saya isterimu..peluklah saya..

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.






*peluklah isteri di dapur..sebagai tanda terima kasih kerana memasak buat mengisi perut seisi keluarga
*peluklah isteri di ruang tamu..sebagai tanda terima kasih kerana penat mop lantai,sapu lantai saban hari
*peluklah isteri di ruang tidur..sebagai tanda terima kasih kerana bersusah payah berjaga menemani anak minum susu
*peluklah isteri di mana sahaja..kerana anda bangga dia isteri anda..



11 toddler behavior problems and how to handle them

Korang rasa geram tak bila anak-anak kecil ni buat perangai?
kadang-kadang rasa nak pukul je kan, terutama bila dah tak leh nak kawal tantrum tu..
Ina dapati link-link di bawah boleh membantu untuk kita handle anak-anak kecil kita bila diorang mula tunjuk taring. Insya allah, penerangan tersebut boleh membantu untuk kita jadi serasional mungkin dalam mendidik anak-anak.













*inilah dia warna warni kehidupan kita sebagai ibu bapa, kan..



steamboat ala seoul garden


last day masa balik beraya di kampung hari tu, ina dan suami belanja jitra's family steamboat aka seoul garden tu..ala, ada steamboat dan teppanyaki


mulakan dengan 3 jenis sosnya buat cicah
ada sos thai, sos yong tau fu dan sos padang besaq mari (pergh ni memang terbaekkk,dah nak habeh ni,tak tau laa mana mau cari)


satu tempat grill yang my mom beli kat Satun, Thailand. Satu lagi tu steambot and grill pan biasa


yang ni antara daging dan ayam yang dah diperap siangnya
ada daging blackpepper, ayam perap resepi turun temurun mama, ayam perap madu, daging perap mayonis dan ayam perap serai


yang ni untuk makan last sekali lepas semua bahan-bahan dah dicelup, baru rasa manis supnya
ada mee bayam, mee maggi biasa, pak choy dan telur


yang ni bahan-bahan untuk wat celup-celup dalam sup steamboat tu dan dibakar kat grill pan
ada tofu, udang, ketam dan cikuwa


wan ngan tok tersayang ^_^


usah ditambah bara yang tersimpan hehe


acara masak memasak






mana aisy?????
ada tapi dia behave sangat malam tu tak kalut nak kacau mommy masak
nak tau dia wat apa?



konon-konon bawa motor la tu
siap bersembur air liur
bunyi macam-macam dah keluar, tak bagi pegang langsung

tengok bontot tu, tak sampai pun kat sit moto 
dia main parking je montot tonggek dia tu


tutorial buat sushi


nori sheet sebagai pembalut - beli kat carrefour alamanda



sushi mold - beli kat kedai daiso ioi 


ada plak terung jepun, timun jepun daaaa 
salah capture plak hihi
ni beli kat carrefour alamanda jer


beras sushi - ni beli kat cold storage parkson alamanda
lagi murah dari carrefour alamanda



sosej - any flavour



lettuce beli kat carrefour alamanda jer


tikar buluh untuk menggulung - beli kat kedai daiso ioi



isi nasi dalam bekas #1


kemudian letakkan dalam bekas #2



layer selepas nasi, dilapisi dengan timun jepun



kemudian diikuti lapisan sosej yang digoreng atau dibakar



filling seterusnya - lettuce



tutup lapisan filling dengan nasi sushi



pandangan dari tepi



tutup dengan lid #3 untuk membuat roll



remove lid #3 tersebut
nasi nampak lebih kemas dan membulat



letak nori sheet atas tikar buluh



terbalikkan dan letak atas nori sheet, letak ke tengah sedikit untuk memudahkan proses menggulung



bekas #2 remove, yang tinggal #1 jer





remove #1





gulung sedikit demi sedikit





buat beberapa gulung hingga nasi habis


gunakan pisau yang betul-betul tajam untuk memudahkan kita memotongnya

.



curahkan mayonis 
cicah dengan kicap sushi&sashimi dicampur dengan sedikit wasabi



*huh bercinta nak upload pic by pic*
akhirnya siap juga entry the making of sushi nih



bila..

bila hati terasa sunyi..
bila hangat semakin menyepi..
bila yang hitam mula menguasai..
bila ritma muram mengaburi..
bila diam semakin bersemi..

bila sendu bertamu..
bila kelabu menyapu..

bila pasrah datang menyerah..
bila kasih tidak terarah..
bila jiwa rasa kalah..

wahai suami, bermesra bukan ketika seks sahaja

Kita sebagai muslim patut bersyukur, kerana Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik kita telah memberikan petunjuk yang lengkap termasuk dalam perkara menjaga kemesraan hubungan suami isteri. Dengan demikian kita tidak perlu mencari-cari sumber lain yang terkadang justeru menjerumuskan ke dalam perkara-perkara yang melanggar syari’at. Beberapa perkara yang dituntunkan Rasulullah SAW dalam menjaga kemesraan hubungan suami isteri antara lain :

a. Bergandingan Tangan

Bergandingan tangan ( saling memegang tangan ) kelihatannya merupakan perkara remeh yang kadang dilupakan oleh pasangan suami isteri. Padahal bila ini dilakukan dengan lemah lembut dan perasaan kasih sayang yang mendalam, merupakan satu perkara yang dapat menjadikan suasana semakin mesra bagi pasangan tersebut.

Ini amat bermanfaat jika sebelumnya ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan, sehingga untuk membicarakannya perlu suasana yang tenang dan penuh kasih sayang.

Yang lebih penting lagi, bila dilakukan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah, ketika seorang suami memegang tangan isterinya dengan penuh kasih sayang, dosa-dosa mereka akan keluar melalui celah-celah jari tangan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam hadith dari Abu Sa’id.

Mari kita renungkan sejenak :

” Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya ( dengan rasa kasih sayang ) dan isterinya juga memandang suaminya ( dengan rasa kasih sayang ), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka. ”

b. Membelai

Perkara yang kedua yang dicontohkan Rasulullah SAW, yang menambah kemesraan hubungan suami isteri adalah membelai. Dengan belaian yang lembut penuh kasih sayang dari suaminya, seorang isteri akan merasakan ketenangan batin, sehingga perkara ini dapat menjadikan dia semakin sayang kepada suaminya. Perkara ini dilakukan Rasulullah SAW kepada para isterinya, sekalipun beliau belum akan mencampurinya. Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadith dari sahabat : ” Rasulullah SAW biasa setiap hari tidak melupakan untuk mengunjungi kami ( para isterinya ) seorang demi seorang. Beliau menghampirinya dan membelainya, sekalipun tidak mencampurinya, sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya, lalu bermalam disitu. ”
HR. Abu Dawud

Perkara ini kadang tidak dilakukan oleh pasangan suami isteri, kerana mungkin dinilai memperlakukan isteri seperti kanak-kanak, atau memang belum mengetahui bahawa perkara ini sebenarnya diperlukan isteri untuk menunjukkan kasih sayangnya.

c. Mencium

Ada cara lain untuk menciptakan suasana kemesraan suami isteri yang juga dicontohkan Rasulullah SAW, diantaranya adalah beliau mencium isterinya sekalipun ia sedang berpuasa. Berciuman merupakan cara sederhana dan mudah dilakukan untuk tetap menjaga kemesraan suami isteri.

Berciuman tidak hanya dilakukan ketika akan melakukan hubungan seksual. Perkara ini baik juga dilakukan pada saat terlarang untuk berhubungan seksual. Mithalnya ketika sedang berpuasa dan saat isteri sedang haid atau nifas. Pada saat-saat itu kemesraan tetap harus dijaga. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya : Dari Umar bin Abu Salamah, sungguh ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : ” Apakah seorang yang berpuasa boleh mencium?”

Beliau menjawab : Tanyakan kepada orang ini ( maksudnya Ummu Salamah ) .

Lalu ( Ummu Salamah ) memberitahukan bahawa Rasulullah sering berbuat begitu. ”
HR. Muslim

Dalam beberapa riwayat lain juga dijelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isterinya setelah beliau berwudhu sebelum menjalankan sholat.

d. Tidur Seranjang

Jika suami isteri tidur seranjang, tentunya lebih banyak perkara yang dilakukan dalam bermesraan. Dengan tidur satu ranjang memungkinkan mereka saling berdakapan dan berpelukan. Perkara ini menjadikan keduanya merasa tenteram dan tenang. Perkara ini juga dapat menjadi wacana hiburan atau penyegaran setelah melakukan tugas rutin sehari-harian.

Mengingatkan pentingnya tidur seranjang ini, maka Rasulullah SAW mencontohkan bahawa, beliau tetap tidur seranjang dengan isterinya sekalipun isterinya sedang haidh, seperti diceritakan pada sebuah hadith : Dari Aisyah RA, ujarnya : ” Rasulullah SAW dahulu biasa menyuruh kami berkain, lalu beliau sentuhkan dirinya padaku, padahal saya sedang haidh. ”
HR. Bukhari dan Muslim

Sebaliknya seorang isteri yang tidak bersedia tidur seranjang akan mendapat laknat malaikat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hadith berikut : Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : ” Rasulullah SAW pernah bersabda : ” Jika seorang isteri semalaman tidur memisahkan diri dengan suaminya, maka malaikat melaknatnya hingga subuh. ”
HR. Bukhari

e. Mandi Bersama

Mandi bersama juga merupakan perkara penting untuk menjaga kemesraan suami isteri. Mandi bersama dapat menjadikan hiburan yang menyenangkan sekaligus menyegarkan. Rasulullah SAW sebagai tauladan kita juga mencontohkan mandi bersama isterinya, sebagaimana diriwayatkan pada hadith berikut : Dari Aisyah RA, ia berkata : “Aku biasa mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu tempat mandi. Antara tanganku dan tangan beliau saling bergantian mengambil air, tetapi beliau mendahului aku, sehingga aku berkata : ‘ Sisakan untukku, sisakan untukku ‘. Ketika itu kami sedang junub. ”
HR. Bukhari dan Muslim

Di samping sebagai perantaraan menambah kemesraan hubungan suami isteri, seorang isteri yang memandikan suaminya dengan niat mencari redha Allah akan mendapatkan rahmat. Perkara ini dijelaskan pada hadith berikut : Dari Aisyah RA, ia berkata : ” Rasulullah SAW pernah bersabda : ” Semuga Allah merahmati suami yang dimandikan isterinya dan ditutup ( kekurangan ) akhlaknya. ”
HR. Baihaqi

Itulah beberapa perkara yang dapat kita lakukan untuk menambah kemesraan hubungan suami isteri sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW, dengan harapan kita mendapat pahala dan sekaligus dosa-dosa kita diampuni.


source: internet

tips elak bercerai

Di bawah disenaraikan tips berkesan untuk menghindari penceraian.

Tips # 1 Komunikasi dua hala
Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.


Tips # 2 Keterbukaan tentang masalah seks
Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.

Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda. Begitu juga sebaliknya.


Tips # 3 Menerima pasangan seadanya
Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan orang yang harus saling menyesuaikan diri.

Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik. Antaranya seperti perbezaan persepsi, wwasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.


Tips # 4 Jangan biasakan berbohong
Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing, bukan? Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang denga pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.

Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui, perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.


Tips # 5 Jangan cemburu berlebihan
Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke? Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka.

Misalnya seorang rakan telah melihat suami kelaur berdua dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa ertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah, inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.


Tips # 6 Hindari kecurangan
Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnya, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tetapi tidak didengari.

Kecurangan juga berlaku kerana pasangn kesepian, tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk dihindari atau disingkirkan.


Tips # 7 Cari orang tengah
Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suamiisteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.


Tips # 8 Tetap mesra
Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.


Tips # 9 Pasrah kepada yang Esa
Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.


sumber: internet

aisy cedera di rumah terbuka..

sory yer sayang
mommy tak sempat nak catch
awak lari laju sangat

sian awak..
dah bercalar balar
dahi benjol
luka pulak tu
kat mata ngan idung pun cedera

sory yer tok ma ngan tok bah
cucu kesayangan kalian berdua cedera
aktif
laju dia berlari
kemudian jatuh tersembam
atas batu-batu tar jalan pulak tu





sure pedih kan sayang
jatuh masa hadiri rumah terbuka hari raya kawan mommy
nasib baik tua nrumah cepat-cepat sapukan ubat kat luka tu
so cepat kering dan darah berhenti
kalau tidak, panik juga mommy tengok darah pada luka awak

balik rumah daddy sapukan balm khusus untuk lebam dan benjol kat dahi tu
lebihan ubat masa awak bersunat dulu
alhamdulillah surut pun lebam dan benjol tersebut

nanti dah baik lukanya
mommy sapukan ubat anti parut yer
semoga tak tinggal parut kat muka awak

aku memang hati kecik!

korang tau puting beliung?
korang tau bunyi camner?

belakang umah ina ni padang bola
bila angin menderu memang rasa cam ada taufan kat belakang rumah
bunyi angin kuat giler
skekadang tu mesti nampak angin tu berpusing-pusing cam taufan

ceq ni dah le penakut
even bunyi daun serai melentok-lentok kena angin pun gua dah seram
apatah lagi bunyi angin kuat-kuat

ditambah pula kalau guruh dan kilat
haduihh memang mak pucat nok!!
kalau kilat, memang nampak jelas giler bila dipanah dekat area padang tu

*penah pitam kat sekolah sebab terkejut bunyi guruh dan petir yang kuat, sampai la sangat trauma bila hujan lebat dan nampak kilat..huhu

Rawatan bakal pengantin di manjadiri


Untuk kali kedua, Manjadiri bakal dikunjungi oleh bakal pengantin yang ingin mendapatkan rawatan lengkap seluruh badan sebelum mendirikan rumahtangga

sebelum ini beliau telah datang untuk mendapatkan rawatan lengkap wajah dengan ina

ina rasa sangat berbangga kerana mendapat kepercayaan untuk merias dan menaikkan seri bakal pengantin tersebut..ternyata ina tidak akan mensia-siakan kepercayaan itu dan cuba yang terbaik dalam memberikan rawatan kecantikan untuk beliau tampil anggun dan berkeyakinan di hari bersejarah nanti

Nak tau treatment apa yang bakal diberi?? visit Manjadiri's Blog k ^_^

thanks again sue, kerana memilih Manjadiri!!!



Pembunuhan beramai-ramai di Lubnan

*jika ada masa, bacalah hingga tamat..sgt menyedihkan dan tidak dapat dibayangkan jika negara kita mengalami nasib yang sama..hargailah kemerdekaan dan peliharalah agama kita..



Ini adalah petikan,secebis kisah pelarian Palestin di Lubnan,Sabra Shatila -1982,yg telah dibunuh kejam secara beramai ramai(massacre genocide ) ,dimuatkan dlm buku yg disunting oleh pejuang asasi-Alijah Gordon,tajuk-‘Rakyat Palestin Bersuara.’ Ramai,termasuk umat islam sendiri yg kurang tahu akan cerita pembunuhan beramai ramai di Sabra dan Shatila,untuk mendapatkan gambaran jelas,sila dapatkan buku Alijah Gordon ,aku Cuma dpt petik satu cerita dr buku itu…..kaw2 punya sad….Semoga tuhan membalas setiap satu perbuatan mereka yg kejam dan tidak perikemanusiaan. -kalau sesiapa ada buku versi pdf,sila kongsi.





Kisah Souad Srour Merii (29 tahun)-m.s:73

Saya dan lapan lagi adik beradik saya, 5 lelaki dan 3 perempuan,dilahirka n di Shatila.Saya anak sulung.Kisah yang akan saya paparkan adalah tentang apa yang berlaku ketasa diri saya dan keluarga dalam pembunuhan beramai ramai di Sabra-Shatila semasa serangan Israel ke atas Lubnan pada tahun 1982.Peristiwa itu berlaku pada petang 16 dan pagi 17 sept. Selepas pembunuhan bakal presiden,Bashir gemayel,pada 14hari bulan.Beliau merupakan ketua angkatan tentera Lubnan atau militia kristian fasis yang dipanggil kata’ib(phalange) .Parti ini memang dikenali benar kerna kebencianya kpada rakyat palestin dan kerana ia bersekongkol dengan Israel.Pada 1976,Gemayel dan partinya yang bertanggungjawab keatas pemusnahan 3 kem dikawasan bawah kuasanya,dan mereka menyembelih atau meghalau penghuni kem yang hingga ke hari ini masih menjadi pelarian.Tidak lama selepas pengumuman kematian bakal presiden itu,pembedilan dan tembakan curi semakin berleluasa di kem Shatila.

Pada pkl 5.00 ptg 16 Sept,saya meniggalkan rumah saya untuk pergi ke salah satu tempat berlindung dimana rakan2 saya sedang bersembunyi drp bedilan dan tembakan curi,berhampiran rumah saya telah disapa oleh 3 orang lelaki yang bertanya sama ada tempat itu ialah kem Shatila.meskipun mereka bertutur dlm bahasa Arab,saya tahu dr pelat mereka bahwa mereka bangsa asing.mereka beredar apabila saya memberikan jawapan negative pada mereka.

Saya tiba ditempat berlindung dan memberitahu kpada rakan2 tentang apa yang berlaku.Setelah sejam ditempat berlindung saya pun beredar setalah berjanji yang saya akan kembali menjemput rakan2 saya membawa mereka bermalam dirumah saya krn keadaan tempat berlindung itu tidak selamat,lembab dan tiada bekalan air/letrik.

Saya pulang ke rumah,menyediakan makan malam untuk adik perempuan dan adik lelaki dan menidurkan mereka.Bapa tidak membenarkan saya seorang diri untuk pergi ke tmpt berlindung,dia menyuruh saya membawa Maher,adik lelaki saya.Waktu itu saya berusia 17th dan adik lelaki saya 12th.Sejurus sebelum kami tiba di tempat berlindung,kami mula ternampak pemandangan yang ngeri,tubuh bergelimpangan atas tanah dengan darah yang mengalir.Kami mendengar suara orang mengerang dan menjerit kesakitan,tiba2 saya mendengar suara orang yang saya kenali,iaitu suara jiran kami Abu Rida,dia mahu kami membantunya.”Mereka menyembelih kami,membunuh kami,merogol anak gadis dan membawa pergi semua budak perempuan berumur 12th dan 16th.”Kemudian dia memberitahu kami,”lari dari rumah kamu,jangan tinggal didalam rumah kamu.Mereka akan datang balik dan membunuh semua orang di Kem.”Saya bertanya siapa melakukan semua ini,tapi tiba2 kami mendengar suara orang berteriak,”kamu anjing masih bernyawaa lagi?”,” belum mampus lagi”?.Kami terus cabut lari kerumah untuk beritahu ibu-bapa tentang apa yang berlaku dan nasihat jiran kami itu.Kata bapa saya,”dijauhkan tuhan,tiada apa2 yang akan berlaku pada keluarga kita.”Kami tinggal dirumah kami hingga ke subuh esoknya,hari Jumaat 17 Sept.Pada mlm itu jiran kami menumpang dirumah kami,seorang wanita hamil yang tidak mengenali sesiapa kecuali kami.

Pada pukul 4.30pagi esoknya,jiran kami dan adik lelaki saya berusia 11tahun memutuskan untuk pergi ketas bumbung rumahh untuk melihat apa yang sedang berlaku supaya keputusan boleh dibuat samada patut tinggal dirumah atau lari.Mereka (adik lelaki saya) telah dilihat oleh militia yang berada dikawasan bukit,adik lelaki saya ketakutan dan turun dari bumbung dan menceritakan apa yang terjadi,tidak lama selepas itu kami mendengar orang mengetuk pintu,bapa bertanya siapa dan diberitahu mereka adalah askar Israel datang untuk mengeledah rumah,bapa membuka pintu dan kami melihat 13orang lelaki bersenjata diluar pintu rumah kami.Beberapa orang berdiri diluar pintu,sebilangan lagi pergi ke bumbung dan lain mengelilingi rumah kami untuk menakut nakutkan kami.

Saya berdiri disebelah bapa bersama adik perempuan saya,manakala yang lain berdiri disebelah ibu dan jiran kami.Bapa saya menyambut askar Israel itu dan menyuruh mereka duduk,Salah seorang dari mereka berkata bahwa mereka mahu mengambil segala apa yang kami ada.Saya menyahut,menyakan kenapa dia mahu mengambil segalanya selepas mengambil barang kami yang paling berharga iaitu tanah air kami.Jawabnya”kamu tengok apa lagi yang akan aku ambil,aku akan mengambil kamu dan adik perempuan kamu!” Bapa merayu kpadanya supaya mengambil semuanya kecuali anak-anaknya, bapa ditumbuk dimukanya dan berdarah.Saya tidak dapat mengawal diri saya dari memekik didepan muka askar2 itu,menyakan mengapa mereka sanggup memukul lelaki tua,Saya dipukul dan ditolak dengan kasar ke tanah.Apabila saya terasa sakit,saya memukul balik askar itu.Mereka merampas wang kami-40 000 paun Lubnan-dan semua cincin kami,bahkan cincin perkahwinan bapa.Salah seorang dr mereka berteriak dan memberikan arahan supaya kami dibawa masuk kedalam bilik.Dia mengarahkan kami berdiri dekat dinding dan tangan kami diangkat atas kepala,dan membelakangi mereka,mereka memerintahkan kami jangan sekali melihat kebelakang,Adik perempuan saya Shadia yang berusia satu setengah tahun mengangkat tangan sambil memanggil nama ibu kerna ketakutan.Mereka mula menembak kami.Adik bongsu saya-seorang bayi-ditembak dikepala dan otaknya memercik diatas kami, bapa ditembak di jantungnya tetapi dia masih bernyawa.Adik lelaki saya Shadi,3tahun, Farid-8,bassam- 11 dan adik perempuan saya hajar-7 dan Shadia serta jiran kami (yang mengandung) mati serta merta.Adik lelaki saya,Mahher- 12 dan ismail-9,terselamat kerna bersembunyi didalam bilik air.Ibu dan adik perempuan saya,Nuhad-16, tercedera tetapi tidak meninggal,manakala saya pula,lumpuh serta merta dan tidak dapat bergerak.Askar2 itu fikir kami semua sudah mati,lalu mereka meninggalkan rumah kami.

Saya mula mejerit bertanyakan siapa yang masih hidup,Ibu,seorang adik perempuan saya dan dua adik laki dlm bilik air menyahut,kemudian bapa menyahut,tetapi cedera parah,Saya menyuruh mereka melarikan diri dan menghantar seseorang untuk selamatkan saya dan bapa.Jadi mereka lari dan tinggallah saya dan bapa yang cedera parah,dikelilingi oleh ahli keluarga saya yang sudah menjadi mayat.Keadaan yang amat menggerunkan itu tidak akan dapat saya lupakan hingga akhir hayat.

Pada jam 10.00pagi 3 anggota militia datang semula untuk mengambil wang yang tertinggal oleh mereka,mereka ternampak saya menghampiri bapa, mereka pun mula memaki saya dengan kata2 yang sangat lucah dan memberitahu saya, “lihat apa yang akan kami lakukan pada kamu dihadapan bapa kamu.”Tiga orang daripada mereka merogol saya,seorang demi seorang,di depan bapa.kemudian mereka menembak tangan kiri saya dan beredar.Bapa berkata pada saya,”semoga tuhan melindungimu,” sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.Dia tidak sanggup melihat apa yang dilihatnya kerna pada masa itu saya belum ada haid lagi dan apa yang telah terjadi amat megerikan saya,terutama kerna semuanya berlaku didepan mata bapa saya yang tercedera. (phewww…bab ni aku paling sedih sekali nak baca/tulis…betol punya haramjadah bangsat babi phalangist dan Israel ni!!-im sorry..emosi x dpt aku tahan.-newsfwder)

Mereka datang sekali lagi pada hari yang sama,pada waktu petang,dan ternampak saya sedang minum,merka naik berang mendapati saya masih hidup,lalu mereka menembak saya dua kali dan memukul kepala saya,dan saya terus pengsan.Kemudian malam itu saya terjaga dan terdengar bunyi kucing yang sedang berkeliaran disekeliling mayat ahli keluarga saya.Saya cuba sedaya upaya dengan memggunakan tangan saya yang tidak cedera untuk menutup mayat2 itu,namun saya tidak terdaya.Pagi esoknya,Sabtu 18 Sept,merka datang lagi, tetapi saya pura2 mati.

Pada pagi hari ahad,seorang askar Lubnan datang untuk bertanyakan khabar sanak saudara dan jiran2 kami,saya cuba untuk menjerit minta tolong tetapi saya tidak dapat bersuara apabila melihat askar itu,dia melihat saya,dan membuka jaketnye dan menutupi tubuh saya yang dlm keadaan bogel, dia membawa saya bersamanya.Semasa kami keluar dari kem,saya Nampak mayat mereka yang disembelih-mayat yang sudah membusung-saya mendengar rintihan-disepanjan g jalan.Askar itu menyerahkan saya pada anggota Bulan Sabit Lubnan yang serta merta memberi saya bantuan pernafasan.Mereka membawa saya ke Hospital,tetapi saya tidak dibenarkan masuk kerna saya rakyat palestin, saya kemudian dibawa ke hospital American Universiti,disana ada ramai pemberita dan wartawan,tetapi saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa.Saya sudah hilang daya untuk bercakap.

Saya dibawa kebilik kecemasan dan dibedah untuk keluarkan peluru dari tubuh saya,saya mula mengalami ganguan jiwa dan hysteria pada bila2 masa sahaja saya teringat peristiwa yang berlaku.Tangan kanan saya tidak cedera,jadi saya meminta kertas dan pen dari doctor.Saya menulis sepotong ayat,bertanya tentang keluarga saya.Beberapa wartawan dan pemberita yang hadir pada masa itu berjanji untuk membantu mencari keluarga saya.Beberapa hari kemudian,doctor memberitahu bahwa dia ada satu kejutan untuk saya, kejutan itu ialah ibu saya,yang tidak lagi saya kenali,namun dia mula bercakap,mengingatk an saya tentang perkara2 yang membuktikan dia adalah ibu saya,Apabila ibu bertanya tentang bapa,yang tidak diketahuinya sudah meninggal,saya mula meraung dan mengalami ganguan jiwa.

Doktor memberitahu bahwa saya akan ke Tripoli di bahagia utara Lubnan dan dibawa keluar dari sana untuk menjalani rawatan diluar Negara.Ibu mengemaskan barang2 saya dan oleh pemandu ambulan Lubnan dan seorang pengawal lubnan,saya berbaring di tempat duduk belakang kerna saya tidak boleh duduk,saya dipasangkan dengan beg air kencing,Drip intravena dan kelengkapan pernafasan.

Pemandu menyusuri jalan pantai menuju ke Tripoli.kami tiba di”tempat pemeriksaan Barbara” yang sangat terkanal dulu semasa perang saudara Lubnan,pemandu meminta saya supaya jgn bergerak dan berpura-pura tidur,anggota militia di tempat pemeriksaan itu tergolong dalam angkatan tentera Lubnan berfahaman fasis mengarahkan pemandu dan pengawal keluar dari kereta.Mereka menjelaskan bahwa saya dibawa untuk menjalani rawatan.Dua orang anggota militia itu berkata,” kami kenal budak perempuan itu”,apabila saya memandang mereka,dengan serta merta saya mengecam mereka,Mereka berada dirumah saya semasa pembunuhan beramai ramai dulu.

Kami bertiga dibawa didalam jip ‘Phalange Lubnan’.Mereka berkata pada saya, “Sekarang kamu akan mati” dan mereka mengarahkan pengawal untuk menanggalkan pakaianya dan duduk atas sebuah botol,mereka kemudian menembaknya di kepala,dia mati serta merta di depan saya. Selepas itu mereka mencabut beg air kencing dan drip i.v saya,mereka mengambil selimut yang menyelimuti tubuh saya dan merogol saya didepan pemandu kemudian mereka meletakkan saya di atas batu di pantai dlm keadaan bogel,supaya saya mati.”Sekarang dia akan mati sendiri,” kata mereka.Sepanjang malam saya tinggal dlm keadaan begitu,dengan pemandu itu merenungi saya dengan prasaan belas kasihan,esoknya anggota militia itu datang dan mengarahkan pemandu itu untuk membawa saya pulang semula ketempat asal.Saya dibawa balik ke Hospital Beirut dlm keadaan yang jauh lebih teruk,tidak boleh bercakap langsung dan berjumpa sesiapa dan berterusan mengalami serangan hysteria yang dahsyat.

Selama 2 tahun selepas peristiwa itu saya tidak dpt bercakap,saya duduk di kerusi roda,bersama segala derita yang terpaksa saya terima terbenam dlm jiwa saya.Saya dimasukkan ke hospital selama 4tahun dan 6 kali menjalani pembedahan.Saya telah meninggalkan Shatila.Saya tidak boleh hidup didalam rumah dimana separuh dari ahli keluarga saya dibunuh dengan kejam.Ibu saya membina semula rumah itu dan kini tinggal bersama 2 adik lelaki saya maher,nahed serta adik perempuan saya,Nuhad.

Perlahan lahan saya memulakan hidup baru,skrg saya boleh berjalan dengan bantuan kasut khas serta tongkat,dan saya bekerja di bengkel pertubuhan bantuan Norway,membuat dan menjual barang kraf tangan.

End.

-maaf semua kesalahan ejaan,saya type dari buku dlm keadaan kesuntukan masa. –newsfowarder.

aku nak rambut macam karipapsayur

lepas bersalin aku notice masalah ni
lepas shampoo 3 or 4 jam mesti dah rasa oily bagai
rambut pun nampak dull and weighed down 

dolu-dolu guna jari pun boleh
takyah rebonding bagai
*seyes perasan hehe

tapi la ni..huhuhu cedey
aku jumpa la few remedy utk elakkan kulit kepala mudah berminyak
antaranya:

jangan gosok kulit kepala kuat sangat - kalau pi hair salun, dia garu-garu and toyoh2 kulit kepala, lepas ni tak leh dah
jangan guna shampoo yang ada moisturiser - confirm tak leh beli brand dove
jangan guna perapi - sapu kat hujung rambut saja
kena kerap cuci dan shampoo 

huhu..aku nak rambut cantik cam mommy qaiser aka karipapsayur ^_^


korang tolong la rekomen shampoo apa yang patut aku guna 
huhuhu 


kaitan rokok dengan uban

Rokok


Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. 

Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.

*dipetik dari forum

hanya untuk lelaki macho je

Cara Memikat Hati Wanita

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

pesanan redmummy untuk blogger

pesan redmummy kepada semua blogger:

"Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.

"Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir," katanya.

Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.

dipetik dari: pereka cerita














 so korang sekalian, dah dapat restu suami tercinta ka??
 nanti tengok korang dok ngadap laptop sampai pagi, cuak pula dia nanti..ntah2 ada boypren baru hihih..


tips menaikkan traffic

tips ini ina dapat daripada blogger pereka cerita
untuk menaikkan traffic, antara perkara yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

tripple cheeseburger

korang dah cuba ke tripple cheeseburger yang baru tu
ina dah cuba
tengok je lah perbezaan yang real dengan yang dipromosikan


tengok gambar kat kotak tu, cantik sangatkan..sangat memanggil-manggil


tinggg!!! *lepas kotak dibuka


meh tiru daddy ^_^


yum yum..tapi tak boleh selalu yer..


mommy pun nak interframe gak


daddy pula ^_^



hehe beriya dia makan






*walau pun tak sama macam gambar, tapi tetap habis burger tu..kongsi je ngan huby sebab perut dah kenyang pergi beraya rumah member then singgah IOI puchong pergi DAISO..




instagram adlinahomemadescrub


up