entry buat suami

yang,
untuk ke sekian kalinya..
b mohon maaf
atas ketiadaan b di sisi yang dalam membesarkan anak kita

b tau yang faham b terpaksa di sini
untuk kerjaya dan masa depan kita bersama
inilah jihad b buat keluarga kita

yang
terima kasih kerana menjadi suami yang sungguh memahami
terima kasih kerana menjadi ayah yang sangat penyayang

b kagum dengan yang
menjaga anak kita dengan baik sekali
yang masak untuk dia
yang basuh berak dia
yang mandikan dia
yang tidokan dia
yang bangun malam susukan dia
yang basuh sidai lipat baju
yang basuh pinggan

tatkala anak tidur
yang mengemas umah
mengemop lantai
menyusun mainan bersepah

yang menanti dan menyambut b
dengan senyuman manis yang
dengan pelukan hangat rindu yang
tiap kali b berpeluang balik ke rumah

walau sekejap cuma
yang urut badan b, lenguh2 b
yang tak bagi b buat keja umah
yang suh b rehat je..sebab kata yang..
b kat sini dah cukup lelah dan penat
even b nak masak pun yang tak bagi..

tapi b rindu..
rindu nak bagi yang dan aisy makan masakan dari air tangan b
b masak jugak
dan ucapan terima kasih b terima daripada yang
kerana kata yang, b bersusah payah memasak buat kalian berdua
:)

yang, b bertuah miliki yang
tak semua lelaki yang sanggup memikul tangunggjawab
menjaga anak kecik seorang diri

b terharu sangat sebab yang mampu
jaga anak kita yang demam panas, selsema, batuk, muntah2
seorang diri

b sedih kerana tak dapat pergi bersama
b tak leh imagine macam mana agaknya
yang dengan aisy berdua
pergi klinik hospital bersama

seorang lelaki mendukung anak kecik
dengan sebelah tangan lagi menggalas beg
berisi botol2, pampers dan barang2 anak
tengah tunggu giliran nak jumpa doktor
tengah tunggu giliran nak ambil ubat
tengah tunggu giliran nak bayar barang2 kat alamanda
itu lah yang..

terima kasih banyak2 atas semua ini..
terima kasih kerana turut bersama dalam kekalutan ini..

alhamdulilllah..
alhamdulilllah..
atas kurniaanMu..
aku bahagia ya allah..
dengan keluargaku..

kekalkanlah muhabbah dan mawaddah di hati kami
kekalkanlah kasih sayang ini
kekalkanlah ikatan luhur dan suci ini
dunia dan akhirat..
cukuplah dia buatku..
cukuplah aku buat dia..
amin ya rahman..ya rahim..

aku rindu

pejam celik aku dah masuk minggu ke-4 dlm kursus ni
la ni dah pukul 11:52pm tapi mata masih degil
dok teringat kat suami ngan anak aku..

ish..taktau nak pujuk badan ni suh tidoq
pusing kiri kanan sama je, rasa tak kena
dok tingat kat depa
rindu..

sok pagi 630am wajib ada kat court dah
aktiviti suai fizikal..adeh..sakit kat paha ni tak hilang lagi
sok kena lagi sekali..
PT10
skuad jam
etc..maleh nak ingat..semua tu sakittttttt

wat 3g ngan aisy tadi..dia dok flying kiss kat aku
adoii sebak sungguh la dada ni..
pastu aku tengok dia kata JOM kat daddy dia
pastu tunjuk kat aku
sahih dia ajak daddy bawa dia keluar..
nak mai kat aku.. huhu..

kol tadi..encik suami tengah menghayun buaian..




*gambar tade kaitan ngan luahan..huhu mommy rindu kalian berdua

fesyen lucah

aisy bebas!

alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah kerana atas percaturan Mu jua, aisy hafiy telah bebas daripada Urinary Track Infection (UTI)

terima kasih Allah, kerana mengurniakan kesejahteraan kesihatan buat anakku itu..

dengan kesihatan ini, dia tidak perlu lagi menjalani test yang menyakitkan dan jua sebarang ultrasound yang boleh harm sel-sel badannya..

failnya di Hospital Putrajaya secara amnya dah boleh tutup sebab dia telah recover sepenuhnya dari penyakit UTI tersebut

buat mommies yang risau sekiranya anak mereka diagnosed to have UTI, no worry k..do contact me if u need any advices ^_^

celcom broadband RM38

ina sekarang ni kat intan..berkursus selama 33 minggu
minggu ni baru masuk minggu ke 3

2 minggu dah berlalu..rasa cam nak gile la jugak
sebab tingatkan huby ngan anak

memalam wat video call
tapi tak leh jadi, nak juga video cam ngan huby
so kekdahnya menjelajah cari broadband

sign up hari ahad lepas
best jugak, utk 6 bulan pertama ni murah je, 
ina ambil plan RM48, then promotion less RM10 utk 6 bulan
without contract
so apa lagi, terus rembat..elok je abis dpa nanti close akaun
hehe

sebab kat umah dah pakai streamyx
so buat uols yg masih mencari broadband 
sila pilih celcom sebab murah n boleh tahan jugak coverage dia ^_^

cecepat ceceput semput

tudia aihh bersawang siot
bersiaran dengan cepat dari dewan kasturi, institut tadbiran awam negara (intan)

dan selamat diorientasikan selama 2 minggu
now back to school
time to study plus xtvtv ko-k
jadual memang pack sampai kui 10.30pm

next  class begin at 2.30pm
ring huby just now
tak dapat dibayangkan macam mana keadaan dua beranak tu
dari pukul 10am kat hospital putrajaya menunggu result ultrasound aisy

katanya aisy dah tertidur atas bahu daddy
kesiannya..maafkan mommy..tak de bersama-sama
sesungguhnya hati mommy tak tenteram di sini
mommy doakan aisy sihat sejahtera
mommy berterima kasih kepada daddy kerana sanggup bersusah payah
bersedirian dalam menjaga anak kesayangan kita

mommy juga dalam perjuangan
menghitung hari menghabiskan diploma pengurusan awam ini
dan balik semula ke kehidupan biasa kita
yang penuh warna-warni

instagram adlinahomemadescrub


up