balik cyberjaya? takut tak sempat "

aisy dah lama tido atas riba..
solutionnya, San Francisco je lah..

lambat beno makanan nak sampai..so apa lagi, jadi camwhore le



terima kasih ya allah, kerana aturanMu kami dapat bersama


we had coke, ice mango, beef steak and pizzaido
mr daddy suruh order ice cream tapi tak nak sebab nak buat sendiri green tea ice cream with red bean (
lady, thanks for sharing red bean paste recipe)


aisy tidor dengan nyenyaknye..


elok je kitorang habis makan, terus dia terjaga..haa melilau mata dia scan restoran tu..hihi..
.
.
.
.
.



KAMI =D




maybe ada yang akan berkata, alah itu pun nak cerita
bukannya hebat beno..

takde pun candle lite dinner
or dinner kat tempat yang ekslusif..
simple je..
tapi ina tetap menghargai
effort si dia utk meraikannya..

terima kasih yang..

happy 26th birthday to me




happy 26th birthday to me =D

terima kasih ya allah, dengan rahmat dan ehsan Mu..telah 26 tahun ku menghirup nafas di bumi Mu ini..

ya allah, panjangkanlah umurku..
murahkanlah rezekiku..
kekalkanlah jodohku dengan suamiku..
kurniakanlah kesihatan dan kesempurnaan kepada anakku..

mama, abah..terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kak long
terima kasih di atas jasa kalian yang tak mungkin dapat dibalas
walau dibayar dengan jutaan wang ringgit
terima kasih di atas segala nasihat dan didikan selama ini
kini kak long dah dewasa..dah 26thn pun..
hanya allah yang mampu membalas segala pengorbanan kalian berdua

yang..
terima kasih atas ingatan
terima kasih kerana masih mengingati tarikh kelahiranku ini
terima kasih atas kasih sayang
terima kasih atas perlindungan dan didikan
dah 6 tahun kita bersama..mesti nampak perubahan pada diri b..
dari remaja hingga meningkat dewasa
you make me feel i can conquer the world
if i have u by my side..
you + me = powerful love

aisy sayang..
hadiah harijadi mommy yang tidak ternilai harganya
esok, mommy raikan harijadimu yang pertama
kita berkongsi bintang
kita berkongsi kegembiraan

pic of birhday mommy =D

instagram adlinahomemadescrub


up