tips mudah hamil di bulan ramadhan



tengok gambar tu tingat masa 1st test nak check pregnant si aisy hafiy ^_^

tips ini ina dapati daripada email, semoga dapat memberi info yang berguna kepada yang memerlukannya.



1) DOA MUSTAJAB WAKTU BERBUKA


Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah sebelum berbuka puasa. Tapi saat
ini sering diabaikan oleh kebanyakan orang kerana ghairah menghadap menu berbuka
yang menyelerakan. Luangkanlah masa beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk
berdoa dan memohon apa-apa sahaja yang kita hajatkan. Ingat, Allah swt Maha
Pemurah. Setiap doa yang kita panjatkan, pasti didengar.



2) PELUANG TURUNKAN BERAT BADAN


Berat badan adalah antara faktor sukar hamil. 50% Pesakit PCOS didapati juga mengalami gejala berat badan berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa dengan setiap 5% penurunan berat badan, dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak 30%. Sebab itulah, antara cadangan yang diberikan oleh doktor adalah supaya menurunkan berat badan terlebih dahulu

Sekarang kita di bulan Ramadan, peluang ini harus diambil untuk menurunkan
sedikit berat badan dengan mengawal makan, terutamanya waktu berbuka.



3) BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT


Bulan Ramadan ini hati manusia lembut, Syaitan dirantai. Kalau anda perasan, pengunjung-pengunjung masjid semakin bertambah di bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan untuk beramal.

Nabi saw pernah anjurkan seorang sahabat supaya banyakkan sedekah dan
beristighfar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat.

Berikut kami berikan petikan hadis tersebut

"Abu Hanifah Rah. meriwayatkan di dalam musnadnya dari Jabir Bin Abdullah R.A
bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya;

Ya Rasulullah, sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi oleh seorang anak
pun.

Nabi s.a.w pun menjawab dengan sabdanya;

Di mana(keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati(anak)"


4) KURMA DAN KESUBURAN?


Kurma adalah sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Khasiatnya memang terkenal.
Dari segi kesuburan, maklumat yang kami dapati adalah 'DEBUNGA KURMA'
(ada juga orang panggil 'serbuk kurma') yang dipercayai dapat membantu memulihkan
masalah kesuburan wanita dan lelaki.

Kami masih membuat kajian tentang perkara ini. So, no komen.
Sebenarnya di negara Arab, serbuk Debunga Kurma ini ada dijual di sana yang
memang dipercayai baik untuk kesuburan. Tak lama lagi musim haji, mungkin anda
boleh kirim dengan rakan-rakan @ ahli keluarga yang akan menunaikan haji.
Kalau kat Malaysia, kami tak pasti jika ada sesiapa yang ada jual Serbuk Debunga Kurma ini. 

Jika ada antara anda yang tahu dan pernah beli produk
ini di Malaysia, harap dapat maklumkan kami kerana rasanya ramai rakan-rakan kita
yang berminat nak beli jugak. Insyallahkami akan buat satu penulisan khas tentang 'debunga kurma' ini dalam blog.

kami tu merujuk kepada penulis email tersebut. boleh tengok website dia kat sini >> mudah hamil

 ***

ina nak berkongsi sedikit pasal cerita ina mengandungkan aisy dulu..

kalau tengok pada tempoh perkahwinan kami dengan usia aisy, korang boleh nampak yang dekat 2 tahun kahwin baru kami dapat aisy.

masa sebelum pregnant tu, mak mertua risau
sebab katanya, dalam adik beradik sebelah FIL ina tu ramai anak-menantu yang tak mengadung atau lambat dapat zuriat. so bila kitorang lambat ni, diorang risau sgt2

tapi sebenarnya, dari 1st night lagi ina suami isteri memohon kepada allah supaya tidak mengurniakan anak selagi dirasakan kami tidak mampu dari semua segi..kami berserah padaNya, kurniakanlah kami zuriat bila Dia tahu kami sudah mampu dalam semua segi untuk hidup bertiga dan alhamdulillah doa itu termakbul..

jadi, kepada pasangan yang belum lagi conceive tu, jangan terlalu tertekan yer..ni nak raya, confirm soalan2 wajib "bila nak bertiga?" tu muncul

kuatkan semangat dan senyum selalu yer..kita ni sebagai perempuan sangat sensitif bukan hanya pada perasaan dan jiwa yang halus tetapi badan kita, terutama organ dalaman kita pun sensitif juga. hormon kita mempengaruhi badan kita so cuba hepy2 selalu yer, sebarkan semua ion ceria dan positif tu dalam badan kita. Insya allah kita akan beroleh jua permata hati bukti cinta kita suami isteri..


Tapi jangan pula kita berhenti berusaha untuk conceive tu, jangan kedekut untuk spend wang ringgit jumpa doktor pakar dalam usaha untuk memperolehi zuriat..


Anak itu amanah ALLAH 
Anak itu ujian ALLAH
Anak itu hadiah dari ALLAH
-mummy aisy hafiy-

10 comments:

fazemy said...

Thanks Ina unt petua ni. Amat berguna. Berdoa nak anak sebelum waktu berbuka tu tak pernah buat lg.

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam kak...walaupun awe belom ada kahwin dan ada anak tapi sume tu awe nak kecapi jugak....suka kata2 akak..kalu belom bersedia jangan dulu..bukan menolak rezeki Allah..tapi kite nak kan terbaik untuk kita, anak2 dan keluarga...org bila kita kahwin lama tak dapat anak dah mula cakap macam2 yg bukan2...tapi sebenarnya Allah lebih tah kehendak hambaNya...
nice sharing kak...awe suke n3 ni

Unknown said...

welcome fazemy ^_^

ina pun tak tahu rupanya time nak berbuka tu elok berdoa, lepas ni boleh doa macam2

Unknown said...

awe, glad u like it ^_^

myQza said...

perkongsian yg baik =))

Umie said...

Tanks 4 the info..ehheh...ingat kan pregnant test ina tu tadi..umie dah terkejut dah...hehhehe...anyway..lepas ni nak berusaha lagi..hahah

Ena said...

ena tak pernah tahu pulak pasal berdoa sebelum berbuka tu.. ishhh teruk pulak rasanya.. kena amalkan la lepas nie.. Thanks ye ena.. sharing info nie.. ;D

Unknown said...

perkongsian yang saaaaaaaaaaaaaaaannngaaaaaaaaaaaaat baek...terbaek la...

Anonymous said...

insya Allah, bakal disampaikan kepada yang memerlukan tips ni.. thanx..

{ finieViolet} said...

sy plan nk dpt baby dulu masa bln puasa..bila dah raya period tak dtg..pastu check sy dah pregnant..berkat bulan puasa tu..

instagram adlinahomemadescrub


up