sayang, jgn merokok ye


Ciuman perokok boleh bunuh kanak-kanak
2010/06/02

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.
Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children''s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy. - Bernama

***

alhamdulillah..
sejak kita ada aisy
awak dah stop smoking
terima kasih banyak2
kerana tidak membahayakan diri sendiri, b dan anak kita

14 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

lari topik jap...
akak,jom dating nak...p lunch..besok ke...hehe :p
nak order sekali inner code : 2,shawl code : e10...inner biru yg match ngan shawl biru tu ade tak kak?

fisa othman said...

alhamdulillah cik abg fisa tidak merokok...bau asap rokok pun dia dah buat muka...tapi kan adik beradik fisa ada yang merokok...ayah pun merokok jugak...ermmm dah penat suruh diorang berhenti tapi tak mau jugak...

Queen said...

susahkan kalau lelaki merokok..dan bila dia berhenti merokok..rasa sangat bangga sebab dia berani dan dia sangat tabah hati untuk tinggalkan rokok

Ibu Ayra said...

nami, jom buat demo stop smoking...risau bila baca artikel tu...kak long nya latest entri pun pasal artikel tu...

Ena said...

tu la.. masalah nya..

kalau kelaurga kita tak meroko.. org sekeliling & sedara jauh dan dekat tu pulak yg merokok.. huhu

smms said...

hum dukacitanya hubby i mmg perokok .. n degil ckp nak tinggai tapi nth nak tgg bila .. kita ni kena byk dia je la ..


ina : kalu ina wat cmni lmbt skit nak load lak b4 ni ok ja ..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah lama dah tak kesini dah tukar background ye adlina...yup tol tu kiter pun ada dapat email pasal ni...syukur hubby ku tak merokok

Unknown said...

nad, akak dah booked ketiga-tiganya, total Rm15
sok kita date kat oldtown cyberjaya na..jgn lupa bawak kamera, nak show off nanti dalam blog dating kita neh hihi

Unknown said...

fisa, baguih la cik abg akak tak merokok..susah oo nak suh huby ina stop sampai la dapat aisy..

Unknown said...

queen, betui tu..susah nak suruh depa stop tau..

off topic sat, bila ina klik kat nickname queen tu, kuar statement profile nak available..cane ek? ina selalunya akan balas kunjungan pengomen2 ina =D

Unknown said...

kaklong, abglong isap okok ek? print je artikel tu kat dia..biaq dia baca sorang2 and renung2 kan kesan merokok tu..

abah nami pun dah stop..alhamdulillah..

usen lepas dapat aisy pun stop

Unknown said...

betul tu ena, balik opis je bau rokok tu kat baju huby..ina mula2 bising gak igt dia merokok balik

rupanya few cikgu2 yg kongsi bilik dengan dia suka isap rokok dlm bilik..hampeh sungguh

Unknown said...

owh ye ke..eh ina kena tukar balik..tak nak buat read more dah

thanks eh mak qk =D

anyway pasal merokok ni depa kena sedar sendiri..kita tak de kuasa nak paksa depa stop..dulu2 ina selalu print kesan-2 merokok pada perokok dan perokok sekunder bagi kat huby suh dia baca sendiri

Unknown said...

tu la anje, lama tak datang blog ina..awak tu blogger tegar..hari tu blog ina ada masalah..and sampai la rasanya bermasalah lagi..lambat sgt loadingg walau dah tukar dan buang widget2..bagi tips sikit =D

instagram adlinahomemadescrub


up