entry buat suami

yang,
untuk ke sekian kalinya..
b mohon maaf
atas ketiadaan b di sisi yang dalam membesarkan anak kita

b tau yang faham b terpaksa di sini
untuk kerjaya dan masa depan kita bersama
inilah jihad b buat keluarga kita

yang
terima kasih kerana menjadi suami yang sungguh memahami
terima kasih kerana menjadi ayah yang sangat penyayang

b kagum dengan yang
menjaga anak kita dengan baik sekali
yang masak untuk dia
yang basuh berak dia
yang mandikan dia
yang tidokan dia
yang bangun malam susukan dia
yang basuh sidai lipat baju
yang basuh pinggan

tatkala anak tidur
yang mengemas umah
mengemop lantai
menyusun mainan bersepah

yang menanti dan menyambut b
dengan senyuman manis yang
dengan pelukan hangat rindu yang
tiap kali b berpeluang balik ke rumah

walau sekejap cuma
yang urut badan b, lenguh2 b
yang tak bagi b buat keja umah
yang suh b rehat je..sebab kata yang..
b kat sini dah cukup lelah dan penat
even b nak masak pun yang tak bagi..

tapi b rindu..
rindu nak bagi yang dan aisy makan masakan dari air tangan b
b masak jugak
dan ucapan terima kasih b terima daripada yang
kerana kata yang, b bersusah payah memasak buat kalian berdua
:)

yang, b bertuah miliki yang
tak semua lelaki yang sanggup memikul tangunggjawab
menjaga anak kecik seorang diri

b terharu sangat sebab yang mampu
jaga anak kita yang demam panas, selsema, batuk, muntah2
seorang diri

b sedih kerana tak dapat pergi bersama
b tak leh imagine macam mana agaknya
yang dengan aisy berdua
pergi klinik hospital bersama

seorang lelaki mendukung anak kecik
dengan sebelah tangan lagi menggalas beg
berisi botol2, pampers dan barang2 anak
tengah tunggu giliran nak jumpa doktor
tengah tunggu giliran nak ambil ubat
tengah tunggu giliran nak bayar barang2 kat alamanda
itu lah yang..

terima kasih banyak2 atas semua ini..
terima kasih kerana turut bersama dalam kekalutan ini..

alhamdulilllah..
alhamdulilllah..
atas kurniaanMu..
aku bahagia ya allah..
dengan keluargaku..

kekalkanlah muhabbah dan mawaddah di hati kami
kekalkanlah kasih sayang ini
kekalkanlah ikatan luhur dan suci ini
dunia dan akhirat..
cukuplah dia buatku..
cukuplah aku buat dia..
amin ya rahman..ya rahim..

10 comments:

Ena said...

^_^

Alhamdulillah..
ena tumpang happy juga..
sehingga bercucuran airmata dibuatnya..
huhu..
Terharu..

A.I.N said...

adlina... tabahkan hatimu sahabat..
igt pesan aku, ni sume utk mase dpn anak2 ko... byk2 kan berdoa semoga semuanya dipermudahkan segala urusan. Aminnn

Ayuraza said...

sedey nyer n3..
sebak terusss.... ^__^:
xpe..besar ganjarannya disana kerana meghargai seorang isteri...
semoga cinta kalian berkekalan...:)

*Mami Damia Aisyah* said...

terharu baca nak menitik air mata juga..
semoga kalian berdua tabah ye..
InsyaAllah besar dugaan Besar lagi hikmah InsyaALlah

smms said...

so touching ,. itu la kelebihan di sebalik kekurangan yang terpksa kita lalui .. syukur ..

white rose said...

waaahhh...
bestnye ayat...

syukur, suami akak memahaminya...

xAmU said...

fuhh likeee..

ganbatte kak:)

Irtiyah said...

Salam

Alhamdulillah. Moga bahagia milik kalin, dunia akhirat. amin

fazemy said...

Semoga bahagia kekal selamanya. Aminnn..

Masnita said...

Sedih....smpi nangis. Suami kt br g dpa 5 hari. Ditgglkan tyme masih dlm pantang n bb kena jaundice smpilah skrg ( bb dh sebulan). Kne g hosp tanpa hb, rase takut nk tau result. Rase rindu hmpr xtertanggung.... ;(

instagram adlinahomemadescrub


up