Edit gambar dengan pixlr online





korang boleh spot tak apa perbezaan di antara dua gambar kat atas tu??
sure you guys can tell the different ^_^

ina edit the second picture tu using pixlr
ala yang ina citer kat entry sebelum ni

memang tak berapa menjadi sangat..sebab ina amatur jer..
tapi yang nak highlight di sini ialah web pixlr tu
kalau sesiapa yang takde perisian adobe photoshop
boleh edit gambar guna pixlr  
sebab function dia lebih kurang macam photoshop jugak
best!!

*gambar diambil ketika makan malam di gambang waterpark, kuantan pahang*
*tema bollywood, orang lain pakai pakai sari, kurta bagai tapi puan ina dan encik suami tak ikut tema pun*

Style shawl untuk muka bulat


korang suka pakai shawl?

fenomena pakai shawl ni dah lama kan..especially masa yuna baru naik dulu..tapi la tak best sangat dengan fesyen turban tu..tapi dia retis...boleh je pakai apa pun..
kena pelik-pelik sikit baru ada personaliti tersendiri

pastu glamer balik tudung bawal sebab adanya datin norjuma yang sentiasa 'berbawal' ke mana sahaja even ke majlis-majlis terkemuka

namun shawl tetap sentiasa hot n spicy 
sebab adanya hana tajima dan blogger-blogger yang rajin buat tutorial dalam youtube..
hasilnya puan ina pun terpengaruh nak mencuba dan menggayakannya hehe

tapi puan ina ni mukanya bambam dan bulat
bak kata makcik timah, macam pinggan nasi tambah gitew..
bak kata encik suami, senang je nak cari ina dalam gambar ramai-ramai..cari je yang paling tembam 
ahahahha 
*tapi dalam hati $%^&*%^$%
^_^

so dengan beraninya nak show off kat blog sendiri ni
so that sapa dok type keyword shawl untuk muka bulat dapat le idea once come to this blog

*banyak kali jugak dalam statistik ada cari shawl muka bulat kat blog ina ni*
memang encik google pun tau saya muka bulat bam bam..
uhuhuhuhu


yang ni tak berapa sesuai sebab nampak leher kecuali pakai inner neck
dalam tu ina pakai anak tudung syria cotton jer



yang ni memang gaya biasa dok pergi kerja
takde cara lain dah
cuba juga cara lain tapi bila sampai office terus singgah kat toilet ubah balik hahaha
lokasi penggambaran syiok sendiri ialah di dalam bilik Manjadiri Home Beauty Salon sayer ^_^




ni kata cik farah alwani senget tu..tudung tak siap heheheh
ada aku kesah??? janji takyah pakai brooch bawah dagu wat aku gatal-gatal je
ni style longgar-masuk-angin guna 3 jarum peniti ajer ^_^


oklah
korang kalu rasanya nak muntah..
silakan...hehehehee


Edit photo online


korang suka edit photo guna apa?
ina suka yang simple-simple je..
selalunya guna Microsoft Office jer..
ataupun picnik tapi website tu dah nak tutup this April 2012
ntah lah kenapa..
tapi ina jumpa satu website baru
best sebab ada vintage effect
cubalah main-main kat situ ^_^


 ni gambar masa berkelah dekat taman depan PICC
susah betul nak ajak aisy bergambar

Puding Roti Marble Senang & Simple


inilah kali pertama ina wat marble-marble 
tingat zaman kecik dulu tengok mama wat kek marble
time tu rasa amazing sangat sebab rasa macam susah
pastu tengok jiran sebelah wat step by step
terus rasa nak cuba

lepas tu berkali-kali buat
rasa sedap kombinasi esen rose dan vanilla 
tanpa ada bau hanyir telur
dengan kombinasi warna favorite ina
buatkan rajin nak buat even tengah-tengah malam

resepinya memang boleh dipercayai
sebab tu confident je buat satu loyang untuk hubby bawa ke sekolah masa parents register anak-anak awal tahun 2012 hari tu


ni sebelum dipotong-potong


ni lah hasilnya setelah dipotong
kaler biru tu jadi ala-ala turqoise gitew

and this is the recipe:

PUDING ROTI MARBLE
Bahan-bahan :
·                     10 gm serbuk agar-agar
·                     1/2 cawan gula pasir
·                     3 cawan air
·                     4 keping roti *
·                     2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
·                     1/2 cawan susu pekat manis *
·                     1 tin susu cair (400ml) *
·                     1 sudu teh asen vanilla 
·                     2 sudu besar majerin (tak perlu dicairkan dulu sbb bila masuk dalam adunan, ia akan mencair sendiri)
·                     2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo (INA GUNA MILO)
·                     1 atau 2 pewarna kesukaan (INA GUNA COLOR BIRU)
Cara-cara :
1.             Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
2.             Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
3.             Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
4.             Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
5.             Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
6.             Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahagian dicampur dengan pewarna pilihan (INA GUNA WARNA BIRU + ESEN ROSE) dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
7.             Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
8.             Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.






Dayusnya kau wahai suami



SUAMI YANG DAYUS

Semakin memuncaknya kemajuan dunia, semakin meningkatlah jumlah manusia yang terlibat dalam kancah kemaksiatan. Rata-rata manusia hari ini berlumba-lumba mengejar  kemewahan materialistik, pangkat dan nama. Bagi mereka itulah tiket kebahagiaan dan kepuasan hidup. Tidak peliklah bila si isteri sama-sama berganding bahu dengan suami di luar rumah. Secara automitik melibatkan diri dengan dunia sosial yang terpaksa  lincah ke sana ke mari.

Ada setengah suami yang bangga bila isterinya aktif berkecimpung di dalam berbagai pertubuhan luar, alasannya untuk menambahkan amal jariah. Apa yang sedih, perlaksanaannya berlawanan dengan syariat dan bercampur aduk pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram.
Kadang-kadang, untuk menenangkan fikiran dan menyihatkan badan, mereka sanggup meluangkan masa keluar bermain tennis atau berjogging suami isteri. 

Bertukar-tukar pasangan merupakan suatu perkara yang lumrah bagi mereka. Isteri si A dengan suami si B, suami si B dengan isteri si A dalam satu gelanggang. Hinanya mereka ini kerana langsung tidak ada perasaan cemburu, lebih menyedihkan lagi bila aurat terdedah sesama sendiri. Ada juga suami yang bangga bila isterinya dapat berkenalan atau berdamping rapat dengan orang-orang ternama.

Sayang seribu kali sayang. Dayuslah seorang suami yang bersifat begini. Kemanakah dicampakkan sifat "gentleman" yang Allah s.w.t. kurniakan itu? Isteri bukannya barang dagangan yang boleh diperagakan ke sana sini. Sekiranya pasangan suami isteri itu hadir di dalam sesuatu majlis kemudian dibiarkan isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain, tunggulah! Ancaman dan balasan dari Allah s.w.t amat pedih sekali. Adalah mereka itu di dalam laknat Allah Taala, Rasul dan malaikat-Nya sehingga dia kembali ke rumah. Sebuah peringatan dari Rasulullah s.a.wbemaksud:

"Barangsiapa memenuhi akan matanya dengan memandang yang haram nescaya memenuhi Allah Taala akan matanya itu daripada bara api neraka."

Sebenarnya seorang isteri itu tidak ada masa hendak berhibur hati mencari ketenangan dengan mengadakan persatuan itu dan ini yang belum tentu terjamin berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Lainlah, isteri pergi ke majlis kuliah-kuliah fardhu ain, majlis tahlil atau hal-hal bersangkutan dengan rumahtangga di mana boleh menambahkan keimanan dan kecintaan kita terhadap Allah s.w.t, Rasul dan keluarga. Berazam mendidik anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah. Rasulullah s.a.w. berbangga dengan umat wanitanya yang taat kepada suami mereka. 

Allah s.w.t suka kepada tiga perkara iaitu:
1. Mata yang menangis kerana Allah s.w.t.. 
2. Orang yang berjaga malam kerana berjihad kepada Allah s.w.t.
3. Isteri-isteri yang solehah.

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang bermaksud:
"Telah meminta ampun bagi segala perempuan yang mengikut perintah suaminya oleh segala burung yang terbang di udara dan ikan di air dan segala malaikat yang di langit dan matahari dan bulan selama perempuan itu di dalam keredhaan suami."

Dapatlah kita fahami bahawa sekelian makhluk di dunia ini sentiasa bertasbih dan berdoa supaya isteri-isteri yang mentaati suami itu menjadi wanita yang solehah bakal penghuni syurga-syurga. Imam Ghazali r.a ada berkata:
"Apabila keluar segala perempuan maka sayugia dia memejamkan matanya dari melihat akan sekelian lelaki ajnabi."

Maksud memejamkan mata di sini ialah menundukkan pandangan dari melihat lelaki yang bukan muhram. Bukannya meliarkan mata memandang ke sana sini biarpun telah memakai purdah. Tanpa disedari kita telah mengenali mereka, serba sedikit apa yang tidak kena  pada mereka juga diketahui contohnya, "Mulut si fulan ini lebarlah, badan si fulan ni gemuklah, hidungnya pesetlah dan macam-macam lagi," tanpa disedari kita telah mengumpat mereka.

Bagi suami hendaklah pastikan supaya anak isterinya terhindar dari perangai di atas. Zina mata boleh membawa kepada zina hati. Berdosa besarlah jika suami membiarkan ahli keluarganya bersikap demikian. Allah s.w.t akan mengharamkan mereka dari mencium bau syurga.

Telah diceritakan oleh perawi hadis, Imam Ahmad dan Nasai dan hakim daripada Ibnu Umar,
 "Ada tiga orang yang telah Allah s.w.t haramkan dari memasuki syurga iaitu:

1. Orang yang mengekali minum arak. 
Ada diceritakan, bagi umat Islam jika ia meminum walau seteguk sekalipun arak tersebut, maka akan pecah berkecailah kalimah tauhid yang tertulis di dahinya. Zahirnya memanglah kita tidak nampak, tapi itulah keistimewaan yang Allah s.w.t. berikan kepada umat Islam.
Sebuah kalimah tauhid yang meng-Esakan-Nya. Sebuah tempat yang mulia, tempat kita sujud syukur ke hadrat Ilahi demi membuktikan bahawa kita ini insan yang serba lemah dan dhaif.

2. Orang yang menderhakai ibu bapa 
Ada diceritakan juga, pada malam Lailatul Qadar terdapat empat perkara yang boleh menyebabkan terhijabnya doa seseorang di malam tersebut bila ada padanya:
A- Orang yang derhaka dengan ibu bapanya.
B- Orang yang meminum arak
C- Dua orang yang tidak bertegur sapa antara satu sama lain selama 3 hari.
D- Orang yang memutuskan silaturahim

Cuba kita kaji dan teliti ke empat-empat perkara di atas, jika ada salah satu yang berkait dengan diri kita maka berusahalah untuk terus memperbaiki diri. Mungkin tiga perkara itu dapat kita atasi tapi bagaimana pula pertautan hati dengan ibu bapa kita selama ini? Tidak ada gunanya kita bertungkus lumus mengerjakan amal ibadah yang lain yang dirasakan sewajarnya mendapat balasan dari Allah s.w.t, sedangkan hati ibu bapa kita dilukai. Kita biarkan hidup mereka melata tidak berhaluan atau kita menjadi tuan kepada mereka.

Terhijabnya segala doa dan amal kebajikan kita selagi kita menderhakai mereka. Tidak hairanlah kita menjadi seorang yang keras hati, angkuh dan ego dengan apa yang kita perolehi. Jangan bangga dapat menawan hati-hati manusia lain dengan apa yang kita lakukan atau apa yang kita perkatakan tapi kita perbudak-budakkan emak ayah kita. Selagi perintahnya tidak bercanggah dengan syariat, kita kenalah taat dan berlemah-lembut serta berhikmah dalam mengatur sesuatu tindakan jika ada yang tidak kena pada hati mereka. Yakinlah bila kita berakhlak dengan mereka segala apa yang kita laksanakan semuanya mendapat rahmat dan bantuan Allah s.w.t.. Anak yang soleh itu ialah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah bondanya. 

3. Suami yang dayus.
Membiarkan ahli keluarganya melakukan zina. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, "Suami yang membiarkan isterinya dengan lelaki lain."
Setengahnya pula menyifatkan begini:
"Orang yang membeli jariah (hamba) yang pandai menyanyi untuk menghiburkan orang lain."
Maka tersuratlah di depan pintu syurga yang bermaksud:
"Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus."

Tersebut di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:
"Barangsiapa berbuat zina dengan perempuan yang ada suaminya nescaya adalah dosanya di atas lelaki dan perempuan di dalam kubur itu sangat azab."

Maka apabila datangnya hari kiamat nescaya menghukum Allah s.w.t akan si suami terlebih dahulu dalam segala hal kebajikan berbanding lelaki yang kemudian itu. Bermula hukum yang demikian itu apabila zina isterinya itu dengan tidak tahunya. Maka jika mengetahuinya dan dia berdiam diri nescaya Allah s.w.t mengharamkannya dengan tersurat di atas pintu syurga, yang bermaksud:

"Engkau haram yakni masuk atas segala orang yang mengatahui akan kejahatan zina pada ahlinya dan dia diam serta tiada rasa cemburu."

Akhir kata, wahai para suami, jagailah ahli keluargamu supaya sejahtera selalu di dalam iman dan didikan Islam yang sejati sebab orang yang pertama akan dipersoalkan di akhirat kelak ialah suami yang menjadi teraju di dalam rumahtangga. Wahai isteri-isteri yang budiman, bantulah perjuangan suamimu di dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar. 

source: internet


*ampunilah aku ya rabbi..peringatan buat ku sebagai isteri*

Dapat pahala free jer


POLIGAMI MENURUT CARA RASULLULLAH S.A.W.

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita  serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya. 

Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda s.a.w. romantik kepada kesemua  isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri Baginda s.a.w. berkumpul dihadapan Baginda s.a.w. lalu bertanya "Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) yang paling disayangi". Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian." 

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri Baginda s.a.w. sebentuk cincin. Baginda s.a.w. berpesan  supaya tidak memberitahu kepada isteri -isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah s.a.w., lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri Baginda s.a.w. tersenyum puas kerana  menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa  diri mereka tidak terasing. 

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat  suasana romantik ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan  keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. 

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. 

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.


source: internet




*kan dapat pahala free je..best lak tu..*




hangat pegangan tanganmu






aisy, detik ina bersejarah buat mommy dan daddy..
seawal jam 7am 6.5.2009 (sehari selepas birthday mommy) mommy dah siap
kerana mommy nak ke hospital, merelakan diri dibedah bagi melahirkanmu kedunia ini

tahukah aisy, betapa berdebarnya mommy
semakin dekat tarikh tersebut semakin mommy risau
tipulah kalau mommy kata mommy tak takut
merelakan diri diratah pisau yang tajam
7 lapis kulit perut mommy dikelar-kelar
bagi mengeluarkan aisy
malam sebelumnya mommy dah start berpuasa
langsung mommy tak boleh tidur
antara takut dan bahagia
mommy berdoa..
sekiranya ajal mommy di atas katil bedah itu
mommy mohon diberi kesempatan menatap wajah anak mommy yang dikandung cukup 36 minggu

gambar di atas tu gambar tangan daddy aisy
pagi tu daddy langsung tidak bersuara
mommy tahu debarannya sama seperti mana yang mommy rasakan
namun dalam gundah gulana itu
mommy bahagia
kerana genggaman erat tangan daddy
menerbitkan kekuatan buat mommy
untuk bertarung dan bertahan
bagi melahirkan zuriat penyambung kasih kami

aisy hafiy bin ahmad husaini
lahirnya awak secara cesarean
hanya 2.2kg
kecil sekali..
namun kini
mommy tak sabar menanti
bulan 5 tahun ini kita bakal berkongsi 
majlis hari jadi yang akan dirai
oleh kita berdua nanti
^_^


Fenomena bunyi aneh 2012 seluruh dunia

kalau korang google atau masuk youtube, cuma cari fenomena bunyi aneh
banyak gile video tentang bunyi tersebut dan ada juga yang berlaku di sarawak

ini ina ambil dari blog tak mungkin benar:

Warga Kampung Endap di Kota Samarahan, Sarawak tidak boleh tidur malam sejak beberapa hari yang lalu akibat bunyi aneh yang memenuhi ruang udara pada waktu malam.

Bunyi yang seakan dengkusan kuat ini akan hanya berhenti apabila menjelang subuh. Apakah ia? Warga Samarahan mahukan jawapan dari pihak berkenaan. Ada teori mengatakan ini bunyi dari kilang yang beroperasi berhampiran tetapi pihak kilang menyangkal kerana mereka sudah beroperasi selama 10 tahun dan mengapa hanya kini mahu membuat bunyi aneh.

Saksi juga mengatakan bunyi ini datang daripada langit dan bukan dari kilang. Amat menakutkan bagi pendengar. Ini Bukan gurauan ini satu petanda kiamat sudah dekat…MASYALLAH - Sumber Edisi.com


Artikel ini di petik daripada halaman Mufti Perlis berkaitan "Suara daripada langit" 


Cuba kita lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur.Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.


( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012??

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? "

Beliau menjawab:


 "Suara keras" di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn. Sumber : Mufti.perlis.gov.my


*takut weyh..bersediakah aku??kita??

visit nursery


masa minum berjemaah!!!!


uwaaaaaa tak nak balikkkkkkkkkkk



panda kanan tanya: pss orang sebelah..apsal aku punye tak sedap eh???


ermmm sedapnya leh golek2 lepas main kuda hijau kan 



yeeehaaaaa


adeh mana katil ni..ngantuk arrrr

.

uwaaaaaaa tak nak kena cucuk!!!!



tulisan aku lebih tajam dari maki hamunmu


hari ni di opis masih lagi berkisar tentang kes amukan warga asing kat imigresen tu
mesyuarat bos beso mengarahkan ina draft paper untuk menteri
ceritakan apa yang berlaku

meeting dgn imigresen dah set
tunggu nak bukak balik fail
siapkan paper seditil-ditilnya perangai makhluk yang tak tahu nak menghormati kedaulatan negara kita

nak duduk malaysia
tapi wish to against malaysian's law, rules and regulations
silap banyak la weyhhh
aku takkan sesekali berkompromi dengan orang sebegini

adat budaya kita tak mengajar kita menjerit-jerit maki hamun di khalayak ramai
kita biarkan je dia menyumpah seranah kita
menuduh kita murtad dan sebagainya
tapi dia lupa, 
pena lebih tajam dari kata-kata

aku buat report polis!!


Al kisahnya smlm pergi balai polis wat laporan tentang seorang warga asing yang kahwin dgn warganegara kita.

Dipendekkan cerita dia  ni tak nak bini pertama dia (org asing jugak) utk bagi gambar muka penuh saiz passport kpd jabatan imigresen untuk proses pas.

Selamba dia je kata Malaysia ni guna undang2 setan..pastu tuduh pegawai-pegawai tak ikut islam sebenar. Giler btui..dok menjerit-jerit kat kaunter tu lagi.

Yang paling ina geram dia kata ina murtad sbb tak ikut ajaran islam!suka2 dia je kata macam tu..igt ko pakai purdah tu ko dah alim sgt la..dah la busuk nak mampoih,pengotor sangat, islam apa mcm tu. Eee memang sakit hati btui..kebetulan ina ada kat imigresen sebab bertugas update data PATI..

Orang tu pernah datang kdn mintak permit masuk(ic  yang warna merah tu)..tapi tak layak n wat hal macam2..passport dia pun dia tak leh nak renew sebab katanya kalau balik Negara dia nanti kena tembak..so dapat pas residen je lah..unit ina la yang proses2 pas dia tu..then dah dapat kelulusan hantar le ke imigresen..

Boleh je bini dia yang warganegara kita tu main cakap kat pegawai imigresen tu yg kdn bagi kebenaran utk madu dia guna gambar yang buka setakat hidung saja..mulut,dagu semua tutup..nampak sekerat je..ini boleh menipu dan menggugat keselamatan Negara kita.orang imigresen terus la tanya ina  kenapa bagi kebenaran n melanggar prosidur??(dah ina yg proses paper pas residen tu utk menteri).Mana ada ina bagi apa2 pun..sesuka dia je jual nama.seb bek ina ada kat sana. 

Dia mengamuk2 pastu dia tarik and tolak baby dia..pastu turun bawah dia paksa bini warganegara kita tu buang baby tu..dalam rakaman video, ina nampak dia cakap “throw baby..throw baby”..bini warganegara kita tu selamba dek dia je letak baby tu atas lantai panas2 kat muka pintu imigresen putrajaya ni..ish memang nak kena hempuk. 

Sekuriti suruh angkat tapi dia wat dekkk je sampai le ada pegawai ugut nak panggil Jabatan kebajikan masyarakat, baru dia angkat baby tu..shian baby tu..baru 5 bulan kut..comel sangat..bagi ina pun tak pe..
Lepas diorang dipaksa balik sebab dok terjerit-jerit maki hamun law kita, pegawai imigrsen dating ambik statement ina. Then ina dinasihatkan buat laporan polis..sampai ke petang jugak lah citer dia..

Datang opis hari ni pun kena bagi laporan sekali dengan salinan report polis tu kat dato’ sub..6 copy kau..mebe tuk bawak masuk meeting bos beso.

So siap la ko, bagi betis nak paha..dah bagi kebenaran hidup kat Malaysia ni dok buat kurang ajar lagi dengan undang-undang dan peraturan kita. Selamba dia je kata kita pakai law setan.,berambus la dari Malaysia ni…Negara ni aman damai dan kami tak nak share dengan orang yang mcm ni..patut la negara2 kat arab sana tu asyik berbalah..berperang dan bergaduh ni memang diorang suka..keluarga ni rasa tindakan tu betul dan tak tahu nak berdiplomasi menghormati kedaulatan Negara lain.

*KORANG PAHAM KE TAK EH…TAKPE..JANJI AKU LEGA SEBAB DAPAT LUAHKAN MARAH AKU PADA PEREMPUAN WARGANEGARA KITA TU YANG TURUT SAMA BERSUBAHAT DALAM USAHA MENGKHIANATI UNDANG2 DAN PERATURAN DI NEGARA KITA*

*KESANNYA JIKA KITA BAGI KELONGGARAN KEPADA ORANG2 MACAM NI IALAH NANTI DIA AKAN BGTAU PUAK2 ANAK BERANAK KAT NEGARA ASAL DIA TU SURUH RAMAI2 DATANG MALAYSIA. WAT GILA KAT IMIGRESEN DAN KDN TERUS DAPAT PAS UTK MENETAP DI MALAYSIA TANPA PERLU IKUT PERATURAN YANG NEGARA KITA GARISKAN*


kesilapan dalam didik anak

BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

(Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998 )
(Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa)

Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada
kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :

Harta benda dan anak- anak kamu hanyalah menjadi uj ian dan di sisi ALLAH ada pahala
yang besar. ”
(Al- Quran Surah At - Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai
ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW
diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah
orang yang t idak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW ber kata : “Orang yang mandul itu ialah
orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan
kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
(Maksud Al-Hadit h )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib
(didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira
perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa
marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical),
rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan
Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suat u har i Rasulullah SAW mencium Al-Hassan at au Al-Hussien bin Ali r .a.
Ket ika it u Aqr a’ bin Habis At -Tamimiy sedang ber ada di r umah baginda. Ber kat a
Aqr a’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh or ang anak, t et api aku belum per nah
mencium seor ang pun dar i mer eka.” Rasulullah melihat kepada Aqr a’ kemudian
ber kat a : “Siapa yang t idak mengasihi t idak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadit h Riwayat Bukhar i dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau
berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anakanak
terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam,
makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab
salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh
anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anakanak
rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke
dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,
kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih
membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana
kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk
mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan
anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha
memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.




*ina dapat daripada fb kawan ina, k'own..


komen ina:


Yang no 7 tu memang kena berubah dah rasanya bila anak makin besar ni..takde dah mommy nak seksi2 kat umah hihih

instagram adlinahomemadescrub


up