Lama dah tak update..sibuk nak makeover blog tp tak pandai2 lagi sebenarnya..
Anyway entry kali ni for those yg akan pegi interview PTD soon.. to KakLong, hope this entry might help you :)
Dressing:
Dress to impress hiks..Takyah la mcm nak gi kenduri kawen kan.. cantik dan kemas dalam kebaya, high heel bertutup tp jgn tinggi sgt ek(bagus kalu pakai kaler hitam)..jgn lupa put on some make up utk nampak berseri dan glowing naturally..kalu bertudung tu pakai kemas2, pilih baju dan tudung yg match..kalu yg free hair eloklah bersanggul dan letak net..ada tanda nama? hah bagusla tu..pakai ek..
Soalan interview:
Too subjective..bergantung penuh kepada interviewer tu nak tanya apa kan..tapi prepare lah jugak general knowledge tu ngan isu2 semasa yg rasa mcm relevan nak dicakapkan..
pengalaman peribadi:
-ditanya pernah tak hiking? aku jawab panjat Gunung Jerai je...dia tanya, berapa tinggi gunung tu?pokok apa yg ada?apa nama saintifik pokok tu..makin tinggi naik pokok apa yg awak jumpa?
-antara tentera darat,laut ngan udara, rank mana paling tinggi?
-apa yg istimewa kat malaysia ni berbanding negara asia lain
-apa makna malaysia truly asia?
-kenapa awak yg dah keja exec kat Bank Kepala Singa nak keja PTD?apa yg best sgt ngan government?mak suruh ke?
-berapa bilangan kosong untuk billion?10billion sama ngan berapa juta?
-awak rasa layak ke awak jadi PTD?
Selain tu, lengkapkan pengetahuan selengkap-lengkapnya pasal PTD ek.Contohnya bidang tugas utama PTD. Latar belakang pun akan ditanya juga, tapi cerita yang penting-penting dah la ek..
Akhirnya, tawakal kepada Allah..kalau dah Dia tentukan kita akan jadi PTD insyallah jadilah kita PTD..usaha dan selebihnya bergantung harap padaNya k..
maaf kalau entry ni tak ditil atau tak memenuhi kehendak..boleh je call ina 016-461 4667 kalau nak tanya personally k..semoga interview kali ni awak berjaya dan seterusnya menjadi sebahagian daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang tak berapa ramai sangat jumlahnya berbanding bilangan penjawat awam yang lain..
lepas ni bila dah berjaya interview, maybe kena p intan untuk kursus pengenalan PTD ni..tak pasti masih disebut sebagai Unggul atau tak..then awak akan ditempatkan di mana-mana kementerian atau jabatan dengan post M41 dengan taraf jawatan kontrak terlebih dahulu..tak salah currently dasar kontrak ni 2 tahun..sepanjang tempoh kontrak ni, awak akan dinilai dari masa ke semasa dan diberi markah..at the end, markah akan di review dan awak akan diserap seterusnya dilantik ke jawatan tetap..
ok if ada apa2 nak tanya dont hesitate to call me k :)