Hijab Parlour, alhamdulillah..

alhamdulillah..syukur sangat-sangat
usaha untuk ina tambah lagi pendapatan di samping minat mendalam
dalam berniaga
maka
hijab parlour pun terhasil

hehe intro bukan main..

nak maklumkan pada kawan-kawan, ina dah berjaya upload beberapa stok shawl dan tudung syria serta anak tudung syria dalam blog tersebut..

tapi ina tak abeh make up lagi blog tu nak bagi menarik..ina tak pandai sangat lah bab2 make up blog nih..header pun ina masih mencari-cari yang sesuai..

internet masih lagi bermasalah..kalau diikutkan ada lagi beberapa selendang yang belum di upload..

harapnya ada yang sudi melawat blog
hijab parlour ina tu dan ada juga yang ingin membeli dari ina..

.
.
.
.
.
.

lama tak blogwalking..rindu..tingat sangat..ish penangan persahabatan dalam blog ni hebat lah..seronok berkawan dan mengenali semua..rasa masing-masing ikhlas dan jujur..

walau kita berbeza usia, mahupun pangkat namun takde bezanya disini..insya allah, ada peluang, kita bertemu jua..amin..
.
.
.
.
.
kenapa la aku kemaruk sushi ni..nak kata mengandung, confirm la dak..baru 2 minggu lepas makan kat sushi king, takkan nak p lagi kot..ada tak sesapa yang pandai wat sendiri sushi??

tension!!!

geram sangat..
dari pukul 1 am lagi ina dok tercongok depan lappy ni
nak upload shawl, tudung syria and anak tudung cotton tu..

tapi tatau la pasepa signal teruk sangat
kejap 2 bar dan paling kuat pun 3 bar
tak stabil langsung..

dah la seminggu berkursus..memang tak sempat nak wat keja
apatah lagi la nak update blog
malam ni streamyx hampeh pulak

la dah 3:55am
rasanya tak sanggup dah nak tunggu
maknanya kena postpone lagi..
sian kawan2 yang menanti
jangan fed up dgn ina ek..ina betul2 minat nak mula meniaga online shawl dgn syria ni..
apakan daya line pulak tak support
esok ina cuba lagi
maaf ya..


latest update mimpi mengandungku

gegirls!!
akhirnya datang juga periodku..
apa maknanya???
tak preggy lah
hihi..
sekian dimaklumkan ^-^



muka lega tak hengat


p/s: pic tu ina pakai anak tudung syria warna purple + pink dengan shawl senada..
baru berjinak-jinak dengan bisnes tudung syria dan shawl secara online..

harga pengenalan:

anak tudung RM4 shj

shawl RM9 shj


insyallah ina akan upload stok2 tudung syria, shawl, dan anak tudung pelbagai warna tak lama lagi..

Cara pakai shawl #1

Pinkan shawl di bawah dagu. Tengok terletak jer kan shawl ni? Pastikan sebelah shawl pendek, sebelah lagi panjang. Ikut keselesaan masing2.Selalunya ika buat belah kanan pendek, kiri panjang.

Bawa bahagian Shawl yang panjang ke atas kepala.Tarik kuat sikit dan kemaskan klim selendang.

Bawa lebihan shawl ke hadapan.Kemaskan kedudukan ShawL.



Lebihan shawl td bawa ke bahu sebelah lagi. Pinkan dengan keronsang.
Jangan lupa, pinkan juga sekali lg di bawah dagu bg mengelakkan shawllonggar.
Kemaskan kedudukan ShawL.


credit to:

Cara pakai shawl #2

1. Pin seperti biasa. Bagi sebelah panjang.sebelah pendek.Kalau ika, ika buat sebelah kanan pendek betul. sebelah kiri panjang
2. Tarik sebelah panjang ke belakang.


3. Pusingkan shawl macam dalam gambar.
4. jadi macam ni..lepas tu ulangi balik langkah 3 ye.. (kemas kan shawl)


resultnya :D

source: http://radiusite.blogspot.com/
sila le lawat blog tu..ada byk shawl..cantik2

Cara pakai shawl #3

1. Lipatkan shawl menjadi segitiga di bahagian hujung.
2. Pakai seperti tudung biasa. Pin kan.
** Tarik sebelah yang panjang ke belakang.
(yang sebelah lagi tu biar pendek sependek nya pun bleh yer)

3. Tarik selendang tadi kehadapan pula. Ulangi langkah 2** sekali lagi.
4. Tarik ketat ya biar dia kemas.Lepas tu selitkan ke bawah dagu.Kalau ika, ika pinkan je dengan pin yang memang ada dekat bawah dagu. senang..hehe
Jangan lupa kemas-kemas kan bahagian depan dan belakang.Bagi cantik je terletak ok!


Hasilnya~!
Shawl yg menjadi tudung..cantik x?
boleh juga pakai jadi shawl yer..

tutorial bergambar - pakai shawl panjang



pakai anak tudung kecil yang menutup leher

atau boleh pakai anak tudung biasa dan baju turtle neck



pastikan sebelah panjang sebelah pendek

pinkan selaras dengan kening



bawa yang panjang dan lilit sekali lagi

guna pin yang sama dan sematkan seperti gambar



hasilnya macam ni lah

pinkan kedua belah sisi jika mahu

award dari ENA



ye haaaa
ni dia award dari ENA
kena ambil ni kengkawan
nanti ena merajuk, tak mai dah 'umah' ina ni..hihihi

sebelum rasmi dapat award kena jawab tag dulu..senang je pun..10 perkara yang membuatkan saya gembira

1. aisy sihat

tentu sekali mommy and daddy hepy sgt2 bila aisy sihat selalu..sebab past few months, 2 bulan berturut-turut aisy warded..masa aisy berusia 52 hari, aisy dah kena operate sebab hernia..masa aisy 3 bulan, suspec to have Urinary Track Infection yang menyebabkan masa berusia 5 bulan, aisy bersunat..semoga hendaknya lepas ni tak sakit2dah eh..amin..

2. shopping

baik perempuan hatta lelaki, selagi dinamakan manusia dan punya nafsu..memang suka membeli belah kan..cuma bezanya cara kita shopping, ada yg suka jelajah satu shopping complex wat marathon bertumit tinggi lepas tu baru decide nak beli..

style ina, sblm p shopping, decide dulu nak beli apa
kaalu boleh survey dulu dalam internet berapa harganya
bila dah jumpa yang berkenan beli dan belah ihihi

dulu suka la gi dating kat shopping complex..tempat awam..
la ni dah ada anak, nak minimakan masa di kompleks2 membeli belah
tak nak bagi aisy terbiasa
takut nanti jadi mcm anak saudara mara ina
asal weekend je ajak mak ayah gi shopping
sebab dia ingatkan shopping ialah aktiviti utama semasa hujung minggu..adesss naya..

3. bila ramai pelanggan yang berpuas hati dengan servis manjadiri


alhamdulillah..sangat gembira bila menerima pujian dan komen membina dari pelanggan2
manjadiri lepas depa memanjakan diri di home salun ina..

4. balik kampung

of course bukan ina sorang je hepy, semuaaaaaa orang pun suka bila balik kampung halaman masing2 kan..

5. jalan-jalan cari makan

ish favorite aktiviti nih..suka sangat explore tempat makan baru..cuba hidangan baru..apa sahaja la berkaitan makan-makan ni memang sgt ku suka..nafsu gajah sungguh hihi..

6. bonus

ish orang tak betui je kot tak suka dapat bonus, kan..cuma kerja ngan kerajaan ni, tak de la bonus banyak compare keja ngan swasta..depend on keadaan ekonomi la jugak..terima je lah seadanya..

7. bila masak, menjadi

wah sangat hepy..tak semestinya tiap kali masak 'menjadi' je ina ni..kadang2 tu rasa cam tak cukup rasa je..maklumlah, mai kawen ni baru ku kenal erti masak memasak..

sebab tu la bila masak sesuatu dan huby kata sedap, wahhhh rasa cam terbang jee =D

8. bercuti

best nih..wah dah lama gila tak p bercuti kat pulau..nak keja propose kat huby nih..

9. lepas mop lantai

rasa satu kepuasan yang maha hebat bila selesai mop lantai..syok sangat hehe hat ni pun nak hepy ke? ish ish ina ina..

10. kalau ku mai period!!!!!

wah ini memang hepy, maknanya tak menjadi realiti la mimpi =D
(hanya yg baca dan follow kisah ni je yang faham perkara 10 neh kehkehkeh)

oklah, ENA jangan merajuk eh..ina dah buat dah ni
so rasminya ina dapat award tersebut =D

jadi nak hadiahkan jua award ni kan gegirls yang lain..
ian tak point sesiapa..takut menyusahkan..
gegirl yang membaca entry kali ni, kalau sudi jemputlah ambil award dari ina ni yer..

tutorial bergambar - shawl kecil



lipat jadi segitiga




sebelah pendek
sebelah panjang

yang panjang angkat dan pin kan seperti dalam gambar

kemaskan

faizal tahir, cantik isterimu bertudung, tudung syria kah




tingin juga nak tengok family faizal tahir
sebelum ni dia kan penyanyi nasyid kumpulan mirwana tak salahnya..
happy family
hopefully perkahwinannya kekal..amin..

cantik juga isteri dia bertudung
pakai anak tudung syria eh??
ina sukaaaa sgt tudung ni
tudung awning memang sgt tak sesuai dgn mukaku..ada satu je tudung awning
ala yang kat header pic tu..yg tu je lah satu satunya yang ada
beli masa nak raya
tahun bila ntah
masa tu beli kat munawarah
mahal bangat
la ni
banyak and murah2 dah kan..


nanti nak buat entry khas pasal tudung syiria kegemaranku itew =D

cerita ku mimpi mengandung lagi



gegirls semua..dalam mimpi ina mengandung lagi tu, ina nampak perut ina sebijik macam dalam gambar tu cuma bezanya tapak kaki baby dalam perut ina tu besar lagi and nampak dua-dua belah tapak kakinya..

sehingga sekarang period tak mai lagi..
dah lewat 4 hari ni
pregnancy test ada, dah ready
tunggu masa nak check kebenaran teka teki
tapi
biar ku tunggu beberapa hari lagi
nanti ku update status terkini

menatap wajah terakhir arwah achik

ya allah
berikanlah kekuatan untuk wanita ini
meneruskan kehidupan
berikanlah dia ketabahan untuk wanita ini
membesarkan anak-anak kecilnya tanpa suami di sisi
kurniakanlah wanita ini
belas kasihanMu
kurniakanlah wanita ini
ehsanMu



gambar ehsan: malayan.com

semalam ku bermimpi mengandung lagi!


pic:google

semalam..tidurku tak lena..
ku bermimpi..
mengandung lagi..
kali ini bayi perempuan..
ku diperlihatkan rupa parasnya..
ku nampak tapak kakinya..
ku nampak wajah putih mulusnya..
ku nampak rambutnya lurus lembut berolak..

pelik..
tapi bahagia..
walau ku BELUM BERSEDIA..
menimang cahaya mata..
cukup sekadar anak teruna yang ada..
yg penting IUD tahan 3 tahun lamanya..

suamiku?? hanya tertawa
dia ada bertanya..
adakah aku berfikir utk menambah anak kedua..
oh tentu sekali tidak jawapannya..

mimpi..
mainan tidur sahaja..
namun sengaja ku google cari maknanya..
katanya boleh membawa rezeki besar..
namun semua itu hanya ramalan belaka..
segala di dunia..
allah yang punya..

aisy, awak terlalu berani

biarlah gambar yang berkata-kata..













pic kualiti kureng sebab snap dengan kamera hp ja..
ina gi toilet jap, tepi tangga tu je..gi basuh tangan..lepas pakaikan dia dryper..baju dgn seluar belum lagi..ina rasa dalam 10saat je kot..sebab tahu aisy la ni lasak..tapi tak disangka sangka dia berani panjat tangga..

bawa mengucap ina..melalak dia bila ina angkat..akhirnya tewas jua dengan keazaman dan kesungguhan dia memanjat anak-anak tangga tersebut tanpa rasa goyah walaupun pada hakikatnya, dia masih belum teror berjalan..

bermula dari saat itu, ina dah tak biar dia unattended even nak gi toilet ina bawa juga dia..

mungkin dah lama dia aim nak panjat tangga tu namun berjaya dihalang oleh mak ayahnya..tapi hari tu, dia berjaya mengambil peluang yang ada..tengok lah gambar terakhir tu, ada senyuman kepuasan disebalik pacifiernya

khas untuk aunty aisy



hihi..budak sekor ni touching pulak sebab ina tak link dia masa buat entry pasal kawan2 yang mendoakan aisy tu..

babe, of course la hang punya takde dalam list tu sebab yg tu dedicated specially to all my online friends who sincerely prayed for aisy healthiness

nama dia ni farah alwani bt sha'ari (hambek ko,full name terus)
dalam keluarga, ina yang sulung then farah, fauzan dan fatin
dulu geng bergaduh ina zaman kecik2
la ni geng meluah perasaan hihihi

dia ni belajar lagi, final sem kat kolej KPTM cheras (area shamelin tu)
umurnya 22 thn..(dah tua weh tapi dok perasan muda gitew)

dulu-dulu, masa dok dating ngan daddy aisy, dia la tukang cover line hekhekhek

weekend je, pon ponnnn sampai dah si kancil depan umah..lega tau every week dia mai, at least ada la bibik di hujung minggu kehkehkeh

dia pemalas nak mampos..kalau balik cuti sem sure mama ngadu tak nk buat keja umah..
tapi kat umah ina, dia lah yang rajin ngasuh aisy, anak menakan kesayangannya..and yang paling best ada satu malam tu, ina dgn husband sama2 flat, sambil tengok berita jam 8 tu terlena..aisy pun tido..

bangun je dah terhidang telur sambal dengan nasi..wkakakaka bahagia gila bangun tido ada makanan =D

anyway budak ni pandai masak..untung betui aku ada adik sebegituwww

satu lagi, english vocab dia sangat power =D

farah thanks a lot..u really helping me in raising up aisy..

million thanks for creating a really nice video of aisy masa dia baru lahir dulu..sampai la ni aku rajin tengok balik video tu..and nangis sob sob hihihi touching sebab aisy dah besar..

doa aku,hang grad with flying colors and allah bless u in whatever u do..even though i never said this but here proudly announce

IM REALLY PROUD HAVING U AS MY SIBLING AND I LOVE U SO MUCH DEAR SISTER!!!

hanya allah yang mampu membalasnya

terima kasih blogspot..

merujuk kepada kisah aisy hafiy, maafkan mummy.. ina nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan di sini yang prihatin dan berbesar hati mendoakan kesihatan aisy.. doa kalian sangat ina hargai, sanjungi malah terharu sangat..tidak disangka, kebanyakan rakan-rakan di sini yang tak pernah bertentang mata..ikhlas mendoakan kesejahteraan anak kesayangan ina, aisy hafiy bin ahmad husaini..

lalu,dengan bangganya ina nak tayang kat dalam blog ni, rakan-rakan ina yang selalu rajin mengunjungi ina di sini..






Queen of 2 heroes rakan blogger yang masih muda tapi bagiku, kehidupannya sangat sempurna dengan kehadiran suami yang sangat menyayanginya dan darwish, yang hanya beza 16 hari dengan aisy hafiy..
adik ini kupanggil nad, masih belajar..

secara peribadi,cemburu juga bila dibandingkan masa ku belajar dulu..jauh beza kehidupannya berbanding kehidupan studyku dulu..

nad, so proud of you deq :)







The Queen Of Our Heart asalnya dari Johor..kukenalinya sebagai Lily@mummy qistina..
sesungguhnya, kusangat mengagumi lily dan suami dalam memilih nama anak kesayangan mereka, Qistina Olivia..sangat unik, sedap dan penuh bermakna..kusuka baca kisah disebalik nama anaknya tapi bila dicari entry tu, tak jumpa lah..

entry yang menyentuh perasaan ku di kala melihat gambar-gambar qistina menangis cuba poo poo ..dari situ buat ku tertarik untuk menjadi pengikutnya

dia seorang suri rumah sepenuh masa, sangat bertuah kerana berpeluang melihat sendiri anaknya membesar di depan mata 24jam..







Life Beneath The Eyelids kubaru saja mengenalinya..menerusi nuffnang, kujumpa namanya dalam ruangan recent reader..terus kuterjah dia semula hihi..dari damansara..

sebaya denganku, 26 tahun..seorang hot stylo preggy mommy..bayinya sudah 22 minggu..ku sangat mengagumi ketabahannya mengharungi keperitan mengandung sendiri memandangkan suaminya jauh di sabah..

go misha, girl power!!







Umik Gadis Melanau tengok kepada blog name dah tahu kan umie dari mana..umie,tinggal di putrajaya..sama macam ina juga, keja dengan gomen..

ive met her and her beloved hubby in person..jumpa masa hantar foundation stick yang dia beli dariku..

she's so nice and my aisy pun sengih2 bila jumpa dia hihi
dia ada kamera best..sesuai dgn gaya hidupnya yang suka berjalan-jalan cari makan dgn cik abang dia..favorite makanannya tentu sekali udang goreng tepung =D







The Eyes Of Princess Redbloodsnow yang ni namanya zie..muda setahun dari ina..follower dia ramai gilos..
zie ni cantik orangnya but opss dah berpunya ni..dah kena formally booking pun last year..

dia suka crafting..dia suka wrapping..sapa suka felt boleh geng dgn dia..
orangnya happy go lucky

zie, mata awak cantik sangat..sesuai dgn teknik smokey eyes make up =D







Sekamar rindu
dia bagiku seorang yang rahsia..tak pernah kujumpa entry yang ada wajahnya..
dia kukira seorang pujangga..tiada entry tanpa puisi indahnya..

hahaha bila baca blog dia, mood bermadah mesti 'sampai' punya..tapi kita la pulak, tak sekreaftif dia dalam meluahkan rasa..

sekamar rindu, bertuah awak kerana dikurniakan ilham utk berkarya, puitis sekali..







mamamiera tuan punya rumah.. dari selangor..umur 29..cantik jelita wajahnya.. bertuah anak-anak dapat kulit ibunya..bertuah sangat kerana memiliki sepasang anak amira dan adi sebagai permata hatinya..comel-comel belaka..

masih baru kukenali..kena rajin godek entry-entry lama untuk perlahan-lahan mengenalinya..seronok baca gelagat kedua-dua anaknya..







Ena,
dari selangor..sepatutnya ku panggil dia kakak tp muka dia muda la..tak nampak mcm umur 30 pun..

ada sepasang anak, dua-dua kukira punyai air muka dia..comel sangat irfan dgn kakanya..
ena antara yang rajin melawatku..ada saja komen utk setiap entry ku..thanks ena ek..

cantik gambar anak-anak dia..katanya suami yang pandai edit..hope one fine day dia akan wat tutorial camne nak edit gambar2 tu..dia ada DSLR, memang best la tiap kali snap2, sungguh bergaya kan bila ada kamera mcm tu =D





Honeysour's blog
blogger ni special sikit..sebabnya dia bukan rakan blog bahkan pernah menjadi jiranku semasa ku menyewa di desa pinggiran putra sebelum pindah ke umah sekarang ni..ku jumpa blog dia semasa ku buat blogwalking..hihi terkejut dia bila kutinggalkan komen pertamaku..dia juga bekerja di bangunan yang sama denganku =D

baru 10bln berkahwin dan bersalin pun, bunting pelamin la katakan hihi..anaknya, Muhammad Dani Emir dah sebulan..ku panggil dia yana dan suaminya ady..dia panggilku na dan cikgu

yana, tak sabar aku tunggu hang bawak dani jejalan umah mai aku ;D






Little Parlour
ku panggil dia lady..sebaya denganku..sudah berkahwin serta punya dua anak, arri dan molly..tembammmmmmmm sgt keduanya..

apa yang menarik tentangnya ialah dia berpeluang untuk travel ke banyak negara bersama suaminya..ku difahamkan kerja suaminya menuntut mereka ke luar negara menghadiri persidangan atau mesyuarat di luar..lady sungguh bertuah, dapat menemani suami serta makan angin..

walau pun mempunyai kelulusan, namun dia memilih untuk berkhidmat sepenuh masa untuk suaminya..bagiku, kalau aku ditempat beliau akan ku buat perkara yang sama..biarlah ilmu itu digunakan untuk mendidik anak-anak..

asal dari perlis, seperti suamiku jua..
lady, i wish i could see your full pic in ur blog =D






Baby&Me
ku baru mengenalinya..melalui blog q..punya anak dara yang baru boleh bercakap..
comel anak dara dia..dah pandai bercakap..pandai panggil dia mak..dekat ayah dia panggil bah dan paling kiut dia panggil aaaauuuu utk kucingnya..

seperti misha, ku akan meluangkan masa godek-godek entry lama2 dia to get to know her well..dia mencari-cari idea untuk meraikan hari ibu buat maknya..apa kata singgah diblognya dan berkongsi idea dengannya jika ada




fisa othman, kakakku di alam maya..bolehkan dianggap kakak??hihi..

punya seorang permata hati bernama irfan..cute anak teruna dia..punya air muka gabungan kedua org tuanya..

fisa, rajin update blog dan kebanyakannya seronok di baca bagiku..ada yang memerlukan ku fikir apa disebalik luahan dalam entrynya..ada yang mengusik jiwa dan ada yang buat ku ketawa..thanks to fisa dan semua kawan2, atas persahabatan maya ini..



seterusnya tentang ">cik imah kita..
dia ni ina kenal dari zaman sekolah lagi..form 1 sampai form 5..
imah dah ada anak dara..namanya indah sekali nur arissa safiyya yang sudha berusia 1 tahun..comel nau anak dara dia dan yang paling best sekali terkini anak dara dia dah mula pandai sebut baby!baby!..tandanya nak adik baru la tu imah

hepy sebab dapat connect balik dalam blog ni..lama tak jumpa dia..lupa lah macam mana leh terjumpa blog dia..tapi yang pasti, walau jarang berjumpa secara nyata, dalam blog pun leh memantau or ambik tau perkembangan rakan lama..imah, hope one fine day imah mai putrajaya dgn arissa and huby ek..saja nak bagi aisy kenal2 dgn arissa yang comel lote tu hihihi




IBU AYRA atau lebih mesra kupanggil dia KAKLONG..
hihi dia bukan kak long sebenar ku sebab ku sendiri anak sulung tapi dia kukenali sejak aku hingusan lagi..

dulu kecik2, duduk dengan mak kaklong yg mesra dipanggil makyah..diorang org kelantan tapi dah lama menetap di kedah, cakap pun ikut style org kedah dah pun..

memori yang tak dapat dilupakan, masa ni darjah 4 kot,masa tu ku demam panas..taklalu nak makan apa pun kecuali sambal ikan kembung makyah je hihihi..maknanya mama gi beli ikan kembung then hantar kat makyah suh masak semata-mata utk aku ish ish hoverrr

kaklong ni tengah sambung master dan suri rumah sepenuh masa..anak dara dia yang comel tu nama ayra..bijak btui ayra tu..sekarang tinggal di perlis namun tak penah lagi ada kesempatan nak mengunjunginya sedangkan umah dia dekat dgn umah mak mertua..ala perlis besaq mana sgt pun kan..azam neh..balik perlis nanti nak lajak p umah kaklong jugak..

dia pandai masak tau..
kaklong, nak request western food dgn punding roti caramel kaklong :D



nah..lama aku draft entry show off ini..panjang..tapi puas hati sangat sebab dapat show off kat dunia rakan-rakan yang prihatin dan ikhlas mendoakan kesejahteraan dan kesihatan aisy..tentu sekali hanya allah yang mampu membalas doa kalian..

walau hanya berkawan melalui alam maya ini namun aku sentiasa menyimpan hasrat mahu berjumpa dan bertemu mesra dengan mereka..mengenali mereka di dunia nyata =D

aisy hafiy, maafkan mummy


aisy, semua ni adalah kompilasi gambar-gambar semasa aisy dimasukkan ke hospital kpj kajang pada bulan lepas sebab demam panas dan selsema yang teruk..
mummy terpaksa merelakan aisy dibedung dengan erat dan membiarkan fisioterapi menepuk-nepuk dada dan belakang aisy untuk mengeluarkan kahak

mummy ada kat situ aisy..cuma aisy tak nampak..sengaja mummy berselindung dengan air mata berjurai melihat anak kesayangan mummy dibuat begitu..mummy tau, lagi aisy nampak mummy, lagi kuat tangisan aisy..aisy nak mengadu kat mummy ye..aisy nak minta tolong dilepaskan dari bedung yang ketat itu kan..mummy tahu sayang..

mummy nampak mata aisy meliar ke sana ke mari mencari mummy :(
mummy cuba menepuk-nepuk dada mummy sendiri seperti mana fisioterapi tersebut buat kat aisy..ternyata..mummy sendiri tak tahan rasa kesakitan tu..

aisy, tabah ye nak..sesi fisio 15 minit tersebut utk kebaikan aisy jua..


balik ke bilik.. sekali lagi aisy menangis..kelemasan dalam wap gas tersebut..aisy meronta mahu dilepaskan..aisy, mummy terpaksa..daddy terpaksa..sory sangat2 tapi semua yang kami buat ini untuk kesihatan aisy.. jika tak dirawat, paru-paru aisy boleh terkena infeksi..maaf ye nak..


tak sanggup mummy tengok diorang pegang dengan kuat kedua tangan aisy, pegang kepala aisy, pegang kaki aisy..kudrat seorang bayi melawan 3 nurse..tentu sekali tak terdaya nak melawan..

biar mummy dengan daddy yang buatkan untuk aisy.. kalau ikutkan, nurse-nurse di sana sepatutnya yang perform prosedur ini tapi mummy berkeras, mahu buat sendiri..

sikit je lagi nak ye.. lagi 4 jam kita buat lagi..

pedulikan mummy yang dah tak bersiap, serabai je..terpaksa pinjam tshirt daddy, sebab setiap 4 jam sure aisy akan muntah..muntah sebab nangis, muntah sebab banyak kahak terkumpul di dada..

doktor asmuni tegur kenapa mummy nampak pucat dan sugul..mana taknya, risau melihat keadaan anak yang dua bulan berturut-turut dimasukkan ke wad disebabkan kesihatannya yang tak menentu


masa ni aisy getting better..mummy pun dah senang hati..4 hari berkampung dalam wad sangat memeritkan buat mummy dan daddy.. tok mama dari kedah sanggup ambik cuti, semata-mata nak bersama dengan cucu kesayangannya..

aisy, ramai aunty-aunty kat sini yang mendoakan aisy.. terima kasih buat aunty fisa, aunty ena, aunty umie, aunty ibu ayra, aunty imah and aunty lady yang mendoakan aisy..


membesarlah anakku..dengan sihat, cerdas dan menjadi anak yang soleh buat mummy dan daddy, agama dan negara kita =D

instagram adlinahomemadescrub


up