handprints on wall







meh kita deco umah kita macam tu nak??
tapi..ina 3 beranak je..
so kena susun memanjang lah canvas tu..
nak tau lanjut, check website ni

10 minit je make up

cheq bangun tido lewat??
tak dan dah nak bersiap??
jap jap
10 minit je kalau nak make up
so tetap maintain gorgeous
walau lewat macam mana pun cheq bangun tidoq kehkehkeh

basic make up brush

ina rasa agak bertuah sebab masa study dulu universiti offer beauty course dari sem 2 sampai sem 6 during weekend..semua u tanggung, belajar le sampai pandai disamping general degree yg kita ambik. tenaga pengajar pulak merupakan guru kecantikan bertauliah yang mengajar student vokasional yg ambik spm course kecantikan.


dari situ le kenal semua benda ni..igt lagi masa belajar tu, cikgu ketuk tangan ina sebab dia kata keras sgt, nanti masa facial rosak muka customer hihi..
so entry kali ni pasal make up brush seperti gambar-gambar berikut yang merupakan essential basic make up brush utk kegunaan harian..






di manjadiri, ina ada bagi penerangan lanjut pasal berus-berus ni, so let check it out here : just click

export favorites

dah lama sebenarnya face dis probs..bila balik umah, tingin nak buka balik web yg dah ina set bookmark/favorite..tapi baru teringat setting mende alah tu kat pc opis..
so mcm mana sebenarnya nak tau semua link yang kita dah set favorite tu??nak salin alamat? idak leee teman ghajin..nak hafal address link2 fav tu?? lagi leee idak nye

ghupenyeee sonang je kak cik sekalian
ina je yg tak reti hihih
dah jumpa jawapan dia..

1. Open an Internet Explorer window. Click on the "File" menu and select "Import and Export"

2.Click the "Next" button in the window that pops up. On the next screen select "Export to a file" and click "Next."

3. Select favorite

4.pilih kat file mana yg kita nak save semua link favorite tu, klik kat browse utk pilih file

5. klik export

6. siap!!

sekarang sangat seronokokoko sebab bila balik umah boleh buka balik semua link yang ina suka :D ye ye

p/s : sgt hepy sebab selama ni saya sangat tidak pandai dalam hal2 computer/internet ni..

katakanlah..

desa water park

on sat lepas kami sekeluarga pergi desa water park..sekolah huby buat family day..quite happening even though tak ramai yg join..

tak sempat ambil gambar aisy main air sebab mummy ngan daddy pun excited main air juga..ni kali kedua aisy mandi kat swimming pool

hari ni mummy rasa cam nak demam je..tak tau la pasepa..aisy semalam selsema tapi dah bagi minum ubat and letak vick so dah kering hidung dia

ada gak mak2 yg bertanya ina, tak takut baby sun burn ke? hihi..ina dah pakaikan dia losyen sblm berjemur satu badan ngan muka..pegi watson semata2 nak beli losyen tu, terbang 30 hengget..lepas je berjemur cepat2 mummy sapukan dia aloe vera gel..alhamdulillah, kulit dia merah2 tapi tak burn teruk dan yg penting tak mengelupas..
ina pun buat hal yg sama jugak..isau oooo kulit mengelupas sebab burn, pedih and sangat tak cantik bila pakai foundation stick terbaekk ku itu..

best la jugak, tapi sapa penah p sunway lagoon sure lagi best sebest harganye..yg ni tiket Rm20 je kot for adult tapi kami pegi tak bayar pun, disponsor 100%..
wave dia best,kuat and besar..tapi ramai org so agak sesak lee kat situ..

tq to aunty farah sebab join and tlg jaga aisy..sempat la mummy and daddy beromantic berdua ceeeewahhhh hihihi..dah ada anak ni, kalu p bertiga je tak best..kena p ramai2 so byk tgn nak tlg jaga anak sementara ibu and bapaknya bersuka ria berdua duaan kehkehkeh

CUTEST BABY WITH CUTE MOM_by MaMa_Aqish

ini kali ke 3 ina nak join contest.. kali ni dianjurkan oleh salah seorang VIP familysempoi iaitu mama aqish.. jadi ina nak letak lah pic hepi hepi kitorang ni..


nama ibu : adlina nasmi bt sha'ari
nama anak : aisy hafiy bin ahmad husaini
umur anak : 9 bulan
nick name ibu : ina @ mummy aisy
nick name anak : aisy

gambar ni ina snap masa tengah tunggu daddy balik dari kerja..ina dengan aisy yang sampai dulu so while waiting kami pun apa lagi, jadi le camwhore! pic ni ina langsung tak edit..sangat le 'glowing' muka ina sebab berpeluh, boleh wat goreng ikan, tak touch up langsung..maklumlah, baru lepas gotong royong 5S kat opis..harapnya still qualified as contestant even tak berapa nak jadi cute mom

nak kenal penganjur contest ni? nick name dia
mama aqish..tak salahnya dia sebaya dengan ina..dah lama ina follow blog dia..bukan semata-mata sebab nak join contest ni. sebenarnya banyak infomation yang bermanfaat utk ina sebagai newbie blogger..ada few tutorials yang boleh diguna pakai untuk menambah baik blog kita.

satu lagi, mama aqish ni suka update blog dia dengan entry yang bagus-bagus, tak sia2 la kalau nak follow..banyak juga kengkawan dia yang jual baju-baju baby so sekali sekala nak jamu mata, pegi je blog dia then terjah pulak blog2 peniaga dari link yang disediakan..kira macam one stop centre juga la blog mama aqish ni

jom kita meriahkan contest ni..mana tau rezeki kita nak menang kan..pertandingan ni sampai 03.03.2010 so sempat lagi nak join

penaja-penaja hadiah pun ramai iaitu:

ramai penaja kan..jadi banyak lah hadiah yang akan ditawarkan, suka suka :D
.
.
.
.
so below are the terms and conditions to be
accomplish by contestant:

1. Add blog mama aqish dan kesemua penaja So Lovely Collection, LuvBabyFashion, dnurboutique, dnurjusmate5 & addacutecloth di blogroll/bloglist anda & wajib menjadi Follower kesemua blog berkenaan >>>> done

2. Tepekkan banner Contest @ banner penaja disidebar blog anda & pastikan ianya di link back ke blog berkenaan.(no link back will be disqualified) >>> done

3. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog & anak yang berumur dari 1 bulan sehingga 3 tahun bermula dari 3hb Februari sehingga 3hb March >>> still ongoing

4. Hanya tajuk diatas je yang diterima "CUTEST BABY WITH CUTE MOM by MaMa_Aqish" >>> done

5. Ceritakan sedikit ape yang anda tahu mengenai blog mama_aqish & kenapa anda suka terjah blog mama_aqish(pendek pun tak pe) >>> done

6. Upload hanya sekeping gambar anda bersama anak, boleh hantar 2 & 3 kali penyertaan(kalo anak ada lebih dari satu) & sila pastikan gambar jelas & senang untuk di copy paste & gambo tidak boleh di edit...sendiri snap k..sila nyatakan sekali:
Nama Anak & Ibu, Umur anak & Ibu, Nama Panggilan anak & Ibu serta Umur anak...umur Ibu tak payah k..
>>> done

7. Dalam entri itu pastikan anda mention tentang penganjur & penaja & link back ke blog berkenaan(no link back will be disqualified).
>>> done

8. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ni
>>> done

9. Hadiah ditaja oleh 4 penaja k...so tentu2lah banyak hadiahnyer k...
Hadiah terbahagi kepada 2 kategori:
1. 3 pemenang untuk kategori Baby Boy & 3 pemenang untuk kategori Baby Girl
Hadiah akan diberikan kepada baby & ibunyer sekali...so dua2 pun dapat..
then ada hadiah Saguhati & mystery...wow...banyaknyer hadiah...ape lagi...COME JOIN...
>>> dah join pun, tunggu keputusan je hihi

yawning, ops lalat masuk

ngantuk seyyyy..


semalam aisy ajak tepuk amai-amai ngan dia pukul 3am


mummy main sambil pejam mata


lastly dia tepuk muka


huaaaaaaaaaa


.


.


.


.


.


pic tgh tidoq ni aisy baru 5 bulan


la ni lasak bukan main..pungkoq mesti naik punya haishhhhh

cupcake stand



bila nak buat birthday, for sure nak kena ada kek kan..
baru la rasa real birthday celeb
dulu masa birthday huby, wat suprise gift hantar cupcake kat sekolah dia
and after that, i really crush on cupcakes
so utk birthday aisy, rasanya kena ada cupcake, lagipun kalau ordinary cake tu, dia mana pandai potong lagi..
bila ada cupcake kena ada stand..
nak beli mahal..
terjumpa la web yg senaraikan DIY cupcake stand
enjoy crafters!!!

dipped oreo cookie

sebenarnya tengah plan nak buat aqiqah + birthday + house-warming

kalau boleh nak buat sendiri juadah dan buah tangan.. below oreo celup yg sgt gorgeous utk dijadikan gift kepada anak2 tetamu nanti..

nak tau tutorial buat oreo celup ni?? visit here

saja je nak inteprem

hehe saja je..pagi ni huby hantar ina ngan anak sbb dia still cuti..
so suka la nak snap snap aisy yg still blur2 lagi baru bangun tido :)








aisy and wif his gf

during cuti ina gi melawat su, my manjadiri's partner.. dia baru bersalin..masa bersalin tu visited di kat hospital putrajaya juga..kali ni saja nak bawa aisy dan huby pula.. tapi masa sampai aisy wat perangai, mengantuk so tumpang jap tido sama ngan irdina..hihi

ehem..


namanya irdina aulia', very sweet name


hihi..pinjam bantal irdina jap..pink gitu
______________________________________________________

ni pula saja je nak letak, pic bfast pagi semalam..punya la malas, wat yg simple2 je..

toast + telur half cook + spageti goreng + air nescafe


malam sebelum tu pegi jj equin, saja nak survey harga pampers and susu..erk mahal siot..so end up kat sushi king tapau sushi..tu baki yg tak habis..agak rasa tak best sebab sushi dia tak sedap (tgk la california roll dia, masa beli pun dah gitu rupanya) sesedap Kampachi, Equatorial Bangi..eh sesuai ker nak compare???
mood cuti masih ada..huhu..tapi alhamdulillah, keja utk pagi ni dah beres :)


penyek pics

sebab ayam penyet ni kering je kami order sup




ni la ghupe ayam penyet tu..dia nye rampai2 tu very da rangup and cedap, tatau la dia goreng mcm mana..anyone knows? tepi tu sambal belacan yg sedap dan cukup pedasnya, then tauhu + tempe goreng (cedey, sekeping je)

ni menu dia, selain Puchong ada lagi kat Subang Jaya, Bangi and Sunway


ni la kami : farhana si pengantin lama :D


ni akauntan kami, kak nurul merangkap rumet ina kat opis ni.. khusyuk je ambil info nak p try kat branch lain pulak

dan kami seterusnya : dari kiri, kak azi yg akan resign tak lama lagi ikut huby further study and sebelah tu nuzul


nak p lagi la..dok tingat..tapi huby ina tak makan sambal belacan. cam tak best pulak sebab sambal belacan tu la yg best cicah ngan ayam goreng + nasi panas2
p/s: nasi tak termasuk ek, kena order asing dari lauk..tak de pakej


kena penyek by ayam penyet


ngantuk..


tadi p makan kat Ayam Penyet kat Bandar Putri Puchong
pedas
marveles
dun jeles
hehe


p/s: pic laterlah upload

Scholarship for ladies

PRINCESS NOORA BINT ABDUR-RAHMAN UNIVERSITY SCHOLORSHIP PROGRAM, RHIYAD SAUDI ARABIA


(LOOKING FOR SERIOUS SISTERS UNDER 30 YRS OF AGE WHO ARE INTERESTED IN LEARNING ARABIC AND ISLAMIC STUDIES)


INCLUDED: AIR FAIR, ROOM AND BOARD, MONTHLY STIFFAN AND SPONSORSHIP FOR HUSBANDS AND OR MAHRAMS


FEE: $700-$1000 FOR PROCESSING AND DOMESTIC AFFAIRS (VISAS)


ALL APPLICANTS WILL NEED TO SUBMIT COPIES OF PASSPORTS, HIGHSCHOOL DIPLOMAS OR GED BIRTH CERTIFICATE, AND ANY COLLEGE TRANSCRIPTS


ALL DOCUMENTS AND FEES FOR SEPTEMBER 2010,


ADMISSIONS MUST BE SUBMITTED BY FEBRUARY 28, 2010


FOR ADMISSIONS SEPTEMBER 2011,
ALL DOCUMENTS MUST BE SUBMITTED BY THE END OF MARCH 2010 (NO EXCEPTIONS)


FOR FURTHER INFORMATION PLEASE CONTACT: UMM MARYAM RASHEEDAH (SAUDI CONSULTANT) 011966535300346
Umimaryam20@ msn.com OR UMM MUHAMMAD NAIMAH, Ummnajimah@yahoo. com

breast kena jaga oii

sekarang ni bincang secara terbuka pasal payudaya bukan lagi satu yg taboo kan..so kali ni nak sembang pasal breast kita, anugerah yang cantik dariNya untuk kita,kaum wanita..tapi bila kena cancer, breast yang sexy tu jadi pembunuh utama kita pulak

teringat kat mak mertua..apa khabar ek? hari tu ada ketulan kat dalam breast dia..lepas sedut cell dlm tu and diagnose katanya ketumbuhan bukan cancer..

tok cik kat kampung pula sekarang ni ada kat hospital penang, tengah kimoterapi, apa lagi..breast cancer yg dah sampai tahap 4..


so, cari punya cari..jumpa website ni yang cerita pasal 11 kebaikan minum jus buah delima.

Fights Breast Cancer

Studies in Israel show that pomegranate juice destroys breast cancer cells while leaving healthy cells alone. It may also prevent breast cancer cells from forming.

Lung Cancer Prevention

Studies in mice show that pomegranate juice may inhibit the development of lung cancer.

Slows Prostate Cancer

It slowed the growth of prostate cancer in mice.

rendahkan tahap kolestrol dan lagi 9 faedah klik sini

tak sangka banyak manfaat dari buah delima ni, dalam manjadiri ada juga dikongsi faedah buah delima yang diambil daripada laman web rasmi Hosp Sultan Abdul Halim, Kedah. tak sia-sia rupanya amalan ina dan suami minum jus delima dua kali sehari besar manfaatnya.. asalnya hanya sekadar suka-suka sebab rasanya sedap sangat dan boleh cantikkan kulit secara natural..namun baik untuk cegah cancer orang perempuan dan orang lelaki.. nanti aisy dah besar seket nak bagi dia minum juga jus ni, satu sudu teh untuk dia dah memadai rasanya..yg tu nanti ina kena check ngan paed dulu..

p/s: sila ke manjadiri untuk check harga jus ni ye..

tudung petak jadi shawl

ina byk tudung bawal, tudung cotton, dan tudung-tudung petak yg lain.. sejak suka pakai shawl ni, jarang guna.rasa macam membazir pula dibiar dalam almari tu kan..so tadi search cara tudung petak jadi shawl..harapnya readers yg lain pun dapat manfaat dari entry kali ni

step 1: Cari mana-mana tudung petak yang sesuai. Kalau boleh haruslah cantik bahagian tepi supaya errr.. haa supaya nampak cantiklah kan muka anda. Okay kemudian pin tudung anda dengan kemas, sebelah panjang dan sebelah lagi pendek.

step 2 : Haaa step kedua ni susah sikit nak explain. Untuk lilit melilit HARUSLAH *okay wajib sebenarnya* ambil bahagian tengah tudung instead of bahagian tepi supaya lilitan anda boleh sampai bawah dagu untuk diselit. *aku harap kau faham nazz sebab aku dah taktau nak explain macam mana dah ni hahaha* Okay boleh tengok gambar di bawah untuk lebih pemahaman.

Haaa see i amek yang tengah kan?

INGAT!! JANGAN AMBIL YANG TEPI UNTUK LILIT SEBAB NANTI TAK SAMPAI BAWAH DAGU

step 3 : Lilit selagi terdaya.

step 4 : Selit bawah dagu. Untuk lebih kemas dan tak bergerak, pin sekali selitan tu dengan yang mula-mula pin tadi. *okay kalau tak paham abaikan haha. tapi harus pastikan kemas dan selesa.

step 5 : Jadi pastikan anda kemaskan depan belakang mengikut kreativiti anda supaya jadi lebih kurang macam ini :

kulit licin dalam 3 hari

nak tau macam mana nak dapatkan kulit bebas dari jerawat dalam 3 hari?
dah le murah, jimat dan efektif
cuba klik kat sini
mana la tau, tutorial rutin penjagaan muka yang dikongsikan tu berkesan kat kita..
belum cuba belum tau :)

tolong!!

saya tak tau kenapa layout semuanya lari ke sana ke mari
sedangkan dekat tempat nak add and arrange page elements tu ok je
teratur macam yang selalu
tolong yer macam mana nak solve, saya tak reti!!!

tolong bagi idea biz

dear friend,
boleh bagi idea untuk berniaga?
saya tak nak multi level marketing..
siapa berniaga pun tak nak rugi so saya nak bare bisnes with calculated risk
saya tak kisah kalau untung tak tinggi tapi berterusan

saya komited
saya bersemangat
tapi saya tak da idea nak cuba berniaga apa
so kawan-kawan, kalau ada idea minta tolong share dengan saya ye,
terima kasih banyak-banyak..

suami saya tak romantik

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya.Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahayamata. “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyakuntuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijakberjenaka, meriah suasana.. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga,tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.

Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata.Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .

Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia

saya terfikir sejenak bila baca petikan emel di atas.. betul..suami saya tidak banyak mulut, ada masa yang dia bercerita tapi banyak masa dia mendengar cerita saya..

suami saya juga tidak begitu pandai berjenaka, membuat lawak berderai ketawa..cuma sekali sekala saja mengusik saya, hanya berhenti bila saya muncung sedepa..

suami saya juga tidak begitu pandai bermain kata..jarang kata-kata indah keluar dari bibirnya..

tapi, kain sebakul dibasuh, dijemur dan dilipatnya..

tapi, hujung minggu wajib bawa saya dan anak keluar bersiar-siar melawat bandaraya..

tapi, setiap beberapa jam akan ada sms bertanya "b, ok ka?"

tapi, setiap kali time nak masak encik M pulak datang mengganggu, dia kata "takpalah b, makan megi pun yang ok ja.."

jadi, terima kasih kepada penghantar emel tersebut..mungkin selama ini tanpa disedari merungut juga di hati, suamiku tak seromantik suami si A, suami si B..rupanya allah sudah sediakan pasangan hidupku yang ada lebih ada kurangnya..saya pun tak sesempurna mana..

Bercuti di KPJ Kajang

Lama la tak update..sebenarnya aisy demam panas jumaat lepas..aisy, mummy flash back balik macam mana aisy demam tu..

29.01.2010 : mummy fetch di rumah kak jiji, kakak mention aisy panas sangat, then jiran kita, doktor dekat hospital putrajaya tu datang melawat dan bermurah hati bagi ubat

30.01.2010 : pukul 3 pagi mummy bawa pegi an-nur sebab mummy check suhu aisy 38 deg dah..mummy sentap juga dengan doktor yang bertugas waktu tu, tak friendly langsung..letak ubat dekat bontot and alhamdulillah badan kebah.pukul 4 petang mummy letak ubat bontot lagi sekali sebab panas balik..

31.01.2010 : pukul 4 pagi mummy dgn daddy rushed pegi KPJ Kajang sebab dekat ngan umah kita..aisy panas sgt2, mummy tgk temp dah 39 deg..doktor admit kan aisy pagi tu jugak sebab dah tinggi sangat..sepatutnya semalam lagi dah admit sebab tinggi..sebab tu la mummy sgt sentap ngan doc bertugas kat an-nur, nasib baik aisy tak kejang or sawan..alhamdulillah..

01.02.2010 - 02.02.2010 : alhamdulillah..terima kasih kat paed yg treated aisy..petang 2hb dah boleh discharge..

03.02.2010 : mummy perasan byk bintik2 mcm ruam..pegi balik jumpa doc tu..dia kata rubella..tapi jgn isau..sapu jer lotion yg dia bagi..

alhamdulillah..dah sihat anak mummy skang ni..tapi merasa la mummy ngan daddy cuti bergilir-gilir jaga aisy..nasib baik bos mummy ok, bos daddy mummy tak nak komen pape..kot2 nanti ada yang terasa pulak hihi


hah dah macam robocop anak mummy ni.. mummy keep on sponging aisy sampai menggigil..mungkin sebab tu walau tinggi suhu badan aisy tapi alhamdulillah takde apa2 yg berlaku..aisy tetap maintain senyum and humming mcm biasa..sponging semua sendi to prevent from epilepsy

sian sayang mummy ni..

sayang dah sihat tapi still kena tahan sebab suhu aisy naik turun..

kawan aisy datang melawat..tq to aunty jijah and hubby :) semangat betul kawan aisy ni..baru 6 bulan..sedappp sgt peluk dia

aisy dah sihat cuma semalam kena flu sket..erm..kat opis byk kawan2 mummy bg tips..ada yg letak kunyit kat hidung, ada yg basuh kepala ngan air kelapa..semua mummy akan buat selain makan ubat..petua org lama kadang2 menjadi juga



















instagram adlinahomemadescrub


up