Showing posts with label kisah suami isteri. Show all posts
Showing posts with label kisah suami isteri. Show all posts

fenomena buttonmybuttons dan tudung aidijuma

butik buttonmybuttons mencetus fenomena baru dalam dunia fesyen di Malaysia
perekanya memberi nafas baru di dalam penerapan penggayaan baju kurung moden yang mempunyai elemen vintage dan semestinya 'bow' yang menjadi 'signature' rekaannya

ina tidak ketinggalan untuk mencuba baju rekaan pemilik buttonmybuttons ini 
namun kerana harganya yang agak tinggi bagi ina, cukup sekadar sepasang baju kurung moden buttonmybuttons menjadi penyeri aidilfitri 2012 yang baru sahaja beralu


perekanya menegaskan bahawa sepasang baju kurung ini boleh digayakan dengan pelbagai cara
paling mudah, kain mahupun baju kurung tersebut boleh digayakan semula dengan padanan pakaian yang lain

tudung aidijuma juga menjadi pilihan ina
kombinasi di antara inner dan outer bawal mencipta gaya baru dalam penggayaan tudung bawal pada masa kini
terima kasih kepada datin juma kerana mencetuskan kembali fenomena pemakaian bawal dengan nafas baru


bersama mr husaini, my roomate aka housemate aka friend aka husband aka everything
aisy tahun 2012 mempunyai perangai baru
tidak gemar bergambar
tidak gemar berjumpa ramai orang
mahupun menerima pemberian duit raya
namun pabila berkongsi cerita dgn deq nadia yang anaknya juga sebaya, ternyata itu 'fenomena' yang turut melanda anaknya tahun ini hehehe

lagi gambar raya 2012 untuk diabadikan di dalam blog yang sudah lama tidak ina kunjungi walau pun bertambah follower dari hari ke hari
terima kasih atas kunjungan saudara saudari ke mari ^_^







hangat pegangan tanganmu






aisy, detik ina bersejarah buat mommy dan daddy..
seawal jam 7am 6.5.2009 (sehari selepas birthday mommy) mommy dah siap
kerana mommy nak ke hospital, merelakan diri dibedah bagi melahirkanmu kedunia ini

tahukah aisy, betapa berdebarnya mommy
semakin dekat tarikh tersebut semakin mommy risau
tipulah kalau mommy kata mommy tak takut
merelakan diri diratah pisau yang tajam
7 lapis kulit perut mommy dikelar-kelar
bagi mengeluarkan aisy
malam sebelumnya mommy dah start berpuasa
langsung mommy tak boleh tidur
antara takut dan bahagia
mommy berdoa..
sekiranya ajal mommy di atas katil bedah itu
mommy mohon diberi kesempatan menatap wajah anak mommy yang dikandung cukup 36 minggu

gambar di atas tu gambar tangan daddy aisy
pagi tu daddy langsung tidak bersuara
mommy tahu debarannya sama seperti mana yang mommy rasakan
namun dalam gundah gulana itu
mommy bahagia
kerana genggaman erat tangan daddy
menerbitkan kekuatan buat mommy
untuk bertarung dan bertahan
bagi melahirkan zuriat penyambung kasih kami

aisy hafiy bin ahmad husaini
lahirnya awak secara cesarean
hanya 2.2kg
kecil sekali..
namun kini
mommy tak sabar menanti
bulan 5 tahun ini kita bakal berkongsi 
majlis hari jadi yang akan dirai
oleh kita berdua nanti
^_^


Isteri dara kembali??




jom isteri-isteri amalkan petua ni..agar dara kembali ^_^



ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.


*thanks to jiran sebelah yg tlg tag kan i*

Petua Menawan Hati Pasangan by Dr. Fadzilah Kamsah

Ina just browsed thru his website fadzilahkamsah.com and found this article. Hope it will benefit us..amin..


Petua Menawan Hati Pasangan:


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.






tips menggoda suami

panduan berguna buat semua isteri di dunia ^_^


dipetik daripada email 
tajuk asalnya ialah tips menggoda suami 40an tapi apa salahnya kalau suami 20an digoda ihihi


ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

  • Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!


  • Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.


  • Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"


  • Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

DENDAM ANAK MENANTU DAN IBU MERTUA. (18SG)


Ibu, Anak Dan Menantu 
Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang
paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama
di kantin, di dalam kelas mahupun waktu belajar di luar kelas…

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran
di sebuah U swasta yg terletak di  sekitar kuala lumpur…
mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi………
tetapi dalam setiap percintaan  mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya
untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kepada Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar
dengan seorang  lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu daripada
jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman
& mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu……..dengan niat utk memisahkan  mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan
meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan
percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang
kuat untuk Razman.

Setelah  setahun berlalu mereka pun di ijab qabul 
 Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman…….tapi malangtelah menimpa mereka……

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan
ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu
menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit
muka nya  tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan……

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu
membuak-buak. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya……
tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi
cacat seumur hidup.

Razman bertemu dengan
doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya.Razman juga telah memohon agar doktor berjanji tidak akanmenceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu
gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka
anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam.
Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan
yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya.
Doktor terdiam seketika lalu menjawab……penderma tersebut menyuruh
saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur
dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka
anaknya berkali-kali.

…………………….
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah
mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri
kesayangannya. 

Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah
(ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalahkulit punggung menantunya yang dibenci.Macamana erkkk reaksi ibu mertua dia…
x elok berdendam….x baik untuk kesihatan….ekekeke


*kredit to bardbahtiar*

Cemburuku pada bidadari



ina mengaku cemburu pada bidadari
kalau sebut cerita pasal bidadari mula la rasa meluattt sgt nak dgr cite kecantikan dan nafsu mereka yg tak pernah padam tu and dok tertunggu-tunggu suami kita

jadi macam mana nak handle rasa jeles ni? so google la ina jumpa jawapannya



“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” 




kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.




tapi kan bagus kalau takde bidadari langsung..

hrm..nak tahu 'kisah' selanjutnya gi baca kat sini eh cemburu bidadari syurga




entry buat suami

yang,
untuk ke sekian kalinya..
b mohon maaf
atas ketiadaan b di sisi yang dalam membesarkan anak kita

b tau yang faham b terpaksa di sini
untuk kerjaya dan masa depan kita bersama
inilah jihad b buat keluarga kita

yang
terima kasih kerana menjadi suami yang sungguh memahami
terima kasih kerana menjadi ayah yang sangat penyayang

b kagum dengan yang
menjaga anak kita dengan baik sekali
yang masak untuk dia
yang basuh berak dia
yang mandikan dia
yang tidokan dia
yang bangun malam susukan dia
yang basuh sidai lipat baju
yang basuh pinggan

tatkala anak tidur
yang mengemas umah
mengemop lantai
menyusun mainan bersepah

yang menanti dan menyambut b
dengan senyuman manis yang
dengan pelukan hangat rindu yang
tiap kali b berpeluang balik ke rumah

walau sekejap cuma
yang urut badan b, lenguh2 b
yang tak bagi b buat keja umah
yang suh b rehat je..sebab kata yang..
b kat sini dah cukup lelah dan penat
even b nak masak pun yang tak bagi..

tapi b rindu..
rindu nak bagi yang dan aisy makan masakan dari air tangan b
b masak jugak
dan ucapan terima kasih b terima daripada yang
kerana kata yang, b bersusah payah memasak buat kalian berdua
:)

yang, b bertuah miliki yang
tak semua lelaki yang sanggup memikul tangunggjawab
menjaga anak kecik seorang diri

b terharu sangat sebab yang mampu
jaga anak kita yang demam panas, selsema, batuk, muntah2
seorang diri

b sedih kerana tak dapat pergi bersama
b tak leh imagine macam mana agaknya
yang dengan aisy berdua
pergi klinik hospital bersama

seorang lelaki mendukung anak kecik
dengan sebelah tangan lagi menggalas beg
berisi botol2, pampers dan barang2 anak
tengah tunggu giliran nak jumpa doktor
tengah tunggu giliran nak ambil ubat
tengah tunggu giliran nak bayar barang2 kat alamanda
itu lah yang..

terima kasih banyak2 atas semua ini..
terima kasih kerana turut bersama dalam kekalutan ini..

alhamdulilllah..
alhamdulilllah..
atas kurniaanMu..
aku bahagia ya allah..
dengan keluargaku..

kekalkanlah muhabbah dan mawaddah di hati kami
kekalkanlah kasih sayang ini
kekalkanlah ikatan luhur dan suci ini
dunia dan akhirat..
cukuplah dia buatku..
cukuplah aku buat dia..
amin ya rahman..ya rahim..

sakitnya bersalin..


KORANG, NI CITER INA AMBIK DARI INTERNET EH...

Masa kita kecik dulu, kita tak kan terfikir benda ni... benda yg aku nak ceritakan ni la. Masa remaja aku kengkadang aku ada jugak meninggi suara dan ada perasaan marah pada mak aku... bila dia marah aku dan aku rasa tak fair. Abg dgn adik aku tak kena marah pun... Tapi yg buat salah nya memang aku pun.

Kengkadang masa kat sekolah asrama, ada jugak sengaja lambat balik kampung... nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, lepak-lepak... sedangkan orang tua tu dah menunggu, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2-3 bulan sekali.

Bila aku masuk universiti, diri tu masih tak sedar jugak, yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat... maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia... jauh sekali. Dah besar panjang la katakan.

Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu... wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya dua-dua orang tua aku tu. Mengenang air matanya. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udahlah belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi.... tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, drpd dihantar kemudian di tahun-tahun yang akan datang). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.

Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.

Satu malam lepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan... mengerang-ngerang, akhirnya dah dilate 10cm dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu "primi" ni... anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse... nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan yg dah 40-an, dia org lagi cekap drpd kami yg baru masuk service ni.

Jadi... pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya kebawah peha (tempat lain tak boleh)... korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia drpd dia mengangkang depan aku. Seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat cervix, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu... dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu... suara aku pun keluar gak, no choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak... memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu) pun berlaku dan aku pun ready nak "episiotomy"... iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah... abis nanti koyak ke anus... dah satu hal pulak pompuan tu nanti ada problem berak, kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol... terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala baby yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu... tiba-tiba ada mamat potong dekat 2 inci daging kat punggung dia... jeritnya....

Poop! muncul kepala baby... aku suruh ibu tu push push push... aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas... tergantung sekejap baby nya tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit... korang ingat korang tak kena main taik mak korang ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Tali pusat dah potong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat... so settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi... tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan memang berbau hanyir... itulah bau daging manusia... segar dari ladang!

Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi (utk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi... tapi aku perasan byk nya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina... aku tengok luka episiotomi tu taklah banyak sangat berdarah, tapi darah datang sebenarnya keluar drpd dalam vagina. Seluk punya seluk, tengok punya tengok... tu dia, dinding vaginanya koyak 2-3 tempat... 1-2 inci punya luka... darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, clamp dulu dgn 4-5 artery forcep... baru darah stop.... ok, break sekejap.

Semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tgh keluar... tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak... luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit... mau berpuluh kali jahitan... dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dgn jarum tu. Bagi bius pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam... baby nak keluar tadi ambik masa 5-10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku... buatlah apa ko nak buat... aku dah tak kose - janji baby selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak... luka yang aku potong tadi tu. Ingat... aku ni belum byk pengalaman... tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje... tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu... "saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop... dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi... jgn lupa hantar poskad terima kasih"... kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku... ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!

Ok... settle la satu perkara... dan malam tu aku deliver 3 ke 4 lagi ibu kat labour ward. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.

Dan setakat ni... benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yg diharungi oleh setiap ibu yg bersalin.... nothing special.

Eh... betul ke nothing? Sekarang bayangkanlah setiap anak yg membaca nota aku ni apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap drpd korang. Bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu... cuba dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal kau tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami bila dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban... tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu... anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi... percayalah.

Jadi... lepas ni, jangan sesekali kau derhaka pada mak kau tu... meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu... cepat-cepat carikan. Dan kalau dia nak sesuatu, cepat-cepatlah anak... kotakan.

instagram adlinahomemadescrub

↑
up