Jangan bazir duit beli supplement


Dari penyelidikan yang terkini oleh para saintis kesihatan, ada beberapa supplement VITAMIN yang amat berbahaya.

Pengambilan Vitamin A dan E , samada sikit atau banyak, akan memberi kesan dahsyat pada tubuh badan. 

Malahan pengguna VITAMIN E melonjakkan risiko mendapat PROSTRATE sebanyak 17%.

Manakala campuran Vitamin A dan beta-carotene pula akan meningkatkan risiko mendapat CANCER PARU-PARU sebanyak 18%.

Penggunaan VITAMIN A & E seharusnya hanya digunakan oleh pesakit yang tidak punya fungsi menjana VITAMIN tersebut oleh badannya sendiri. 

Badan kita sudah cukup mendapat Vitamin A & E melalui makanan harian SECARA NATURAL. 

TAPI KINI, ADA BEBERAPA PRODUK HARIAN DI DALAM SUPERMARKET YANG MENULIS " ENRICHED WITH VITAMIN A & E ".  Ini supplement otomatis sumbangan PEMBUAT walaupun tak pernah diminta oleh pengguna pun.

Seolah-olah ini adalah BAIK UNTUK KITA, sedangkan produk seperti ini MELONJAKKAN RISIKO PENYAKIT. KITA SEBAGAI PENGGUNA BERHAK MEMPERSOAL PEMBUAT MAKANAN dalam hal ini. Dalam keadaan jahil, mereka sedang menyumbang sakit kepada Rakyat Malaysia.

Untuk Vitamin C pula, ia kurang bahaya kerana sangat mudah larut di dalam badan. Jika berlebihan akan dibuang oleh badan melalui air kencing.

Pengambilan Vitamin C adalah baik untuk memperpendekkan jangkamasa selsema dan flu. Namun ia tidak boleh menghalang  jangkitan virus selsema dan flu.

Bahaya Vitamin C hanya apabila diambil lebih dari 500gram sehari. Ada beberapa kes yang menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Selain supplement, Vitamin C banyak ada dalam produk AIR JUS KOTAK dan SIRAP. Jangan biarkan anak-anak dan diri sendiri meminumnya dengan kerap.

Cara bentuk telur rebus jadi bentuk love


Batu Belah Batu Bertangkup


Tip Panduan Memilih Taska/ Pusat jagaan kanak-kanak


Tip Panduan Memilih Taska/ Pusat jagaan kanak-kanak

Ada beberapa tips dan kriteria pemilihan pusat jagaan kanak-kanak.
Mesti berdaftar.
Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran.
Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia.
Hasil perbincangan itu puan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.
Pastikan dia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga puan boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas.
Jika dia suka kerja itu, maka anak anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.
Kebersihan.
Pastikan puan masuk ke dalam kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan memuaskan.
Bayaran Yuran.
Puan perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika puan lambat mengambil anak.
Program.
Pastikan pusat itu mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya.
Takaful.
Pastikan pusat itu mempunyai insurans takaful.
Kegiatan membabitkan ibu bapa.
Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama?
Peraturan taska/tadika/pusat jagaan. Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.
Keceriaan.
Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.
Fardu ain.
Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu aini. Bagaimanapun, puan perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.
Bayaran balik.
Puan perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah puan dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini.
Bagi anak yang berumur empat tahun, mereka boleh dihantar ke taska, tadika atau pusat jagaan.
Saya lebih suka menghantar anak ke taska kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.
Senyum selalu. Banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh diatasi.
Oleh Rosnah Ahmad, pengurus dan pengusaha taska.
serikasih.com

instagram adlinahomemadescrub


up