mai nak tunjuk karat dalam air kat umah ina

air di rumah sekarang ni kotor..
sama juga masa menyewa kat desa pinggiran putra
bila tadah jer kadang-kadang tu keluar kaler kuning karat
atau pun kaler putih klorin

paip bawah tanah yang dok salur air kepada tiap2 rumah ni tak dicuci ke?
macam mana nak cuci ek..
takkan nak korek balik..
dalam tanah tu..
silap korek, pecah pulak..

apa daya yang kita ada?
nak masak? memang air kita masak
tu untuk bunuh kuman2 dalam air tu..
macam mana dengan karat? klorin?

solutionnya, ina pasang penapis air..
kat bawah ni gambar masa cuci minggu lepas..bukan ina la yang cuci..
en suami



nampak dak kat jari tu?
tu karat yang berjaya di tapis
rasanya kesat dan tajam
tak kuasa la nak ku cuci sendiri
mau kasar jari jemari guna nak facial customer nih..


cari kain nak basuh..
kain ni lepas guna confirm buang
karat yang lekat kat kain tu tak keluar kalau basuh pun


ee yukkk
kalau tak ditapis, yang tu la masuk dalam badan
tunggu buah pinggang kita tapis
ish macam mana la tak rosak buah pinggang kita kalau seumur hidup dok telan air berkarat cenggini
kita yang tua ni tak pa lah..
kalau baby??


dia ada 6 tabung, yang boleh dicuci tu tabung A
ganti setahun sekali, tabung B dan C pun ganti setahun sekali
yang lelain tu 3 tahun dan 5 tahun


yang tu lepas di cuci..nak kena tukar dah penapis seramik tu, dah cukup masa dah pun..

kawan ina ada jual nih..
sapa nak habaq na..
nanti try adjust dgn dia..kot2 dapat rege murah

kadang-kadang tu tengok citer omputih, depa buka paip then minum terus..
macam mana agaknya sistem air kat negara depa ek

8 comments:

Ain said...

ain pakai tecno water jer....

kalau tengok karat ni memang tak sanggup nak minum air....

nak jer gali perigi kan....hehehe

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Sama lah ngan umah sewa ktorg ni..
Air kuning..Apa lg klu buka awal pg..
Nk masak air..makk aii..yg kuar nyer..air karat..
Skrg ni jarang masak air guna air umah..
selalu beli kat luar jer / air kat mesin..

sI tEDI said...

mmg kena cuci selalu

sekarang air dah macam teh o

Adlina Husaini said...

ain, pakai apa pun tak kisah janji ada juga medium untuk tapis bendasing tu.. a'ah orang dulu2 takyah perabih duit beli menda alah ni semua..
mahal kan..perigi je..
kat umah tok ada perigi, tapi orang kampung dah buat perigi tu macam tempat buang sampah je..rugi rugii

Adlina Husaini said...

lily, air kat luar yang seliter 20sen ke 10 sen tu becareful ek..ina terbaca pasal air tu..dia air Reverse osmosis (RO)..air tu sgt tidak sesuai utk badan kita..air tu katanya kosong, tiada apa2 mineral dlmnya..tak sesuai utk cuaca kita, dan bila perkumuhan, air tu boleh 'menarik' sekali nutrien dalam badan kita

Adlina Husaini said...

tedi, sgt setuju!!

Lady of Leisure said...

erk teruk juga karat yer.. kalau tak pakai penapis tu mesti kita tak nampak karat dok masuk dalam badan kan... lady takde penapis kat rumah, beli air mineral.. every month jenuh gak la mengangkat kotak mineral hehehe..

eynda said...

Kotornyer air sekarang kan...

instagram adlinahomemadescrub


up