Allah gerakkan hati mencari dan terjumpa tips-tips dan aktiviti yang boleh dibuat untuk kita bahagiakan mereka.
Ibu bapa tiada galang ganti..hanya yang itu sahaja..bila mereka sudah tiada, hilanglah satu doa mustajab buat kita
Ma..abah..terima kasih..saya mahu membalas jasa kalian berdua :')
- bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, mereka pasti berbangga
- jika jauh, selalulah telefon mereka..jika dekat, jauhilah telefon dan berbicaralah dengan mereka
- picitlah, peluklah mereka..mereka pasti bahagia
- layan mereka seperti mereka melayan kita semasa kecil dahulu
- suapkan mereka makan
- masakkan makanan kegemaran mereka
- bangun awal sebelum mereka, kemas umah dan siapkan sarapan
- walaupun tiap-tiap hari telefon mereka, tapi masih rindukan mereka - tandanya awak ikhlas
- sentiasa tolong ibu bapa, benar ada orang tua yang SEGAN minta tolong anak - atas sebab sikap anak itu sendiri
- jika mahu berjaya, kongsi kejayaan dengan mereka
- jika mahu harta bertimbun, kongsi harta dengan mereka
- 'volume' mendengar harus lebih tinggi daripada 'volume' bercakap dengan mereka
- sentiasa ada ruang untuk orang tua kita
- amalkan telefon mereka tiga kali sehari
- nada suara harus dijaga, pemilihan kata harus diperhati - itu lah seni bahagia
alfatihah buat wan..
0 comments:
Post a Comment