suami saya tak romantik

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya.Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahayamata. “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyakuntuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijakberjenaka, meriah suasana.. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga,tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.

Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata.Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .

Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia

saya terfikir sejenak bila baca petikan emel di atas.. betul..suami saya tidak banyak mulut, ada masa yang dia bercerita tapi banyak masa dia mendengar cerita saya..

suami saya juga tidak begitu pandai berjenaka, membuat lawak berderai ketawa..cuma sekali sekala saja mengusik saya, hanya berhenti bila saya muncung sedepa..

suami saya juga tidak begitu pandai bermain kata..jarang kata-kata indah keluar dari bibirnya..

tapi, kain sebakul dibasuh, dijemur dan dilipatnya..

tapi, hujung minggu wajib bawa saya dan anak keluar bersiar-siar melawat bandaraya..

tapi, setiap beberapa jam akan ada sms bertanya "b, ok ka?"

tapi, setiap kali time nak masak encik M pulak datang mengganggu, dia kata "takpalah b, makan megi pun yang ok ja.."

jadi, terima kasih kepada penghantar emel tersebut..mungkin selama ini tanpa disedari merungut juga di hati, suamiku tak seromantik suami si A, suami si B..rupanya allah sudah sediakan pasangan hidupku yang ada lebih ada kurangnya..saya pun tak sesempurna mana..

7 comments:

Mama_Aqish said...

sama lah...hubby kiter tak berapa nak romantik melalui kata2 tapi romantik melalui perbuatan...caring selalu...tak semua lelaki sama kan rambut je sama hitam hati lain2 tapi kalo rambut yang perang tu tak tau la pulak (joke jer)...ape2 pun hubby adalah yang terbaik untuk kiter sebab kiter sendiri yang memilih untuk bersamanya sehingga ke hujung usia...tak romantik tak pe janji amik berat & bertanggungjawab kan....sebagai ketua keluarga

umie said...

betul...umie byk kekurangan tp suami byk kelebihan..hahaha..masing-masing ada tolak dan tambahnya...hahhaa

Adlina Husaini said...

mama aqish, btul tu..kalo tgk drama memang le mcm best je,tp lakonan semata-mata..manusia tak perfect kan..semua bergantung kat usaha kita nak ceria dan semarakkan hubungan kita agar 'hot' sentiasa walau dah berpuluh tahun bersama :)

Adlina Husaini said...

umie, awak ni isteri yg baik..sampai tega membandingkan diri ngan suami..alhamdulillah,semoga perkahwinan awak, saya dan pembaca yg lain kekal selamanya..hanya dia suami kita di dunia dan di akhirat..aminnn

Ibu Ayra said...

dah nama pun manusia....takdak yg sempurna...apa yg penting sama menyinta, terima pasangan kita seadanya...insyaallah akan rukun kekal rumahtangga....

Ena said...

Saye setuju juge dengan petikan tu..

sbb kiter manusia biaser yg tidak SEMPURNA.. ader banyak kekurangan & kelemahan.
Kelebihan yg ader jgn di lenyapkan kerana sedikit kesilapan.. Wat2 x nampak jer la org kate selagi ianya x mengundang dosa..

Adlina Husaini said...

kaklong, tq :)
sis ena, setuju sgt dgn komen akak

instagram adlinahomemadescrub


up