Oleh: Puan Ainon Mohd
Semalam, Rabu 28 Ogos 2013, ABS Chapter Utara mengadakan "Sesi Minum Kopi ABS" dengan usahawan pakaian Tuan Adnan A Aziz.
Chairman ABS Chapter Utara, Puan Zuraida Noordin bermurah hati mengongsikan catatan isi kandungan penting dalam perkongsian Tuan Adnan dengan peserta:
---
"Pada awal-awal penjualan koleksi pakaian muslimah HD dijalankan secara online, kami mengambil gambar baju yang disangkutkan menggunakan penyangkut baju. Kemudian, kami bertukar strategi mengambil gambar baju yang dipakaikan pada patung. Jualan kami telah meningkat daripada yang sebelumnya. Tidak lama selepas itu, kami telah menukar model daripada patung kepada orang sebenar. Jualan kami meningkat dengan lebih tinggi lagi. Kami berpendapat, orang suka untuk melihat baju muslimah HD digayakan oleh seorang model wanita yang berwajah cantik. Dari hasil paparan gambar begitu, pelanggan lebih mudah untuk membuat keputusan memilih dan seterusnya membeli produk kami."
"Berhati-hati apabila membuat keputusan untuk melakukan tempahan produk di China. Ini kerana, Kami pernah terkena apabila baju yang kami tempah, singkat! Mereka tidak percaya kepada ukuran yang telah kami berikan kepada mereka. Mereka mengatakan bahawa, ukuran yang kami berikan adalah sebuah ukuran baju tidur!"
"Kami berusaha selama lebih kurang dua tahun untuk membina reputasi kepada supplier/usahawan berbangsa Cina untuk berurusan dengan mereka. Bangsa Cina berpandangan skeptikal dengan peniaga Melayu kerana, mereka sudah banyak kali terkena dengan peniaga Melayu yang tidak konsisten di dalam perniagaan mereka. Mereka tidak membayar hutang niaga secara tetap. Malah ada yang lari daripada hutang, telefon juga tidak berangkat. Kepercayaan adalah kunci utama untuk menjalinkan kerjasama dengan peniaga Cina."
"Apabila menjalankan perniagaan secara online, website adalah perkara yang paling penting untuk ada. Tidak cukup dengan hanya dengan ada FanPage di Facebook. Daripada website kita membina kredibiliti. Facebook umpama Billboard manakala website ibarat kedai kita."
0 comments:
Post a Comment